Ustaz Moden’s Weblog

Laman interaksi menawan hati

JAIS siasat video hina Islam

Oleh MEGAT RAMLI 

 


SALAH satu aksi lelaki dalam klip video yang didakwa 
mempersendakan agama Islam yang disebarkan menerusi You Tube.



SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menyiasat klip video seorang lelaki didakwa menghina Islam seperti yang dipaparkan menerusi laman web You Tube bertajuk ‘Melayu Boleh Makan Babi’.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya mendapati klip video itu secara nyata menyalahi Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Penyebarannya menyalahi peruntukan undang-undang agama Islam sama ada ia disebarkan melalui buku, tulisan, ucapan dan sebagainya termasuk menerusi Internet,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas rakaman selama 1.22 minit menunjukkan seorang lelaki tanpa memakai baju sujud menyembah bingkai yang kelihatan seperti ayat-ayat al-Quran sambil mengajak umat Islam memakan babi.

Lebih biadap, lelaki itu menyatakan orang Islam yang makan daging babi boleh menghapuskan dosa.

Rakaman bersama suara latar yang penuh dengan kata-kata penghinaan kepadaagama Islam dilakukan dalam sebuah lokasi tertutup.

Antara kata-kata suara latar terbabit ialah:

“Marilah kita bersama-sama makan babi yang sedap, bahawa mereka akan sudah membuang dosa jika makan. Mulai hari ini semua Melayu boleh makan babi yang sedap.”

Video tersebut juga menunjukkan lelaki terbabit mempersendakan laungan azan sebelum ia diakhiri dengan ketawa individu lain yang merakamkan aksi lelaki itu.

 

 

p/s – tindakan keras perlu diambil oleh PM baru Malaysia demi mengelakkan ia menjadi isu besar dan boleh merosakkan perpaduan nasional…

April 6, 2009 - Posted by penulis_cyber | 1 | | 1 Comment

1 Comment »

  1. Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negara Bersama 9 Ulama dari Seluruh Dunia
    Tarikh: 15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
    Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
    Majlis bermula: 4.30 petang – 9.30 malam

    Antara jemputan khas:

    •Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
    •Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
    •Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah) – membacakan Qasidah Burdah
    •Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
    •Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
    •Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
    •Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
    •Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
    •Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi

    Aturcara Majlis

    4.30pm — Sholat ‘Ashar Berjemaah

    4.45pm — Persembahan Audio Visual Sirah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

    5.15pm — Pembukaan Pengaraca Majlis

    5.30pm — Ceramah 1 – Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Iraq)

    6.00pm — Ceramah 2 – al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Makkah)

    6.30pm — Qasidah Burdah – Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Makkah)

    6.50pm — Syair – Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)

    7.05pm — Ceramah 3 – Dr. Muhammad El-Muhammady (Pensyarah ISTAC)

    7.25pm — Azan dan Sholat Maghrib

    7.45pm — Ceramah 4 – Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Mesir)

    8.31pm — Azan dan Sholat ‘Isyak

    8.40pm — Ceramah 5 – Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)

    8.50pm — Bacaan Maulud ad-Daiba’ie – al-Habib Hassan bin Mohammad bin Salim al-Atthas (Masjid Ba’alawi, Singapura)

    9.20pm — Doa Penutup – Syaikh Maulana Afeefuddin Abdul Qadir al-Gaylani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)

    9.30pm — Jamuan & bersurai

    Semua dijemput hadir.
    http://pondokhabib.wordpress.com

    Comment by shafifah | April 6, 2009 | Reply


Leave a comment