Ustaz Moden’s Weblog

Laman interaksi menawan hati

Roti Abuya Ashaari telah datang !!!!

Ikhwan anak didik Abuya Ashaari terus mengorak langkah dalam memenuhi fardhu ain dan mengelakkan syarikat bukan Islam terus menguasai pasaran umat Islam dengan bahan yang mengundang syubhat kepada kita semua…

Ini adalah perjuangan mereka selain membetulkan akidah dan akhlak umat, mereka sangat hebat dalam perniagaan dan juga bidang bidang lain.. Meskipun diserang dan difitnah namun nilai positif yang ada pada mereka perlu dicontohi berbanding keburukan yang zahir di mata kita..ia tanda bahawa mereka juga tidak memiliki kesempurnaan seperti Nabi dan Wali…

Berbanding sesetengah pihak lain yang bercakap berdegar degar namun melaksanakan Islam secara praktikal tidak lagi menjadi matlamat asalkan mereka dapat sokongan dan undian dalam setiap kali pilihanraya.Anak isteri tidak diajar berakhlak dengan baik, yang diajar agar melawan sesiapa sahaja selain parti gerakan mereka..Cuba kita kaji, berapa banyak perkara meliputi tarbiyah Non Muslim, Fardhu Kifayah, hiburan Islam, Sastera Islam yang diusahakan dan berjaya di tengah gelanggang masyarakat.

Yang terjadi ialah Islam telah disalah anggap hingga ia menakut dan meliarkan orang yang tidak memeluk Islam hingga terjadi sekarang ialah anti Islam kerana kesilapan muslim sendiri yang tidak ingat kepada membetulkan diri dan peribadi melalui bimbingan wali mursyid atau syeikh kabir !

Itulah Islam yang dibawa akhir zaman ini…

Sebenarnynya Islam sangat menarik dan ia digunakan sepenuhnya dalam menarik perhatian. Untuk apa sahaja maka Islam digunakan samada dengan niat yang ikhlas atau berkilas.

Oleh itu, perjuangan menegakkan Islam bukan dengan bercakap dan bidang politik sahaja namun ia perlu menyeluruh dan meliputi semua aspek kehidupan rakyat.

Yang penting, adakah Islam yang kita dakwa ada dengan kita itu,

ISLAM YANG MENYATUKAN DAN MEMBAWA KASIH SAYANG

atau

ISLAM MILITAN DAN KERAS SERTA RADIKAL

yang jauh dari gambaran akhlak dan perangai suci Hadrat Nabi Muhammad saw…

Fikirkanlah dan teguhkan diri anda menerima kritikan setelah anda memilih kebenaran meskipun ia sukar diterima oleh kebanyakan orang…

Ingatlah : hanya SEDIKIT dari hambaKu yang bersyukur !

April 14, 2008 - Posted by penulis_cyber | 1 | | 4 Comments

4 Comments »

  1. Salam, maaf bertanya, mana foto rotinya?

    Comment by heliconia | April 15, 2008 | Reply

  2. maaf…terhilang pulak…sori yer.Silap teknikal !

    Comment by penulis_cyber | April 16, 2008 | Reply

  3. Bagus saya akan sokong produk ni. Nama tak penting. Abuya pun kira bagus dari nama nam orag kafir. Setakat ni saya hanya mampu menyokong dengan membeli produk ni. Saya juga bercita cita seperti pengusaha roti ini untuk menghasilkan lebih banyak produk produk muslim dan halal.

    Percaya tak kalau saya kata ada produk muslim tapi tak halal dimakan?. Contohnya: buat roti canai telur, tapi telur tak dibasuh. Tangan yang mencanai roti memegang telur yang kotor dengan najis ayam. Kalau tak teliti makan tahi ayam.

    Peniaga nasi lemak pun kena ingat sama. Telur basuh dulu sebelum direbus. Banyak lagi contoh eh..

    Comment by Al Hilmi | November 13, 2008 | Reply

  4. cantiknya plasti diaa… t’rase kasih syg… >.=
    sy ske…

    Comment by alyah | July 6, 2009 | Reply


Leave a comment