Ustaz Moden’s Weblog

Laman interaksi menawan hati

Keratan Akhbar kes Murtad – Apa reaksi anda ???

Keratan Berita Kes Murtad Pertama di Malaysia - dengan bantuan peguambela Islam

Nampaknya peguam bela Melayu Islam telah menjadi hero kes murtad Siti Fatimah Tan Abdullah (38) ; kes pertama dibenarkan oleh Mahkamah syariah sejak merdeka di negara ini. Mungkin selepas ini makin ramai mualaf yang suka suka masuk Islam untuk berkahwin dan boleh keluar bila bila masa dikehendakinya…

Menurut sahabat saya ‘ angin perubahan‘ beliau dipercayai dari Parti cap Bulan dan setakat ini masih belum disahkan lagi..Namun ada iklan ceramahnya di blog ini ( klik sini )

Apa yang kita bimbangkan ekoran kes ini, ramai pihak akan merasa islam agama yang sangat mudah dianuti dan dibuang begitu sahaja. Sedangkan kita lihat hukuman murtad sangat berat hingga boleh dihukum bunuh sampai mati.

Islam tidak menzalimi sesiapa sahaja namun Islam sangat menjaga bab kepercayaan dan akidah sehingga diletakkan hukuman yang sangat keras bagi sesiapa yang ingin keluar selepas memeluknya. Islam tidak memaksa sesiapa memeluk Islam tetapi saat pertama dilafazkan syahadah tanda Islam, maka ia perlu dibuktikan dengan pengamalan dan perlu berterusan sehingga saat akhir hidupnya. Ini tidak lain bagi kebaikan diri mualaf itu sendiri.

Justeru, tindakan peguam bela – walaupun di dakwa mewakili mualaf atas dasar mengesahkan status islamnya – namun kita tidak dapat menerima alasan tersebut memandangkan usaha membantu seseorang keluar dari agama adalah tindakan terkutuk dan wajar diberi perhatian serius gejala ini oleh semua pihak. Ya, gejala kejar duit dan habuan dunia tanpa mementingkan akidah dan kesannya kepada agama…

sama samalah kita fikirkan…..

- Link berita berkaitan di atas ( klik sini )

May 18, 2008 - Posted by penulis_cyber | 1 | | 4 Comments

4 Comments »

  1. [...] lagi peguam Islam yang menjadi ‘broker’ keluar Islam mualaf tersebut…( klik sini cerita lanjut [...]

    Pingback by Tokwan jumpa blog artis ada gambar separuh bogel ! « Tok Wan | May 26, 2008 | Reply

  2. Somehow i missed the point. Probably lost in translation :) Anyway … nice blog to visit.

    cheers, Preferable
    .

    Comment by Preferable | June 18, 2008 | Reply

  3. wei mai sat keratan akhbar tentang bangunan sultan abdul samad… aku memerlukannya

    Comment by ira | April 19, 2009 | Reply

  4. asal r kte nk tolong die kuOr dr islam
    taw x ini boleh meruntuhkan maruah agama islam
    sepatutnya kte membimbing die untuk terus mendalami dan menghayati tentang keindahan islam.
    Pada hakikat nya agama islam ialah agama yang mudah dan relevan pada semua insan di atas muka bumi ini.
    Menjadi tanggungjawb pada setiap manusia menjadi khalifah di ats muka bumi ini.Nanti kan azab di dunia dan tidak ketinggalan di akhirat kelak yang lebih perit dan pedih.

    Comment by Man | July 21, 2009 | Reply


Leave a comment