Update : Gambar Abuya Ashaari Mursyid Al Arqam tersenyum dikapankan – Al Fatihah



wajah orang Soleh ketika mati sangat tenang kerana gembira menemui kekasihnya selama lamanya….

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(  سورة آل عمران  , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #169)

gambar kubur tempat jasad Abuya Ashaari disemadikan di Pilin Negeri Sembilan semalam.

Semalam juga Habib Ali Batu Pahat telah meninggal dunia seperti laporan blog ini http://melayucyber.blogspot.com/2010/05/habib-ali-batu-pahat-telah-kembali_13.html

Baru sebentar tadi dapat sms yang membawa khabar sedih iaitu al-‘Arifbillah al-Habib Ali bin Ja’far al-Aydrus Batu Pahat telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang, 28 JumadilUla 1431H/ 13 Mei 2010.

Allahu Allah …

setelah 40 hari pemergian al-Quthub al-Iman al-Allamah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf.

Belum lagi terubat kesedihan atas pemergian al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, kini menyusul pula al-Habib Ali bin Ahmad al-Aydrus, Batu Pahat. Allahu Allah ……

Musibah! Musibah! Musibah buat umat apabila kekasih-kekasihNYA satu persatu kembali kepadaNYA

Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. [Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi]

Rupa-rupanya dua ulama besar Malaysia telah pergi menemui Allah Taala semalam….

About these ads

27 Responses

  1. innalillahi wa innaillahirrajiun..

  2. sebenarnya itu bukan gambar Abuya ketika dikafankan, tapi gambar Abuya tidur. Sudah lama gambar ini berada dalam flickr.com

  3. Tn, Adakah itu gambar sebenar abuya di pembaringan sesudah meninggal atau gambar semasa beliau hidup?

  4. BETUL KE NIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII?

  5. Di blog ini pun dikatakan semasa dikafankan sebelum ini tapi dah di edit.

  6. betul ke abuya tak meniggal…….minta maaflah jangan lah terlalu taksub….gambar tu pun boleh jadi cerita…sedangkan kan waktu tu arwah(kalau dah mati)kan mengidap sakit mulut…
    maaf banayak-banyak……

  7. Salam, ini adalah gambar waktu beliau sihat. Jika mahu tengok gambar realiti wajah sebenar Abuya dalam kain kafan sila lawati facebook saudara Radzi Sulaiman. Foto dicapture oleh mereka yg mengiringi jenazah. Al fatehah.

  8. saya muskil…. boleh scan kubur abuya tengok ada jasad tak? atau korek terus nak tengok

    sbb org ikhwan kata abuya ghaib ikut sayidi syekh…

    • gambar menunjukkan abuya macam kita.mati dan meninggal dunia…jgn terpedaya dgn kata2 orang dan jgn mudah terima

  9. Jangan taksub dgn gambar tu……..bkn ke abuya tu spesis bibir cam tu. Tapi kalau mati senyum itu ori….elok la.

  10. So…sebenar-benarnya memang sudah mengiggallah kan?

  11. Rujuk jawapan us aizam jakim tntg abuya ghaib http://www.mufakkir-islami.blogspot.com

  12. dia dah dibisukan oleh Allah semasa hidupnya!! supaya tidak menyebarkan dusta ke atas Rasulullah SAW dan ajaran Islam.

    Cash on the spot!!!

  13. salam dari Borneo ..

    semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh ustaz Ashaari , juga pada para ulama arifbillah ..terimalah mereka dan tempatkan roh mereka ditempat yang tinggi ya allah , ya rahman , ya rahim , ..

    Ustaz ashaari guru saya , walau tak lama ..tapi pernah berguru dengannya , dia orang yg baik , orang soleh , orang tasauf , dia lemah lembut , penyabar , pemurah , dia ni cuma putus wudhu masa tido atau dalam bilik air je , takziah utk keluarganya yg ditinggalkan , al fatehah …

  14. salam..sedara…sudahlah..buat cerita bukan2..org tido kata mati…bila tsunami di kata buatan abuya..na’uzubillah..ada ke org nk lemas tsunami disuruh minta tlg abuya.bukan allah..
    mmg sah penulis ni…mereng,..akal yg waras akan dpt membezakan.budak tahun satu anak murid saya pun tahu beza.kuasa allah dgn manusia..kesian la penulis..ni.

  15. Aslmkm wwbh.

    Apa yang penting kita wajib beriman kepada rukun Iman dan Rukun Islam.
    Buat apa susah susah fanatik kepada sesama manusia. Faktanya Ustaz Ashaari ini bukan nabi mahupun rasul.
    Bak kata pepatah buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Budi yang baik di kenang selalu. Menyembah Allah s.w.t yang maha esa. Jangan di syirikkan.
    Apa yang penting Jasa kepada Agama, Bangsa dan negara. Jangan pula kita berbunuh pasal orang yang dah mati.
    Bak kata pepatah orang mati, hidup balik. Yang dah mati, matilah. Yang hidup balik jumpa anak dan isteri dan teruskan hidup beribadah kepada Allah s.w.t.

  16. assalammualaikum,

    Hamba yg sgt mencintai & merindui ALLAH & RASULnyer di akhir zaman,,yg sgt2 menanti kehadiran RASULULLAH S.A.W…………………….

    ABUYA i2 cbenarnyer adalah orang yg sudah di pilih oleh ALLAH ,untuk memimpin dunia yg sudah r0sak & terlalu uzur……. begitu juger dgn imam mahdi……yg di lantik oleh ALLAH….

    cyer d sini nk bgitau,,,,,sebenarnyer DUNIA INI MEMERLUKAN ORANG PIMPINAN YANG DI LANTIK OLEH ALLAH………………..jgnlh kiter sbgai manusia kita main ikut jer ckp ORANG……sebagai pendapat dari cyer..cbelh fikir secara hati jgn lh fikir secara akal…….& cbelh kita s0lat ISTIKHARAH…..d si2 jgelh ALLAH kpd HAMBA MANUSIA ini akan memberi petunjuk yag benar kpd kta…..BEGITU BAIKNYA TUHAN KITA…………

    dan cbelh juge kita lihat dari segi perjuanganyer,,,,kita d ajar tentang KEHIDUPAN kita yg SEBENAR………di dlmnyer kita akan mendapat allah &rasul,,,,tentang kesusahan,,,,sebagai mner RASULULLAH dulu hidup d dalam kesusahan!!!…….

    Memenglah hendak melawan NAFSU i2 terlalulah amat susah,,,,,,sehingga kita menghadapi UJIAN2 yg SGT PERIT!!!!dari si2lh ALLAH menilai keimanan SEORANG HAMBANYA…….

    bagi syer,,,syer sgt MENYOKONG PERJUANGAN UST.ASHAARI(ABUYA)…….kta pun dapt lihat dari segi KELUARGA ABUYA……anak2nyer dpt menjalinkan hubungan dgn adeq bradeq n ibu bapanye…….selain i2…..KELUARGA POLIGAMI ini dapat MENDIDIK PARA ISTERI2 untuk TAAT kpd SUAMI,TIDAK MENGHARAPKAN CINTA SUAMI tp MENGHARAPKAN CINTA YG PALING BESAR yai2 ALLAH,,,,,,,

    setakat ini sajalh cyer akhiri……
    MINTA MAAF KALAU KTER2 CYER INI BLEH MENYINGGUNGKAN PERASAAN ANDA……

    • Salam..

      Terkini, Ummu Jah dikatakan ‘galak’ berjimak dgn roh Abuya sehingga nampak muda mcm 17 tahun, walaupun sudah berumur 57 tahun..

      p/s: pengikut taksub al-Arqam memang suka mengarut

  17. KEPERCAYAAN HINDU MENYELUMBUNGI AL- ARQAM.

    Mempercayai ”kehidupan semula” seperti pengikut Al-Arqam merupakan amalan Hindu sebagaimana yang kita lihat di dalam filem. Orang hindu percaya apabila seorang itu mati maka ia akan “dihidupkan semula” tetapi bukan di akhirat sebagaimana orang Islam. Dalam banyak ajaran sesat di Malaysia, ajaran al-Arqamlah yang paling mencabar dihadapi oleh pihak berkuasa. Ajaran ini boleh di anggap sebagai ”debu-debu yang berterbangan”. Bahkan ajaran ini tidak berpijak di bumi nyata yang tidak keluar dari kepompongnya. Ajaran ini berpaksikan, jika sesuatu hadis Nabi itu menceritakan kemuliaan seorang maka hendaklah kita ”menjadi sepertinya”. Jika hadis menceritakan berkenaan pengikut imam Mahdi maka hendaklah kita berlumba-lumba menjadi sepertinya, begitulah seterusnya. Setelah kewafatan Rasulullah ramai umatnya yang murtad dan terpesong dari ajaran Islam, ia ada seakan-akan berlaku kepada pengikut Asha’ari yang kononya ingin meniru banginda. Jika diselidiki Asha’ari Muhammad bukan seorang ulama, bukan sufi dan jauh sekali seorang wali, akan tetapi beliau bercita-cita tinggi untuk menjadi sekurang-kurangnya mujadid, malangnya beliau tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dan hanya sekadar thanawi (Tingkatan 3) di Sekolah Hisamuddin Klang Selangor. Miskipun demikian beliau sedaya upaya menisbahkan beberapa ulama tersohor di Klang seperti Shaikh Mahmud Bukhari agar kepercayaan pengikutnya tidak hilang dengan bergambar bersama beberapa ulama terkemuka di Tanah Arab. Bak kata ulama ” jika sudah jahil ke mana ia pergi jahilah jua ”. Apabila pengikutnya sudah semakin ramai berpaksikan rangkaian perniagaan, maka sikap Asha’ari mula berubah, sehingga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan terpaksa membuat keputusan agar Asha’ari bertaubat. Kita sebagai umat Islam wajib percaya kepada qada’ dan qadar tidak seharusnya beranggapan yang bukan-bukan kerana Asha’ari sudah mati. Kita tidak tahu bagaimanakah alamnya di dalam kubur nikmat atau azab ?. Ketika Rasulullah diberi pilihan adakah beliau ingin terus hidup sehingga hari kiamat atau pun ingin mati, maka Rasulullah memilih mati kerana mati itulah kehidupan yang abadi dan dapat berjumpa dengan ilahi, bukan untuk kekal seperti Asha’ari. Siapakah Rasulullah jika di bandingakan Asa’ari?

    Ibnu al-Ghazali
    Klang, Selangor.

  18. AS’ARI BANGAU.

    Ramai manusia telah tertipu dengan ‘As’ari al-Kazab’ .Mudah -mudahan Allah melindungi kita. Tiada yang ajaib dan istimewa As’ari. Saya katakan bahawa Allah telah kurniakan ‘istidraj’ yang mana manusia semakin-lama semakin jauh dan semakin kufur. Apa yang di tonjolkan hanya bayangan dan hayalan fatamorgana.

    Dulu di tempat saya Asa’ari di kenali sebagai ‘AS’ARI BANGAU’ apabila naik basikal lehernya panjang, macam bangau. Beliau berguru dengan PAK MAT KELANG seorang yang membawa ajaran sesat kebatinan. Pak Mat ini mengambil dari ayahnya Khairullah. Khairullah ini membawa ajaran hitam, perubatan, persilatan dan kebatinan, tidak seperti abangnya Syeikh Fadhullah seorang ulama yang mashyur lulusan al-Azhar. Sehingga kini nama Syeikh Suhaimi harum apabila di nisbahkan dengan Syeikh fadhullah.

    Anak Pak Mat Kelang [AHMAD MUHAMAD] dan A’asari sama2 membuka Sungai Pencala, apabila telah mashyur beliau tinggalkan dan melupakan jasanya. Beliau berkata: ”Kau tengok satu hari nanti, apa akan berlaku” . Akhirnya katanya terbukti benar, ia terpesong.

    Masyarakat sudah mengetahui bahawa Khairullah dan anaknya Pak Mat mengamalkan silat batin dulu di sebut ’SILAT KAREN’,. Justru, masyarakat di sini tidak mahu mencampuri urusan tersebut, termasuk keluarga Syeikh Fadhullah di Singapura. Beliau juga tidak solat berjamaah dan solat Jumaat, semua sudah tahu ajaran sesat yang di bahawa oleh Khairullah sehinggalah ke hari ini semua keluarga beliau tidak pernah bersolat di masjid. Syeikh Suhami menasihati anaknya: ”Wahai Khairullah, engkau tak payahlah pergi Mesir untuk belajar cukup duduk di sini belajar dan menjaga ayah”.

    Malangnya beliau degil, mentang-mentang beliau anak ’Pak Kiyai Suhaimi’ beliau berlagak semacam, sehingga ilmu ayahnya tidak dapat diwarisi dan di turunkan. Bahkan dari hari ke hari beliau beramal seperti khalawat, puasa tanpa ilmu sehingga datang gangguan dan was-was dan bisikkan dari syaitan dan iblis. Khairullah ini biasanya minum di kedai kopi dan sembang-sembang macam orang tua- tua yang kita lihat di kampung-kampung.

    Ustaz Taha sudah pasti mempertahankan pakciknya Khairullah dalam hal ini, beliau sebenarnya tidak tahu menahu sebab beliau bukan penduduk Kampung Kelang. Beliau orang Singapura jarang sekali jumpa Khairullah. Kami masyarakat di sini sudah tahu siapa Khairullah. Jadi apa yang di katakan oleh Khairullah semuanya di ikut oleh Ustaz Taha dan beliau tidak tahu untuk membezakan antara yang benar dan kayalan.

    Setelah Khairullah meninggal dunia, di gantikan pula anaknya ’PAK MAT KELANG’. Pak Mat Kelang ini, pakai seluar pendek hisap rokok, sebab ana pernah tengok sendiri. Melalui ’Pak Mat Kelang’ ini As’ari mengambil ilmu sesat dan kebatinan. Jadi apabila, asal usulnya telah terpesong sampai As’ari dan pengikutnya pun terpesong. Apabila aqidah sudah rosak seluruh amalan tiada guna.

    Wassalam.
    Al-Kelangi.

  19. Menangislah selalu, Nasib kita belum tau SELAMAT lagi, menceritakan Keburukan Org blm Tentu membuktikan bhw Mreka telah Buat JAHAT tp Membuka AIB kita ttg KEJAHATAN & KEBURUKAN, KEBUSUKAN Hati kita sdh PASTI.dinilai Orang lain… Wlllam…

  20. yg mengata itulah sebenarnya betul2 mengenai dirinya sendiri. sesatkah, bohongkah semuanya berbalik pd diri mereka sendiri

  21. eh…..kompom masuk neraka tu, mazhab Ahmadiayah sahaja jamin masuk syurga…kata2 SUKARNO

  22. Subhannallah..kenapa kita tidak perbetulkan diri kita sendiri dulu sebelum kita mempertikaikan kehidupan dan kematian seseorang??
    apa yg kita pandang dalam hidup ini? kematian seseorang secara mulia atau kita nak mati secara mulia?mana yg lebih utama?mana sasaran yg kita tanam kat dalam hati kita utk menempuh alam barzakh kelak? tanya la pada diri muhasabah la sesama sendiri sebelum kite menghentam seseorang..yg tiada kompom mmg lah tiada…kenapa perlu dipertikaikan?lebih baik dari kita mengata orang yg sudah sedia ada tiada lebih baik kita mencari iman utk diri wallahualam

    Hamba Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: