Senarai Ulama meng KAFIR kan Ibnu Taimiyyah

syeikh-fuad-rembawi

Dalam buku bertajuk Wahabisme Dari Neraca Syara oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaludin al-Maliki ada disenaraikan Ulama Ulama yang menolak Ibnu Taimiyah.

Sesiapa yang tidak mengenali siapa dia Syaikh Fuad di atas sila klik gambar dan mengenali beliau lebih dekat.

Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Al-Qadhi al-Mufassir Badruddin Muhammad ibn Ibrahim ibn Jama’ah al-Syafie (wafat 733H)
  2. Al-Qadhi Muhammad ibn al-Hariri al-Anshori al-Hanafi
  3. Al-Qadhi Muhammad ibn Abu Bakar al-Maliki
  4. Al-Qadhi Ahmad ibn Umar al-Maqdisi (Ibn Taimiyyah telah dipenjarakan dengan fatwa yang ditandatangani oleh mereka berempat diatas. Pembaca boleh merujuk kepada kitab Uyun al-Tawarikh karangan Imam al-Kutbi. Al-Hafidz al-Faqih al-Subki menyebut di dalam kitabnya Fatawa al-Subki:وحبس بإجماع العلماء وولاة الأمور Artinya: Ibn Taimiyyah dipenjara dengan ijma’ ulama’ dan pemerintah
  5. Syaikh Sholeh ibn Abdullah al-Batoihi (wafat 707H)
  6. Syaikh Kamaluddin Muhammad ibn Abi al-Hasan ‘Ali al-Siraj al-Rifa’ie al-Quraisyi al-Syafie
  7. Qadhi Besar Mesir, Ahmad ibn Ibrahim al-Hanafi (wafat 710H)
  8. Qadhi Besar Mazhab Maliki di Mesir, Ali ibn Makhluf (wafat 718H). Beliau berkata: Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa Tuhan berjisim. Bagi kami, sesiapa yang beri’tiqad dengan I’tiqad ini adalah kufur dan wajib di bunuh.
  9. Syaikh al-Faqih ‘Ali ibn Ya’qub al-Bakari (wafat 724H). Ketika Ibn Taimiyyah masuk ke Mesir, beliau adalah orang yang paling lantang menolak fahman yang dibawa oleh Ibn Taimiyyah.
  10. Al-Faqih Syamsuddin ibn ‘Adlan al-Syafie (wafat 749H). Beliau berkata Ibn Taimiyyah berkata: Allah Ta’ala diatas ‘Arasy secara haqiqi dan Allah Ta’ala berkata dengan huruf dan suara.
  11. Al-Hafidz al-Mujtahid Taqiyuddin al-Subki (wafat 756H).
  12. Al-Muhaddits al-Mufassir al-Usuli al-Faqih Muhammad ibn Umar ibn al-Makki al-Syafie (wafat 716H). Beliau pernah berdebat dengan Ibn Taimiyyah.
  13. Al-Hafidz Abu Sa’id Sholahuddin al-‘Ala’i (wafat 761H)
  14. Qadhi Besar Madinah al-Munawwarah Abu ‘Abdillah ibn Musallam ibn Malik al-Solihi al-Hanbali (wafat 726H)
  15. Syaikh Ahmad ibn Yahya al-Kalabi al-Halabi (wafat 733H)
  16. Al-Qadhi Kamluddin al-Zamalkani (wafat 727H)
  17. Al-Qadhi Shofiyuddin al-Hindi (wafat 715H). Beliau pernah berdebat dengan Ibn Taimiyyah.
  18. Al-Faqih al-Muhaddits ‘Ali ibn Muhammad al-Baji al-Syafie (wafat 714H)
  19. Al-Muarrikh al-Faqih al-Mutakallim al-Fakhr ibn al-Mu’allim al-Quraisyi (wafat 725H)
  20. Al-Faqih Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Ali al-Mazani al-Dimasyqi (wafat 721H)
  21. Al-Faqih Abu al-Qasim Ahmad ibn Muhammad ibn Muhammad al-Syairazi (wafat 733H)
  22. Al-Faqih al-Muhaddits Jalaluddin Muhammad al-Qazwini al-Syafie (wafat 739H)
  23. Al-Mufassir Abu Hayyan al-Andalusi (wafat 745H). [ Tambahan dari ambo:- Abu Hayyan al-Andalusi al-Nahwiyyu al-Mufassiru al-Muqri-u menegaskan dalam kitab tafsirnya al-Nahr al-Mad satu ungkapan yang berbunyi : “Saya telah membaca dalam kitab Ahmad Bin Taimiyyah, beliau ini merupakan seorang yang hidup sezaman dengan kami dan ia adalah dengan tulisan tangannya sendiri yang dinamakan sebagai Kitab Al-Arasy, bahawa Allah duduk di atas al-Kursi dan Dia mengosongkan satu tempat untuk didudukkan disitu Nabi Sollallahu A’laihi Wassallam bersamanya dan telah bertahayyyul Taj Bin Muhammad Bin Ali Abdul Haqqi al-Barnabary. Dia adalah adalah penyeru yang paling menonjol baginya (Ibn taymiyah) sehinggalah diambil daripadanya dan kami bacakan apa yang sedemikian itu termaktub di dalamnya.” – dipetik dari blog abu lehyah)
  24. Al-Hafidz al-Zahabi (wafat 748H)
  25. Syaikh Afifuddin Abdullah ibn ‘As’ad al-Yafi’i al-Yamni al-Makki (wafat 768H)
  26. Al-Faqih Ibn Batutah (wafat 779H)
  27. Al-Faqih Tajuddin al-Subki (wafat 771H)
  28. Al-Muarrikh Ibnu Syakir al-Kutbi (wafat 764H)
  29. Syaikh Umar Abi al-Yamn al-Lakhmi al-Fiqihi al-Malihi (wafat 734H)
  30. Qadhi Muhammad al-Sa’di al-Misri al-Akhna’i (wafat 750H)
  31. Syaikh Isa al-Zawawi (wafat 743H)
  32. Syaikh Ahmad ibn Utsman al-Hanafi (wafat 744H)
  33. Al-Hafidz ‘Abdurrahman ibn Ahmad, masyhur dengan gelaran Ibnu Rajab al-Hanbali (wafat 795H)
  34. Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani (wafat 852H)
  35. Al-Muhaddits al-Hafidz al-Faqih Waliyuddin al-Iraqi (wafat 726H). Beliau menyebut didalam kitabnya al-Ajwibah al-Mardhiyah ‘ala al-As’ilah al-Makkiyah: “Beliau (Ibn Taimiyyah) telah mencarik persepakatan ijma di dalam banyak masalah (agama) sehingga dikatakan sampai kepada 60 permasalahan. Sebahagiannya di dalam perkara ushul dan selebihnya lagi di dalam perkara furu’.”
  36. Al-Faqih al-Muarrikh Ibnu Qadhi Syuhbah al-Syafie (wafat 851H)
  37. Al-Faqih Abu Bakar al-Hisni (wafat 829H)
  38. Syaikh Abu ‘Abdillah ibn ‘Arafah al-Tunisi al-Maliki (wafat 803H)
  39. Al-‘Allamah ‘Alauddin al-Bukhari al-Hanafi (wafat 841H). Beliau mengeluarkan fatwa tentang pengkafiran Ibn Taimiyyah dan juga bagi mereka yang menggelarkan Ibn Taimiyyah sebagai Syaikhul Islam setelah mengetahui perkataan-perkataan kafir yang diucapkan oleh Ibn Taimiyyah.
  40. Syaikh Humaiduddin al-Farghani al-Hanafi (wafat 867H)
  41. Syaikh Zarruq al-Fasi al-Maliki (wafat 899H)
  42. Al-Hafidz al-Sakhawi (wafat 902H)
  43. Ahmad ibn Muhammad atau masyhur dengan panggilan Ibnu salam al-Misri (Wafat 931H)
  44. Syaikh Ahmad ibn Muhammad al-Watari (wafat 980H)
  45. Syaikh Ahmad ibn Muhammad al-Khuwarizmi (wafat 987H)
  46. Qadhi al-Biyadhi al-Hanafi (wafat 1098H)
  47. Syaikh Ibn Hajar al-Haithami (wafat 974H). Beliau menyebut di dalam kitabnya Fatawa al-Haditsiah: “… Dan berhati-hatilah terhadap kitab-kitab Ibnu Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan selain daripada mereka berdua yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai Tuhan mereka dan Allah menyesatkan mereka di atas ilmu dan menutup pendengaran dan hati-hati mereka dan menghalang penglihatan mereka ….”. Didalam kitab Hasyiah Idhoh beliau berkata: “… jangan tertipu dengan keingkaran Ibn Taimiyyah terhadap sunat menziarahi Rasulullah صلى الله عليه وسلم, kerana dia merupakan hamba yang telah disesatkan oleh Allah Ta’ala sebagaimana yang dikatakan oleh al-‘Izz ibn Jama’ah….”
  48. Syaikh Jalauddin al-Duwani (wafat 928H)
  49. Syaikh Abdul Nafi’ ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Iraq al-Dimasyqi (wafat 962H)
  50. Qadhi Abu Abdillah al-Muqri
  51. Mulla ‘Ali al-Qari (wafat 1014H)
  52. Syaikh Abdul Rauf al-Munawi al-Syafie (wafat 1031H)
  53. Al-Muhaddits Muhammad ibn ‘Allan al-Siddiqi al-Makki (wafat 1057H)
  54. Syaikh Ahmad al-Khufaji al-Misri al-Hanafi (wafat 1096H)
  55. Al-Muarrikh Ahmad Abu al-Abbas al-Muqri (wafat 1041H)
  56. Syaikh Muhammad al-Zarqani al-Maliki (wafat 1122H)
  57. Syaikh Abdul Ghani al-Nabulisi (wafat 1143H)
  58. Syaikh Muhammad al-Mahdi ibn ‘Ali al-Siyadi (wafat 1287H)
  59. Sayyid Muhammad Abul Huda al-Siyadi (wafat 1328H)
  60. Mufti Musthafa ibn Ahmad al-Syatti al-Hanbali al-Dimasyqi (1348H)
  61. Syaikh Muhammad Khattab al-Subki (wafat 1352H)
  62. Mufti Madinah al-Munawwarah, Syaikh al-Muhaddits Muhammad al-Khidir al-Syanqithi (wafat 1353H)
  63. Syaikh Salamah al-‘Azzami al-Syafie (wafat 1376H)
  64. Mufti Mesir, Syaikh Muhammad Bakhit al-Muti’i (wafat 1354H)
  65. Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari (wafat 1371H)
  66. Syaikh Ibrahim ibn Utsman al-Samhudi al-Misri
  67. Syaikh Muhammad Yusuf al-Banuri al-Bakistani
  68. Syaikh Muhammad al-A’rabi al-Tabbani (wafat 1390H)
  69. Syaikh Mansur Muhammad Uwais
  70. Al-Hafidz ibn al-Siddiq al-Ghumari (wafat 1380H)
  71. Al-Muhaddits Abdullah al-Ghumari (wafat 1413H)
  72. Al-Musnid al-Habib Abu al-Asybal Salim ibn Ahmad ibn Jindan (wafat 1389H)
  73. Syaikh Muhammad ibn Isa Badran al-Misri
  74. Syaikh Musthafa Abu Saif al-Hamami. Beliau telah mengkafirkan Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Ghauth al-‘Ibad bi Bayani al-Rasyad. Kitab tersebut telah diiktiraf oleh beberap orang ulama’ besar yang menulis pujian terhadapnya. Diantaranya Syaikh Muhammad Sa’id al-‘Urfi, Syaikh Yusuf al-Dijwi – anggota Majlis Ulama Besar al-Azhar, Syaikh Mahmud Abu Daqiqah, Syaikh Muhammad al-Buhairi, Syaikh Muhammad Abdul Fattah ‘Itani, al-Muhaddits Syaikh Habibullah al-Syanqiti, Syaikh Dusuqi Abdullah al-‘Arabi dan Syaikh Muhammad Hifni Bilal
  75. Al-Muhaddits Syaikh Abdullah al-Harari.


Begitulah senarai ulama yang menolak Ibn Taimiyyah …. dan ramai lagi ulama yang menolak ibn Taimiyyah.

sumber disalin dari : http://al-fanshuri.blogspot.com/

23 Responses

  1. Tajuk pun dah tak betul. Bukan semua dalam senarai tu yg mengkafirkan pun. Ada nama saja.

    Setakat debat, tapi tak tau menang ke kalah,boleh lah. Ustaz ni biar betul, nak selamatkan org dari wahabi pun gunalah pendekatan org tak boleh persoal.

    Silap haribulan ustaz ni kalau budak wahabi ajak berdebat, lari kot.

  2. Bacalah text asal dan fahami apa yang ditulis oleh Ibnu Taimiyah. Jangan terus ‘joint’ mengKAFIRkan ulama ni, nanti melantun balik kepada kamu. Paling lekeh pun baca buku Dr. Azwira -‘siapakah ahli sunah yang sebenarnya’.

    Jangan buat pembohongan dan pengkhianatan nanti akan menjerumuskan kamu kepada kecelakaan.

    • Dr azwira pun wahabi…camnilah,,,,klu ko nak pegang sokong sangat ibnu taimiyyah, muhammad abnu abdul wahhab,dan sesiapa sahaja yang selairan ko sokong lah…kami majoriti dari ahli sunnah wal jamaah sejati ingat tue sejati!!!! ko anak beranak wahabi pun aku akui sebagi ahli sunnah tapi tak sejati, termasuk dr azwira pun sama kepala didikan anak beranak wahabi…ko teruskan.maka kami dengan guru2 kami,kami yaqin kami belajar kami saksi kebenaran yang di bawa oleh guru2 kami sebelum wahabi menguasai mekkah dan madinah lagi…belajarlah sejarah betol2 dulu…klu wahabi nie dah wujud 7oo tahun sebelum lahir ibnu taimiyyah aku pun konfuse jugak tapi baru sehari dua wujud…maka jelas sekali majoriti ummah sebelumnya yang tidak mungkin berhimpun di atas kesesatan adalah lebih tepat..termasuk jutaan manusia yang mengikut aliran asyairah yang dikafirkan dan di tuduh sesat oleh salih fauzan bin fauzan..dan beberapa ulama lagi dari arab saudi…bahkan sesama diaorang pun berbalah kerana ramai yang mengambil sikap ganas dan kerasa kepala sepeti puak khawarij…klu nak jadi yahudi tak payah tukar nama dan isytihar sebagai yahudi tp cukup beramal dan ikut sunnah yahdi..klu nak jadi khawarij tak payah rujuk khawarij semasa lepas zaman sayyidina ali tp rujuklah sebahagian puak wahabi d arab saudi

  3. Salam,
    Terima kasih kerna menyiarkan senarai ini.
    Wassalam.

  4. wahabi yg terlebih dulu mengkafirkan ulama ..buat apa nak baca buku Dr Azwira dia juga suku sakat wahabi

  5. kamu bias dalam membuat penilaian. adalah lebih baik isu yang semakin menjadi suatu isu besar di Malaysia ni dikupas secara matang, terbuka dan ilmiah tanpa prajudis. Tulisan Ibn. Taimiyah dikaji semula dan segala tohmahan pentohmah juga patut di kaji dan di analisa demi mencari kebenaran.

  6. Dr Azwira ? siapa dia tu ? Dapat tanding ke kewarakan dan kealiman ulama2 kita dulu ?

    Terima kasih kpd semua yg dtg. Terutama yg menjawab balik komen spt shafifah. Yg sy tahu tolibul ilmi yg sgt obses dgn ilmu Habib Habib yg alim lg berkat. Serta ANTI WAHABI.

    Faisal Tehrani pun dtg juga.Tak sangka, org BESAR alam penulisan. Dan terkenal pula tu.

    Sy pun berbesar hati kerana diantara link blog FT, blog ustazmoden diletak antara mereka.

    Sokongan dari jauh saya AMAT HARGAI dan ucap JUTAAN TERIMA KASIH.

    Kepada wahabiyyin : Kebenaran akan datang dan pasti kalahlah kebatilan.

    Tinggalkanlah wahabi kerana ia virus yg akan memenggal kepala IMAN anda tanpa disedari.

    BOM JANGKA ciptaan yahudi dan munafik2 sejak zaman Nabi lagi.

    Kerana merekalah anak cucu KHAWARIJ sebenarnya.

  7. Betul Azwira tu sapa? Tapi takat jadik Ustaz cut and paste tapi tak tau apa2 yg dia cut and paste tu lagi naya.Mcm kaldai bw kitab ikut ulamak2 yg hang kata alim dan wara’ tu.
    Tolibul 3ilmi ada caranya,kalau anti wahabi saja lepas, baik saja Ustaz moden belajar kat Hassan nasrallah kat beirut tak pun kat Khameini kat Iran,diorg lagi benci kat Wahabi lagi benci dari al habash and the geng.

    Khawarij ni sifatnya kalau baca AL quran tak lepas kerongkong dia..kalau copy and paste ni tapi tak tau apa dia copy and paste ni termasuk tak?

  8. Saya secara peribadi menghormati semua ilmuan islam tak kira apa aliran dan mazhabnya dalam ahli sunnah wal jamaah. Ilmu al quraan dan sunnah yang menyebabkan mereka mulia. Penulis cyber juga mulia jika anda menjunjung ilmu yang Allah kurniakan. Akhlak ilmuan islam itu sendiri yang menyebabkan mereka dihina atau dibenci. Jadi apa yang saya komen tentang tulisan dan kandungan fakta ‘cut and paste’mungkin ia merujuk sifat buruk itu saja, tidak anda atau ilmu al quraan dan sunnah yang ada dalam dada anda. Saya ras itu lebih adil untuk anda.

    Saya cadangkan anda teliti kembali tentang fakta sejarah BOM JANGKA yahudi dan MUNAFIQ, jangan anda menjadi penyebar fitnah. Perkataan wahabii itu sendiri telah dicipta kafirun inggeris/barat dan diguna pakai oleh MUBTADI’MUBTADI’ dari kalangan orang islam sendiri.

    Saya ‘quote’ tulisan seorang penulis :’cubalah mengkaji salah satu dari kitab asy-Syafi’e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh “wahabii” sekalipun rujukan anda kitab muktabar Mazhab asy-Syafi’e’.

    Saya sendiri tidak suka gelaran ini diberikan kepada penghidup penghidup sunnah yang ikhlas ingin kembali kepada akidah dan amalan semurni para SALAf.

  9. saya dah kenal wahabi ini melalui Qran dan hadis ianya adalah suatu kegemparan yang djanjikan akan lahir berupa tanduk -tanduk syaitan dari najd dari kumpulan ‘arabi yang dicatatkan oleh Quran hadis sebagai bangsa yan bersangantan kufur dan nifak lagi kuran ajar , orang merekalah yang datang kencing dipenjuru masjid Nabi dan
    kalangan merekalah yang merentap leher baju Nabi sahingga kelihatan merah lehernya yang mulia ,dan dari kalangan mereka juga dikatakan berani membuat bising memanggil nama Nabi dan sebagainya.Cukuplah sejarah hitam mereka membuktikan edintiti mereka sebenarnya

  10. Salam uztaz,boleh saya tahu hukum macam mana nak download kitab hadith dari internet yang versi melayu..sila balas di laman blogspot saya…

  11. Salam uztaz,boleh saya tahu macam mana nak download kitab hadith dari internet yang versi melayu..sila balas di laman blogspot saya…

  12. Salam..alhamdulillah,Allah telah meletakkan saya utk bkhidmat dgn kekasihnya..saya merupakan salah seorg yg selalu mengikuti pengajian pengarang kitab wahhabisme iaitu Al-Fadhil Sh Muhammad Fuad Al-Maliki..beliau merupakan seorg yg alim dan ariffin serta bnk menimba ilmu dr plbagai ulama’ di seluruh dunia terutamanya dengan Sayyid Muhammad Alawi.Beliau mnceritakan bhw guru ksygnnya itu telah dikafirkan oleh semua ulama wahhabi di mekah dan seluruh dunia.dan apabila beliau ,meninggal,ada slh sorg ust d malaysia ni mengumumkn kewafatannya dgn gmbira dan biadab dgn mengatakan telah hancur satu berhala di mekah.Allah..tetapi Sh Fuad dan gurunya Al-Marhum Sayyid Muhammad Alawi ni tidak pernah mgkafirkan golongn wahhabi ni dan cuma meminta kita supaya mnjauhkan diri dari fahaman mrk kerana ia tidak sesuai dgn aliran Ahlussunnah wal jamaah yg sebenar.ilmu di dalam Islam tidak cukup dgn hanya meneliti serta membaca kitab2..tetapi perukan akan guru2 serta mursyid yg ariffin untuk membimbing kita..semoga Allah mengampunkan kita semua..salam

  13. udah la……korang semua xtahu, die degree kat mesir pon sangkut

  14. udah laaa…………korang semua xtahu, die degee kat mesir pon kantoi

  15. hahahaha lucu ya

  16. Assalamualaikum, shbt2, abg, kakak2, pak cik2 sekalian, saya bukanlah seorang yang alim dan wara’ malah saya seorang manga’si. Saya agak terkilan dengan perkataan yang tertulis di blog ni. Siapa kita untuk menghina seorang ulama’. Beliau telah belajar dengan guru yang amat hebat dan beliau beriman dengan Allah dan rasul-Nya. Kita orang biasa takat belajar had mane je pandai2 nak tuduh yang bukan2 terhadap seorang ulama’. Boleh nak gelakkan ulama’, hebat sangatkah kite ni di sisi Allah. Dosa bertimbun nak tambah lagi dengan dosa kutuk seorang ulama’. Setiap manusia ada kesalahan dan pendapat mereka masing2. Jadi lepasni sedarlah yang selama antum duk kutuk2 tu ulama’ bukan orang kafir. Kalau orang islam asyik kutuk sama kutuk, mane islam nak maju. Orang kafir duk gelak je kat amerika tu. Sekian wassalam. Ikhlas dari hati seorang pelajar….

  17. Assalamualaikum.

    Alhamdullillah.

    Selawat dan salam ke atas junjungan mulia yang amat dicintai Rasullullah SAW, ahlul bait, para sahabat Nabi Muhammad SAW, para wali Allah, para ulama, para umara, semua muslimin dan muslimat.

    Tajuk tulisan di atas memang agak kontroversi. Sesiapa yang membaca tajuk itu tanpa mengetahui kisah sebenarnya pasti menuduh yang bukan-bukan ke atas penulisnya.

    Sejarah telah tertulis bahawa terdapat pelbagai aliran di dalam ajaran Islam sehingga dikelaskan kepada Sunni, Syiah, Wahabi dan bermacam-macam lagi.

    Ketahuilah bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud pada akhir zaman nanti umatku akan terbahagi kepada 73 kumpulan, 72 kumpulan itu semuanya sesat, hanya 1 kumpulan sahaja yang mengikut dengan benar apa yang telah diajar oleh Rasullullah SAW (itulah Ahli Sunnah Wal Jamaah).

    Ketahuilah bahawa umat Nabi Muhammad SAW itu ada yang muslim dan ada yang kafir laknatullah.

    Sesiapa yang beriktikad kepada al-Quran dan as-Sunnah pasti telah berada di jalan yang benar. Cuma perlulah berhati-hati agar tidak tersesat dek kelalaian diri sendiri.

    Apa yang berlaku kepada Ibnu Taimiyyah tidak semua yang tahu. Setiap apa yang berlaku pasti ada pro dan kontra, ada yang menyokong ada yang membantah.

    Sejarah juga telah tertulis bahawa Ibnu Taimaiyyah telah bertaubat daripada ‘kesesatan’ yang berlaku pada usia mudanya. ‘Kesesatan’ itu merujuk kepada apa yang telah ditulis di dalam sejarah sehingga beliau digelar al-Mujassimah yakni menjisimkan Allah dengan makhluk. Telah tercatat juga bahawa Ibnu Taimiyyah telah kembali kepada iktikad yang benar yakni menyucikan Allah daripada segala sifat dan wujud makhluk.

    Tetapi apa yang berlaku ialah terdapat ustaz-ustaz moden yang telah menggunakan ‘kesesatan’ Ibnu Taimiyyah pada usia mudanya untuk disebarkan kepada masyarakat umum. Perlulah diperjelaskan oleh sekalian ustaz-ustaz bahawa ‘kesesatan’ Ibnu Taimiyyah itu memang berlaku, tetapi beliau telah bertaubat pada usia tuanya.

    Ibnu Taimiyyah pada usia tuanya sebelum kembali kepada Allah, telah mengakui akan kebenaran ilmu tasawuf dan tarekat muktabar yang telah dibuktikan dapat membentuk jiwa yang tenang dan kembali kepada fitrah manusia yang sebenar.

    Ibnu Taimiyyah ketika usia tuanya sebelum kembali kepada Allah, telah bertaubat daripada ‘kesesatan’ yang ditimbulkannnya (menjisimkan Allah).

    Jika terdapat salah dan silap, sama-sama kita betulkan.

    Sebaiknya kita bersangka baik dengan semua orang.

    Assalamualaikum.

  18. aku tak kira wahabi tak betul.. Pada shafie dia kasi terbalik.. Pada hanafi dia kasi terbalik.. Last2 tunggang terbalik.. Kat sini diorang suh jgn baca qunut subuh.. Kat mazhab yg x yah baca qunut dia suh baca qunut.. Terlalu bahaya.. Selagi boleh kembali bawak diorang kembali.. Usaha bersungguh2.. Aku dulu tak ambik pot sgt tapi lepas aku blk umrah dulu aku rasa benda ni terlalu bahaya.. Allah maha penyayang.. Bawa seorang islam yg jauh dari allah lebih baik dari mengislamkan 10 orang kafir.. Dah start la jap lagi ni tak leh pakai plak hadis nih..

  19. assalamualikum warahmatullah…

    segala puji bagi allah,tuhan semesta alam..raja kepada segala raja..dan selawat kepada junjungan besar yakni pentup kepada sekalian nabi muhammad al-amin serta para sahabatnya dan keluarga baginda…semoga allah merahmati mereka…

    tajuk ini bagi pendapat saya agak kurang sesuai ditengahkan kepada masyarakat yang pegangannya membabi-buta terhadap sesuatu permasalahan agama….kalau nak diikutkan apakah makna wahabi sebenarnya?? siapakah yang menggelarkan wahabi itu?? persolan ini sepatutnya dijawab melalui sejarah yang sebenar-benarnya…bukannya sejarah yang telah ditokok-tambah oleh orientalis ataupun syiah…kita sebagai manusia biasa,kita tidak sepatutnya terus mengkafirkan seseorang ulama’ yang sebelum ini bersusah payah mengeluarkan ijtihadnya dan fatwanya bagi memerangi golongan zindiq,fasiq,munafiq dan taghut…kita bukannya ulama’ muktabar.kita bukannya ulama’ salafussoleh..dan kita juga bukan wali allah yang sewenang-wenangnya mengkafirkan seseorang ulama’…marilah sama-sama kita muhasabah diri..bantulah umat islam pada zamn kini yang sedang diancam oleh zionis laknatullahilaik….bangkitlah dari lenamu wahai muslimin…bangunlah dengan tahajjudmu…berhati-hatilah dengan fitnah-fitnah musuh islam yang bertalam dua muka……allahummaghfirlana zunubana wa liikhwanilallazinasabaqunabiliman waltaj’alfiqulubina ghilallillizinaamanu innakara’ufurrahim…wasalallhualaihiwasalam….aminn..

  20. istighfar sesiapa yg tuduh ibnu taimiyah dan ibnu qayyim wahabi dan sesat. .kalau tak dah bukti, jgn main tuduh2. . Kalau ibnu taimiyah dan ibnu qayyim tu sesat, jd mcm ulama abad 20. . Sdgkan ulama abad 20 nie trpengaruh dgn pemikiran ibnu taimiyah dan ibnu qayyim. .contoh, sheikh yusof al-qardhawi dan bnyk lagi . .jgn tuduh smbarangan. .slidik dulu. .

  21. Mengapa tidak senaraikan juga ulama-ulama yang menerima-pakai pendapat Ibn Taimiyyah. Nama blog pun ustazmoden. Seorang ustaz harus adil dalam menilai…

Leave a reply to penulis_cyber Cancel reply