Ustaz Moden’s Weblog

Laman interaksi menawan hati

Gambar Dato Seri Najib Tun Razak dan keluarga di Mekah

[najibtawaf.jpg]

Alhamdulillah !! DS Najib dan keluarga sempat berumrah. Jika benar banyak dosa tentu tak berani sentuh tanah suci Mekkah !!!

Banyak orang telah dikifarah di bumi berkat tersebut dan semua orang telah maklum mengenainya.

Justeru tidak wajar lagi orang ramai percaya bahawa DS Najib ada kaitan dengan pembunuhan Altantunya. Begitu juga fitnah yang dikaitkan dengan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Moga keberkatan menaungi hari hari pemerintahan DS Najib seterusnya.

AMIN…

gambar diambil dari : http://pusakaayahnda.blogspot.com

July 21, 2009 - Posted by penulis_cyber | 1 | | 16 Comments

16 Comments »

  1. selepas sumpah saiful beranikah dsai menjejak kaki ke tanah suci mekah bagi menunaikan umrah atau haji???

    Comment by hashimzan | July 22, 2009 | Reply

  2. kita juga perlu ingat, kalau tidak dikaffarahkan di sana, mungkin hukuman yg lebih besar menanti… xtaulah klu ustaz pernah dengar ke tak istilah istidraj..

    Comment by no2umno | July 26, 2009 | Reply

  3. hehehehhe!…Kifarah itu menghapuskan dosa2..Allah pun meng Istidraj kan org2 yg dikehendakiNya, yang mana mereka tidak akan mendapatkan apa2 kifarah di dunia dan Allah tetapkan mereka merasa senang dan selesa dgn dosa2 mereka di samping harta yg menggunung..namun di akhirat nanti mendapat balasan yang amat AZAB..

    Comment by azhar | July 27, 2009 | Reply

  4. abu jahal dulu siang malam bergayut kat kaabah, najib setakat pergi buat umrah nak hairan apa..

    Comment by penjualubat | July 28, 2009 | Reply

    • peliknya mana gambar anwar di sana ? adakah anwar takut pegi umrah ?

      Comment by penulis_cyber | July 30, 2009 | Reply

  5. salam alykk. satu jer saya tak setuju dengan umrah yang dilakukan oleh orng2 kenamaan..kenapa perlu bodyguard keliling pinggang sedangkan kita di rumah ALLAH..yang penuh berkat..sapa yang lebih tinggi…disitu pangkat dan darjat tidak ada stau makna pun bg ALLAH…

    Comment by samarinda | July 29, 2009 | Reply

    • keselamatan pemimpin negara memang dijaga oleh anggota keselamatan negara atau negara dilawati.

      jangan bandingkan dengan orang dahulu kerana situasi mereka tidak sama. dan ancaman juga tidak sama.

      dulu tak ada bom.. sekarang ada bom boleh letup terus mati tak sempat mengucap.

      Comment by penulis_cyber | July 30, 2009 | Reply

      • kalau citer pasal tarikat macam hebat… tapi keyakinan terhadap Allah hancus….

        apa nak ditakut dengan kematian, setiap manusia yang suci hatinya sangat rindu dengan Allah dan Rasulnya. Dunia tiada nilainya disisi mereka.

        kata lawan wahabi, konon ikut jalan as’syairah… tapi macam tak nampak as’syairah pun… eeee. sedang ‘itikad as’syairah mengatakan tidak memberi bekas oleh suatu makhluk pun… masih ntidak yakin… mungkin dalam dzhon atau waham atau syak…

        kena ngaji lebih sikit…. kalau macam nilah nak lawan wahabi… pergi jahanamlah…

        Comment by alazkar | August 13, 2009

  6. Alhamdulillah,

    Tetamu ALLAH SWT…

    Comment by Haji Othman | August 2, 2009 | Reply

  7. mengalahkan rasullah buat umrah… ehehe.. ada pak guard yang mengawal sekeliling… tunggulah saat kematian dikubur bersendirian lah kamu…..

    dipuja-puja pemimpin yang menelanjangkan islam…. aku rasa baik ‘ustaz’ moden gi nasihat pok jeeb suruh bini dia pakai tudung… jangan suka peluk memeluk…

    Comment by alazkar | August 13, 2009 | Reply

    • tu lah sikap kita. keras sangat dan suka lihat titik hitam di tengah kain putih…

      Comment by penulis_cyber | September 10, 2009 | Reply

      • Drp penilaian saya yg kurang ilmu:

        “tu lah sikap kita. keras sangat dan suka lihat titik hitam di tengah kain putih” – betul tu. Saya yakin ustaz moden guna perkataan ‘kita’ sebab ustaz moden pun serupa… saya x sempat baca semua entry ustaz moden, tapi drp apa yg saya baca pasal dr asri ustaz moden menghentam dr asri (walaupun kdg2 tak berasas) macam beliau takde buat kebaikan langsung… yg baik pasal dr asri tak pulak disiarkan dan dibesar2kan mcm dibesarkan kebaikan najib, manakala yg buruk tentang najib tak pulak dihentam macam menghentam dr asri.

        saya pasti sbg manusia dr asri pun kdg2 ada salah silapnya, tapi alangkah moleknya kalau semua orang (terutama yg berani pakai gelaran agama) menunjukkan sikap yg objektif, mengiktiraf sumbangan org lain dan membetulkan kesilapannya dgn berhemah, dan seterusnya sanggup mengakui kesilapan sendiri dan memperbetulkannya pula.

        Cukup2lah ustaz UMNO dan ustaz PAS sekelian, serta ustaz2 lain yg selalu rasa dialah yg terhebat & paling betul, dan selalu pula mengeluarkan hujah2 dangkal dan semberono yg kadang2 boleh jadi bahan jenaka… anda semua mungkin telah menyumbang sedikit-sebanyak kpd golongan (muslim + non muslim) yg semakin menjauhi Islam.

        Oh ye.. bukan ustaz aje.. ustazah pun sama jugak…

        Comment by Shahrul Amri bin Ab Wahab | September 11, 2009

  8. Harap Ustaz Moden tak menjadi ‘ahli agama’ tipikal yg sering semberono dalam memberikan pandangan, ulasan dan pendapat; yang selalu berasa mereka sentiasa betul; dan yang seringkali tampak jelas kedangkalannya (terutamanya bila melibatkan diri dalam politik).

    Saya tidak tahu sama ada Najib bersalah atau tidak, namun sekadar maklumat: dikatakan yang Ashaari Muhammad juga telah menunaikan haji di Mekah. Malah ada jua orang yg mengaku menemani ibunya menunaikan haji di Mekah sedangkan dia ketika itu sudah murtad secara syarie (iaitu telah menolak kebenaran Al Quran dan ajaran Islam, cuma tak diumumkan). Tak ada apa2 pun yg zahirnya berlaku kpd mereka. Adakah boleh kita simpulkan mereka ini tidak bersalah di sisi Allah? Namun saya juga tak berani nak mengatakan Najib kena istidraj. Apapun usahlah dihukum seseorang itu bersalah atau tidak berdasarkan apa yg dilalui di Mekah.. Mekah bukannya padang mahsyar yang menelanjangkan segala perlakuan manusia.

    Saya fikir Ustaz Moden pasti menentang fatwa yang memborong semua penyokong UMNO sebagai tidak akan masuk syurga, namun pada masa yang sama Ustaz Moden pun nampaknya tidaklah jauh bezanya dgn pengeluar fatwa tersebut – membuat kesimpulan secara borong dan menilai secara selapis.

    P/S: Pada saya baik BN atau PR, bak lirik lagu Fauziah Idris – kiri duri kanan pun berduri (cuma duri sebelah kiri warna biru, yg sebelah kanan warna hijau + biru terang + merah). Semuanya tak boleh dipercayai… sehingga ada harapan baru muncul, pilihan yg ada sekarang hanyalah menunggu Nabi Isa memerintah dunia.

    Comment by Shahrul Amri bin Ab Wahab | September 3, 2009 | Reply

  9. Hai Ustaz…..ustaz yg reti agama pun bagi komen berunsur “mengampu” juga……

    Lebih baik Ustaz ampu Allah dah tentu tak de dosa.
    Macam le orang yg dosa banyak , jijak saje kaki dalam Masjidil haram terus tergolek……Usta ustaz.
    Abu jahal dan puak2 nya pun tak tergolek depan kabah.

    Timbang betul ustaz

    Comment by red | October 12, 2009 | Reply

  10. sekurang2nya beliau telah selamat menunaikan umrah..apelah daya kita menuduh seseorang sedangkan kita pun bukannya sempurna pun….tak baiklahhhhh

    Comment by nf | October 31, 2009 | Reply

  11. alhamdulillah…mudahmudahan allah memberi kekuatan dan hidayah kepada dsn serta keluaga supaya dapat memaju dan menyatukan umat di malaysia…berikan lah ya allah pembantu pembantu kepada yang baik kepada dsn untuk memimpin negara.ya alllah berilah hidayah kepada dsn dan pembantu pembantu nya hidayah supaya mereka sentiasa ingat akan berat dan besarnya amanah allah…ingatlah sesungguhnya azab allah amat darsyat…peringatan utk diri saya sama…

    Comment by abdullah hasnan kamaruddin | November 7, 2009 | Reply


Leave a comment