Ustaz Moden’s Weblog

Laman interaksi menawan hati

Puisi ; hidup ini sebuah pelayaran

Hidup ini sebuah pelayaran
sebuah perahu menampung penumpang tersadai.
setelah membawa selama puluhan tahu ke tepian,
arah dan matlamat sebuah kehidupan.
jika puncak kejayaan bagi orang mengenali Tuhan adalah kemegahan dan kesenangan,
hidup orang beriman puncaknya bila sampai ke tepian pulau cinta,
menemui yang dirindui sekian lama.
cuma tidak ramai menemui juru arah yang bisa membawa
dan telah berulang kali sampai dan kembali
mencari dan menolong si musafir yang sesat
dalam perjalanan ke tepian pulau indah dan nikmat.
Ramai juru arah itu dari mereka yang berpura pura
menjual agama dalam tipu daya kata kata
menanam tebu di bibir hingga manis terasa
tanpa menyedari ia racun berbisa.
tanda juru arah yang sudah salah perjalanannya ialah
membawa ke pulau neraka dan sengsara
mengambil upan dan mahukan dunia
mengutuk dan mengeji mainan dan alat mereka.
Ramai sudah terpedaya,
perahu yang sama dibawa ke arah jauh
hingga tersasar dari destinasi sebenar mereka
hanya terpedaya dengan wajah luar yang senyum mesra
namun terus menerkam bila sudah di dalam genggaman.
Ramai yang ingin terjun tapi tak pandai berenang
ramai mahu lari tapi malu kepada kawan
ramai sudah nekad terjun tapi tenggelam
dan ada yang tahu mereka sudah jauh
tetapi takut menyuarakan hasrat lantaran tiada keberanian.

April 2, 2008 - Posted by penulis_cyber | madah ustaz | | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment