Himpunan Koleksi Kenyataan Dr Asri @ Al-Wahhaby di sini !
Pertama : Menghalalkan kalimah Allah kepada bukan Islam.
Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah
“Sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.” kata Dr Asri.
Kenyataan Dr Mohd Asri Berhubung Isu Nama Allah
Saya bukan jawatankuasa PAS, atau orang Kelantan, namun bagi saya sesiapa yang menempelak kenyataan YAB MB Kelantan tentang isu nama Allah adalah mereka yang kurang jelas tentang akidah Islam, atau mempertahankan apa yang mereka tidak faham.
Saya telah tulis isu ini lebih setahun yang lalu dalam artikel saya yang disiarkan dalam MM bertajuk BEZA ANTARA MEREBUT NAMA ALLAH DAN MEMPERTAHANKAN AKIDAH. Saya telah kemukakan hujah dan alasan bahawa mereka boleh memanggil Tuhan dengan ‘Allah’. Al-Quran dan Sunnah membenarkannya. Akidah bukan diukur dengan panggilan, tetapi dengan membezakan antara tauhid dan syirik.
Majlis Fatwa Perlis semasa saya menjadi mufti membuat keputusan sebulat suara keharusan bukan muslim memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Jangan kita nak divert isu politik, kita bangkit isu agama, nanti agama menjadi mangsa permainan manusia.
Saya nasihat kepada yang bising isu ini, jika nak berjihad, biarlah kena pada tempatnya.. Ini bukan isu yang patut kita bertarung kerananya. Jika ingin melarang bukan muslim guna nama Allah jangan sebut Islam melarang tetapi beritahu mereka peraturan Kerajaan Malaysia melarangnya atas sebab-sebab tertentu.
Jangan jadikan isu agama nanti mereka hairan lain al-Quran cakap, lain pihak yang memakai jenama agama cakap. Apa yang patut JAKIM fikirkan adalah bagaimana cara agar bukan muslim dalam negara kita lebih faham dan suka dengan Islam”
-Dr. Mohd Asri,
Lampeter, UK.
http://drmaza.com
Kedua : Membantah tindakan menahan pesalah khalwat
Khalwat: Perak mahu terus serbu hotel
19-12-2006 10:17:30 PM
IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) akan meneruskan operasi pemeriksaan di hotel-hotel sekiranya mendapat aduan berlakunya maksiat.
Pengarahnya Datuk Jamry Sury berkata Jaip tidak bersetuju dengan cadangan Mufti Perlis Mohamed Asri Zainul Abidin yang mahu serbuan di hotel oleh pihak berkuasa agama dihentikan bagi tujuan membersihkan imej Islam.
Beliau berkata adalah tidak wajar pihak berkuasa agama dihalang daripada membuat pemeriksaan sekiranya mendapat aduan daripada orang awam kerana memang tanggungjawab jabatan itu mencegah perbuatan maksiat tanpa mengira tempat.
“Sekiranya pihak berkuasa berhenti memeriksa bilik hotel, kita khuatir pasangan bukan muhrim akan mengambil kesempatan melakukan maksiat di situ kerana berasa selamat tiada siapa yang mengganggu,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata lagipun tidak ada makna diwujudkan Bahagian Penguatkuasaan khusus untuk mencegah perbuatan maksiat jika fungsinya dihalang, begitu juga dengan Bahagian Pendakwaan yang bertanggungjawab mendakwa pesalah di Mahkamah Syariah.
Jamry berkata setakat ini pegawai penguatkuasa Jaip tidak menghadapi masalah membuat pemeriksaan di hotel-hotel kerana sekiranya pasangan yang diperiksa sah halal, maka mereka akan memohon maaf.
Bagi mengelakkan kekeliruan, katanya, pasangan suami isteri digalak mendapatkan kad perakuan nikah yang mengandungi butir-butir peribadi.
Beliau berkata pegawai penguatkuasa Jaip menahan antara tujuh hingga lapan pasangan beragama Islam kerana berkhalwat di bilik-bilik hotel di seluruh negeri ini setiap bulan yang meliputi golongan remaja dan dewasa termasuk mereka yang sudah berusia dan berumahtangga.
Jumlah tangkapan kes khalwat biasanya meningkat berkali ganda apabila berlangsungnya konsert-konsert hiburan yang dianjurkan sempena sambutan tertentu, katanya.
Jamry berkata sebagai contoh semasa sambutan Hari Kebangsaan ke-49 pada 31 Ogos lepas, Jaip menangkap 25 pasangan berkhalwat di Ipoh sahaja. BERNAMA
Ketiga : Membantah tindakan JAKIM membuat laporan polis ke atas Raja Petra,penghina agama Islam dan Nabi Muhammad
“Jadi saya menolak andaian sesetengah pihak kononnya langkah yang diambil oleh Jakim ini sebagai tidak tepat sebaliknya perlu berdialog dengan penulis blog tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Keempat : Menolak Hadis Imam Bukhari yang disepakat SAHIH oleh IJMAK ULAMA
ARKIB : 02/11/2009
Pgsm mengaku bantah pelantikan Dr. Asri
KUALA LUMPUR 1 Nov. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Pgsm) hari ini mengaku menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi membantah sebarang cadangan melantik bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Presidennya, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, tindakan itu diambil bagi menjaga kepentingan seluruh umat Islam di negara ini.
”Pihak berkuasa dan tokoh-tokoh agama serta pertubuhan arus perdana sudah lama tidak mempersetujui pendekatan Asri yang banyak menimbulkan keraguan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Jelasnya, antara keraguan tersebut adalah seperti dalam isu pencegahan khalwat oleh pihak berkuasa agama, isu penggunaan kalimah Allah, isu amalan furu’ yang dikatakan bidaah di kalangan umat Islam dan banyak lagi.
”Kami bersedia pada bila-bila masa untuk bersemuka dengan beliau secara peribadi atas permintaannya agar dikemukakan bukti terhadap kenyataan kami.
”Kami berpendirian ini merupakan isu dalaman dan tidak wajar dibahas atau disensasikan secara terbuka,” tegasnya.
Sidang akhbar itu diadakan sebagai reaksi terhadap kenyataan Asri semalam yang mendakwa Pgsm memfitnahnya dalam satu memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
Menurut Asri, antara tuduhan fitnah dalam memorandum bertarikh 12 Oktober lalu yang dimuatkan di laman web Pgsm adalah mendakwa beliau tidak mengiktiraf iktikad ahli sunnah dan keluar daripada mazhab Shafie, Hanafi, Maliki dan Hambali serta menolak hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
Mohamad Isa berkata, Asri tidak sesuai untuk memegang jawatan Yang Dipertua Yadim atau jawatan-jawatan seumpamanya.
”Tindakan kami menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong adalah atas niat agar kesepaduan umat Islam di negara ini tidak dimusnahkan oleh pendekatan yang tidak mengikut arus perdana.
”Pihak kami juga tidak mahu timbulnya suasana kacau-bilau dalam amalan beragama di negara ini,” jelasnya.
Pgsm juga katanya, kesal dengan tindakan Asri mengadakan sidang akhbar berhubung memorandum bantahan pelantikannya sebagai Yang Dipertua Yadim itu.
”Pihak kami kesal dengan tindakan beliau yang membesar-besarkan isu dan mencari publisiti terhadap satu perkara yang merupakan hak mutlak Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan kerajaan,” katanya.
Menurut Mohamad Isa, Pgsm juga kecewa dengan sikap Asri yang sanggup mengheret masyarakat umum ke dalam persoalan membabitkan isu pentadbiran agama negara yang harus diselesaikan secara tertutup.
”Pihak kami juga musykil dengan beberapa dakwaan Asri yang mendakwa beliau menolak tawaran sebagai Yang Dipertua Yadim sedangkan belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak yang berkenaan dalam hal tersebut,” tambahnya.
Kelima : Mengkritik tindakan KDNK mengharamkan buku yang boleh merosakkan akidah Islam di Malaysia
Mufti Perlis menyifatkan alasan pengharaman buku-buku oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai lambang “sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden” dan “zaman kegelapan” Eropah.
“Alasan-alasan pengharaman yang hanya menyebut ‘boleh mengelirukan orang ramai’, lalu sesebuah buku diharamkan amat tidak munasabah.
“Itu membawa kepada sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden,” kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang sedang bergolak dengan jawatannya minggu ini.
“Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka.
“Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu.”
Beliau menempelak sikap kementerian itu dengan membandingkannya dengan Zaman Pertengahan Eropah yang menyaksikan banyak buku diharamkan dan dibakar atas alasan agama.
“Apakah kita ingin negara menuju ke zaman kegelapan gereja yang menghukum apa sahaja ilmu yang tidak serasi dengan kelompok tertentu tanpa alasan?
“Lebih daripada itu, apakah negara yang ingin maju seperti kita perlu untuk mengharamkan bahan-bahan ilmiah hanya kerana tiada selaras dengan selera KDN?
“Kalau begitu kita sedang mundur ke belakang, bukan sedang membina modal insan,” tegasnya.
“Apakah kita patut mengharamkan internet, segala macam buku hanya kerana ada orang yang rasa keliru? Apakah setiap kekeliruan pembaca, dosanya semesti ditanggung oleh buku?
“Cara begini nampaknya kita masih mundur.”
Dalam blognya hari ini, mufti muda yang lantang itu mengulas pengharaman sebuah buku agama Pelik Tapi Benar Dalam Solat, Ogos lalu.
Buku karangan Abdul Rahman Mohamed diharamkan bersekali dengan buku terbitan Sisters in Islam (SIS), Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism suntingan Norani Othman, seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ketua penolong setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Abdul Razak Abdul Latif dilaporkan berkata sekiranya dua penerbitan berkenaan dibiarkan, ia “boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat”.
Buku mengenai solat itu mengupas kaedah-kaedah solat khusus, misalnya sewaktu mendukung bayi atau bersembahyang di dapur.
Dr Mohd Asri berkata selepas menyemak buku berkenaan, “saya tidak dapati adanya perkara yang bercanggah dengan al-Quran atau al-Sunnah.”
“Bahkan penulisnya mengemukakan alasan-alasan ilmu yang dipegangnya. Mungkin ada beberapa perbezaan pendapat di kalangan sarjana dalam perkara-perkara yang disebutkan itu, tapi bukan bercanggah dengan prinsip Islam,” katanya lagi.
“Kalau panel (penapisan buku) berkenaan mahu buku mengikut kehendak mereka, merekalah yang tulis. Hak penulis mengemukakan alasan-alasannya.
“Dalam Islam, selama mana ia tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, biarlah dunia ilmiah itu bercambah.
“Bukanlah tujuan saya untuk membela buku tersebut, tetapi kecenderungan mengharamkan bahan-bahan akademik atau ilmiah tanpa alasan yang konkrit boleh merosakkan percambahan ilmu.”
SIS melancarkan kempen ‘Jangan Haram Buku’ dengan menerbitkan poskad (foto kiri) tidak lama selepas karya ilmiah itu diharamkan.
Dr Mohd Asri menambah, jika seseorang tertuduh di mahkamah memerlukan bukti sebelum dihukum bersalah, “apakah boleh bahan ilmiah yang menjadi keperluan asas manusia dihukum tanpa alasan yang jelas”?
Keenam : Mendesak Tugu Pahlawan dibuang kerana dakwaan keberhalaan
Sedangkan Tugu Negara adalah lambang penghormatan Malaysia kepada para perajurit yang telah berjasa dalam mempertahankan negara. Ia bukan disembah cuma dijadikan tempat bagi melahirkan penghormatan dan sekadar simbolik semata-mata.
Ketujuh : Menghina Ulama dan Mufti
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.5;wap2
Kelapan : Membantah Sister In Islam diharamkan
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/10/mstar_berita/20090610112656&sec=mstar_berita





Assalamua’laikum Warohmatullahi Wabarokatuh.
Segala pujia bg Allah SWT, Selawat dan Salam buat Rasulullah SAW.
Saya sejak menuntut di Minden, Pulau Pinang lagi amat risau tentang fahaman yang dibawa oleh Asri sehingga meyebabkan amalan di dalam Masjid Al-Malik Khalid telah dilabel sebagai bid’ah olehnya serta pengikutnya. Melebarkan pengaruhnya di kalangan ahli akademik dan warga kampus sehingga doa selepas solat, doa Qunut solat Subuh, membaca Surah Yasiin dan pelbagai amalan mulia lain telah dianggap sesat dan di sarafkan supaya tidak dilakukan.
Hanya orang2 yang mengaji secara mendalam dapat mengenali dan mengetahui kesesatan serta bahaya ’syariat’ Asri ini. Beliau akan sandarkan dalil2nya dari Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim yang digerakkan oleh Sheikh Muhammad Abdul Wahab untuk menegakkan amalan ‘Sunnah’!! Beliau cukup petah dan pandai guna kata2 dah putar belit untuk memperlihatkan ‘kealimannya’ serta ‘ujub’ memperlekehkan pandangan ulama2′ muktabar lain dengan menggunakan ayat ‘ada orang kata hukum itu dan ini..’!! Masya Allah..betapa jahatnya lidahnya hanya siapa yang mengaji dan kenal dia baru tahu siapa dia..
Saya menyeru alim ulama’ dalam negara ini yang ikhlas menegakkan dakwah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW berpandukan Ulama’2 Ahli Sunnah Waljamaah, Imam2 Muktabar Mazhab As-Syafie untuk sama2 menggerakan dakwah memahamkan masyarakat Islam yang kini dilanda macam2 kesesatan termasuk oleh parti politik (hizb) serta fahaman2 Wahabiyyah, Syiah serta yang lain.
Kesyumulan dan keindahan Islam yang disampaikan oleh para ulama’ dahulu jangan dirosakkan oleh puak2 tajaan kuffar ini. Allah SWT Maha Berkuasa lagi Maha Pengasih. Semoga dipelihara Aqidah dan Syariah kita berada dalam jalan yang Siddiq lagi Soheh untuk mencapai martabat keredhoan Allah SWT dan Syafaat Baginda Rasulullah di akhirat kelak..! AMEENN YA ALLAH!!
Alhamdulillah, saya sejak kecil telah di izinkan Allah banyak mendapat didikan Islam melalui kitab2 di kuliah2 masjid, berdamping dengan alim ulama pondok di Kedah yang ber I’tiqad dengan fahaman ulama2 As Syafie’yah, yang jelas di bawa oleh Ulama’2 Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pewaris dakwah Nabi.
Di dapati apabila terdedeh dengan fahaman2 Syiah dan Wahabiyyah karut “dholalimmubin” ini ini dapat mengenali serta membina benteng kefahaman yang jelas melalui Hidayah Allah SWT.
Apa yang merisaukan saya ialah diluar sana kedudukan masyarakat yang terlalu banyak maksiat jelas dan kini serangan bentuk tidak nyata yang jauh lebih bahaya daripada maksiat nyata iaitu melalui I’tiqad Aqidah serta halus tersembunyi merosakkan Islam.
Marilah sama2 kita yang cintakan Islam dan memelihara kesucian Agama Allah serta kasih kita kepada Rasulullah SWT untuk sama2 kita membenteras fahaman-fahaman sesat lagi merbahaya ini.
Kita cintakan Islam maka kita perlu berkorban dengan apa termampu menjalankan dakwah supaya menerangi masyarakat Islam daripada puak2 karut sesat ini. Kerana kejahatan puak poltik jugalah telah menyesarkan serta alpakan umat Islam dalam negara ini dari mengingati Allah Swt, dari menuntut ilmu Islam dengan jelas, sebaliknya hanya untuk merebut kuasa melalui retorik Islam. Akhirnya kita rugi dan binasa tanpa persediaan sebagi umat yang hebat di dunai dan akhirat..
pembetulan kesalahan menulis, mohon maaf => Rasulullah Solallahu Alaihi Wasallam..bukan SWT