Ustaz Moden’s Weblog

Laman interaksi menawan hati

Dr Abdullah Yasin, bapak wahabi Malaysia dibela Anwar ?

Kenyataan Dr Zahid Hamidi http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=331528 pada 8 Mei 2008 yang ada memaparkan nama Dr Abdullah Yasin yang dikenalpasti oleh JAKIM sebagai pembawa fahaman Wahabi. Katanya :

Ahmad Zahid said among those identified by the Islamic Development Department Malaysia (Jakim) from its investigation, to be followers of the Wahabi doctrine, were Islamic preachers Dr Abdullah Yasin and Ustaz Hussein Yee.

 Siapa dia Dr Abdullah Yasin ?

Beliau salah seorang yang didakwa di Mahkamah kerana mengajar tanpa tauliah sejak tiga tahun lalu yang mana ada disebut dalam berita Utusan Malaysia http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_04.htm  hari ini.

Sebelum ini saya pernah membaca kaitan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa sering mengeluarkan arahan agar tokoh wahabi tersebut tidak  diganggu.

Cerita lanjut klik sini http://umnolawanpas.wordpress.com/2009/11/04/anwar-sokong-wahabi-dan-dr-asri-gila-populariti/

Ramai pemimpin PKR termasuk Azmin Ali mengkritik tindakan JAIS menahan Dr Asri. Bahkan pemimpin PKR turut berada di banglo yang menjadi tempat sebaran fahaman wahabi di Hulu Klang.Sifirnya sangat mudah, seseorang yang menganut fahaman tersebut tentu tidak akan bersetuju dengan tindakan penahanan yang dibuat oleh JAIS. Apatah lagi fahaman wahabi menghalalkan perbuatan liwat / sodomi..

Pelik kenapa ramai orang PAS dan PKR menyokong Dr Asri yang jelas wahabinya dengan menolak mazhab dan juga membawa perkara yang bercanggah dengan IJMAK ULAMA  iaitu majlis Fatwa kebangsaaan. Sedangkan mereka tahu fahaman ini adalah ajaran yang tidak diterima oleh ULAMA MUKTABAR dan dan Al Azhar sekalipun. Ia hanya dipopularkan oleh Universiti Madinah, tempat perkembangan wahabi sejak kejatuhan Empayar Ottoman di Turki yang menyebabkan British mengambil alih Mekah dengan melantik puak badwi bernama Sa’ud untuk menjadi raja di sana di samping melantik Muhammad Bin Wahhab sebagai mufti mekah.

Ketika itu ramai ulama ahli sunnah dan Ahli Bait Nabi telah diusir dan dibunuh…

Bagi membolehkan sesuatu masalah ijtihad diputus maka diperlukan IJMAK ULAMA dan para Mufti yang alim itulah yang memutuskannya. Jika benar ajaran Wahabi tentu sekali kita tidaka akan mendengar bantahan dari Majlis Agama atau JAKIM atau Majlis Fatwa. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

 Untuk itu anda kajilah lagi apakah fahaman wahabi dan sebarkan apa yang anda yakini dengan niat mengelakkan akidah umat rosak dan binasa dek ajaran yang berbahaya ini..

 Jangan lupa Nik Aziz adalah seorang yang menyebarkan fahaman wahabi ini seperti pengakuan beliau yang ada dihuraikan oleh penentang wahabi Puteri Nafisah  di sini http://puterinafisah.blogspot.com/2009/11/nik-aziz-dan-dr-asri-yes-to-wahabi.html

Kata Nik Aziz : “Beliau berkongsi dengan saya pengalamannya. Zaman menuduh kaum muda atau Wahabi telah dilalui oleh beliau sendiri pada satu ketika dulu, sekarang ia berulang terhadap saya,”.

Ada huraian lebih lanjut isu ini di blog Penembak tepat http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/10/edisi-lengkap-15-dalil-nik-aziz-tidak.html

 

Wallahu A’lam.

November 12, 2009 - Posted by penulis_cyber | 1 | | 1 Comment

1 Comment »

  1. Bapak Wahabi Dr.Abdullah Yassin telah memecah belah ummat termasuk ceramah nya di Batam – Riau

    Comment by carlito | November 20, 2009 | Reply


Leave a comment