Komen tidak disangka2 dari Faisal Tehrani di blog saya dan training ESQ yang patut kita semua sertainya !
Bagi saya antara kemanisan membuat blog ialah anda menerima kehadiran rakan blog anda yang LANGSUNG tidak dikenali dari atas permukaan tetapi dari ‘arus’ dalam bawahnya.
Kehadiran seorang bagi saya yang telah berjaya memukau awam dengan hasil kurniaan Tuhan selepas melakukan perjalanan mencari SIAPA DIA SIAPA KITA APA DI SANA … Seperti Akhi Faisal Tehrani yang turut menjadikan blog saya antara ‘kawan kawan blog’ beliau.
Syukran Ya Akhi Faisal !
Benda seperti siapa saya , dari mana saya datang, ke mana saya akan pergi itu ada diterangkan dalam preview ESQ sebuah konsultan diasakan oleh Ary Ginanjar Agustin.

Yang baru sahaja saya diundang oleh seorang Dr dari Seremban selepas menghadiri majlis solat hajat dan yasin tahlil beliau yang turut dihadiri anak anak yatim YAUMI di bawah kendaliannya baru baru ini…
Tidak sia sia saya memenuhi ajakan beliau kerana di sana saya menemui sebuah program sangat hebat dengan penyampaian yang sangat mantap serta dari ‘kerendahan hati’ kepada Tuhan..
Alhamdulillah…
Kisah pengasas ESQ ini ialah sangat menarik. Beliau telah hidup senang lenang sebelum mula menyedari apakah makna kehidupan beliau yang dilimpahi kemewahan dan kesenangan tersebut. Rupa rupanya kesenangan tidak menjamin ketenangan hakiki untuk hatinya.
Lalu beliau telah meminta nasihat seorang ulama alim lagi warak bernama Habib Adnan dan mula menyedari di manakah asal dan arah sebenarnya serta siapakah dirinya.Beliau telah menjadi murid Habib tersebut dan menggunakan apa yang dipelajari dengan dilaksanakannya dalam bentuk moden di hotel dengan peralatan canggih lagi bombastik ( istilah kita hari ini )…
Bahkan selepas itu beliau menjadi orang sangat sukses ( pinjam bahasa Indonesia ) dalam motto hidupnya. Dan dicipta sebuah konsep yang sesiapa saja yang mendengarnya terasa sangat unik yaitu “Jalan Hidup 165″.
Menurutnya, makna 1 adalah Tauhid, 6 adalah Rukun Iman dan 5 adalah Rukun Islam.Menurutnya angka tersebut mengandung arti yang sangat berarti. Sehingga lahirlah sebuah nama Emotional and Spritual Quo (ESQ). Kecerdasan Ary sebenarnya dihasilkan bukan hanya dari akademik, tapi dari pengalaman spritual. Tak heran, pola pemikiran selalu diwarnai dengan kebesaran nama Allah.
Ringkasnya permulaan dibukukan perkara tersebut sehingga top dan diminta khalayak untuk diteruskan dengan bimbingan untuk proses seterusnya ke arah mengenali diri dan Tuhan.
Antara buku lain ialah bertajuk SAPA

Informasi Produk
Sapa
Ary Ginanjar Agustian
Penerbit : ESQ
Menariksungguh preview semalam dan semangat merasa sangat berkobar kobar untuk menyertai training yang dijangka dibuat lagi di Summit Hotel USJ pada 21 – 23 ini ( tak silap saya ) walaupun pastinya sukar kerana ’sesuatu rintangan keduniaan’ yang tidak dapat saya selesaikan.
Namun dengan menunjukkan kepada tuan puan program ini saya yakin sesuatu akan diperolehi oleh saya sebagai Ad Daal Ala Khair ( yang memberi idea ke arah kebaikan ) serta mereka yang menyahut seruan tersebut.
Dengan berkat guru beliau habib Adnan tersebut, program ini mendapat sambutan sangat hebat walau bermula dengan peserta hanya puluhan orang pada awalnya.
Setakat ini saya difahamkan sudah hampir 700,000 sudah ditarbiyah melalui training ESQ ini. Selama lebih kurang 7 tahun penubuhannya.
Manakala di Malaysia pula ia telah mencecah 20 000 yang mendapat training langsung sejak setahun bertapak di negara kita.
Apa yang dapat saya katakan ialah sepanjang dua jam yang tidak diselangi secebis pun perasaan boring kerana ia dikendalikan oleh mereka yang telah mengenali diri dan mempunyai spiritual commitment. Bukan sekadar IQ dan EQ commitment sahaja.
Apa lagi yer ? itu sahaja setakat ini.
Permisi dulu dan moga semua akan menemui apakah hakikat diri kita darimana di mana dan akan ke mana….
Syukran kepada semua . Salam Mahabbah Rasulullah



Assalamualaikum ustaz,
Saya telah cuba meninggalkan mesej
di sini semalam, namun saya tidak pasti samada sempat ‘complete’ atau tidak sebab terlalu perlahan. Saya rasa bukan masalah server sebab blogspot tak ada masalah.
Pada pemerhatian saya, blog wordpress agak perlahan dan cerewet sedikit. Barangkali kerana binaannya yg agak canggih dgn fungsi ‘preview’ dsb.
Saya rasa blogspot lebih mesra pengguna.
Saya dan sahabat2 sedang berjuang agar kembali kpd pentadbiran dgn semangat perlembagaan.
Jemput ke blog waadat untuk berdiskusi.
Assalamualaikum ustaz,
Saya telah cuba meninggalkan mesej
di sini semalam, namun saya tidak pasti samada sempat ‘complete’ atau tidak sebab terlalu perlahan. Saya rasa bukan masalah server sebab blogspot tak ada masalah.
Pada pemerhatian saya, blog wordpress agak perlahan dan cerewet sedikit. Barangkali kerana binaannya yg agak canggih dgn fungsi ‘preview’ dsb.
Saya rasa blogspot lebih mesra pengguna.
Saya dan sahabat2 sedang berjuang agar kembali kpd pentadbiran dgn semangat perlembagaan.
Jemput ke blog waadat untuk berdiskusi.
Ok,no prob..
syukran sbb chegu sudi mai sini..saya sokong usaha murni chegu..
Ustaz Moden
saya juga telah mengikuti training ESQ pada bulan ramadhan lepas.ia telah banyak mengubah hidup dan persepsi saya mengenai kehidupan dan prinsip saya selama ini.Tetapi yurannya agak terlalu mahal.tetapi berbaloi dengan pengisiannya…sekia
Salam Ustaz,
Saya tertarik dengan penyampaian zikir 99 Nama Allah di Astro Oasis acap kali menjelang azan. Saya cuba untuk mencari cd disegenap kedai2 yang menjual cd zikir tetapi tak berjaya. Akhirnya saya “google” nama Dy Ary Ginanjar Agustin, nama yg saya perolehi diakhir tayangan zikir 99 Nama Allah tersebut dan dari situ lah saya sampai ke sini.
Saya minta maaf Ustaz, jika singgahan saya ini hanya pertanyaan remeh, tapi saya sgt berhajat utk mendapatkan cd tersebut utk saya putarkan setiap kali saya berda dlm perjlnan. Zikir itu amat menyentuh hati saya dan saya kini sedang mempelajar menghayati setiap keistimewaan maksud 99 Nama Allah.
Ustaz, boleh Ustaz tolong saya dpatkan cd zikir tersebut. Ustaz bagitau saya dan saya aka pergi mendapatkannya.
Salam Ustaz.
saudara boleh download dan masukkan ke dalam phone saudara jika phone jenis yang boleh memainkan gambar mpeg atau masukkan dalam MP4….tanya pakar IT untuk tujuan itu…
Kenapa kita ni suka sangat agung2kan apa yang dibawa oleh Indonesia yerkkk…dah xde ke penceramah di malaysia niii???pelik gak tgk sebab semua orang duk ckp pasal ESQ niii…