Ustaz Moden’s Weblog

Laman interaksi menawan hati

MB dan Exco Selangor Pakatan Rapuh berani derhaka kepada Sultan Selangor

Ini antara beberapa ‘isu’ yang dihantar ke meja saya oleh sumber yang dikenalpasti sahih. Nampaknya kerajaan PR di Selangor yang didominasi oleh geng Cina DAP yang anti Islam semakin bermaharajalela di sana.

Antaranya ialah, mereka sekarang telah membuat pindaan enakmen pentadbiran agama. Bayangkan sebelum ini Sultan diberi kuasa memilih ahli ahli Majlis Ugama Islam Selangor ( MAIS ) tanpa melalui MB namun sekarang geng geng kurang ajar tersebut telah memilih untuk mendesak agar ia dipinda.

Menurut sumber, satu mesyuarat pre-council telah diadakana di kalangan ‘backenchers’ untuk membincangkan perkara ini.

Apa yang mereka cakap ? Mereka ( especially ) dari DAP dan PKR begitu berani mempersoalkan hak Sultan dalam perkara ini.. Maknanya mereka anggap Sultan tak lebih dari Raja Berperlembagaan yang mungkin pada pandangan mereka tidak ubah seperti patung.

Yang peliknya ialah Adun PAS sendiri menyokong. Maknanya mereka telah sepakat dalam hal menderhaka kepada Sultan ini walaupun ia akan dan boleh menjadikan MAIS akan menjadi alat permainan politik pembangkang sehingga tidak mustahil MAIS diisi oleh geng seangkatan dengan fahaman politik mereka.

Natijah yang saya nampak ialah jika perkara ini berterusan di mana MB berhak memilih sesiapa sahaja kita risau calon tersebut tidak dapat menjaga atau menguruskan MAIS dengan baik kerana tidak dipilih terus oleh Sultan Selangor yang menjadi ketua bagi agama Islam di sana.

Lebih teruk kita risau jika ada bahaagian zakat diberi kepada bukan Islam walhal ia dikhaskan kepada umat Islam sahaja.

Jika Nizar di Perak tunduk kepada DAP maka di Selangor Khalid Samad juga begitu, walaupun tahu ia akan merugikan Islam dan menjatuhkan martabat Sultan.

mb014.jpg (400×267)

Wallahu A’lam

July 11, 2009 Posted by penulis_cyber | 1 | | 6 Comments