Isu Syiah : Pandangan Bernas Pembaca Blog Ustaz

Tiada salahnya mencintai Ahli Bait malah memang digalakkan Islam,NAMUN MENCINTAI AHLI BAIT TIDAK BERMAKNA DITUNTUT MEMBENCI SAHABAT NABI SEPERTI ABU BAKAR,UMAR DAN USMAN YANG AMAT-AMAT DIKASIHI RASULULLAH LEBIH-LEBIH LAGI MEREKA TIDAK TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN DI KARBALA.
Padahal para Sahabatlah paling cinta akan Ahli Bait dengan cinta ikhlas dan tidak bertaqiyyah:
Saidina Abu Bakar al Siddiq r.a pernah berkata: “Demi jiwaku yang berada di dalam kekuasaan-Nya, aku lebih suka menyambungkan silaturrahim dengan kerabat Rasulullah SAW daripada kerabatku. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saidina Umar ibn al-Khattab r.a pula pernah menyatakan kepada Saidina Abbas r.a dengan katanya: “Demi Allah! Keislaman kamu pada hari kamu memeluk Islam lebih aku sukai daripada pengislaman al-Khattab (iaitu bapanya), kerana keIslaman kamu lebih dikasihi oleh Rasulullah SAW daripada pengislaman al-Khattab”. (riwayat Ibnu Saad di dalam al-Tobaqat).

Demikian juga perbuatan Saidina Zaid ibn Thabit r.a yang mencium tangan Ibnu Abbas r.a lalu berkata: “Beginilah kami diperintahkan agar menghormati ahli keluarga Nabi kami”.
Mencintai Ahli Bait bukan bermakna membenci Saidatina Aishah r.a yang juga Ahli Bait yang telah difitnah oleh para pembunuh Usman r.a.
Jangan campur adukkan urusan Yazid,Ubaidillah dan kuncu-kuncunya dengan kehormatan para Sahabat dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
Ingat!Yang SALAH TETAP SALAH,NAMUN ORANG YANG TIDAK BERSALAH JANGAN PULA DIHERET SAMA.
Perhatikan,sesungguhnya yang MEMBUNUH CUCU NABI ADALAH DARI KALANGAN MEREKA SENDIRI,kemudian mereka cuci tangan mereka yang berlumuran darah penghibur hati Nabi itu dengan menyalahkan orang lain,dengan kata lain,mereka adalah sama tumpang sekaki melumatkan tubuh Saidina Hussein bersama-sama Ubaidillah Ibnu Ziyad dan kuncu-kuncunya,kemudian bersembunyi di bawah punggung unta Ubaidillah Ibnu Ziyad dengan harapan Tuhan tidak nampak perbuatan keji mereka,kemudian JIKA DIKATAKAN KERAJAAN UMAYYAH MENEKAN PENDOKONG AHLI BAIT,kita lihat senario seterusnya di mana para Syiah ini hidup aman di wilayah-wilayah Iran malah para ulama mereka boleh menghasilkan kitab-kitab yang berjilid-jilid semasa pemerintahan Umayyah dan Abbasiah,APAKAH MAKSUD SEMUA INI?Yang dibunuh dan ditindas sebenarnya AHLI BAIT SENDIRI dan Bani Hasyim yang menyokong mereka.Ketika ‘para Imam’ mereka menjadi pelarian,diburu,dipancung dan diracun,para Syiah ini bersenang lenang di Isfahan dan Kufah,sambil menuliskan hadis-hadis palsu.
Rakyat atau pun pengikut-pengikut Syiah terbuai-buai di lautan emosi Karbala dan cinta buta Ahli Bait…namun pada masa yang sama,para konspirator,ulama-ulama senget hadis palsu Syiah dan para pemimpin Ayatollah Syiah tersenyum-senyum melihat kedunguan zombie-zombie mereka.
Dalam hal ini,kita perlu bertindak bijak.Kita perlu jadikan racun yang disuap oleh Yahudi dan Nasrani,ditukar menjadi madu yang manis lagi menyihatkan.Dari segi akidah dan pegangan agama,JANGAN SESEKALI KITA REDHA DENGAN SYIAH INI,walaupun sebesar zarah pun dalam hati kita.Ini adalah iman masing-masing.Kelak di akhirat,kita akan ditanya persoalan ini,kerana jika kita redha dengan Syiah walaupun sebesar zarah,maka kita redha dengan ulama-ulama dan kitab-kitab mereka yang mencela Sahabat (Abu Bakar dan Umar terutamanya) dan isteri-isteri Nabi.Tidak ada gunanya mendakwa cintakan Ali,Fatimah Az-Zahra,Hassan dan Hussein,namun pada masa yang sama memandang serong pada Abu Bakar,Umar,Usman dan isteri-isteri Nabi terutamanya Aishah yang amat dicintai Rasulullah s.a.w.

 

tulisa : wait4arrival ( 27 disember 2010)

 

A’slm kum wrt..

” Tidak akan bersatu umat-umatku pada satu satu perkara yang batil. ”

Hadith Bukhari Wal Muslim.

90% dari 1 Bilion lebih umat Islam adalah mereka yg beriqtiqadkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan 10% yg selebihnya adalah umat Islam yang berfahaman atau mengikuti firqah-firqah seperti syiah,wahabbi,muktazillah,jabariyah dan lain-lain yang terkandung di dalam 72 firqah yang telah Nabi sabdakan tidak mengamalkan fahaman dan pegangang yang sebenarnya dan mengikut sunnah nya. Andai syiah merupakan kelompok yang benar, mengapa selepas 1400 tahun masih tidak dapat menyebarkan fahamannya kepada seluruh umat Islam yang ada ketika ini? andai syiah itu betul, pastinya 90% umat Islam yg telah saya sebutkan tadi beriqtikad seperti ap yg syiah fahamkan..Segala2nya sudah jelas dan tidak perlu lagi anda membiarkan diri anda terus dipermainkan oleh A’duwum Mubbin, syaitan sekelian manusia.

 

tulisan : al faqir ilallah

 

 

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 28 other followers

%d bloggers like this: