Presiden Iran Ahmadinejad Cium Lelaki dari ajaran Syiah ?

1. LATAR BELAKANG

Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.

2.1 Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :

a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.

b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.

2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu :

a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.

b) Syiah Ismailiah

Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.

c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah

Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.

2. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR

Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :

3.1 Pusat Pengajian Tinggi

Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.

3.2 Orang Awam

Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.

3.3 Menubuhkan Persatuan

Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.

4 PENYELEWENGAN SYIAH

Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

4.1 Imam Adalah Maksum

Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.

4.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati

Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.

Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83

4.3 Berpura-Pura

Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal

4.4 Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan

Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197

4.5 Menghalalkan Nikah Mut’ah

Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358

4.6 Menambah Syahadah

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441

4.7 Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.

Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149

4.8 Menolak Ijmak Ulama’

Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51

4.9 Menolak Qias

Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:

4.10 Mengubah ayat al-Quran

Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat Al-Quran sebenar. Sila rujuk: m_syiq@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

4.11 Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:

http://alqiyamah.files.wordpress.com/2008/04/syiah_asyura21.jpg?w=468

4.12 Menghina Isteri-Isteri Nabi.

Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330

4.13 Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan

Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:

Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

4.14 Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.

Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :

Ja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah

info dari blog : http://uwaisqarny.blogspot.com/2010/07/selayang-pandang-tentang-syiah-yang.html

About these ads

28 Responses

  1. bismihitaalaa

    assalamualaikum wbt

    saudara, maklumat saudara tentang syiah adalah berat sebelah. saya tidak fikir saudara belum telah mengkaji sedalam2nya akidah syiah sehingga saudara boleh memberikan pandangan seperti diatas. ketahuilah sebahagian2 gambar yang diambil adalah dilihat dari satu aspek. seperti gambar cium diatas. gambar tersebut dilihat dari satu sudut , tetapi jika dilihat dari sudut yang lbh jelas lagi ia tidak akan menampakkan seperti diatas. budaya ini juga ada pada orang arab dan orang ahli sunnah ditumur tengah, kerana budaya org timur tengah adalah berpelukan jika bertemu dengan sahabat mereka, sebagai tanda persaudaraan dan bukanya bercium sebagaimana yang saudara gambarkan. ini baru satu sahaja kesalahan saudara dalam menafsirkan syiah dn pasti setiap ucapan saudara pasti ada hisab nya di sisi Tuhan. bukankah lebih baik saudara membaca dan mengenal mereka dengan lebih dekat melalui kitab2 mereka sendri dan bukan mengenal mereka dari bibir musuh mereka.

    maka saya siap untuk berdiskusi dengan saudara jika saudara siap dan mahu mendengarnya . tujuannya adalah untuk menegakkan yang hak. sila jawab ke emel saya: abuhaura14@yahoo.com.sg
    iaitu jika saudara hak kita akan mengikuti saudara dan begitu juga sebaliknya tanpa ada ta’asub, bencian dan cemuhan.

    semga usaha begini dirahmati. wasslam

    • Aku tidak akan menyokong mana2 umat nabi Muhammad yg mencela dan melaknat para sahabat dan ahlul bait… Ini sudah jelas!!!! mengapa masih mahu menyebelahi mereka (Rafidhah) ini!!!!! mengapa mahu menafikannnya lagii!!!!

      • aku setuju…gambar yg berdarah2 tu dah cukup membukti kan diaorg menganiaya diri sendiri…kan dah lari dari ajaran Al-Quran

    • MUHIBIN kamu ni ahli syiah ke..knp nak bela mrk …sah2 mrk sudah sesat…mereka tak menerima Nabi Muhammad tapi hanya Saidina Ali,gmbr2 tu semua mmg betul yg diajar SYIAH YG YAHUDI BERTOPENG KAN ISLAM…

    • salam.. cube saudara tanye ustaz balik.. rujuk balik dalam buku agama n sunnah n hadis.. scara fakta.. sbelum saudara kate.. tu yang puak syiah.. mmbunuh tnpa belas kasihan.. orang islam.. ko x kisah plak.. cube.. saudara sendiri pergi.. kt syiria. tu yang dimana.. manusia orang islam dbunuh oleh puak syiah. dengan kejam tnpa belas kasihan. cm ni ke.. nk jdikan puak syiah sbagai sanjungan.. ishx2 …………. nk senang ko search kt youtube tu.. dah jelasx2 kan.. wallahualam.. hamba cume ingin mnegakkan kebenaran.. yup.. jagn amik hati.. wassalam

  2. Salam….

    Pasal 2 Kalimah Syahadah dan Seruan Azan :

    Apabila ditambah Sayyidina Ali oleh Puak Syiah, ianya telah menjadi 3 Kalimah Syahadah. Apakah Sayyidina Ali akan bangkit diakhir zaman, sehinggakan nama beliau perlu dimasukkan oleh Puak Syiah dlm Kalimah Syahadah dan laungan seruan Azan mereka itu…???

    Jika yg ke3 itu dibenarkan dlm ajaran Syiah, mengapa tidak nama Ali itu digantikan dgn nama Imam Mahdi…??? Bukankah yg akan bangkit di Akhir Zaman itu nanti adalah Imam Mahdi AS? Sayyidina Ali tidak ada kena mengena dgn Imam Mahdi AS, kerana beliau hanya pemegang amanah sementara ajaran Ahlul Bait yg sejati. Sehinggalah Imam Mahdi AS asal-berasal pancaran Nasab dari sulbi Rasulullah SAW itu sendiri, akan bangkitnya itu Imam Mahdi AS…..

    Mohon tuan @ Muhibbin berikan pencerahan….

  3. sepasti nya allah akan menghisab anda kerana perbuatan ini..

  4. yg nulis artikel org jahil bodoh..bloon..belum kuat keilmuannya..hati2 bisa2 anda menyebar fitnah…pelajari semuanya sunni n syiah pasti anda akan bisa dan mampu menilai masing-masing…jangan hanya menyimpulkan lewat katanya dan katanya…hati-hati bisa2 anda jatuh cinta n mencintai syiah…camkan….

  5. Tiada salahnya mencintai Ahli Bait malah memang digalakkan Islam,NAMUN MENCINTAI AHLI BAIT TIDAK BERMAKNA DITUNTUT MEMBENCI SAHABAT NABI SEPERTI ABU BAKAR,UMAR DAN USMAN YANG AMAT-AMAT DIKASIHI RASULULLAH LEBIH-LEBIH LAGI MEREKA TIDAK TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN DI KARBALA.
    Padahal para Sahabatlah paling cinta akan Ahli Bait dengan cinta ikhlas dan tidak bertaqiyyah:
    Saidina Abu Bakar al Siddiq r.a pernah berkata: “Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, aku lebih suka menyambungkan silaturrahim dengan kerabat Rasulullah SAW daripada kerabatku. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Saidina Umar ibn al-Khattab r.a pula pernah menyatakan kepada Saidina Abbas r.a dengan katanya: “Demi Allah! Keislaman kamu pada hari kamu memeluk Islam lebih aku sukai daripada pengislaman al-Khattab (iaitu bapanya), kerana keIslaman kamu lebih dikasihi oleh Rasulullah SAW daripada pengislaman al-Khattab”. (riwayat Ibnu Saad di dalam al-Tobaqat).

    Demikian juga perbuatan Saidina Zaid ibn Thabit r.a yang mencium tangan Ibnu Abbas r.a lalu berkata: “Beginilah kami diperintahkan agar menghormati ahli keluarga Nabi kami”.
    Mencintai Ahli Bait bukan bermakna membenci Saidatina Aishah r.a yang juga Ahli Bait yang telah difitnah oleh para pembunuh Usman r.a.
    Jangan campur adukkan urusan Yazid,Ubaidillah dan kuncu-kuncunya dengan kehormatan para Sahabat dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
    Ingat!Yang SALAH TETAP SALAH,NAMUN ORANG YANG TIDAK BERSALAH JANGAN PULA DIHERET SAMA.
    Perhatikan,sesungguhnya yang MEMBUNUH CUCU NABI ADALAH DARI KALANGAN MEREKA SENDIRI,kemudian mereka cuci tangan mereka yang berlumuran darah penghibur hati Nabi itu dengan menyalahkan orang lain,dengan kata lain,mereka adalah sama tumpang sekaki melumatkan tubuh Saidina Hussein bersama-sama Ubaidillah Ibnu Ziyad dan kuncu-kuncunya,kemudian bersembunyi di bawah punggung unta Ubaidillah Ibnu Ziyad dengan harapan Tuhan tidak nampak perbuatan keji mereka,kemudian JIKA DIKATAKAN KERAJAAN UMAYYAH MENEKAN PENDOKONG AHLI BAIT,kita lihat senario seterusnya di mana para Syiah ini hidup aman di wilayah-wilayah Iran malah para ulama mereka boleh menghasilkan kitab-kitab yang berjilid-jilid semasa pemerintahan Umayyah dan Abbasiah,APAKAH MAKSUD SEMUA INI?Yang dibunuh dan ditindas sebenarnya AHLI BAIT SENDIRI dan Bani Hasyim yang menyokong mereka.Ketika ‘para Imam’ mereka menjadi pelarian,diburu,dipancung dan diracun,para Syiah ini bersenang lenang di Isfahan dan Kufah,sambil menuliskan hadis-hadis palsu.
    Rakyat atau pun pengikut-pengikut Syiah terbuai-buai di lautan emosi Karbala dan cinta buta Ahli Bait…namun pada masa yang sama,para konspirator,ulama-ulama senget hadis palsu Syiah dan para pemimpin Ayatollah Syiah tersenyum-senyum melihat kedunguan zombie-zombie mereka.
    Dalam hal ini,kita perlu bertindak bijak.Kita perlu jadikan racun yang disuap oleh Yahudi dan Nasrani,ditukar menjadi madu yang manis lagi menyihatkan.Dari segi akidah dan pegangan agama,JANGAN SESEKALI KITA REDHA DENGAN SYIAH INI,walaupun sebesar zarah pun dalam hati kita.Ini adalah iman masing-masing.Kelak di akhirat,kita akan ditanya persoalan ini,kerana jika kita redha dengan Syiah walaupun sebesar zarah,maka kita redha dengan ulama-ulama dan kitab-kitab mereka yang mencela Sahabat (Abu Bakar dan Umar terutamanya) dan isteri-isteri Nabi.Tidak ada gunanya mendakwa cintakan Ali,Fatimah Az-Zahra,Hassan dan Hussein,namun pada masa yang sama memandang serong pada Abu Bakar,Umar,Usman dan isteri-isteri Nabi terutamanya Aishah yang amat dicintai Rasulullah s.a.w.

  6. asalamualaikum..

    wahai saudara..sudah terang lagi bersuluh..tidak ada dalam sejarah islam hingga menjatuhkan nabi muhammad sebagai junjungan kita..dan memaki hamun para sahabat nabi..kembali lah bertaubat..perbuatan kamu itu hanyalah sia-sia..

  7. dah terus terang syiah dah lari dari ajaran islam sebenar…siapa yang meletakkan Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman sebagai sebagai khalifah selepas wafatnya Nabi kita? Nabi Muhammad S.A.W yang meletakan sendiri siapa pengganti selepas baginda wafat… ada siapa berani menyangkal? pihak ketiga yang menyebabkan berlakunya fitnah yang besar dan dahsyat terhadap orang islam yang di ketuai oleh orang munafik yang memfitnah para sahabat nabi yang di jamin masuk syurga.. terus terang puak syiah pertikaikan kata-kata nabi kita dengan mengatakan Saidina Ali paling layak menjadi khalifah selepas wafatnya baginda…buka la mata tu puak syiah…klu handal sangat kata syiah tu betul…ajak berforum tgk mana yg betul…byk sangat bertentangan dengan Al-Quran.

  8. huhuhuhu……rasulullah xbagitaupun siapa ganti rasulullah bila rasulullah saw wafat..perlantikan saidina abu bakar sebagair pengganti rasulullah tue ,kalau xsalah sebab abu bakar paling tua antara sahabat nabi..saidina ali budak lagi masa tue,so bagila laluan kat saidina abu bakar…Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam..lalu,Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan daripada keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam bulan. Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas..pasal syiah dan sunnah hamba kurang ilmu..

  9. apa la kamu semua golongan syiah nie tah hapa2 punya amalan,
    fakta 1.
    dalam pesanan terakhir muhammad s.a.w di dalam khutbahnya yang terakhir sebelum dia wafat, dia dah berpesan ” telah aku sempurnakan ajaran islam sekiranya kamu berasa ragu2 maka berbaliklah kepada quran dan sunnah”dia tak cakap pun suruh ikut syiah punya ajaran dan tak pernah plak benda ni wujud semasa dia masih hidup.
    fakta 2.
    bab bersolat tak penah lagi solat rasulluah s.a.w sujud atas kepingan batu seperti yang diamalkan oleh syiah hari ini,tapi x tau la syiah kat malaysia ni sujud atas apa….. dan dalam doa beliau tak pernah lagi dia melaknat dgn kata2 terhadap sahabat,malah sifat terpuji baginda dapat dilihat dalam kisah baginda dengan peminta sedekah perempuan tua yahudi yang buta wal hal perempuan tua tu hari2 keji dan kutuk baginda tapi dia still bagi makan hari sehingga dia wafat saidina abu bakar yang bagi makan barulah perempuan tua yahudi tu tahu yang bagi makan selama nie adalah baginda s.a.w.
    fakta 3.
    dalam quran takda lah kalimah syahadah tu masuk nama saidina ali dan Allah hanya suruh akui bahawa tiada tuhan selain dia dan muhammad tu adalah pesuruh dia dan paling gila sekali fahaman syiah nie sanggup memudaratkan tubuh badan dgn memukul sehingga bedarah badan sendiri bagi menyambut 10 muharam tu, kan xmasuk dek akal sebab baginda s.a.w pun tak pernah nak sesaja lukakan tubuh badan dia untuk memohon keredhaan dari Allah.
    fakta 4.
    saidina ali adalah antara sahabat, menantu, dan saudara dekat dgn baginda dan beliau sendiri adalah pengikut setia Rasulluah s.a.w dan dia mencintai muhammad s.a.w lebih dari diri beliau sendiri mcm mana lak korang (golongan syiah) bule mencintai saidina ali lebih dari baginda s.a.w tentu kalu saidina ali hidup pada hari ini kamu semua akan merasa tajamnya pedang beliau di tegkuk kamu masing2 kerana mengubah ajaran sebenar islam itu.

    sebenarnya ada banyak fakta lagi kalu nak bercerita bule email kat adam16506@yahoo.com mungkin kita bule berkongsi maklumat.

    yang benar

    yang berpegang kepada quran dan sunnah
    wasalam

  10. Kembalilah kejalan yg benar Ahlu sunnah wal Jama’ah/.;

  11. SYIAH NI YAHUDI YG BUAT NAK ROSAK KAN ISLAM,SYIAH BENCI NABI MUHAMMAD,MEREKA CUMA MENGANGAP NABI MRK CUMA SAIYIDINA ALI SAJA

    • Allah kareen,dont worry no one can change anyone accept with the will Allah. What ever is happening there is always a Hikhmah behind,InsyaAllah

  12. Ya Allah, inilah yg bnyk merugikan umat Islam pd zn sekarang, kita sebagai umat Islam hendaklah bersatu diatas DUA KALIMAH SYAHADAH dan bukannya tiga sperti syiah ! syiah merupakan ajaran yg pesong. puak syiah dan sunnah hanya dibolahkan bersatu apabila memerangi orang kafir pd kiamat kelak dan hal lain2 tidak boleh inilah yg diberitahu oleh ustaz saya. nabi Muhammad s.a.w telah bersabda ”barang siapa yg menolak semua sunnah ku, maka aku tidak mengaku dia sebagai umatku” ini hadis sahih.

    Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:

    “Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong”.

    Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:

    “Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah”.

    apakah kuasa yg ada pd mereka sehingga megkafirkan org yg tidak beriman kpd imam dua belas ?
    ini dinyatakan oleh Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi:

    “Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah”.

    maka kembalilah ke pangkal jalan wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian. berpeganglah kpd DUA KALIMAH syahadah. bersatulah menentang kejahilan dan sebarlah Islam ke saluruh pelusuk dunia spt pd zaman Rasulullah S.A.W .. Allahualam

  13. http://allhabib.org/sejarah/syi-ah/91-awal-syi-ah:
    Oleh karena para Habaib (habib) yang tidak mengetahui secara detil tentang Syi’ah, banyak yang ikut-ikutan hanya ter-obsesi tentang kemenagan Imam Khomaini pada revolusi Iran, tidak adanya buku bahasa Indonesia yang membahas Syi’ah secara dalam maka All Habib akan membahas Syia’ah secara lengkap dan detil

  14. http://allhabib.org/sejarah/syi-ah/99-imamat-itu-masalah-politik:
    Pihak sunni dan khawarij tidak dapat menerima pendirian Syi’ah itu, dalam masalah Imamah itu adalah masalah Politik,yakni masalah pimpinan kekuasaan.Sunni dan Khawarij sama dalam pendapat bahwa masalah Imamah adalah masalah jabatan di dalam kepemerintahan yang harus di selesaikam berdasarkan pemilihan dan musyawarah, kedua sama berpegang pada ayat suci Al Qur’an,yakni surat Ali Imran ayat 159 dan surat As Syura ayat 38 :

  15. http://allhabib.org/sejarah/syi-ah/105-aliran-imamiah-sittah:
    Yang Anehnya, yang di benci Syi’ah terhadap Para Sahabat Rasulullah SAW, malah tokoh Panutannya Syi’ah melakukan perkawinan dengan keluarga Sahabat Rasulullah.

    3.(tiga)Tokoh terakhir yang menjadi andalan konsepsi Syiah, justru tidak meninggalkan karya tertulis sama sekali. Kenyataan di atas itu perlu di ingat dan di sadari sepenuh, setiap membaca literatur Syi’ah, dan sekte-sekte Syi’ah selanjutnya, Tiga tokoh ini yang sepertinya menjadi celah sumber literatur Syi’ah. untuk menyegarkan hal tersebut coba kita lihat catatan singkat tentang ketiga tokoh tersebut.

  16. nampak sangat kebodohan penulis,

    1. orang Islam sebenar tidak memburukkan orang lain, biarpun orang kafir, apatah lagi sesama Islam
    2. tidak menghukum orang lain

    ustaz moden? lol. zaman nabi ustaz ape?

  17. selawat Ibrahimiyah adalah selawat yg digunakan dalam solat selepas mengucap 2 kalimah syahadah. Allah dan para malaikat berselawat ke atas Baginda Rasulullah dan keluarganya begitu juga ke atas Baginda Nabi Ibrahim iaitu bapa kepada bangsa arab, yahudi & nasrani

  18. selawat Ibrahimiyah adalah selawat yg digunakan dalam solat selepas mengucap 2 kalimah syahadah. Allah dan para malaikat berselawat ke atas Baginda Rasulullah dan keluarganya begitu juga ke atas Baginda Nabi Ibrahim iaitu bapa kepada bangsa arab, yahudi & nasrani. insyaallah kebenaran akan terbukti jelas di saat nyawa kita kepadaNya dikembalikan, begitu juga di saat alam kepadaNya dikembalikan, tiada keputusan pada waktu itu diputuskan dgn ilmu yg dipinjamkan pd kita atau emosi yg disertakan pd hati kita. syiah & sunni hanya nama utk mewujudkan suka & x suka atau benar & batil atau indah & hodoh atau mcm2lah, alQuran & hadis tetap dimiliki suara indah Rasulullah saw yg di dengar dgn penuh kecintaan para sahabat2 Beliau. maka kamu dan aku….tungulah ketibaannya….adakah didalam cahaya atau diluar cahaya….insyaallah mudah mudahan dgn harapan agar aku dan kamu semua d beri keredaan Allah Rasulullah..aminnnn…

  19. hidup berpandukan Al Quran and Sunnah Rasulullah S.A.W itu sudah cukup menjamin kehidupan yang sempurna …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers

%d bloggers like this: