Ustaz Moden’s Weblog

Laman interaksi menawan hati

TV Islam akan diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia untuk kita !!!

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 19 Jun – Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam hari ini bersetuju supaya diwujudkan satu saluran televisyen Islam bagi menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat.

Perkara itu dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak serta dihadiri semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata, mesyuarat akur bahawa banyak perkara dalam Islam bukan sahaja perlu disalurkan menerusi media malah maklumat dan faktanya harus tepat serta difahami khalayak.

”Contohnya berkenaan Baitul Mal yang mana kita mahu umat Islam membayar zakat tetapi pada masa sama juga kita mahu khalayak mengetahui menerusi media elektronik ini ke mana wang zakat itu disalurkan.

”Kita juga mahu mempertontonkan produk yang ditawarkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dalam memberi pinjaman kecil-kecilan, namun liputan mengenainya tidak menyeluruh turun ke bawah. Hal yang sama dengan siaran radio IKIM yang mencatat rating tertinggi yang akan diperluaskan skopnya dalam saluran televisyen Islam itu nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Jamil Khir berkata, rangkaian televisyen Islam itu nanti berupaya menjadi pilihan untuk umat Islam negara ini memperoleh maklumat tepat mengenai sesuatu perkara yang menyentuh syariat Islam.

”Kita tidak mahu program-program yang bertentangan dengan adat susila, agama serta budaya rakyat Malaysia ditayangkan kepada umat Islam.

”Dengan itu nanti akhirnya akan tercapailah matlamat Islam itu sebagai cara hidup,” katanya.

http://www.utusan.com.my/

June 20, 2009 - Posted by penulis_cyber | 1 | | 4 Comments

4 Comments »

  1. SYUKUR
    ALHAMDULILLAH

    TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

    DIHARAP SEMUA MASYARAKAT ISLAM MEMBUKA HATI DAN MELAPANGKAN DADA. JANGAN MEMANIPULASIKAN ISU INI SEBAGAI ISU POLITIK.
    BIARLAH SIKAFIR MEMBISU DENGAN ISU INI, BIARLAH SYAITAN BERDUKA BERSAMA SIKAFIR.
    JANGANLAH KITA YANG MEMBENARKAN SIKAFIR DAN SYAITAN MENYANYI LAGU MEMUSUHI ISLAM.

    SUDAH..
    SUDAH LA…
    JANGANLAH AGAMA DIJADIKAN BAHAN POLITIK.
    BIARLAH AGAMA MENGATUR POLITIK, SOSIAL, EKONOMI, PENTADBIRAN DAN KEROHANIAN.

    Adam amin
    Kg Jerlun
    Kedah

    Comment by SYUKUR | June 20, 2009 | Reply

  2. TV islam dah ada kat astro oasis la…Tapi la banyak lagi bagus cuma jgn jadi tv Islam hadari dah la..Islam saja pun tak terlaksana nak tambah lg Hadari kat belakang awat perkataan Islam saja tak mengambarkan islam yg sebenar ke hingga perlu tambah Hadari..hehe…nie baru bahas soal tambah perkataan bukan masuk isinyer lg

    Comment by Guest | June 24, 2009 | Reply

  3. MAJLIS PENGAJIAN ILMU ESOK BERSAMA TUAN GURU

    Tarikh: 4 Rajab 1430H/27 Jun 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki, an-Nadwi al-Banjari
    Kitab: Sairus Salikin, Jilid 1

    http://pondokhabib.wordpress. com

    Comment by shafifah | June 26, 2009 | Reply

  4. Jemputan Majlis Bacaan Ratib Al-Attas & AsmaulHusna
    Tempat :Masjid Bandar Sri Damansara
    Tarikh : 10 Julai 2009 (Jumaat)
    Masa : Selepas Solat Maghrib
    Pimpinan Habib Hussin Alwi Al-Attas

    Masjid Al-Mukarramah,
    Jalan Saga SD8/1,
    Bandar Sri Damansara,
    52200, Kuala Lumpur.

    Semua muslimin & muslimat di jemput hadir

    http://pondokhabib.wordpess. com

    Comment by shafifah | July 9, 2009 | Reply


Leave a comment