Update : Sajak Kematian VS Dr Asri Al Wahhabi

Henti tayang Sajak Kematian – Mufti Perlis

KANGAR 13 Nov. – Tayangan Sajak Kematian yang memaparkan rakaman video keadaan mayat menerima azab dalam kubur kepada murid-murid sekolah rendah perlu dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada keadaan khurafat.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, penayangan rakaman yang nyata tidak benar sama sekali itu bukan pendekatan agama Islam dalam memberikan pembelajaran kepada umatnya, terutama kanak-kanak yang tidak dapat menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

Katanya, penayangan rakaman video itu tidak membawa apa-apa faedah selain menjurus kepada keadaan khurafat terhadap umat Islam.

Saya amat berdukacita mengenai penayangan rakaman video ini dan perbuatan ini perlu dihentikan segera.

”Ini merupakan perkara yang tidak betul (rakaman keadaan azab) dan ia perbuatan penceramah yang ingin mencari ‘makan’,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai penggunaan klip video Sajak Kematian di sekolah yang memaparkan babak seksaan sakaratul maut selepas jenazah dikebumikan.

Timbul perdebatan mengenai perkara itu kerana ada pihak yang bersetuju dengan penayangannya dan ada pihak yang menolak tayangannya atas pelbagai alasan.

Sementara itu, mengulas mengenai fatwa pengharaman pengkid, Dr. Asri berkata, Majlis Fatwa perlu menyemak kembali fatwa tersebut kerana kemungkinan ada pihak termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merasakan ada kewujudan pilih kasih dalam fatwa tersebut.

Katanya, pengharaman pengkid oleh Majlis Fatwa itu memang tindakan yang wajar tetapi pada masa yang sama, fatwa berkaitan lelaki lembut perlu dinyatakan dengan jelas agar tidak wujud keadaan pilih kasih atau double standard.

”Kita mengetahui kes lelaki lembut menyerupai perempuan lebih banyak daripada kes pengkid yang ada kalanya perlu dicari dan diselidik dengan teliti.

”Bagaimanapun, bagi kes lelaki lembut menyerupai perempuan ini saya berpendapat ia lebih ramai daripada pengkid… kalau ingin haramkan adalah lebih diharamkan kedua-duanya,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/

Komen saya :

1. Apakah sajak kematian membawa kepada khurafaat ? apakah makna khurafat ? Lihat takrif khurafat dari blog Islamic Intensive Research di bawah :

khurafat

Jelas bahawa sajak kematian satu pementasan seni misi dakwah berdasarkan nas nas dari Al Quran dan Sunnah…

Dengan diolah mengikut kreaviti demi menjadikannya sebagai satu realiti yang boleh menggerunkan mata mata yang melihat gambaran azab neraka seksa dalam kubur yang mana salah satu lubang2 dari neraka juga seperti hadis yang kita selalu baca.

2. Asri kata : penayangan rakaman yang nyata tidak benar sama sekali itu bukan pendekatan agama Islam dalam memberikan pembelajaran kepada umatnya, terutama kanak-kanak yang tidak dapat menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

Memang tidak benar rakaman tersebut.. Kerana tidak ada teknologi dapat membuat rakaman azab kubur ? dan untuk menggambarkannya bagi memberi kegerunan maka dibuat pementasan dan digunakan teknik2 lakonan seperti mana yang terkandung di dalam video sajak kematian !

3. Asri kata penayangan rakaman video itu tidak membawa apa-apa faedah.

Saya kata ia amat berfaedah. Kerana melihat tayangan tersebut menjadikan kita akan mengingati kehidupan selepas mati. Dan akan timbul juga perasaan ingin berubah jika diri masih jauh dari landasan yang benar mengikut Al Quran dan Sunnah.

Nabi sendiri menyuruh kita mengingati mati dan ia cara melembutkan hati.

Bahkan Nabi mengatakan “orang yang cerdas adalah orang yang selalu mengingat mati”  seperti keterangan dari blog ini

4. Jika dikatakan video tersebut untuk cari makan, maka adakah semua vcd dan kaset oleh ilmua agama dikira untuk cari makan ? termasuk Asri sendiri yang turut menyumbang kepada kaset cd vcd terbitan Hijjaz ?

Termasuk terbit buku cd macam ni ?

http://twoti.com/v1/components/com_virtuemart/shop_image/product/Gambar023.jpg

http://twoti.com/v1/components/com_virtuemart/shop_image/product/Gambar022.jpg http://twoti.com/v1/components/com_virtuemart/shop_image/product/Gambar192.jpg

Lain, ialah komen ustaz JAKIM di bawah ini :


Komen Ust Zamihan Al Ghari ( http://al-ghari.blogspot.com/ ) :

1) Tindakan dua NGO bukan Islam : KataGender dan Food-Not-Bombs mengadakan demontrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan “pengkid’ atau wanita yang menyamai lelaki adalah satu kebiadaban dan melampau. Mereka bukan sekadar tidak menghormati Majlis Fatwa sebagai badan tertinggi Islam di negara ini, tetapi turut tidak menghormati Majlis Raja-raja yang menaungi majlis tersebut. Bahkan dalam masa yang sama ‘menghina’ para Mufti serta membangkitkan kemarahan umat Islam. Termasuk Tuan Blog yang fakir ini.

2) Lantaran itu, tidak hairanlah jika Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada kpd mereka agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan pengkid. Tan Sri KPN berkata : “Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena “Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke-10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia” di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini hari ini. Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam. “Ini menunjukkan mereka tidak menghormati agama orang lain, kerana fatwa itu dikeluarkan untuk orang Islam, kenapa mereka harus membuat demo dan tidak berpuas hati,” katanya. Musa berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan akan terus memantaunya bagi memastikan tiada pihak lain yang campur tangan. “Agama Islam ada cara untuk letakkan peraturan dari segi undang-undang Islam, jadi tiada sesiapa yang boleh campur tangan. Tapi masyarakat Islam haruslah menerangkan perkara tersebut agar pihak lain faham mengenainya,” katanya.
Bagi saya.. memang benar. Kami benar-benar terasa bahawa kamu telah mencabar kewibawaan kami. Dan kami sekelumit pun tidak merelai Institusi Agama di negara ini diperkotak-katik dengan sewenang-wenangnya. Jangan cuba bermain api!

3) Kita khuatir sentimen PENGKID ini dicetuskan oleh golongan Islam Liberal atas dasar hak kesetaraan gender yang diperjuangkan mereka. Sebenarnya, aliran pemikiran Islam Liberal merupakan produk pemikiran kontemporari yang dicetuskan pemikir Yahudi dan dipopularkan di barat era 80-an lagi. Kemudiannya ia disebarluaskan muslim berpendidikan barat berdasarkan prinsip ‘rational discouse’, pluralisme, demokrasi beragama, perjuangan hak asasi manusia, feminisme, kesetaraan gender dan lain-lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika mereka berani berpiket menentang fatwa kerana aspirasi perjuangan mereka adalah Liberalisme Agama. Seolah kata, nak jadi PENGKID, LESBIAN, GAY, GIGOLO..itu adalah hak asasi manusia. Sebagai muslim, sebenarnya mereka lupa hak asasi Allah SWT.

4) Kepada semua Pengkid : samada wanita nak jadi lelaki @ lelaki nak jadi wanita..sedarlah akan fitrah kamu. Jika kamu wanita..selamanya kamu tak mampu jadi lelaki. Begitu juga sebaliknya. Ini kerana bukan manusia yang cipta manusia. Tetapi pencipta manusia adalah Allah. Dia yang mendesign (merupa bentuk) kejadian kita dan mencetuskan kenafsuan dalam kehidupan. Justeru, tiada guna melawan arus fitrah. Akurlah, Pulanglah kepangkuan jalan. Binalah kehidupan dengan kenyataan. Jangan sesekali kamu membangkangi Allah dgn mencampakkan hidup ke lembah kebinasaan.

5) Isu ini sebenarnya bermula dari dasar liberalisasi pendidikan negara. Kurikulum tak seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Arus globalisasi songsang, budaya pemikiran import, budaya tak peduli agama, sikap pemimpin, sikap mak-bapak dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua terlibat. Dan sudah menjadi tradisi, bila terhantuk baru tengadah. Jika kita serius ingin mengatasi isu ini, kembalilah kepada Allah dalam semua perkara.

6) Malangnya, ada juga Mufti Glamour yang ponteng mesyuarat JawatanKuasa Fatwa, Tetapi begitu lantang mengkritik fatwa yang mengharamkan PENGKID. Beliau tanpa ilmu dan tanpa segan silu meminta MFK menyemak kembali fatwa tersebut atas alasan kemungkinan ada NGO @ pihak tertentu merasakan kewujudan pilih kasih pada fatwa tersebut. Rujuklah Utusan Msia m/s 12 segmen dlm negeri. Anda pasti bahawa permintaan Dr MAZA itu sendiri mencerminkan dirinya tidak mengetahui siapa pengkid, lelaki lembut ori atau lelaki lembut buatan (tiruan). namun secara keseluruhannya, komentar Dr Maza itu sendiri memberi kredit kepada pengkid,NGO Liberalisme Agama, kaum lesbian dan yg sekufu dgn mereka. Bila berbincang … ponteng..bila difatwa dia pula yang bising. Tahniah Mufti Pengkid.

7) Perlu diingatkan : Jika anda terus mengecam Majlis Fatwa dan membela Pengkid, anda boleh di dakwa menurut Seksyen 12, di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Akta 559 atas kesalahan menyebar pendapat yg bertentangan dgn fatwa yg sedang berkuatkusa di Wilayah Persekutuan. Anda boleh di denda RM3000, dipenjarakan tidak lebih 2 tahun @ kedua-duanya sekali. Anda juga boloeh di dakwa menurut Seksyen 9 pada Akta yang sama. Paling bagus, mereka boleh ditangkap di bawah ISA atas dasar mencetuskan suasana ketidakharmonian dikalangan umat Islam.
Amat wajar jika pihak PDRM, JAKIM dan Jab Agama Islam Negeri mengadakan operasi pembasmian Pengkid secara besar-besaran seluruh negara secara berperingkat. Kebarangkalian mereka terlibat dgn dadah, pelacuran, seks rambang, lesbian, merempit dan lain-lain gejala sosial amat tinggi. Kepada ibu-bapa, sayangi. Mencegah lebih baik dari merawat. Jgn ragu-ragu utk menghubungi pihak berkuasa atas salah sikap keterlaluan anak anda. Kepada pengusaha media, berhentilah dari menayangkan slot tak berfaedah utk agama, bangsa dan negara. Ketahuilah bahawa sketsa hidup kita semua pasti akan ditayangkan oleh Allah SWT.

Walauapapun, insya Allah kami akan sentiasa memberi kerjasama kepada PDRM bagi membanteras gejala yang tidak sihat ini dari terus memesongkan cara hidup umat Islam. Insya Allah. Takbir!


http://al-ghari.blogspot.com/

About these ads

8 Responses

  1. Ceramah’ Penerang Akidah’.20hb Nov selepas solat zohor.di Masjid Universiti Islam Pahang (UMP):Syeikh Dr Salim Ulwan(Mufti Australia)
    Ceramah’ Penerang Akidah’.20hb Nov selepas Isyak.di Pondok Darus Salam Kuantan:S Dr Salim Ulwan(Mufti Australia), Muslimin & Muslimat dijemput hadir

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. Dalam perkara No. 6 dan No 7 dari komen komen Al Ghari menunjukkan beliau membuat tafsiran yang salah tentang kenyataan Dr. Asri. Mudah je al ghari, Dr. Asri maksudkan ialah kaji semula untuk haramkan kedua dua ‘pengkid’ dan ‘lelaki lembut buatan (‘Pondan jadian’). Mudah je nak faham. Tak payah mencarut yang bukan bukan. Kartun betul!!!.

    Suatu sikap yang amat memalukan seorang bertaraf ustaz menyerang secara peribadi seseorang individu di Khalayak pembaca blog. Very non islamic (not sunnah) way of commenting your colleaque in the wrong media- looked childish.

  3. Asri kaitkan ceramah bab kematian sbg khurafaat ?

    mana ada pemujaan..hanya gambaran selepas mati untuk tujuan tazkirah kpd insan.

    Mufti ni memang patut berhenti cepat2..dah x ada modalpun nak juga bercakap.

    Makin banyak bercakap makin sakit hati orang membacanya.

    Tapi ada juga orang bela dia tu mcm al hilmi, kira bagus lah..

    Kejayaan dakwah wahabi di Malaysia…hehe

    apa makna khurafat macam asri jawba tu? di sini ada butirannya..

    http://kifayahplus.multiply.com/reviews/item/3

    I. Pengertian
    a. Khurafat
    Khurâfat secara bahasa berarti takhayul, dongeng atau legenda
    Sedangkan khurâfy adalah hal yang berkenaan dengan takhayul atau dongeng.

    Dalam kamus munawir khurafat diartikan dengan: hal yang berkenaan dengan kepercayaan yang tidak masuk akal (batil)

    Pengertian khurâfat dalam Islam

    Khurâfat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam .

    Berdasarkan pengertian di atas, khurâfat mencakup cerita dan perbuatan yang direka-reka dan bersifat dusta. Begitu juga dengan pemikiran yang direka-reka merupakan salah satu bentuk khurafat.

    Jelas bahawa Sajak Kematian bukan khurafat. Kerana ia adalah berdasarkan hadis seperti soalan Ma Robbuka dll..

    Juga olahan pementasan sajak kematian tidak bermakna itulah alam sebenar. Kerana kita semua maklum ia adalah satu pementasan ke arah mengajak orang mengingati kematian.

    Bukan menggambarkan ia adalah 100 peratus tepat dengan alam akhirat atau barzakh.

    Nak ulas panjang pun susah jika berkaitan dgn orang terlalu pandai mcm Asri.

    Harap blog3 lain akan ulas isu sajak kematian ini yang bagi saya sangat sesuai mengingati mati dan mengajak generasi muda mengawal diri dengan menanam gambaran seksaan kepada orang tidak taat kepada Allah sebagai modal penjaga diri mereka bila besar nanti.

    Anak saya pun tengok tidak ada rasa takut seperti tengok filem Congkak atau Anak yang memang berhantu, bahkan dengan mudah berubah untuk tidak lagi buat perkara melanggar suruhan ayah ibu apabila dikatakan itulah gambaran orang yang tidak dengar kata ibu dan ayahnya.

    Bila tayang filem seram hantu Asri tak marah. Tapi bila sajak kematian dia marah pulak…

    Nak tahu berapa umur anak saya? baru empat tahun dan perempuan.

    jika tuan puan tidak percaya cuba tayangkan video sajak kematian tersebut dan lihatlah respon anak2 selepas mereka ditakutkan dengan gambaran seksaan orang yang tidak patuh perintah Allah dan Rasul serta ibubapanya.

    Tentu berkesan dan tidak heranlah jika banyak sekolah menjadikannya antara bahan dan elemen pengajaran bagi memberi keinsafan kepada pelajar2 yang nakal dan tidak hormat guru atau keluarga mereka. dengan cara menayangkannya kepada pelajar.

    Tapi sayang Menteri Pelajaran pun sama sahaja…

    tak bela benda baik dan bermanfaat ini walaupun kita tahu ia dari syarikat bekas pengikut Al Arqam.

    Tetapi apa salahnya kebaikan dari produk mereka kita guna?

    Wallahu A’lam

  4. Penulis cyber, saya hanya memberikan pandangan saya bukan nak bela dr.Asri tentang isu pengharaman kedua dua pengkid dan pondan jadian tu. Saya dengan mudah memahami apa yang maksudkan. Isu disebaliknya berkaitan ponteng mesyarat mufti, itu isu beliau denga mufti mufti yang lain. Saya tak faham kenapa Al Ghari begitu beria benar memahami dengan pemahaman yang berlainan.

    Tentang sajak kematian, selagi ia tidak melanggar syarak, bagi saya terpulang kepada individu. teknologi semakin canggih termasuk kaedah audio visual dan computer. Nak tengok dan mengambil pelajaran, tengoklah. Tak nak tengok jangan bising, diam je. Janganlah pula NANTI dengan kecanggihan teknologi berlaku penambahan penambahan yang tidak masuk akal dan melanggar syarak (contohnya (andaian saya je): mengambarkan rupa /atau susk badan munkar dan nakir). Mungkin ini yang beliau maksudkan boleh membawa kepada keadaan khurafat / menjurus kepada khurafat sesuai dengan pengertian khurafat dalam Intensive Islamic Research. Wallahu ‘alam.

  5. Salam, ana setuju dengan pandangan al himi.Dr Asri bermaksud tayangan video tsbt boleh membawa kepada khurafat. Menggambarkan perilaku orang yang kena siksa di alam kubur sedemikian rupa adalah tidak benar kerana ia termasuk dalam perkara-perkara yang ghaib yang kita tidak tahu keadaan sebenarnya tetapi wajib kita mempercayainya.

    Kita boleh menceritakan tentang gambaran siksaan kubur berdasarkan keterangan al quran dan hadith tetapi kalau sampai menggambarkannya melalui lakonan adalah keterlaluan dan karut semata-mata.

    Menjaga akidah umat dari terjerumus ke lembah khurafat adalah lebih diutamakan. Wallahualam.

  6. Ada lagi orang tidak faham menggambarkan dengan merakam !!!

    Sajak Kematian bukan rakaman alam kubur…itu sahaja.

    Ia penggambaran semula di atas pentas…

    Mungkin asri sudah berwirid khurafat khurafat pagi petang jadi apa apa pun khurafat juga…

    Gila…

  7. Menggambarkan itu masalahnya.

    Kau marah pulak kalau org kata ALlah tu ada tangan,duduk atas arasy dsb,tapi pasal Asri yg tentang sajak kematian tu,kau kata betul pulak.

    Be consistent le brader,nanti org tunjuk yaumul hisab,konon nak bg insaf mcm mana lak?Boleh gambarkan org tenggelam dlm peluh,Allah tunjuk org amalan spanjang hidup dunia dsb.

    Inilah cara ustaz copy and paste berhujah..

    Kasihan..

  8. Salaam,

    Maaflah… pada saya betul apa yang dikatakkan oleh Dr. Maza. Lagi pula mana ada satu ayat pun dalam Al Quran yang mengisahkan adanya siksa kubur. Begitu jg Al Quran menjelaskan bahwa baginda Nabi tidak mengetahui perkara ghaib kecuali yang diwahyukan sahaja, oleh itu bagaimana baginda boleh mengetahui adanya siksaan semacam itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: