Belajar Al Quran Menerusi Internet Melalui SKYPE!

i-ngaji.net permudah pembelajaran al-Quran

Oleh ZUARIDA MOHYIN
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

Abdul Shukor Mohamed meneliti bacaan salah seorang pelajar yang mengikuti kelas melalui i-ngaji.net.

TIDAK ada istimewanya dialog-dialog di atas. Malah ia adalah rungutan biasa dan paling kerap diucapkan oleh masyarakat kita bila bercakap mengenai pengajian al-Quran ataupun kelas-kelas pengajian Islam lain.

Namun setiap sesuatu masalah itu ada jalan pengelesaian. Malu untuk belajar al-Quran secara bersemuka dengan ustaz atau masa yang tidak mengizin ada cara untuk atasi.

Lagi pula selari dengan zaman teknologi maklumat (IT), pembelajaran kitab suci itu juga dipermudahkan.

Jika dahulu kita kena mengadap guru jika mahu mengaji, kini boleh dilakukan hanya dengan mengadap komputer.

Untuk pelajar dewasa terutamanya, pembelajaran al Quran secara maya ini lebih praktikal.

Belajar al-Quran secara maya? Mungkin ada yang rasa pelik, tetapi itu yang ditawarkan oleh i-ngaji.net.

Menurut pengendalinya, Abdul Shukor Mohamed, 51, i-ngaji.net adalah satu program pembelajaran al-Quran secara dalam talian (online) dengan menggunakan perisian Skype.

Dia yang mengendalikan kelas pengajian al-Quran dari rumah ke rumah sejak 15 tahun lalu berkata, idea mewujudkan kelas al-Quran secara maya itu sudah lama tercetus. Tetapi ia diusahakan secara serius sejak setahun lalu.

“Semuanya bermula dengan sembang-sembang di laman sosial di mana ramai kenalan menyuarakan pelbagai kesukaran dan ragam yang dihadapi dalam usaha memantapkan ilmu al-Quran terutamanya bab mengaji.

“Pada masa sama, bila kita lihat pengendalian sidang video, program interaktif al-Quran menggunakan talian telefon, sedikit sebanyak menimbulkan keyakinan menghasilkan satu program yang memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),” jelasnya.

Malah kata Abdul Shukor, masalah kesihatan iaitu kaki kiri terpaksa dipotong akibat kencing manis pada 2006 juga pendorong kepada pengajaran al-Quran secara maya.

Katanya, insiden itu menjadi titik-tolak kepada usaha mencari satu alternatif kaedah atau program memperkasakan bacaan al-Quran.

Beliau yang ditemui Mega, baru-baru ini berkata, ilham itu hadir dengan iringan niat agar dapat terus menyumbang ilmu yang Allah kurniakan.

Selain itu, ia memastikan kejayaan usaha untuk membudayakan al-Quran terlaksana.

Jika secara konvensional murid berjumpa dengan guru atau kadang-kadang guru ke tempat mereka untuk mengajar al-Quran.

Kini, melalui i-ngaji.net, mereka yang berminat belajar al-Quran boleh berada di mana sahaja sama ada di rumah atau di pejabat. Guru pula boleh memberi tunjuk ajar kepada murid secara online menggunakan depan komputer.

Yang pastinya, kaedah ini memberi ruang kepada mereka yang sibuk tetapi masih mahu menajamkan bacaan al-Quran.

Melalui sistem ini, pelajar boleh memilih untuk belajar dari mana-mana tempat yang selesa dan sesuai denga waktu mereka.

Peserta boleh memilih lima slot masa dalam seminggu (Isnin – Jumaat) berdasarkan kelapangan. Setiap slot adalah selama 30 minit dan diperuntukkan untuk menyudahkan bacaan sekurang-kurangnya empat muka al-Quran.

Ini bermakna, peserta boleh menghabiskan satu juzuk al-Quran dalam masa seminggu (4 muka x 5 hari > 20 muka).

Sekiranya mengikuti kelas secara konsisten, peserta akan khatam 30 juzuk al-Quran dalam masa 30 minggu.

Memandangkan tahap pencapaian seseorang pelajar itu berbeza antara satu sama lain, maka mereka akan diuji dahulu dari segi bacaan, sebelum memulakan kelas pengajian.

Daripada situ kata Abdul Shukor, para pelajar akan diajarkan berdasarkan keupayaan dan kebolehan mereka.

Kata beliau, ia sejajar dengan objektif utama program i-ngaji.net diwujudkan, iaitu memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk melancarkan bacaan al-Quran tetapi agak kesempitan masa.

Suri rumah yang susah untuk meninggalkan rumah kerana tanggungjawab dan ketiadaan kenderaan untuk ke kelas al-Quran juga kini mempunyai alternatif untuk melancarkan bacaan mereka dengan betul dan bertajwid.

Di samping itu, kaedah itu juga menjimatkan masa pelajar dan guru. Pelajar tidak perlu mengambil masa untuk bergerak ke tempat guru atau sebaliknya, dan masa perjalanan tersebut boleh diperuntukkan kepada perkara atau orang lain.

Selain menjimaktan masa, kos perbelanjaan untuk pengangkutan juga dapat dijimatkan.

Yang paling menarik, kaedah ini dapat menarik orang dewasa dan belia yang malu menghadiri kelas al-Quran.

Menjelaskan lanjut mengenai i-ngaji.net kata Abdul Shukor, konsep yang digunakan pakai sama seperti program-program mengaji al-Quran di radio atau televisyen.

Mereka yang berminat untuk belajar akan menelefon guru al-Quran dan membuat bacaan sambil didengar, dipandu dan dibetulkan oleh guru.

“Bezanya, i-ngaji.net menggunakan perhubungan Internet menggantikan telefon. Perisian yang digunakan untuk perhubungan Internet ini adalah Skype.

“Skype dipilih sebagai medium komunikasi dalam kaedah ini kerana ia percuma. Mereka yang berminat hanya perlu mempunyai talian Internet.

“Jika belajar melalui telefon, kita mungkin perlu membayar bil telefon sehingga ratusan ringgit sebulan.

“Di samping itu, Skype juga membolehkan kelas dilakukan secara sidang video. Guru boleh bersemuka dengan pelajar dan pelajar akan lebih terasa kehadiran guru di hadapan mereka,” tegasnya i-ngaji.net bukan diwujudkan untuk tujuan komersial tetapi memberi kemudahan kepada mereka yang ingin belajar membaca al-Quran.

Justeru katanya, bayaran RM50 sebulan, untuk 20 sesi kelas, hanya sebagai bukti komitmen pelajar tersebut.

Malah Abdul Shukor menekankan bahawa apa yang diusahakan itu bukan berorientasikan perniagaan.

Malah secara purata, bayaran yang dikenakan hanya RM2.50 untuk kelas selama 30 minit.

About these ads

9 Responses

  1. Saya rozana @ nana,berumur 33tahun.seorang ibu kepada 2orang anak.ibu tunggal kematian suami.
    Saya ingin mengetahui cara-cara mempelajari al-quran melalui skypet ini. Diminta ustaz boleh memberi sedikit maklumat tentangnya…

  2. saya siti mardhiah..ibu saya berminat dengan program tersebut dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentangnya..saya harap ustaz boleh menerangkan nya dengan lebih jelas

  3. Salam, mcm mana saya nak kontek Ust yang mengajar alquran guna skype…ada e mailnya?

  4. Saya telah beberapa kali belajar Al Quran dgn mengikuti kelas,tapi gagal sampai khatam kerana pelbagai halangan.Saya berminat utk belajar melalui skype kerana masa yang fleksible.Saya nak minta Ustaz kirimkan e mail pada saya.Terima kasih

  5. Salam ustaz saya nak belajar baca Al Quran minta tolong ustaz jelaskan bagaimana caranya melalui internet ni.tq

  6. Salam ustaz tolong jelaskan bagaimana caranya hendak belajar Al Quran cara internet ni.tq

  7. Salam ustaz email saya bagaimana caranya program ini .tq

  8. Saya berminat nak ikuti program ini. Tolong email pada saya caranya dan pembayarannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: