Imam Khomeini – Jelas Terkeluar Dari Sunnah Wal Jamaah Mengikut Kajian Ini !

PANDANGAN IMAM KHOMEINI DALAM KITAB AL-HUKUMAH AL-ISLAMIAH DAN KASYFU AL-ASRAR

 

Oleh Zakaria @ Mahmud Daud

Pendahuluan

Kajian ini ditulis untuk menjelaskan pandangan dan sikap Khomeini terhadap beberapa perkara yang ditulis dalam kitabnya terutama Kitab “al-Hukumah-al-Islamiyyah” atau “Wilayat al-Faqih” dan “Kitab Kasyf al-Asrar”. Pandangan dan pendapat beliau perlu dijelaskan kepada umum khususnya kepada umat Islam Malaysia yang bermazhab Ahli Sunnah, semoga dengan penjelasan nanti, kita dapat mengetahui pandangan beliau yang sebenar terhadap beberapa masalah yang menyentuh ajaran Islam.

Daripada penjelasan ini nanti dapatlah kita mengambil kesimpulan adakah ajaran atau pandangannya bersesuaian dengan pandangan Ahli Sunnah atau sebaliknya dan juga kita boleh menilai siapa Imam Khomeini yang sebenar, kerana umat Islam di Malaysia sekarang ini berbelah bagi pendapat mengenai beliau. Ada segolongan mengatakan Khomeini seorang ‘ulama Syiah yang sesat lagi menyesatkan manakala golongan lain pula mengatakan beliau adalah seorang mujaddid atau reforman, seorang ulama agung yang mengguling kerajaan Shah Iran dan dapat menubuh kerajaan Islam Iran di abad kedua puluh ini.

Untuk mengetahui buah fikiran dan pendapat beliau maka perlu mengkaji hasil karya tulisannya sendiri yang menjadi umum khususnya golongan Syiah Imamiyyah di Iran sekarang. Tanpa kita mengetahui buah fikiran beliau yang sebenar, kita tidak dapat membuat apa-apa komentar dan hukum terhadapnya. Untuk itu di bawah ini akan dijelaskan secara ringkas antara isi kedua-dua buah kitab tersebut.

PENGENALAN RINGKAS KEDUA-DUA KITAB TERSEBUT

Khomeini adalah seorang ulama besar golongan Syiah yang luas ilmu pengetahuan dan dia seorang pemimpin yang dikenali di seluruh dunia. Beliau telah menghasilkan beberapa buah kitab agama. Antara karya-karya tulisan beliau ialah: “Al-Hukumah al-Islamiyyah” atau “Wilayatal-Faqih”, “Kitab Kasyf al-Asrar”, “Kitab Tahrir al-Wasilah” dan lain-lain lagi.

Kitab “al-Hukumah al-Islamiyyah” sebagaimana yang ada ditangan penulis dicetak di Beirut, Lubnan, oleh percetakan “Muassasah al-’ Alami, tanpa menyebut tahun ia dicetak. Kitab ini adalah himpunan daripada beberapa tajuk kuliah agama yang disampaikan oleh Khomeini kepada pelajar-pelajar agama di Najaf, di bawah tajuk ‘ Wilayah al-Faqih ‘. Kuliah tersebut bermula pada 13 Zulqi’dah 1398H sehingga 1 Zulhijjah tahun yang sama. 1 Tebal kitab ini adalah kira-kira 150 halaman, dan mengandungi 49 tajuk-tajuk kecil. Antara tajuk-tajuk penting ialah penjelasan mengenai pentingnya membentuk sebuah kerajaan Islam, menjelaskan hakikat undang-undang Islam dalam kewangan, pertahanan, hukum-hukum jenayah, menerangkan mengenai pemerintahan Islam dan syarat-syarat seorang pemerintah, haram berhukum kepada pemerintah yang zalim, dan ulama adalah rujukan dalam semua perkara dan lain-lain.

Kitab “Kasyf al-Asrar” pula setakat yang penulis tahu, dicetak dalam dua bahasa, pertama dalam bahasa Parsi (edisi asal) dan keduanya dalam bahasa Arab (edisi terjemahan). Edisi asal dalam bahasa Parsi dicet’ak di Qum oleh percetakan Dar Intisyarat Azadi dizaman revolusi. 2 Kitab asal berbahasa Parsi ini setebal kira-kira 350 halaman. 3 Adapun edisi Bahasa Arab telah diterjemahkan oleh Dr. Muhammad al-Bandari dan kata-kata aluannya ditulis oleh Dr. Ahmad al-Khatib, seorang pensyarah dan Fakulti Syariah, Urnversiti Jordan. Kitab ini setebal 344 halaman, di cetak oleh pencetakan Dar Ammar, Amman. Isi kandungan kitab ini pada keseluruhannya mengandungi jawapan Khomeini terhadap 12 persoalan pokok yang dikemukakan kepadanya. Di antaranya mengenai Tauhid, Imamah, kedudukan Fuqaha atau ulama Mujtahid, kerajaan dan tugasnya, undang-undang, hukum Nasakh-Mansukh al-Quran dan al-Sunna, sebab-sebab orang ramai menjauhi diri daripada menghayati agama dan lain-lain.

BEBERAPA PENDAPAT KHOMEINI DALAM KEDUA-DUA KITAB TERSEBUT

Di sini penulis akan menulis kajian mengenai kedua-dua kitab tersebut. Oleh kerana kitab ini besar, maka penulis hanya ingin menyebut beberapa pendapat dan pandangan beliau yang nampak kontroversi sahaja. Kemudian selepas disebut tiap-tiap pendapat beliau, penulis sertakan ulasan ringkas sebagai penjelas kepada pembaca sekalian. Kajian ini akan dimulakan dengan kitab “al- Hukumah al-Islamiyyah”, kemudian diikuti dengan kitab “Kasyf al-Asrar”.

A) PENDAPA T KHOMEINI DALAM ” AL-HUKUMAH AL-ISLAMIYY AH” DAN ULASAN

Setelah dikaji isi kandungan kitab ini didapati terdapat beberapa pendapat Khomeini yang ganjil tentang beberapa perkara seperti kedudukan imam-imam dan kelebihan mereka, Khalifah-khalifah Islam terutama Khalifah Abu Bakar, Umar dan Othman r.a. dan lain-lain lagi. Antara perkara yang perlu disebut di sini ialah:

i) KEDUDUKAN IMAM-IMAM

Mengenai perkara ini Khomeini menyebut bahawa kedudukan mereka begitu tinggi sehingga melebihi kedudukan para Rasul dan Malaikat, mereka juga dianggap tidak melakukan dosa (ma’sum), semua kata-kata imam dan pendapatnya semuanya betul dan benar dan tidak pernah salah, mereka tidak pemah lupa dan lalai. Makhluk seluruhnya tunduk dan patuh kepada mereka. Sebelum dicipta alam ini mereka adalah cahaya (Nur) yang duduk mengelilingi ‘Arasy Allah’. Tentang hal ini Khomeini berkata:

“Maka sesungguhnya bagi imam-imam (ketua negara) itu mempunyai maqam dan kedudukan yang terpuji, darjah yang tinggi dan mempunyai kuasa ‘Khalifah Takwiniyyah’ (kuasa yang dilantik oleh Allah), segala atom-atom di dunia tunduk dan patuh kepada kekuasaanNya.” 4

Beliau menyebut lagi:

“Dan diantara perkara penting dalam mazhab kita (mazhab Syiah), kita (beriktikad) bahawa imam-imam kita mempunyai maqam, atau kedudukan yang tinggi yang tidak sampai ke maqam tersebut oleh para Malaikat yang hampr (dekat dengan Allah) dan tidak juga oleh para Nabi dan Rasul Allah”. 5

“Mengikut riwayat-riwayat dan Hadith-hadith Rasulullah yang ada pada kita (orang-orang Syiah), bahawa Rasulullah s.a.w dan semua Imam-Imam a.s., sebelum alam ini dijadikan mereka semua adalah Nur, kemudian Allah menjadikan mereka mengelilingi ‘Arsy-Nya dan Allah memberikan kepada mereka kedudukan yang paling tinggi (tidak diketahui kedudukan yang paling tinggi itu melainkan Allah jua) dan Malaikat Jibril berkata sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hadith Mi’raj, jika aku hampiri sekadar satu jari lagi nescaya aku akan terbakar”. 6

Pada halaman lain Khomeini ada menyebut’:-

“Tidak tergambar kepada kita bahawa para imam itu bersifat lalai dan lupa “. 7

Dan katanya lagi:-

Sesungguhnya ajaran para Imam sama seperti ajaran-ajaran al-Quran yang bukan untuk sesuatu generasi tertentu sahaja, bahkan ajaran itu untuk semua manusia di setiap tempat dan masa hingga ke Hari Kiamat. Ia wajib dilaksanakan dan wajib diikuti.” 8‑

Ulasan:

Daripada petikan di atas jelas menunjukkan bahawa Khomeini menyanjung tinggi para imam dan meletakkan mereka ke taraf yang paling tinggi mengatasi taraf nabi-nabi dan malaikat. Alam seluruhnya tunduk kepada mereka, ajaran-ajaran dan buah fikiran mereka disamakan dengan ajaran al-Quran. Setiap pendapat dan kata-kata mereka mesti diikuti dan dilaksanakan dalam kehidupan. Ini berlawanan sekali dengan pandangan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. serta pendapat ulama Ahli Sunnah Wal-Jama’ah.

Ulama Ahli Sunnah berpendapat bahawa tidak ada manusia yang lebih tinggi pangkat dan tarafnya mengatasi taraf para nabi dan Rasul. Selepas Rasulullah s.a.w., maka Khulafa’ ar-Rasyidinlah orang yang paling mulia dan tinggi darjatnya, dan yang paling mulia di kalangan mereka ialah Abu Bakar r.a. kemudian diikuti oleh Omar ibn al-Khattab, Othman ibn Affan dan Ali ibn Abu Talib.

Tidak ada ajaran yang lebih tinggi daripada ajaran al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. Kedua-dua ajaran tersebut adalah sumber utama hukum syara’ , manakala sumber-sumber lain seperti Qias dan lain-lain diambil daripada al-Quran dan hadis dan dijadikan sumber ketiga, keempat dan seterusnya.

Anggapan mengatakan kata-kata imam sama dengan al-Quran dan lebih tinggi daripada hadith adalah pendapat yang melampau yang dan tidak boleh diterima.

ii) KEDUDUKAN KHALIFAH AR-RASYIDIN DAN PENENTUAN PERLANTlKAN ALl

Perkara kedua ialah mengenai kedudukan Khalifah ar-Rasyhidin dan beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. .Semasa membicarakan tentang ‘Kerajaan Islam ” Khomeini tidak mengiktirafkan kerajaan ketiga-tiga Khalifah Abu Bakar, Umar dan Othman sebagai khalifah Islam, bahkan beliau tidak menyebut langsung kerajaan di zaman ketiga-tiga Khalitah tersebut. Beliau menganggap kerajaan Islam hanya ada pada zaman Rasulullah dan di zaman Saidina Ali dan juga di zaman beberapa orang imam mereka selepas itu, iaitu kerajaan dua belas Imam mereka. Beliau menganggap Saidina Abu Bakar, Omar dan Othman r.a. telah merampas hak Saidina Ali. Juga beliau mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah diabaikan oleh sahabat- sahabat lain dengan melantik Abu Bakar.

Mengenai perkara di atas Khomeini menyebut antara lain:-

“Telah thabit (tetap) pada syara’ dan pada akal bahawa sebagaimana pentingnya di zaman Rasulullah s.a.w. dan di zaman Amirul-Mu’minin Ali bin Abu Talib r.a. mesti adanya sebuah kerajaan Islam (maka perkara itu) masih berterusan penting adanya sampai ke zaman kini”.9

Di tempat lain beliau membawa bukti Nabi menentukan Ali sebagai penggantinya dengan berkata:-

“Kami beriktikad (dan percaya) dengan walayah, dan kami beriktikad dengan sesungguhnya bahawa Nabi S.A.W. akan menentukan pengganfi selepasnya dan memang Baginda melakukannya”. 10

Selepas beberapa baris beliau menambah:-

“Dan demikianlah Rasulullah s.a.w. melakukan perlantikan (Ali menjadi khalifah selepasnya). Jika Baginda tidak melakukannya, maka Baginda tentunya tidak menyampaikan risalahnya dan penentuan khalifah selepas itu bertujuan supaya khalifah melaksanakan hukuman dan undang-undang (Allah), mengawalnya dan supaya melakukan keadilan sesama manusia. Ini adalah merupakan satu usaha bagi menyempurnakan tugas risalahnya”. 11

Di tempat lain beliau membawa bukti Rasulullah s.a.w. telah melantik Ali dengan berkata:-

“Di Ghadir Khum (setelah pulang daripada) menunaikan Haji Wida’, Nabi s.a.w. menentukan seorang hakim (Imam) sebagai penggantinya (iaitu Ali), dan bermula dari sinilah perselisihan faham mula tercetus di jiwa umat Islam, dan kalau sekiranya Nabi s.a.w. hanya menentukan Amirul-Mi’minin Ali sebagai mufti, sebagai pentafsir al-Quran atau sebagai seorang ulama yang menerangkan hukum hakam agama, tentunya dia tidak ditentang oleh sesiapa pun, tetapi (kerana ditentukan menjadi penggantinya) maka (Ali) ditentang, diperangi dan dibunuh”. 12

Beliau juga menyebut:-

“Sesungguhnya (Nabi s.a.w.) telah menentukan Amirul-Mu’minin sebagai wali (imam) untuk orang ramai dan (bermula dari sini) berkekalanlah berpindahnya jawatan imam yang lain sehingga sampai kepada imam al-Mahdi al-Muntazar a.s”. 13

Penentuan Ali menjadi pengganti ini disebut lagi dalam kitab “Kasyf al-Asrar” dengan panjang lebar.

Ulasan:

Daripada petikan di atas jelaslah bahawa Imam Khomeini seolah-olah tidak mengiktiraf kerajaan Khalifah ar-Rasyidin kecuali di zaman Ali sahaja dan beliau juga menetapkan Sayyidina Ali telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai penggantinya, tetapi jawatan itu dirampas oleh ketiga-tiga khalifah. Ini bererti bahawa ketiga-tiga khalifah telah melakukan ( dosa )besar kerana melanggar hukum dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh Rasullah S.A.W. sedangkan yang sebenarnya Baginda tidak pernah menentukan sedemikian dan khalifah tersebut tidak bersalah. Hadith Ghadir Khum tidak boleh dijadikan hujah kerana beberapa sebab, antaranya:-

1. Perkataan Maula dalam ‘Hadith Ghadir Khum’ bukan bermaksud ‘khalifah atau Imam’ atau ‘ketua negara’ tetapi mem beri maksud, ‘penolong’ atau ‘pembantu Baginda’. 14

Maksud yang disebut ini disokong sendiri oleh al-Hasan al- Muthanna cucu Saidina Ali. Apabila beliau ditanya,Adakah tidak Rasulullah S.A.W. bersabda”:-

Sesiapa yang aku ini penolongnya maka Ali adalah penolongnya.

Mendengar soalan itu beliau menjawab:-

“Ya ! Akan tetapi, demi Allah (dengan kata-kata itu) Rasullah s.a.w. tidak bermaksud (menentukan) Ali menjadi Imam atau Khalifah. Jika Baginda mahu melantik dia menjadi pengganti, tentu Baginda menyebut dengan terang, kerana Rasulullah selalu berterus terang dengan orang Islam. Jika benarlah sebagaimana yang didakwa, tentu Baginda berkata begini, Wahai manusia, ini adalah pemimpin kamu dan pemerintah kamu selepas aku, maka hendaklah kamu semua mendengar kata-katanya dan mematuhinya’. Demi Allah jika sekiranya Allah dan RasulNya telah memilih Ali menjadi pengganti dan pemerintah kepada orang-orang Islam selepas Baginda, tiba-tiba Ali meninggal tidak mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya tentu Ali merupakan orang yang mula-mula sekali melanggar perintah Allah dan RasulNya.:” 15

Jika sekiranya apa yang didakwa oleh Khomeini dan Syiah-syiah lain itu betul dan benar bahawa Nabi telah menentukan Ali menjadi Khalifah dengan disaksi oleh ramai para sahabat, maka mengapa mereka yang begitu ramai tidak membantah Saidina Omar dan Abu Bakar serta sahabat-sahabat lain yang berada di Saqifah membincangkan mengenai perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah ? Sedangkan kita tahu para sahabat adalah antara umat Islam yang paling kuat mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya. Kalau benarlah apa yang didakwa, tentu mereka bangkit menentang keputusan tersebut. Manakala Sayyidina Ali sendiri pula tidak pernah mengemukakan hujah dan bukti yang dia lebih berhak daripada Abu Bakar, Omar dan Othman menjadi khalifah.

Semasa Ali tidak memberi baiah kepada Abu Bakar diawal perlantikannya, dia tidak berhujah dengan hadith itu bagi menuntut haknya menjadi khalifah. Ini semua membuktikan bahawa Hadith Ghadir Khum tidak boleh menjadi hujah yang Rasulullah s.a.w. telah menentukan Ali menjadi penggantinya sebaik sahaja Baginda wafat.

iii) TIDAK MENGIKTlRAF KERAJAAN MUA’WIYYAH, UMAWIYYAH DAN ABBASIYAH

Khomeini juga menganggap kerajaan Muawiyah tidak sah, kerana itu beliau tidak mengiktirafnya, dan tidak mengiktiraf kerajaan Umawiyyah seluruhnya. Beliau berkata:-

“Sesungguhnya Muawiyah telah membunuh ramai orang Islam dengan semata-mata disyaki (orang itu melakukan kejahatan) dan menawan orang ramai beberapa lama serta membuang negeri juga menghalau mereka dari rumahnya secara zalim, tidak ada kesalahan yang mereka lakukan kecuali kerana mereka beriman kepada Allah semata-mata. Kerajaan Muawiyah itu tidak melambang atau menyerupai kerajaan Islam, sama ada dari dekat atau jauh”. 16

Kemudian katanya lagi:-

“Di awal Islam, golongan Umawiyyah dan pengikut-pengikutnya berusaha menghalang supaya kerajaan Imam Ali bin Abu Talib a.s. tidak teguh, sedangkan kerajaan itu diredai Allah dan Rasul-Nya. Dengan usaha jahat mereka itu berubahlah kedudukan pemerintahan serta menyelewenglah daripada Islam.

Kemudian selepas ilu datang pula golongan Abbasiyah dan mereka pun mengikut jejak langkah yang sama dan menukar sistem khalifah dengan bentuk kekuasaan raja berketurunan”. 17

Ulasan:

Dari sini jelaslah Khomeini tidak mengiktirafkan kerajaan pimpinan Muawiyah, Kerajaan Bani Umaiyyah dan Abbasiyah. Beliau menganggap khalifah-khalifah zaman itu merampas hak Ahlul Bait secara kekerasan dan kezaliman. Apabila kerjaan Islam Bani Umayyah dan Abbasiyah serta pimpinan Abu Bakar, Umar dan Uthman tidak diiktiraf oleh Khomeini, maka tidak ada lagi kerajaan Islam di dalam sejarah dunia kecuali kerajaan pimpinan Rasullah s.a.w dan kerajaan di zama Ali dan Husin sahaja. Kalau inilah pandangan beliau, maka tentunya pendapat itu tidak boleh diterima, kerapa apa yang sebenarnya tidak demikian. Ahli Sunnah menganggap kerajaan Abu Bakar, Umar, Uthman dan kerajaan Bani Umawiyah serta Abbasiyah adalah kerajaan Islam.

Ahli Sunnah dari kalangan Mufassirin, Muhaddisin dan Fuqaha, termasuk Imam empat mengiktiraf Kerajaan ini sebagai Kerajaan Islam. Manakala kesalahan yang dilakukan oleh setengah khalifah itu tetap salah. Kalau mereka bertaubat Insya Allah, Allah menerima taubat mereka.

IV) TIDAK MENGIKTIRAF KADI-KADI BUKAN DARIPADA KALANGAN SYIAH

Satu lagi perkara yang ditimbulkan Khomeini dalam kitab “al-Hukumah al-Islamiyyah” ialah beliau tidak mengiktiraf kadi-kadi yang dilantik sama ada yang dilantik oleh Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman atau oleh Khalifah Umawiyyah dan seterusnya. Disini beliau membawa satu contoh hadith yang ia dakwa diriwayat oleh Abu Abdillah a.s.:

“Bahawa Abu Abdullah berkata, ‘Amirul mu’minin Ali berkata kepada Syuraih (seorang kadi dari kalangan sahabat), wahai Syuraih, sesungguhnya engkau telah menduduki satu majlis atau satu jawatan yang tidak harus menduduki majlis ataujawatan itu kecuali Nabi atau wasinya atau orang yang celaka,”18

Kemudian beliau menambah:

“Syuraih ini telah memegang jawatan kadi hampir 50 tahun, dan dia menyokong Muawiyah, memujinya serta menyebut sesuatu kebaikan yang dia bukan ahlinya. Sikap beliau demikian meruntuh kerajaan (Islam) yang telah dibina oleh Amirulmu’minin akan tetapi (walaupun sikapnya demikian). Saidina Ali a.s. tidak berkuasa hendak memecatnya, kerana orang sebelumnya telah melantiknya”. 19

Ulasan:

Di akhir petikan di atas nampak kepada kita Sayyidina Ali r.a. takut kepada orang. Di manakah sifat berani yang ada pada Ali yang diakui oleh ahli Sunnah dan Syiah sehingga dia tidak berani merubah kesalahan? Ini tidak betul.

Sikap Khomeini tidak mengiktiraf kadi yang dilanlik oleh kerajaan Islam yang bukan daripada kalangan Syiah, sebagaimana di atas itu bukanlah perkara baru bagi orang-orang Syiah, bahkan sikap demikian telah dipegang oleh ulama mereka dahulu dan sekarang.

Al-Kulaini, pengarang Kilab “al-Kafi” juga mengambil sikap yang sama, beliau berpendapat mana-mana kadi atau imam yang bukan daripada kalangan Syiah dianggap sebagai Taghut, dan sesiapa yang berhakimkan kepada kadi tersebut, maka orang-orang dianggap sebagai berhakim kepada Taghut. 20

Jadi daripada petikan-petikan dan ulasan di atas jelaslah bahawa dalam kitab “al-Hukumah al-Islamiyyah”, tulisan Khomeini itu terdapat banyak perkara yang berlawanan Ulama Ahli Sunnah, dan banyak pula kata-kata yang menghina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah juga kerajaan Umawiyyah dan Abbasiah. Dari sini penulis mengambll kesimpulan bahawa pendapat beliau itu tidak boleh diterima dan serentak dengan itu beliau tidak perlu disanjung tinggi oleh setiap umat Islam pengikut Ahli Sunnah.

Kemudian di bawah ini mari kita cuba melihat pendapat Khomeini dalam Kitab “Kasyf al-Asrar”.

B) PENDAPA T KHOMEINI DALAM KASYF DAN ULASAN

Dalam dua belas jawaban Khomeini dalam kitab di atas didapati banyak buah pikirannya yang tidak tepat dan berbeza dengan pendapat Ahli Sunnah wal Jamaah. Antaranya beliau berpendapat meminta sesuatu hajat daripada orang-orang mati atau batu-batu kubur tidak syirik, imam-imam mereka tidak terkena dosa bahkan ma’sum. Khalifah Abu Bakar dan Omar semasa hidupnya melakukan kesalahan yang berlawanan dengan al-Quran dan hadith. Malaikat Jibril turun membawa wahyu kepada Saidatina Fatimah binti Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan baginda dan Rasulullah s.a.w. takut kepada orang ramai untuk menyampaikan risalahnya dan lain-lain.

Dibawah ini diterangkan perkara itu dengan ringkas berserta dengan ulasannya.

i) MEMINTA SESUATU DARIPADA KUBUR ATAU DENGAN BATUNYA TIDAK SYIRIK

Semasa menerangkan mengenai tauhid beliau menyebut bahawa meminta sesuatu hajat daripada kubur atau batu dan tanah kubur imam-imam mereka tidak dianggap syirik. Di bawah tajuk kecil, “Meminta sesuatu hajat daripada orang mati tidak syirik”, beliau berkata,” Maka dengan itu meminta sesuatu hajat daripada batu kecil atau daripada batu besar tidak syirik, sekali pun (cara itu) satu amalan yang batil. 21

Kemudian dalam menjawab soalan yang berbunyi: “Adakah meminta syafa’at daripada tanah (kubur para imam) dianggap syirik?”

Beliau berkata:-

” Perkara itu tidak dianggap syirik dan kufur, apabila berlaku permintaan itu atas asas atau anggapan bahawa Allah berkuasa menerima permintaan melalui (imam-imam) yang bermati-matian kerana mempertahankan agama dan mengorbankan nyawa kerana Allah”.22

Di tempat lain beliau menyebut, ” Kalau seseorang sakit datang menziarahi mana-mana kubur imam dan meminta supaya disembuhkan penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh.”

Beliau berkata:- ” Akan tetapi banyak kita dengar tentang kubur imam dan sesungguhnya kita tahu bahawa beratus-ratus ribu orang yang datang melawat ke kubur-kubur imam pada tiap-tiap tahun dan mungkin di dalam beberapa tahun itu akan lahirnya seorang yang dikehendaki oleh Allah akan sembuh penyakitnya dengan sebab dia berdamping dengan kubur imam-imam itu. Kalau sekiranya kamu pergi ke kubur dan meminta daripada Allah supaya disembuhkan daripada penyakit ganjil dan bodoh -Kedua-duanya adalah seburuk-buruk penyakit- mungkin doa kamu diterima dan jangan kamu berputus asa dari pada rahmat Allah ” 23

Di tempal lain beliau menambah:-

“Sesungguhnya Allah telah memberi kuasa kepada tanah untuk menghidupkan roh, dan tidak harus seseorang berkata bahawa Allah tidak berkuasa -hendak menjadikan tanah yang tidak ada roh -boleh menghidupkan semua sesuatu”. 24

Ulasan:

Petikan di atas jelas bahawa Khomeini membolehkan seseorang meminta sesuatu hajat daripada kubur daripada batunya dan tidak dianggap syirik, sedangkan perkara itu adalah syirik besar kerana memohon sesuatu kepada yang lain daripada Allah s.w.t. menyembuh penyakit jahil dan bodoh ia boleh dilakukan dengan roh imam mereka di kubur. Cara ini menyalahi sunnah Allah dan berlawanan dengan ajaran Islam serta dengan sebab-musabab yang diharuskan. Islam mengajar ummatnya supaya berubat dengan cara yang halal. Penyakit jahil dan bodoh hendaklah diatasi dengan belajar di samping berdoa kepada Allah S.W.T. Penyakit ini biasa pula hendaklah diubat melalui ruwatan. Rasulullah s.a.w. menyebut tidak ada penyakit yang tidak ada ubat kecuali mati.

ii) MEMBINA QUBBAH ATAS KUBUR IMAM DAPAT PAHALA BESAR

Khomeini juga membenarkan pengikutnya membina Imam atau qubbah di atas kubur-kubur imam dan sesiapa yang membina qubbah itu akan diberi pahala yang besar serta dihapuskan dosanya. Bagi menguatkan pendapatnya, beliau menyebul pendapat ‘Syeikh al-Thusi’ yang menyebul bahawa :-

“Sayyidina Ali bertanya Rasulullah s.a.w., dan Baginda berkata kepadanya, “Sesungguhnya engkau (wahai Ali) akan berpindah ke Iraq dan akan dikebumikan di bumi Iraq”. Kemudian Ali bertanya lagi, Wahai Rasulullah, apakah balasan pahala bagi orang datang menziarahi kubur-kubur kami dan mendirikan bangunan qubbah di atasnya?”, Rasulullah men.iawab, ‘Wahai Abu al-Hasan (Ali), sesungguhnya Allah menjadikan kubur engkau dan kubur anak-anak engkau sebagai satu kawasan syurga dan sebagai satu tanah lapang daripada tanah lapang syurga. Allah telah memilih beberapa orang daripada makhluk-Nya dan memasukkan rasa kasih sayang kepada kamu di dalam hati mereka, dan mereka sanggup menanggung bala bencana dan kehinaan kerana mempertahankan kamu. Mereka mengulangi membina kubur-kubur dan datang menziarahi kamu (di kubur) sebagai tanda taqarrub mereka kepada Allah dan Rasul-Nya Sesungguhnya sesiapa yang membina kubur-kubur Kamu dan datang menziarahinya, maka pahalanya sama seperti dia bersama pengikut Nabi Sulaiman bin Daud membina al-Quds. Sesungguhnya sesiapa yang datang menziarahi kubur-kubur kamu, dia akan memperolehi pahala sebanyak 70 kali haji selain Haji Islam (haji wajib), dan dihapuskan dosanya serta jadilah dia (bersih daripada dosa) seperti kanak-kanak yang baru lahir daripada perut ibunya’. 25

Ulasan:

Lihatlah betapa beraninya Khomeini memetik riwayat palsu yang disebut oleh at-Thusi, sedangkan pendapat beliau itu berlawanan dengan hadith yang melarang umatnya membina qubbah di ata kubur.

Rasulullah s.a.w .bersabda:26

Jabir r.a. berkata,  Rasulullah s.a.w. melarang menambak kubur, duduk di atasnya dan membuat binaan di atasnya.

Mengenai membina Qubbah di atas kubur ini ramai ulama menegahnya,Imam asy-Syafie berkata:-

“Sesungguhnya aku suka meninggikan kubur sekadar sejengkal (mengatasi tanah biasa) dan aku suka jangan dibina sebarang bangunan dan tembok” 27

Ibn Hajar al Haitami dalam kitab al-Zawajir berkata:-

“Dan wajib disegerakan meruntuh masjid-masjid dan bangunan-bangunan qubbah di atas kubur kerana bangunan itu lebih mudarat atau lebih bahaya daripada ‘Masjid Dhirar’ kerana ia diasaskan di atas maksiat kepada Rasulullah s.a.w.”. 28

Imam al-Syaukani pula menyebut:

“Berapa banyak telah berlaku kerosakkan disebabkan pembinaan qubbah di atas kubur dan memperelokkannya, antara kerosakan itu ialah orang-orang jahil beriktiqad mengenai binaan itu sama seperti iktiqad orang-orang kafir terhadap berhala mereka, sehingga mereka memuja dan memuliakan (bangunan dan kubur tersebut), kerana menganggap perkara itu berkuasa memberi sesuatu manfaat kepadanya dan dapat mengelak sesuatu bala”. 29

Selain daripada itu Nabi sendiri tidak ada menyebut ganjaran pahala yang begitu besar akan diberikan kepada orang yang membina kubur-kubur imam dan yang datang menziarahinya. Apa yang ada Baginda sebut, menziarahi kubur adalah sunat kerana ia boleh mengingati mati dan hari Akhirat.

iii) SAYYIDA TINA FATIMAH MENERIMA WAHYU

Antara pendapat Khomeini lagi dia mengatakan Sayyidatina Fatimah menerima wahyu daripada Malaikat Jibril selepas Baginda s.a.w. wafat. Beliau berkata:-

“Dalam hadith disebut bahawa selepas baginda wafat, Malaikat Jibril datang kepada Fatimah membawa beberapa berita ghaib dan Amiral-mu’minin (Ali) menjalankan tugas menulis berita ghaib itu dan itulah dia Mashaf Fatimah”. 30

Ulasan:

Adakah seseorang selain daripada Nabi dan Rasul menerima wahyu Allah? Mengikut aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, orang yang menerima wahyu Allah hanya Nabi dan Rasul sahaja. Anak-anak para Rasul tidak pernah menerima wahyu kecuali jika dia juga menjadi nabi, seperti Nabi Sulaiman anak Nabi Daud a.s.

Apakah yang dimaksudkan oleh Khomeini bahawa wahyu tersebut adalah ‘Mashaf Fatimah’? Adakah ia memberi maksud, “al-Quran lain yang diturunkan kepada Fatimah sebagai tambahan kepada al-Quran mashaf Uthman? Kalau inilah maksudnya, adakah ia berbeza dengan al-Quran mashaf ‘Othman itu? Jika “Ya!”, maka sikap Khomeini itu sama dengan sikap ulama-ulama Syiah lain yang mengatakan al-Quran mashaf Uthman yang ada sekarang telah diubah dan dikurangkan beberapa ayat oleh Saidina Uthman. Manakala mashaf yang tidak diubah ialah “Mashaf Fatimah”.

Hajj Mirza Husin bin Muhammad Taqi al-Nuri al-Tabarsi – seorang ulama agung Syiah -telah berpendapat demikian dan pendapatnya itu disokong olah ulama-ulama Syiah lain. Kerana itu pada tahun 1292H beliau menulis kitab berjudul :-

“Kata Putus Untuk Membuktikan Berlakunya Penyelewengan Kitab Suci Tuhan”

Dalam kitab ini beliau menyebut bahawa beratus-ratus pendapat ulama Syiah yang lain daripada pelbagai zaman mengatakan bahaw al-Quran sekarang telah berlaku penambahan dan pengurangan”. 31

Kalau inilah pandangan Khomeini, alangkah beraninya dia membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap al-Quran itu sendiri dan juga terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., khususnya Saidina Uthman r.a.

IV) TUDUHAN TERHADAP SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH S.A.W DAN MENGHINA MEREKA

Dalam tajuk “al-Imamah”, Khomeini menyebut Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Uthman banyak melanggar hukum-hukum al-Quran dan Hadis Rasul. Beliau mengatakan mereka gila kuasa, memeluk Islam secara nifaq, bertujuan mendapat kekuasaan. Sayyidina Uthman dan Muawiyah ialah sahabat yang bodoh dan tidak layak menjadi khalifah. Beliau menyebut hal ini dengan katanya :-

“Kami di sini tidak ada sebarang hubungan dengan kedua-dua syeikh (Abu Bakar dan Umar) terhadap apa yang mereka lakukan yang berlawanan dengan al-Quran dan mempermainkan hukum Ilahi, menghalalkan dan mengharamkan sesuatu mengikut sesuka hati mereka, dan melakukan kezaliman ke atas Sayyidatina Fatimah, anak Rasulullah s.a.w.. Tetapi kami mahu menjelaskan tentang kejahilan mereka berdua terhadap hukum-hukum Ilahi dan agama, iaitu:-

Abu Bakar menjatuhkan hukuman potong tangan kiri ke atas seorang pencuri, dan membakar seorang pencuri yang lain, sedangkan hukuman tersebut adalah haram. Beliau jahil mengenai hukum pusaka, beliau tidak menjatuhkan hukuman qisas ke atas Khalid bin al-Walid yang membunuh Malik bin Nuwairah dan mengambil isterinya pada malam itu juga.

Adapun Umar, maka amalannya (yang menyalahi hukum) tidak dapat dihitung banyaknya. Antaranya dia menyuruh melaksanakan hukum rejam ke atas perempuan mengandung dan ke atas perempuan gila. Adapun Uthman, Muawiyah dan Yazid, maka orang ramal semua tahu keadaan mereka bertiga dengan jelas”. 32

Kemudian beliau menambah lagi :-

“Orang seumpama mereka ini yang jahil lagi bodoh melakukan kezaliman, tidak layak memegang jawatan lmamah dan menjadi Ulu al-Amri”. 33

Di tempat lain disebut:-

“Di awal-awal Islam beberapa orang sahabat Nabi yang terkenal suci dan bersih agamanya seperti Amirul- Mu’minin Ali, Sayyidina Hassan, Husin, Salman al- Farisi, Abu Dhar, al-Miqdad, ‘Ammar, al-Abbas dan Ibn Abbas, mereka semua bangkit menentang (Abu Bakar dan Umar) dan mereka mahu melaksanakan perintah Allah dan perintah Nabi mengenai Ulu al-Amri”. Tetapi pakatan yang lahir bersama lahimya manusia dan kerana pengaruh hawa nafsu itulah yang menolak kebenaran. Perlantikan Abu Bakar di Saqifah untuk memerintah dianrgap bermulanya perletakan batu asas yang salah. 34

Ulasan:

Dari sini jelas bahawa Khomeini begitu berani membuat tuduhan karut kepada Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah, sehingga dikatakan sahabat ini jahil dan bodoh, tidak mengetahui hukum Allah dan Rasul-Nya serta melanggarnya. Kalau sahabat seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman dianggap jahat, jahil dan banyak melanggar hukum Allah, maka mengapa Baginda menggolongkan mereka bertiga ke dalam kurnpulan 10 orang sahabat  yang dijamin masuk syurga. 35

Kalau Abu Bakar jahat, mengapa Baginda mengambil beliau menjadi temannya semasa berhijrah dan mengambil Saidatina Aisyah sebagai isteri Baginda, dan Abu Bakar sebagai mertuanya. Kalau Umar jahat mengapa Baginda mengahwini anaknya Hafsah dan mengapa Sayyidina Ali mengahwinkan anaknya Ummi Kalthom dengan Umar, dan kalau Sayyidina Uthman juga jahat mengapa Nabi mengahwini kedua-dua anaknya Ummi Kalthom dan Ruqaiyyah dengan Uthman? Manakala Muawiyah pula mengapa dilantik oleh Baginda sebagai seorang penulis wahyu dan dilantik oleh Abu Bakar, Umar dan Uthman menjadi gabenor di Syam beberapa tahun? Adakah Rasulullah bersabahat dengan orang jahat.? Tentu tidak!

Sebenarnya sahabat-sahabat tersebut bukan jahat dan jahil sepertimana yang didakwa oleh Khomeini, tetapi beliau dan golongan Syiah keseluruhannya sengaja membenci ramai para sahabat Rasulullah s.a.w.. Manakala tuduhan yang dikemukakan oleh Khomeini terhadap ketiga-tiga orang sahabat Nabi itu sebenarnya telah dijawab oleh ramai ulama Ahli Sunnah dalam mereka seperti Ibnu Hajar al-Haitami dalam kitab ”as-Sawaiq Muhriqah Fi al-Radd Ala Ahl al-Bida’ Wa al_Zandaqiyah” dan oleh asy-Syeikh Abdul Aziz ad-Dahlawi dalam “Mukhtasar at-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah” dan lain-lain lagi.

V) SEBAB-SEBAB AL-QURAN TIDAK MENYEBUT DENGAN TERANG TENTANG PERLANTIKAN ALl MENJADI PENGGANTI BAGINDA S.A.W.

Selepas Khomeini menerangkan kejahilan Abu Bakar, dan Uthman dan kezaliman mereka, beliau menyebut yang al-Quran ada menjelaskan secara terus terang mengenai perlantikan Ali menjadi pengganti Rasulullah s.a.w. Tetapi ayat-ayat itu dibuang sahabat Rasulullah s.a.w. yang ada kepentingan. Katanya:-

“Kita yakin bahawa jika sekiranyaAllah menyebut perkara itu dengan terus terang dalam al-Quran, maka perselisihan tidak akan terhapus, bahkan beberapa penyelewengan lain tetap akan berlaku pula”. 36

“Kalaulah di dalam al-Quran Allah menyebut mengenai pcrlantikan imam (Ali) maka siapakah yang dapat memberi jaminan perselisihan sesama Islam tidak akan berlaku, kerana mereka yang mendakwa dirinya beragama Islam dan sahabat, juga oleh kerana mereka telah membuat pakatan, tentunya mereka tidak berpegang dengan ayat-ayat al-Quran dan mereka yang gila kuasa apabila mendapati matlamat mereka tidak tercapai dengan Islam, mereka akan menubuhkan pakatan (jahat) bagi menentang Islam”. 37

“Kalaulah masalah Imamah telah dijelaskan oleh al-Quran dengan terang, maka mereka yang tidak mengambil berat terhadap Islam dan al-Quran -kerana mereka gila kuasa -tentunya akan mengambil al- Quran sebagai cara bagi mencapai matlamatnya, iaitu dengan membuang ayat-ayat al-Quran dan menggugurkannya daripada dilihat oleh orang ramai buat selama-lamanya”. 38

Ulasan:

Alangkah beraninya Khomeini membuat tuduhan palsu kepada Khalifah Rasulullah s.a.w. dan lain-lain lagi sehingga dikatakan mereka berani menghapuskan ayat-ayat al-Quran demi untuk memperolehi hajat dan kuasa pemerintahan.

Kalau kita terima dakwaan beliau yang mengatakan para sahabat , berani mengubah al-Quran, ini bererti dakwah dan didikan Nabi terhadap para sahabat tidak berjaya dan tidak berkesan, dan dakwah Baginda dianggap sia-sia. Baginda tidak dapat membentuk peribadi para sahabat dengan peribadi Islam. Kalau inilah yang berlaku, maka bukan sahabat sahaja yang dituduh oleh Khomeni, tetapi termasuk juga Rasulullah sendiri. Kalau ini berlaku, maka siapalah lagi yang mendapat didikan Baginda? Barangkali hanya Khomeini dan ulama-ulama mereka sahajalah yang mendapat didikan Rasulullah s.a.w. yang sebenar.

VI) ABU BAKAR DAN UMAR MELANGGAR HUKUM AL-QURAN

Tidak cukup dengan tuduhan-tuduhan di atas dilemparkan kepada Abu Bakar dan Umar, bahkan ditambah lagi dengan tuduhan lain, sehingga dibuat dua tajuk khas. Pertama: Abu Bakar menyalahi al-Quran. Kedua: Umar menyalahi Kitab Allah. 39

Dalam lajuk pertama Khomeini menyebut:-

“Di sini kami terpaksa menyebut beberapa contoh kedua-dua (Abu Bakar dan Umar) menyalahi al-Quran, antaranya ialah:-

  1. Fatimah binti Rasulullah datang berjumpa dengan Abu Bakar dan meminta pusakaayahnya. Abu Bakar menjawab bahawa Nabi bersabda maksudnya: “Kami para Nabi tidak membahagikan pusaka, apa yang kami tinggal adalah sedekah “.  Pendapat Abu Bakar ini berlawanan dengan ayat 5-6 Surah Maryam ! 40
  2. Semua ulama sepakat mengatakan satu bahagian daripada harta zakat mesti diberi kepada orang muallaf bahkan boleh diberi kepada orang kafir 1/3 daripada harta zakat untuk mengambil hati mereka dan untuk menarik mereka memeluk Islam akan tetapi Abu Bakar menggugurkan hukum ini dengan perintah Umar. 41

Dalam tajuk kedua Khomeini menyebut beberapa contoh Sayyidina Umar melanggar hukum al-Quran, diantaranya dikatan beliau mengharamkan Nikah mut’ah. Umar menghukum jatuh talak tiga bagi suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga serentak. 42 Selepas menyebut perkara itu Khomeini berkata,

Daripada semua yang telah disebut di atas, jelaslah kedua-kedua Syeikh (Abu Bakar dan Umar) melakukan perkara berlawanan dengan al-Quran”. 43

Ulasan:

Daripada petikan ini jelas sekali Khomeini masih tidak berpuas hati dengan tuduhan-tuduhan sebelumnya terhadap Abu Bakar dan Umar, ditambah lagi dengan tuduhan-tuduhan lain seperti dalam contoh-contoh di atas.

Mengenai Abu Bakar tidak memberi pusaka kepada Fatimah, Abu Bakar tidak jahat dan beliau tidak membuat hadith palsu, sebagaimana didakwa oleh Khomeini, tetapi kerana beliau mahu mengikut perintah Nabi di dalam hadith sebagaimana yang dijelaskan, hadith yang diterangkan oleh Abu Bakar itu adalah hadith sahih. Ibn Taimiyah menyebut :-

“Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh ramai para sahabat tennasuk Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Talhah, al-Zubair, Saad, Abdul Rahman bin’ Auf, al-Abbas, isteri-isteri Nabi, juga Abu Hurairah r.a, kemudian ulama hadith meriwayatkan hadith itu daripada sahabat tersebut dan memasukkan ke dalam hadith dan musnad mereka”. 44

Apa yang didakwa oleh Khomeini bahawa sikap Abu Bakar itu berlawanan dengan ayat al-Quran, maka itu tidak timbul, kerana kedua-dua ayat yang dibawanya memberi maksud “mewarisi pangkat kenabian” bukan mewarisi harta pusaka. Ayat pertama bermaksud, Nabi Sulaiman mewarisi pangkatkenabian Nabi Daud. 45 Manakala yang kedua bermaksud Nabi Yahya mewarisi pangkat kenabian Nabi Zakaria. 46

Apa yang dikatakan Sayyidina Abu Bakar tidak memberi habuan kepada muallaf setelah mendengar pendapat Umar juga tidak boleh dianggap salah, kerana masa itu Islam telah kuat dan orang Islam telah ramai, kerana itu habuan tersebut tidak lagi wajib diberikan kerana semata-mata untuk memujuk dan mengambil hati golongan muallaf. Kerana itu apabila golongan tersebut datang kepada Umar meminta habuannya, Omar berkata: -Selepas dia berjihad “Habuan ini telah diberi oleh Rasulullah s.a.w. kepada kamu bertujuan untuk memuliakan Islam dan tidak perlu lagi memujuk atau mengambil hati kamu”. Apabila perkara ini diketahui oleh Abu Bakar, beliau bersetuju dengan keputusannya. Persetujuan itu tidak dibantah oleh ramai para sahabat -termasuk Sayyidina Uthman dan Ali, bahkan kedua-dua mereka tidak memberi habuan tersebut semasa pemenntahan mereka. 47

Kalaulah apa yang dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar itu salah, mengapa Khomeini hanya mencela Abu Bakar dan umar sahaja, dan tidak mencela Sayyidina Ali yang juga tidak memberi habuan itu semasa pemerintahannya?

Apa yang dikatakan Sayyidina Umar mengharamkan nikah mut’ah juga tidak benar, kerana nikah tersebut telah diharamkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Banyak hadith menjelaskan perkara ini, antaranya, hadith Muslim daripada ar-Rabii bin Sabrah al-Hujani bahawa Rasulullah s.a.w. bcrsabda, maksudnya: ” Wahai manusia, sesungguhnya dahulu aku telah mengizinkan kamu beristimta’ dengan perempuan (Nikah mut’ah), sesungguhnya (sekarang) Allah telah mengharamkan perkara itu sampai ke hari Qiamat. Sesiapa yang ada padanya perempuan (yang dinikah secara ini ) maka hendaklah dilepaskan dan jangan kamu mengambil daripadanya sebarang harta , yang kamu berikan kepada mereka walaupun sedikit sebagai maskahwin. 48

Jadi daripada ulasan-ulasan ringkas di atas dapatlah dibuat, kesimpulan bahawa Abu Bakar dan Umar sebenamya tidak melanggar hukum-hakam al-Quran dan hadis sebagaimana yang didakwa oleh Khomeini dan ulama-ulama Syiah yang lain tetapi apa yang dilakukan itu adalah menurut Sunnah Rasulullah s.a.w.

VII) DIKATAKAN RASULULLAH S.A.W. TAKUT HENDAK  MENYAMPAIKAN PERINTAH ALLAH

Perkara terakhir yang hendak disebutkan daripada apa yang ditulis oleh Khomeini dalam Kitab “Kasyf al-Asrar” ialah beliau menuduh Rasulullah s.a.w. takut dan gerun kepada umatnya untuk disampalkan perintah Allah mengenal perlantikan Sayyidina Ali. Baginda dituduh takut dan tidak berani hendak menerangkan hukum tersebut hingga turunnya ayat al-Quran memerintahkan supaya Baginda menyampaikan juga suruhan itu menerusi Firmannya: 49

Wahai Rasulullah, sampaikan apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya, maka bermakna engkau tidak sampaikan perutusanNya, dan Allah jualah akan memeliharamu daripada (kejahatan) musuh (Al- Maidah, 67).

Mengikut beliau, setelah turunnya ayat ini barulah Rasulullah berani menyampaikan perintah tersebut, dan perintah itu katanya ialah perintah melantik Ali menjadi khalifah. Beliau berkata:

“Jelas bahawa Muhammad s.a.w. sampai ke waktu itu (waktu turunnya ayat di atas) telah menyampaikan segala hukum yang diisyaratkan Baginda di Ghadir Khum, kerana itu jelaslah perintah (dalam ayat di atas) adalah khusus mengenai perintah perlantikan Imam Ali”.

“Daripada himpunan dalil dan hadith jelas bahawa Nabi memang dan gerun kepada orang ramai bagi (menyampaikan) dakwah perlantikan imam. Sesiapa yang membaca sejarah dan hadith, dia akan tahu bahawa Nabi memang takut hendak menyampaikan (perintah itu), akan tetapi Allah memerintahkan Baginda supaya menyampaikan perintah tersebut dan menjanjikan mahu mengawalnya, dengan itu menyampaikan perintah Allah.” 50

Ulasan:

Pendapat Khomeini di atas tidak boleh diterima, kerana Baginda s.a.w. tidak pemah takut kepada sesiapapun. Tidak terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w., yang menyebut Baginda takut kepada selain daripada Allah. Perintah dalam ayat di atas bukannya perintah perlantikan Ali sebagaimana yang didakwa oleh Khomeini.

Ulama Ahli Sunnah berpendapat bahawa perintah tersebut sebenamya perintah Allah supaya Baginda menyampaikan -segala ajaran Islam yang diturunkan kepadanya -bukan perintah perlantikan Ali. Ibn Kathir semasa mentafsir ayat di atas berkata, “Allah Ta’ala bercakap dengan Nabi Muhammad s.a.w. (mewahyukan kepadanya) sebagai seorang Rasul dan seorang hambanya dengan memerintah kepada Baginda supaya menyampaikan segala ajaran agama yang disampaikan kepadanya, dan Rasulllah mengikut perintah itu serta mentaatinya dengan sempurna”. 51

KESIMPULAN

Daripada pendedahan pendapat Khomeini di dalam dua buah kitabnya bersama ulasan nngkas mengenainya dapatlah dibuat beberapa kesimpulan, antaranya:-

1)    Banyak pendapat Khomeini bercanggah dan berlawanan dengan pandangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah khususnya mengenai aqidah, kedudukan para Sahabat Rasulullah, dan Imamah. Menurut Khomeini: Meminta sesuatu daripada kubur, batu-batu kubur dan qubbahnya tidak syink. Sayyidatina Falimah dikatakan menerima wahyu selepas Baginda wafat dan Nabi Muhammad s.a.w. di katakan takut kepada sahabat.

2)    Kerajaan Islam yang diiktiraf beliau hanya kerajaan di zaman Rasulullah s.a.w., zaman Sayyidina Ali dan di zaman anak cucunya, selepas itu. Kerajaan di zaman Abu Bakar, Umar, Uthman dan kerajaan Umawiyyah juga Abbasiyah tidak diiktirafnya sebagai kerajaan Islam.

3)    Menurut beliau, Nabi telah menentukan Ali menjadi Khalifah di Ghadir Khum, tetapi ditentang oleh ramai sahabat khususnya Abu Bakar, Umar dan Uthman. Sahabat tersebut dituduh sanggup mengubah al-Quran demi untuk kepentingan dunia dan kuasa.

4)    Kalau sekiranya sahabat-sahabat tersebut jahat, gila kuasa, dan lain-lain lagi, maka ini menunjukkan didikan Nabi tidak berjaya. Kalau ini berlaku, maka banyak ayat Quran dan hadith-hadith Nabi tidak boleh diterima, kerana disampaikan oleh sahabat yang tidak adil dan zalim. Sedangkan yang sebenarnya tidak demikian.

5)    Bukan setakat itu sahaja penyelewengan Khomeini, bahkan beliau mengharuskan meroboh masjid jika perlu dan membatalkan hukum-hukum Islam. Dalam majalah “al-Baith al-Islam” yang dicetak di India bilangan 34, keluaran bulan Safar 1401H, ada memetik katak-kata Khomeini, antaranya, “Harus bagi pemerintah menutup masjid ketika perlu dan meruntuhkannya. Juga pemerintah boleh menghapus atau membatalkan mana-mana hukum daripada hukum Islam sama ada hukum-hukum ibadat atau lain-lain apabila hukum tersebut didapati menyalahi kepentingan Islam, juga pemerintah boleh menegah rakyat daripada menunaikan haji yang menjadi hukum Islam yang penting apabila ia boleh mendatangkan kemaslahatan kepada kerajaan Islam”.

CADANGAN

Untuk mengakhiri penulisan ini penulis mencadangkan beberapa perkara. Antaranya:-

1)    Para pem baca sekalian hendak1ah mengam bil berat tentang pandangan Khomeini dan pandangan Syiah seluruhnya, dan jangan terpengaruh tanpa usul periksa betul salahnya.

2)    Pembaca yang berkemampuan diminta membaca buku-buku Arab dan lain-lainnya mengenai Syiah daripada karangan ulama Ahli Sunnah dan lain-lainnya. Dan maklumat yang diperolehi hendaklah disebarkan kepada umum, kerana dikhuatiri akan ramai golongan Ahli Sunnah akan menjadi Syiah atau bermazhab Syiah, terpengaruh dengan dakyah menghalalkan nikah mu’tah, sembahyang Jama’ dan lain-lain.

3)    Setiap dakyah dan propaganda mengagungkan Syiah dan Khomeini yang dilakukan oleh sesiapa sahaja perlu diawasi dan perlu berhati-hati supaya tidak terpengaruh. Pihak-pihak berkenaan dengan hal ehwal keagamaan seperti Majlis Agama Islam, Pusat Islam dan lain-lain, hendaklah peka terhadap perkembangan Syiah di Malaysia sekarang, dan menghadapinya dengan bijaksana dan jika perlu mengharamkan risalah-risalah dan buku-buku Syiah .

NOTA KAKI

  1. Lihat catitan di awal kitab “Al-Hukumah al-Islamiyyah”.
  2. Lihat kulit belakang “Kitab Kasyf al-Asrar”, Arab.
  3. Lihat Syeikh Muhammad Manzur Nu’mani,”al-Thaurah al-Iraniyyah”, hal: 49.
  4. ” Al-Hukumah al-Islamiyyah”, hal: 52.
  5. Ibid.
  6. Ibid.
  7. Ibid, hal: 51.
  8. Ibid, hal: 113.
  9. “Al-Hukumah al-Islamiyyah”, hal: 26.

10.  Ibid, hal: 18.

11.  Ibid, hal: 19.

12.  Ibid, hal: 131-132, Dr. Abdullah Mohd al-Gharib, ” Waja’a Daur al-Majus”, hal: 173.

13.  Ibid, hal: 98.

14.  Lihat Syah Ab. Aziz Waliyyullah al-Dahlawi, “Mukhtasar at- Tuhfah al-Ithna ‘Asyariyyah”, hal: 160.

15.  Ibid, hal: 160-161.

16.  Ibid, hal: 71.

17.   Ibid, hal: 33.

18.  Ibid, hal: 74.

19.  Ibid.

20.  Dr. Abdullah Muhammad al-Gharib, “Al-Khomeini Baina at-Tattarruf Wa al-I’tidal”, ha1: 31.

21.  “Kasyf al-Asrar”, (Arab), hal: 49.

22.  Ibid, hal: 59.

23.  Ibid, hal: 140.

24.  Ibid, hal: 62.

25.  Ibid, hal: 84.

26.  Al-Sayyid Sabiq, “Fiqh al-Sunnah”, juzuk 1, hal: 554.

27.  Ibid, juzuk 1, hal: 548.

28.  Ibid, hal: 549-550.

29.  Ibid, hal: 549.

30.  “Kasyf al-Asrar”, hal: 143.

31.  A-Sayyid Muhibuddin al-Khatib, “Al-Khututal-Aridhah”, hal:9.

32.  Ibid, hal: 126-127.

33.  Ibid.

34.  Ibid, hal: 128.

35.  LihatTermizi,juzuk,5, hal: 311, al-Jami’ al-Saghir,juz: 6.

36.  Kasyf al-Asrar, hal: 129.

37.  Ibid, hal: 130.

38.  Ibid, hal: 131.

39.  “Kasyf al-Asrar”, hal: 131:135.

40.  Ibid, hal: 132.

41.  Ibid, hal: 134.

42.  Ibid, hal: 135-136.

43.  Ibid, hal: 138.

44.  Ibn Taimiyyah, “Minhaj al-Sunnah”, juzuk 2, hal: 158.

45.  Lihat, “Pimpinan al-Rahman”, hal: 977.

46.  Ibid, hal: 747-748.

47.  Al-Sayyid Sabiq, “Fiqh al-Sunnah”, juzuk 1, hal: 389-390.

48.  “Sahih Muslim”, juzuk 2, hal: 1025.

49.   Surah al-Maidah, ayat: 67.

50.  “Kasyf al-Asrar”, hal: 150.

51.  Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azim, juzuk, 2, hal: 77.

sila tengok salinan asal di blog ini http://aburedza.wordpress.com/2009/11/22/pandangan-imam-khomeini-dalam-kitab-al-hukumah-al-islamiah-dan-kasyfu-al-asrar/

 

About these ads

5 Responses

  1. A’slm kum wrt..

    ” Tidak akan bersatu umat-umatku pada satu satu perkara yang batil. ”

    Hadith Bukhari Wal Muslim.

    90% dari 1 Bilion lebih umat Islam adalah mereka yg beriqtiqadkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan 10% yg selebihnya adalah umat Islam yang berfahaman atau mengikuti firqah-firqah seperti syiah,wahabbi,muktazillah,jabariyah dan lain-lain yang terkandung di dalam 72 firqah yang telah Nabi sabdakan tidak mengamalkan fahaman dan pegangang yang sebenarnya dan mengikut sunnah nya. Andai syiah merupakan kelompok yang benar, mengapa selepas 1400 tahun masih tidak dapat menyebarkan fahamannya kepada seluruh umat Islam yang ada ketika ini? andai syiah itu betul, pastinya 90% umat Islam yg telah saya sebutkan tadi beriqtikad seperti ap yg syiah fahamkan..Segala2nya sudah jelas dan tidak perlu lagi anda membiarkan diri anda terus dipermainkan oleh A’duwum Mubbin, syaitan sekelian manusia.

    • bismillahirrahmanirrahim

      assalamualaikum wbt

      pelik benar hujjah anda. anda menjadikan jumlah sebagai ukuran kebenaran. jika benar apa yang anda katakan, maka agama kristian lebih benar dari agama Islam, kerana jumlah mereka lebih banyak.
      al-Quran sendiri banyak menyatakan bahawa amat sedikit sekali orang yang akan berpegang kepada agama yang hak. seperti : sedikit sekali hamba2 ku yang bersyukur. ayat seumpana ini boleh kita ketumui dalam al-Quran, ditambah lagi jumlah penghuni neraka lebih banyak dari penghuni syurga. di mana umata islam sunni yang banyak tu? Cuba baca surah alwaqiah pada awal2 ayat2nmya yang mana Allah Ta’ala berfirman: hanya sepertiga sahaja umat2 yang terdahulu akan masuk ke dalam syurga orang2 muqarrabin dan lebih sdikit lagi untuk umat yang terkemudian. jadi mana dakwaan banyaknya di sini?
      zaman nabi menyebarkan agama islam sehingga nabi saw wafat, berapa jumlah umat islam?. saya tidak fikir jumlah nya sampai satu juta orang dan jelas sekali jumlah kaum musyrikin jauh lebih banyak, ditambah dengan agama2 lain spt kristian, yahudi dan sebagainya. adakah islam salah dan mereka yang lebih banyak itu betul?.

      saudara, ukuran kebenaran bukan pada jumlahnya tetapi ianya terletak pada sejauh mana kita mengikuti alquran dan ahlul bait NAbi saw yang diperintahkan Nabi saw supaya umat berpegang kepada keduanya sebelum kewafatannya supaya kita tidak sesat. berpangang kepada al-Quran kerana ia adalah kitab TUhan dan berpegang kepada Ahlul BAit Nabi saw kerana mereka adalah orang yang paling memahami al-Quran selepas Nabi saw dan manusia yang telah disucikan oleh Allah TA’ala dalam ktabNya. sila baca ayat 33 surah al-ahzab.

      saya harap anda merenungnya dan memahaminya dengan baik.

      • ukuran ada dijelaskan dalam hadis nabi, bahawa ukuran jumlah ULAMA menentukan kebenaran atau kesesatan sesuatu pegangan…Anda belum memahami asas ini ? berbaliklah kepada kebenaran. carilah orang berilmu dan beriman.

  2. bismillahirrahmanirrahim

    assalamualaikum wbt

    untuk pengetahuan anda, memang Imam Khomaini ra bukan bermazhab ahli sunnah dan beliau adalah seorang syiah dan pengikut ajaran Ahlul BAit as, sesuai dengan perintah Nabi saw supaya mengikuti keluarganya selepas kematiannya.
    saya pelik dan ajaib ttg akidah anda. bagi saya akdah anda bukan atas dasar keyakinan diri anda terhadap agama, tetapi anda adalah orang mengikuti orang lain dalam berakidah dan mengikuti sahaja apa yang mereka katakan tanpa mahu mengkajinya. Sedangkan masalah akidah adalah masalah kefahaman dan kepercayaan dan bukan ikut buta tuli begitu sahaja. kalimat i’tikad yang seakar dengan kalimat akidah bermaksud kepercayaan atau pegangan yang mana kepercayaan tidak boleh dihasilkan melainkan dengan ilmu dan kefahaman .
    tujuan saya menyatakan perkara ini adalah merujuk kepada komen saudara kepada almarhum Imam Khomaini dan menuduhnya sesat tanpa anda menyebutkan dalil2 yang beliau sesat. anda hanya menyebutkan ianya bercaggahan dengan ahli sunnah. adakah ukuran kebenaran anda terletak pada pemahaman akidah ahli sunnah? atau pada ulama’ anda atau pada kedua orang tua anda? atau ukuran anda al-Quran dan hadis2 yang sahih? jika akidah anda adalah alquran, pasti anda tidak akan komen seperti di atas, kerana setiap komen mesti berhujjahkan dengan al-quran dan riwayat.
    jadi jika anda mahu menyangkal pandangan orang lain dan mengatakan ianya sesat, bawakan dalil baik dari sudut naqli yang berupa ayat2 dan riwayat mahupun dalil aqli.
    jadi jadikan ukuran setiap hujjah anda dengan sumber asli islam dan bukan dengan akidah yang anda percayai?
    ahli sunnah sendiri ada 4 mazhab yang masyhur dan banyak lagi ulama’ ahli sunnah yang tersuhur yang sebaris dengan imam 4 mazhab tersebut yang mana mereka saling bercanggah sesama sendiri. jadi kalau saya tak faham agama dan nak ikut mazhab ini, saya nak ikurt yang mana satu? kedua: mazhab2 ini bila timbulnya? mereka mula timbul sejak dari akhir kurun pertama sehingga kurun keempat. iaitu dimulai dengan Imam Abu hanifah, Imam MAlik, Imam Syafi’e dan Imam Ahmad. jika mazhab syafi’i itu benar , bagaimana dengan mazhab2 yang lain, adakah mereka salah? jika mazhab hanafi benar, bagaimana dengan mazhab2 yang lain? dan lebih pelik lagi, apakah mazhab umat sebelum mereka ? adakah mereka semua salah dan yang betul hanya syafa’ie atau hanafi atau maliki atau ..atau wahabi (yang sangat tak jelas susul sejarahnya atau ibnu taimiyyah ?) sahaja ? adakah anda sanggup mengatakan begini?. dari sudut jarak orang yang hidup sebelum 4 mazhab, lebih dekat dengan zaman Rasul saw dan pasti mereka lebih banyak maklumat ttg Nabi saw dibanding umat selepasnya. jika mereka betul, anda terpaksa akur bahawa imam 4 mazhab tersebut, termasuklah ibnu taimiyyah yang lahir pada kurun ke 8 itu semuanya salah.
    Dan bertambah pelik lagi ketika Abu Hanifah lahir, Malik lahir dan Syafi’e lahir , ahli sunnah belum ada akidah lagi. kerana dari sudut akidah mereka mengikut asy’ari yang lahir pada kurun ketiga. bermaksud mazhab anda belum lahir lagi kerana akidahnya belum lahir. bermaksud umat di zaman abu hanifah hanya beramal dengan fekahnya tetapi akidah belum ada lagi. atau akidahnya bercampur aduk dengan berbagai2 pendapat.
    ditambah, tiada satu pun ayat mahupun riwayat (walau sekalipun riwayat yang lemah) yang menyuruh umat mengikut akidah empat mazhab atau akidah asy’ari atau fahaman wahabinism? ia hanya terjadi mengikut pandapat segelentir ulama’. dan berbeza dengan kewajipan mengikuti Ahlul BAit as Nabi saw yang mana ayat mahupun riwayat menyuruh umat berpegang kepada mereka selepas kewafatan NAbi saw.
    Dengan semua ini, apakah hujjah lagi untuk mewajibkan umat berpegang kepada ahli sunnah wal-jamaah? lebih-lebih lagi kepada akidah muhammad bin abdul wahab yang dikenali dengn wahabi atau akidah ibnu taimiyyah yang terkenal dengan sifat angkuh dan suka mencemuh ulama’ Islam dan benci kepada Ahlul BAit NAbi saw?

    Anda boleh berhubung dengan saya dengan alamat emel yang telah dinyatakan di atas untuk melanjutkan diskusi ini.

  3. … MENCINTAI “AHLUL BAIT NABI”, BERMAKNA
    SEPERTI MENCINTAI NABI ITU SENDIRI…

    IMAM KHOMEINI adalah seorang Sayyed dari nasab Imam Hussein AS. Fahamnya beliau adalah seorang Ahlul Bait, yg berfahaman Syiah. Walo pun Parsi diberikan dgn jolokan “The Land Of The Ahlul Baits”, namun Iran sekarang ini bukan sebuah negara yg banyak mengeluarkan Para Wali. Ketentuaan Ilahi janganlah kita nafi, Sabda Nabi : “Islam bakal bangkit dari Timur”, itulah pesanan Nabi yg mahu dikaji. Negara manakah yg ramei mengeluarkan Para Wali Allah sekarang ini…??? Cobaklah kalian renongkan sendiri…

    Kehadiran beliau kebetulan bertepatan dgn masa kejatuhan Empayar Shah Iran. Maka dia hanya sebagai penyebab, membangkitkan semangat revolusi rakyat Iran menumbangkan Dinasti Irani. Maka akhirnya tombanglah Raja Dictator Iran. Maka terdirilah pemerintah baru Iran, “Kerajaan Islam Iran”. Puak Syiah sangat fanatik akan kemunculan Imam Mahdi Syiah, Imam Ke12 “The Cave Man” itu, sebagei “Kebangkitan Kedua” mereka. Apakah Imam Mahdi Syiah itu satu realiti, ato hanya igauan..?? Allahu’alam, hanya Tohan Allah yg Maha Mengetahui..

    Sejarah tertubuhnya fahaman Syiah dan Sunni (ASWJ), tersangat panjang lagi merumitkan. Fahaman yg sangat jauh berbeda antara keduanya yg sering berlawanan bertentangan, sejak melebehi 1,400 tahun Hijiriah, hingga kesaat ini. Siapakah yg benar, siapakah yg terkeluar dari Islam, ngak perlu ditegakkan sekarang ini, hanya bikin banyak lagi ribot2an dan gelombang tsunami.. Ummat Islam sedang tenat digodam Sang Yahudi Dajjal Al-Masikh dgn tentera2nya Sang Yakjod Makjod. Bersatulah kita dulu, menentang kedurjanaan Yahudi Setani.. Kapan berbangkitnya “Imam Mahdi Sejati”, serahkanlah pada “Imam Mahdi Sejati” yg akan mengadili…

    Siapakah dia sebenarnya “AHLUL BAIT NABI”.? Siapakah yg layak diberikan memakai title “AHLUL BAIT NABI”..?? Ketahui oleh-mu, bahawasanya “AHLUL BAIT NABI” itu telah berkembang jutaan jumlahnya, bertaburan diserata pelusuk dunia ini. Namun hanya satu terpileh menjawat sebagei “IMAM MAHDI SEJATI”. Itulah “MUHAMMAD KEDUA” yg mahu dicari, setelah berbaiah dgnnya, yg mahulah kamu cintai. Walo pun utk ketemunya, kamu terpaksa merangkak diatas salji…

    Bermulanya dia Nasab DNA dari Nabi, dia ghaib di”Alam Misteri”. Dari bumi Mekah Madinah Arab Al-Jazeera keKarbala, leluhornya berpindah pula kebumi Parsi. Akhirnya hingga terpancar ujudnya di”ALAM MISTERI NUSANTARA” kita ini…

    Allahu’alam & Wasalammmm….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers

%d bloggers like this: