KHUTBAH BRUNEI : TAAT PADA ULIL AMRI – MALAYSIAKINI

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Sebagaimana yang sama-sama kita maklum bahawa agama Islam telah mula bertapak di Negara Brunei Darussalam ini semenjak enam ratus tahun atau lebih. Oleh itu kita perlu bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana mengurniakan agama Islam sebagai agama rasmi kita yang menjadi anutan raja-raja dan pembesar-pembesar negara serta rakyat negara ini sejak zaman berzaman, bahkan ia telah menpengaruhi cara dan corak kehidupan orang-orang Brunei dari dahulu hinggalah sekarang. Di antara pengaruh yang paling menonjol sekali ialah pemerintahan beraja. Sistem inilah yang diguna pakai dan kekal sehingga sekarang di negara kita sehingga rakyat terlatih dengan budaya taat beraja iaitu ketaatan yang berpegang kepada ajaran agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An Nisaa’ ayat 59 tafsirnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”.

Di dalam tafsir Al-Munir dan tafsir Al-Raqi ada menyatakan tentang maksud lafaz Ulil Amri itu. Ulil Amri secara umumnya bolehlah diistilahkan sebagai sultan-sultan, pemerintah-pemerintah, cerdik pandai, ketua angkatan bersenjata dan semua pemimpin-pemimpin, penganjur-penganjur iaitu mereka ini dijadikan tempat orang ramai berurusan permasalahan mereka dan kepentingan-kepentingan umum. Maka jika mereka itu telah bersetuju di atas sesuatu perkara atau membuat sesuatu keputusan atau hukuman, maka pengikut-pengikutnya hendaklah mentaati dan setia kepada mereka.

Dalam sistem pemerintahan beraja yang berteraskan ajaran agama Islam, raja itu mempunyai kedudukan tertinggi dalam negara dan menjadikannya berkedaulatan dan berkedudukan. Dan kedaulatan inilah yang menjadikannya tonggak pemerintah dan pemegang amanah untuk menjaga dan memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Dalam kehidupan bermasyarakat, bernegara dan berkerajaan, kekuatan dan kemantapan pemerintahan negara bergantung kepada sikap rakyat dan penduduk negara itu terhadap pemerintahnya. Dalam erti kata sejauh mana komitmen dan kesetiaan rakyat terhadap kata-kata taat dan setia itu diamalkannya. Begitu juga sejauh mana amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pemerintah itu ditanai dan dilaksanakan dengan penuh jujur, adil lagi bertanggungjawab. Bukankah menanai amanah itu perintah Allah yang amat penting dalam Islam, yang dengannya membezakan kita dari perbuatan golongan orang munafik dan khianat. Sedangkan khianat itu pula adalah sifat yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wataala, seperti mana firman-Nya dalam Surah Al-Anfaal ayat 58 tafsirnya :

“Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum yang mengikat perjanjian setia denganmu maka campaklah perjanjian itu kepada mereka dengan cara terus-terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat”.

Begitulah halnya dalam pentadbiran negara, jentera pentadbiran dan keberkesanan pengurusannya telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan ke atas bahu ketua-ketua kerajaan dan ketua-ketua pejabat bagi melaksanakannya dengan penuh jujur, adil lagi amanah.

Oleh yang demikian kita selaku pegawai, kakitangan kerajaan mahupun orang awam hendaklah taat kepada segala perintah, peraturan, arahan atau disiplin yang telah ditetapkan oleh mereka. Bukankah Islam telah menjelaskan kepada umatnya tentang kedudukan dan syarat taat setia sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Umar Radiallahuanhu�bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda maksudnya :

“Mendengar dan taat (kepada ketua) adalah menjadi kewajipan ke atas orang-orang Islam dalam apa jua perkara pun sama ada yang disukainya dan yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tidaklah boleh mendengar dan taat”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Taat kepada pemerintah dalam konteks bernegara mempunyai pengertian yang amat luas. Ianya bukan sahaja terhad kepada mematuhi segala perintah dan arahan yang diberikan secara lisan sahaja bahkan ketaatan yang dimaksudkan meliputi mentaati segala peraturan dan dasar negara, undang-undang dan fatwa-fatwa kerajaan mahupun peraturan-peraturan pejabat. Perkara ini telah diingatkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada umat Islam supaya mentaati perintah ketua-ketua, tidaklah kira sama ada perintah itu disukai atau sebaliknya, asalkan perintah itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Apa yang penting dalam menghadapi situasi seperti ini, kita harus bersikap tenang, sabar dan jangan emosi apatah lagi derhaka terhadap perintah yang dipertanggungjawabkan.

Dari Ibnu Abbas Radiallahuanhu : Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya :

“Barang siapa yang benci terhadap sesuatu dari tindakan penguasanya maka hendaklah ia bertaubat kerana sesungguhnya orang yang meninggalkan raja (penguasanya) walaupun hanya sejengkal maka matinya seperti mati pada zaman jahiliah”. (Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Sebenarnya dalam konteks taat ini, Islam bukanlah menghalang sesiapa dari bersuara atau memberikan pandangan atau pendapat kerana Sayyidina Ali Radiallahuanhu sendiri pernah berkata maksudnya : ‘Aku ini hamba kepada sesiapa yang mengajarkanku walaupun satu huruf’.

Tetapi sebaliknya suara, pandangan dan pendapat yang hendak dikemukakan itu biarlah membina dan mendatangkan kebaikan yang disertai dengan kejujuran dan keikhlasan. Terserahlah kepada ketua tersebut untuk menimbangkannya, sesuai dengan anjuran bermesyuarat seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 159 tafsirnya :

“Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu, maka bertawakallah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”.

Oleh itu, marilah kita menjadi hamba-hamba yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya dan Ulil Amri (raja atau pemimpin) dan marilah kita berdoa semoga raja kita yang dikasihi akan terus menerus memerintah negara ini dengan adil dan saksama di bawah perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Jadikanlah dan tanamkanlah pada diri kita sebenar-benar hamba yang sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada Ulil Amri, semoga dengan ketaatan itu kita akan selamat di dunia dan di akhirat.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah An Nisaa’ ayat 59 tafsirnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu menggembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya”.

http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=155

About these ads

4 Responses

  1. “Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”.

    ooooo.. ulil amri tu pemimpin di kalangan kita..
    kita nih pun boleh jadi pemimpin (PM pun pemimpin, MB dari kerajaan BN dan PR pun pemimpin).. pasal ulil amri dikalangan kita manusia nih..
    dan kita ni juga boleh buat salah juga.. tiada siapa terlepas dari kesalahan..

    Boleh tak cari ayat yang menyatakan bahawa ulul amri
    boleh sewenang-wenangnya melakukan kesalahan dan bebas dari sebarang hukuman.. dan ulil amri ni tidak boleh ditegur..

    Ayat ini menerangkan bahawa semua orang ada hari pembalasannya

    “(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.

    Al’Israa 17:71

    tak der pulak sebut dalam ayat kuran.. bahawa jumpa pemimpin rapatkan 2 belah telapak tangan, angkat dan kata ampun tuanku (tau tak ini adat siapa, ini adat hindu tau)…

    Tahu tak kebanyakkan raja di malaysia berasal dari kerajaan melaka.. melaka diasakan oleh oleh parameswara dari keturunan kerabat raja srivijaya yang beragama hindu.. macamana boleh dikatakan raja berasal dari keturunan nabi..

    memang benar apabila sultan atau raja memasuki islam rakyatnya juga memasuki islam.. tapi masih juga ada yang tidak menerima. Tahu tak bahawa kedatangan Islam di China lebih awal dari tanah melayu.. dan tahukah anda ketika islam datang ke tanah besar cina, pendakwah-pendakwah islam ini teramat-amat dialukan oleh maharaja. Maharaja cina dikatakan mendapat mimpi bahawa ada satu ajaran yang benar dan setelah diselidiki bahawa ajaran yang benar itu AJARAN ISLAM. Hasilnya islam masuk ke tanah besar China, sehingga hari ini lebih 20 juta rakyatnya

    Sebenarnya dalam konteks taat ini, Islam bukanlah menghalang sesiapa dari bersuara atau memberikan pandangan atau pendapat kerana Sayyidina Ali Radiallahuanhu sendiri pernah berkata maksudnya : ‘Aku ini hamba kepada sesiapa yang mengajarkanku walaupun satu huruf’.

    Tetapi sebaliknya suara, pandangan dan pendapat yang hendak dikemukakan itu biarlah membina dan mendatangkan kebaikan yang disertai dengan kejujuran dan keikhlasan. Terserahlah kepada ketua tersebut untuk menimbangkannya, sesuai dengan anjuran bermesyuarat seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 159 tafsirnya :

    “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu, maka bertawakallah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”.

    Ayat diatas pun menyatakan pemimpin itu boleh ditegur.. dan sesuatu masalah itu boleh dibawa berbincang..

    Di malaysia nih masih pratikkah cara nih yer.. kalau tegur sultan terus jadi penderhaka..

    Di malaysia konsep amal makruf nahi mungkar dah hampir terkubur.. lihat JAKIM pun boleh dipengaruhi orang atasan.. ciri-ciri ahli sunnah wal jamaah boleh dikatakan tidak diamalkan..

    Ustaz moden, saya tidak menghina sultan dan tidak menafikan sedikitpun kenyataan blog diatas.. kenyataan blog tuan diatas tersebut adalah benar..

    Cuma masih diamalkah prattiknya di Malaysia ni ?..

    Bebaskan JAKIM sebagai badan amal makruf nahi mungkar bersama jabatan agama islam dari setiap negeri..

    Kesulatanan Islam di india jatuh dan terus tidak wujud, kerana pemberontakkan rakyatnya kerana sultan mereka cuba menjadikan 2 agama menjadi 1 (agama baru gabungan islam dan kristian)

    Ya, sultan perlu dihormati. Kuasa sultan yang telah dipersendakan akibat krisis imuniti raja-raja perlu dikembalikan sebenarnya.. kesalahan sultan atau raja boleh diadili diperingkat majlis raja-raja dengan tertubuhnya tribunal raja-raja berkaitan jenayah. Dipertuan agong boleh melantik hakim-hakim yang adil dari kalangan ahli majlis yang dilantik. Kalau tidak, tidak gunalah Majlis Raja-Raja tuh.. Penghakiman inilah yang membezakan keadilan rakyat dan keadilan diraja. Jika anak raja membunuh, maka hukuman bunuh jugalah harus jatuh keatasnya. Jadi tidaklah berlaku rakyat biasa bergelar hakim menjatuhkan hukuman keatasnya.. Satu lagi sultan kena wujudkan musyawarrah dengan mengadili sesuatu perkara dengan lebih adil dan saksama..bersama pemimpin yang dilantik oleh rakyat.. Satu lagi. sultan atau raja ni ketua agama islam, salah satu ajarannya ialah islam melarang hambanya menutup aurat.. memang mudah.. jadi tidak salah jika permaisuri juga menutup aurat.. Daulat Tuanku kepada Sultan Terengganu.. permaisurinya ayu bertudung. Janganlah cemarkan imej bertudung yang nampak sudah tercemar sekarang nih..

    Aku tidak memandang hina blog diatas.. cuma kekadang aku melihat ayat kuran digunakan hanya yang boleh membela dan mendatangkan untung mereka sahaja.. sebaliknya cuba disenyapkan..

    Itu sahaja..

    Bersama-sama ini disertakan juga petikan ayat kuran yang aku dapat dari terjemahan al-quran banyak lagi tapi tangan aku nih lenguh nak menaip tapi tak per asalkan orang tahu bahawa selain mentaati raja, raja juga dihukum dan sama tarafnya disisi Allah kerana sultan atau raja juga adalah pemimpin.

    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.”

    Al Maidah 5:57

    “Dan demikianlah pemimpin-pemimpin mereka telah menjadikan kebanyakan dari orang-orang yang musyrik itu memandang baik membunuh anak-anak mereka untuk membinasakan mereka dan untuk mengaburkan bagi mereka agamanya. Dan kalau Allah menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.”

    Al An’Aam 6:137

    “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang lalai”.

    Al Taubah 9:23

    “Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.”

    Al- Kahfi 18:17

    Dalam isu derhaka di perak, engkorang pikirlah sendiri..
    Dimana Amal Makruf Nahi Mungkarnya.. mana semangat ciri-ciri Ahli Sunah Wal Jamaah nya… Masihkah ada di Malaysia ni..

    Maaf Ustaz Moden dan pembaca yang lain, jika ada komen aku yang salah. Terus terang aku katakan aku takde pendidikan tertinggi dalam aliran agama. Tapi bersyukur bapa dan ibu aku iaitu ulul amri sebenarnya yang telah mendidik aku.

    Aku rindu kepada pimpinan Umar Al-Khatab dan pemimpin yang sanggup keluar malam menyamar jadi orang susah untuk menyelami kehendak dan kepayahan rakyatnya..

    Aku juga benci kepada rakyat yang telah membinatangkan sultan (Ahli BN) dan mencerca sultan (Ahli PR). Tegurlah sultan dengan lebih baik dan bersopan selagi tindakannya belum memudaratkan kita..

  2. salam..

    Hanya taat kepada Allah s.w.t. dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

    taat selain Allah s.w.t. adalah syirik maha besar dan ingkar sunnah Rasulullah membawa kecelaruan hidup.

  3. islam sebenar.. harus berpandukan alquran dan hadis yang shahih..

    Allah hanya menilai ketakwaan individu tanpa mengira kedudukan seseorang..

    ulil amri adalah gelaran bagi pemimpin-pemimpin islam tanpa mengira darjat.. yang mempraktikkan ajaran alquran dan sunnah rasulullah.. yang mengajak melakukan kebaikan dan menghindarkan keburukan

  4. Susahlah kalau bagi kenyataan secara umum. Sekarang ni kalau nak memerintah kena melalui parti. Samada barisan Nasional, DAP, PAS atau PKR. Pakatan Rakyat sebenarnya tak ada. Ini hanya mengelirukan rakyat. Yang ada hanyalah kerajaan campuran di Selangor dan Perak (dulu).
    Kepada yg ada disini, anda sokong siapa untuk melaksanakan Islam dan mempertahankan islam dan melayu.?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers

%d bloggers like this: