8 dalil Nik Aziz tergelincir akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah !

FAHAMAN WAHHABI dan NIK ABDUL AZIZ

1. ‘AQIDAH MENJISIMKAN ALLAH

· MAHA SUCI ALLAH DARIPADA BENTUK

- Wahhabi mengatakan bahawa Allah menciptakan manusia berupa wajahNya, mereka berkata : “Allah ta’ala mempunyai zat yang berbentuk” – Rujuk : ‘Aqidah Ahlul Iman fi Khalqi Adam ‘ala Shurati al-Rahman, Karangan Mahmud al-Tuwaijiri, m/s : 40, 91, Darul Liwa’ Riyadh

- Pemimpin Wahhabi ( Ibnu Baz )mengatakan : “Penafian jisim dan anggota bagi Allah adalah sesuatu yang dicela” – Rujuk : ‘Tanbihat fi Rod ‘ala Man Taawwal Sifat” m/s :19, karangan Ibnu Baz, terbitan : Riasah Ammah Lilifta’.

- Berkata pula Nik Abdul Aziz :

“..kerana selama kening ni kito kiro tuhe ni dok atah langit..buke dok atah langit tapi sebak tuhe ni bendo besa..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban keesokannya

- Nik Abdul Aziz katanya lagi :

“..jadi denge sebab Allah ta’ala ni ye lebih bghego (berharga) ye lebih besar lebih segalo-galo..mako sudoh tentu dale palo kito ni tuhe dok datah (di atas)..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban.

2. AMALAN MAULID NABI

- Wahhabi mengharamkan perayaan dan jamuan makan sempena maulid Nabi, mereka juga mengatakan perbuatan ini adalah sama dengan perbuatan Yahudi – Rujuk : ‘al-Tauhid, m/s : 116. Riyadh Saudi

- Ibnu Baz pula berkata : ”Perayaan Maulidur-Rasul adalah menyamai orang Yahudi”.- Rujuk : Tahzir min al-Bid’ah, m/s : 5

- Nik Abdul Aziz pula katanya :

“..kito buat maulud ni pertamanya krano kito nak bertanding nok betewah…denge org kristian..” – Petikan ini dicatat dari rakaman video Nik Abdul Aziz dalam Khutbah Jumaat sempena Maulidur-Rasul

3. ORANG ISLAM

- Wahhabi mengkafirkan umat Islam yang mengingkari aqidah mereka (Wahhabi) yang sesat – Rujuk : Suhubul Wabilah, sebagaimana yang diceritakan dalam kitab karangan Mufti Mekah, Muhamad bin Abdullah al-Hanbali

” Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:

“Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan jikalau melawan umno tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid”.

4. MENGATAKAN ARAH ATAS KEMULIAAN BAGI ALLAH

- Golongan Mujassimah dan Wahhabi mengatakan arah atas bukan seperti arah di bawah, arah di bawah merupakan kekurangan bagiNya, wajib menyucikan Allah daripadaNya. Adapun arah atas merupakan kesempurnaan bagiNya mulia dan sebagainya.

- Nik Abdul Aziz pula berkata :

“..kerana selama kening ni kito kiro tuhe ni dok atah langit..buke dok atah langit tapi sebak tuhe ni bendo besa..mulia..terhormat bernilai..de begitu begini..mako umumnyo oghe-oghe besa oghe-oghe terhormat ni duduk datah..aa..gitu aa duduk datah..kalu oghe tuo kito besa bos kito dok atah kosi..o..kalu gapo lagi hok-hok datah maknonyo..atah katil atah kusi atah kuddo..datah almari kito letok baghe-baghe beghego..jadi denge sebab Allah ta’ala ni ye lebih bghego ye lebih besar lebih segalo-galo..mako sudoh tentu dale palo kito ni tuhe dok datah..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban.

5. MENGATAKAN ALLAH BERTEMPAT

- Ibnu Baz mengatakan bahawa Zat Allah ta’ala itu di atas ‘arasy. – Rujuk : Majalah Haji, bilangan 49, juzuk 11, tahun 1415H, m/s : 73-74 Makkah.

- Katanya Nik Abdul Aziz :

“..kalu oghe-oghe dudok atah kusi..tentulah tuhe ni tidok dudok atah kusi..atah lagi..nok kato datah lagi tak dok doh la..atah pohon kayu tok menasaboh sikit rabut..jadi hok atah skali gak langit..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban.

6. SAMBUTAN MAULID NABI

- Ibnu Fauzan berkata : ”Orang jahil dari kalangan umat Islam dan ulama’-ulama’ mereka yang sesat merayakan maulidur-Rasul” – Rujuk : ‘al-Tauhid, m/s : 120, Riyadh Saudi

- Nik Abdul Aziz pula katanya :

“..akhir sekali org Islam berpikir..kalulah org Kristian buleh tutup pejabat..buleh tutup segala perniagaan kerana menyambut Nabi Isa..eh..kami pun perlu jugok..buat perkara yang sama..untuk sambut Nabi Muhammad..” – Petikan ini dicatat dari rakaman video Nik Abdul Aziz dalam Khutbah Jumaat sempena Maulidur-Rasul

7. MAHA SUCI ALLAH DARI PERGERAKAN

· MAHA SUCI ALLAH DARIPADA BERSIFAT TURUN SECARA HISSI

- Wahhabi menyifatkan Allah dengan sifat-sifat manusia, mereka berkata : “Allah ta’ala turun dari penjuru atas ke bawah” – Rujuk : Syarh al-Tohawi, karangan Ibnu Abil Iz, m/s : 286

- Wahhabi berkata bahawa Allah bergerak. Mengikuti tanggapan mereka Allah berpindah dari pihak atas ke bawah dan dari bawah ke atas – Rujuk : Fatawa Aqidah, karangan Usaimin, m/s : 742

- Nik Abdul Aziz katanya :

“..Nabi sebut bahawo Allah ta’ala turun..turun ke langit dunia di male Nisfu Sya’ban untuk tugas mengampun doso..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban keesokannya

- Kata Nik Abdul Aziz lagi :

“..jadi, oleh kerana langit ye ke tujuh tu de lebih lagi sidratul muntaha ye tlalu amat tinggi..mako tuhe nok royak Aku walaupun duduk di tempat tinggi sebagaimano mung dok agok..tapi untuk male nisfu Sya’ban..Aku turun turun turun.. hinggo sapa ke langit dunio..” – Petikan ini dicatat dari rakaman suara Nik Abdul Aziz dalam Kuliah Maghrib sempena Malam Nisfu Sya’ban keesokannya

8. SAMBUTAN MENGINGATI ISRA’ DAN MI’RAJ

- Wahhabi mengatakan haram menyambutnya sedangkan dalam masa yang sama menyambut perayaan secara kemuncak ketua mereka Muhamad bin Abdul Wahab selama seminggu – Rujuk : ‘al-Tauhid’, m/s : 120, karangan Ibnu Fauzan dan kitab ‘Bahs Usbu’ Sheik Muhamad bin Abdul Wahab

- Nik Aziz pula berkata :

“..hinggo bule rejab ye dikenali sbagai bule isra’ mikraj itupun kito tuka namo drpd bule isra’ mikraj kpd bulan semayang..” – Rujuk temuramah Nik Abdul Aziz dalam TV PAS.

PERSOALANNYA :

· Kenapa dalam banyak-banyak bulan, bulan Rejab juga yang dipilihnya untuk ditukarkan sambutan Isra’ dan Mi’raj kepada ‘Bulan Sembahyang’??

· Apakah motif Nik Abdul Aziz menukarkan ‘Bulan Isra’ dan Mi’raj kepada ‘Bulan Sembahyang’?? Adakah ada udang di sebalik mee??

· Adakah perkara yang tak kena kalau menyambut Isra’ dan Mi’raj?? Atau ada ‘fatwa’ dari mana-mana pihak??

· Sekiranya Nik Abdul Aziz tidak menggalakkan sambutan Maulidur-Rasul dengan alasan tidak ada kaitan di antara Nabi dengan umat Islam kerana belum dilantik menjadi Nabi dan mengatakan hanya “Nabi budak kampung” pada waktu itu, kenapa tidak meneruskan saja sambutan Isra’ dan Mi’raj?? Bukankah Isra’ dan Mi’raj ini berlaku semasa kenabian??

· Kenapa Nuzul Quran disambut manakala Isra’ dan Mi’raj dibuang dari Kalendar Kerajaan Negeri PAS?? Tidakkah kedua-dua peristiwa penting dalam sejarah umat Islam ini berlaku semasa kenabian??

· Bukankah Allah menyebut jelas tentang peristiwa Isra’ dan Mi’raj di dalam Quran? Sekiranya nama Isra’ dan Mi’raj tidak penting, kenapa dinamakan Surah al-Isra’ di dalam al-Quran? Kenapa Allah tak menamakan saja surah tersebut Surah al-Solat misalnya??

Sekiranya terdapat keraguan pada penulisan dalam blog ini, saudara-audari pembaca budimkan kenyataan yang menjadi isu sebagaimana yang dinyatakan setiap kali isu dibentangkan. HARAP BERSIKAP MATANG

Nik Abdul Aziz Mempercayai Allah Turun Dari Langit

PERSAMAAN AQIDAH NIK ABDUL AZIZ DAN IBNU TAIMIYAH

Berkata Nik Abdul Aziz :

“..jadi, oleh kerana langit ye ke tujuh tu de lebih lagi sidratul muntaha ye tlalu amat tinggi..mako tuhe nok royak Aku walaupun duduk ditempat tinggi sebagaimano mung dok agok..tapi untuk male nisfu Sya’ban..Aku turun turun turun..hinggo sapa ke langit dunio..”

Berkata Ibnu Taimiyah aL-Mujassim :

“..kemudian, sesungguhnya majoriti ahlus-Sunnah mengatakan : “ Bahawasanya Dia turun dan tidak sunyi daripadanya ‘Arasy” – Rujuk : al-Minhaj, jilid 1, m/s : 26, Dar Kotob Ilmiyah, Beirut Lebanon.

Lihatlah kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz yang mempunyai persamaan dengan aqidah Ibnu Taimiyah. Kenyataan sebegini jelas membawa kepada kekufuran dengan menisbahkan Allah Ta’ala turun dengan ZatNya. Maha Suci Allah Ta’ala daripada kekufuran ini. Na’uzubillahi min zalik..

VIDEO USTAZ NIK AZIZ FATWA TUHAN BERSILA LENDIK DI ATAS ARASY

http://www.youtube.com/watch?v=dTLHw0SkwEo

 

VIDEO USTAZ NIK AZIZ FATWA NABI MUHAMMAD AWANG MAD ATAU BUDAK KAMPUNG,SAMA SEPERTI MUHAMMAD RAMAI2 ZAMAN SEKARANG.

http://www.youtube.com/watch?v=SLcPltL2NDc

baca lebih detail di sumber : http://www.facebook.com/notes/

ustaz moden : semoga kita dapat hindari dari akidah mujassamah yang meruntuhkan akidah ala wahabi ini.amin.

Advertisement

43 Responses

  1. islam dibawah pemerintah Barisan Nasional ni, macamana pulak?

  2. sempat btaubat bro.. gua cdg lu direct jumpa nik aziz debat dgn dia scara bhemah. maaf gua katakan, kenyataan lu mmg sesat sgt, mintak ulasan tok guru dlu..

    • SETUJU!!!!!

      • Rombongan ulama dah pegi jumpa TG la..tp dia tetap dgn pendiriannya…mana nak dengar nasihat orang..

    • betul tu…

    • setuju… sepatutnya sebelum disebar dalam blog, kene pegi jumpa berdepan dgn nik aziz dulu, debate betul2… bukan ape, takut ape yg ko faham lain dgn maksud sebenar ayat yg dia cakap… ni bukan kes kecik2 ni bro… sbb tu blaja kitab perlu berguru, sbb takut ape yg kita faham lain dgn maksud sbenar… nak plak nik aziz cakapbahasa kelantan,tkt og lain je x faham…

  3. ngaji banyak lagi

  4. sepatutnya pergi jumpa dengan nik aziz sendiri,tanya dia,bakpo dia kata gini.

  5. bulan rejab contohnya, buka tukar bulan,cuma nik aziz anjur rejab sebagai bulan sembahyang,salah ko.rejab difardhukan solat 5 waktu ke

  6. istawa-kalau guna kepada manusia memang maknanya bersila lendik.
    tanya nik aziz bakpo dia sebut gitu

    • Ni yg jadi masalahnye zal…kenapa diterjemahkan begitu? bahaya espscially org awam…akan tergambarlah bentuk/cara/kaifiat/ Allah istawa..sedangkan Imam Abu Hanifah melarang untuk berbicara tetangnya…ni disebarkan ke seluruh dunia…

  7. KALAU NIK AZIZ SALAH SILA BETULKAN DIA.
    BUKANNYA DOK KONDEM BALIK BELAKANG.
    KITA ADA MUFTI DI MALAYSIA.
    MITAK PARA MUFTI TEGUR ATAU PERGI JUMPA DIA.
    SEKIAN

    • orang awam hok x ngaji meme jadi keliru.. sebab tu la Allah suruh ngaji agama ni sampai mati,..bukan sampai form 5 jah… ore loni suko galok2 g konsert jah, pahtu bila ado isu berkait akidah x tau mano palo ekor… pahtu baca surat koba, pahtu kato ulama2 sesat…. balik awal trus model gini…

  8. katakan aku redha sekular dan sistem hidup sekular menjadi hakim dan peganganku untuk menggantikan hukum Allah

  9. maaflah ustaz nak komen skit…betulke awak nie ustaz…ini ke ciri2 seorang ustaz….lebih baik awak tutup blog nie kot….datangkan dose buat ape…awak kenl ke ngan dose…? awak cerite pasal nik aziznie awak kenal ke sape die….? atau awak tak suke ngan pas….. dah lah jgn buat keje sia2…kalau nak jugak buat blog nie….jgn hina alim ulama sesuke hati awak….ingat ok ustaz……lagi satu…tak payah lah pakai nama ustaz….buat malu jek ok

    • SALAM…Astaghfirullah…bertaubat lah dan kembalilah kepada ISLAM..saya sokong pendapat man…
      saya harap pembuat blog ini dapat bertaubat lah sebelum terlambat…sekarang ALLAH balas direct jea,sebelum apa2 terjadi lebih baik bertaubat lah..kembalilah kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH…InsyaALLAH anda akan temui jalan yang benar…kalau macam ‘ustaz’ ni lah patut masuk dalam ISA..YA ALLAH,berilah hidayah dan petunjuk kepada pembuat blog nie,AMIN…

    • SALAM…Astaghfirullah…bertaubat lah dan kembalilah kepada ISLAM..saya sokong pendapat man…
      saya harap pembuat blog ini dapat bertaubat lah sebelum terlambat…sekarang ALLAH balas direct jea,sebelum apa2 terjadi lebih baik bertaubat lah..kembalilah kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH…InsyaALLAH anda akan temui jalan yang benar…kalau macam ‘ustaz’ ni lah patut masuk dalam ISA..YA ALLAH,berilah hidayah dan petunjuk kepada pembuat blog nie,AMIN…

    • Ni lagi satu…buang jauh2 virus syiah tu..Pantang org tegur TG dia..melenting! Kalau dah terjemahkan istawa tu (begitu) itu bukan ajaran/aqidah ahlussunnah waljamaah..
      Ahlussunnah kata:

      Allah Maujud Bilaa Makaan الله حوجود بلا مكان

  10. pelik la kau ni slame ni pn kte diajar mmg tuhan tu duk kt atas..klau bkn duk kt atas duk kt mne lg??dlm AlQuran pn ade sebut penduduk2 langit..tgk 1 komen dorg ni pn kau xbls rasa nya kau ni ade mslh..

  11. assalamualaikum

    setelah membaca artikal tuan ustaz moden saya nak beri sedikit nasihat:

    1.Sya nasihatkan ustaz supaya banyakkan membaca alquran beserta tafsirnya..selepasitu tanya mereka yg berilmu dan ikhlas tentang mana2 makna yg tak faham

    2.Sya nasehatkan tuan ustaz baca hadis soheh nabi saw (paling kurang mesti khatam hadis Bukhari dan Muslim) dan bertanya pada mereka yang berilmu dan ikhlas pada mana2 yg tak faham.

    hanya ini nasihat nasehat ikhlas dari saya dan ianya juga satu cabaran mudah2an tuan ustaz mendapat hidayah Allah swa

    sya bukanlah penyokong pas dan tak paham apa maksud wahabi dari penjelasan tuan ustaz, cuma sya mengesan betapa jauh nya tuan ustaz dari akidah yang murni…….wassalam

    • Cukuplah dgn TAK FAHAM APA WAHABI tu untuk anda Abu Danial senyap je…dah buka pekong sendiri…tak tau nak komen jugak…pandai pulak suruh org baca kitab hadis bukhari Muslim…eh Tuan, baca saja macam nilah yg menyebabkan tuan tak tau wahabi…jangan jd pembaca tanpa ada GURU yg mensyarahkannya..

  12. secara jujur demi Allah saya tidak pernah menemui video atau apa2 kenyataan daripada Nik Aziz yang mengkafirkan umno… yang saya jumpa adalah Nik Aziz mengajak umno kembali kepada hukum Islam…tetapi sebaliknya yang berlaku ada pihak2 yang mengkafirkan Nik Aziz hanya kerana berbeza pendapat dan tidak setuju dengan cara Nik Aziz…malah ada jugak yang memaki hamun kepada Nik Aziz…jika ada yang tidak puas hati adalah lebih baik berdepan dengan Nik Aziz sendiri dan berbincang serta berdebat cara baik.. yang hairannya sehingga sekarang masih belum ada pihak yang menyahut saranan Nik Aziz supaya berdebat dengan beliau… golongan ini hanya mampu berkata kata dan melawan Nik Aziz di belakang sahaja…

    • Tuan mazlan…
      Rombongan ulama sudah pun pergi berjumpa TG tuan ni, tapi dia kata..itu pendapat anta…ana ana…

      • kamu ada ka time ulama p jumpa TG? jgn nk bckp ikut sedap mulut… TG berckp ikt al quran n hadis…

  13. Haa… tulah ustaz moden, pergi bagi komen& dalil2 kat TGNA tu buat apa? Dia ni dah semacam maksum pada pandangan pengikut2nya. Saya pun ada juga dengar perkataan2 pelik dari TGNA ni, tapi saya berdoa dalam hati minta petunjuk.

    Saya fikir begini, Rasulullah SAW pun pernah ditegur tapi level mana TGNA ni sampai tak boleh usap2 sikitpun.

    Takpalah Ustaz, doakanlah sahaja.

  14. Salam…
    apa yang ingin saya katakan di sini, “ustaz” yang beri komen di sini tidak memahami atau tidak mahu memahami bahasa kelantan dan tidak faham apa yang ingin dijelaskan oleh Nik Aziz!!

    Hanya yang fanatik politik sahaja seringkali menghentam Nik Aziz dari belakang. Jumpa lah sendiri di kediaman Nik Aziz, anda akan kenal siapa Nik Aziz….dan bukan kenal melalui video sahaja…

  15. SALAM…Astaghfirullah…bertaubat lah dan kembalilah kepada ISLAM..…
    saya harap pembuat blog ini dapat bertaubat lah sebelum terlambat…sekarang ALLAH balas direct jea,sebelum apa2 terjadi lebih baik bertaubat lah..kembalilah kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH…InsyaALLAH anda akan temui jalan yang benar…kalau macam ‘ustaz’ ni lah patut masuk dalam ISA..YA ALLAH,berilah hidayah dan petunjuk kepada pembuat blog nie,AMIN…

  16. Subhanallah daripada melakukan kesilapan dan kesalahan…

    Ada kepincangan dalam menyatakan satu pendapat dalam artikel ini… Ini berkaitan dengan bidalan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkenaan Nabi Muhammad saw, berkenaan “abe mat” etc…

    1. Penulis adakah boleh berbahasa Kelantan secara fasih? Jika ya, adakah penulis mendengar dari awal ceramahnya? Jika ya, adakah penulis selalu mengikuti ceramah Tuan Guru sejak Tuan Guru mula-mula berceramah? Jika tidak, maka, kamu telah menambahkan kebatilan ke atas kamu sendiri kerana kamu telah menisbatkan sesuatu yang beliau tidak maksudkan.

    2. Tuan Guru memberi penjelasan, bahawa, jika antara dua tarikh, hari kelahiran Rasulullah dan Hari Rasulullah dilantik menjadi rasul, yang manakah yang perlu disambut, hari Nabi Muhammad menjadi rasul adalah yang lebih patut disambut. Kerana dengan kerasulannya, ummat diberkati. Itu permulaannya.

    3. Tuan Guru tidak sekali-kali merendahkan martabat Rasulullah, tetapi bidalan tersebut adalah untuk menunjukkan, tiada yang mengetahui bahawa Nabi Muhammad bakal menjadi Rasul. Baginda dilayan seperti manusia biasa (disayangi kerana keperibadin beliau). Beliau tidak dilayan sebagai Rasul selepas dilahirkan, sebaliknya dilayan sebagai seorang bernama Muhammad bin Abdullah, cucu pembesar Mekah, Abdul Mutalib, yang memiliki keperibadian yang mulia.

    4. Tuan Guru dikurniakan satu kelebihan iaitu beliau memahami rakyat dan kasih sayangnya kepada rakyat. Adakah penulis sedar, bahawa bukan semua manusia dilahirkan bijak untuk memahami ungkapan. Jadi, beliau cuba memahamkan penduduk yang berusia yang turut hadir ke kuliahnya dengan membuat perbandingan, dengan keadaan di Kelantan. Seorang lelaki bernama Muhammad akan dipanggil Mat. Itulah keadaan di Kelantan. Tiada yang tahu Muhammad ini akan dipanggil dengan gelaran Yang Dipertua, atau YB suatu hari nanti. Beliau dilayan berdasarkan tempatnya. Adakah Muhammad tadi akan dipanggil YB sewaktu beliau dilahirkan? Contoh yang lain, Aisyah digelar Humaira.. Adakah jika dia dilahirkan di Kelantan, akan digelar Humaira? Tentunya dia akan dipanggil Ecoh. Sama seperti bidalan posmen, untuk memahamkan pendengar. Sama seperti, baginda menisbatkan dirinya sebagai Abu Zar’in untuk memudahkan kefahaman Aisyah, bagaimana beliau melayan Aisyah ra seperti yang Aisyah ceritakan? Sekali lagi, janganlah terlalu rigid dalam berdakwah.

    5. Kembali kepada ulasan. Nabi Muhammad saw memang dilahirkan bukan dengan gelaran Nabi. Tetapi, beliau dilahirkan sebagai bakal Nabi/Rasul. Kerasulannya hanya selepas 4 dekad selepas itu. Rasulullah sebelum itu sendiri tidak mengetahui adakah beliau akan menjadi Rasul. Beliau dihormati sebelum kerasulan kerana akhlaknya (dan keistimewaannya pada ketika itu), namun, beliau belum menjadi Nabi. Beliau masih lagi, Muhammad bin Abdullah, suami kepada Khadijah. Adakah kemuliaannya tercabar dengan panggilan itu, sebelum kerasulan baginda?

    6. Sekali lagi, kembali kepada ulasan, hari manakah yang lebih perlu untuk disambut?

    7. Dengan Allah yang menguasai Arasy, jika kamu lebih memahami ucapan Tuan Guru, maka, kamulah yang benar dan aku yang salah, dan aku pohon kamu doakan aku boleh menurut jalan ang benar. Tapi, jika kamu kurang mengerti perkataannya, maka, aku panjatkan doa akan tulisanmu ini tidak menjeratkan ke arah fitnah yang lebih besar.

  17. Salam, Minta maaf banyak-banyak kalu membuatkan penulis(Ustaz M) tersinggung. Saya banyak mendengar ceramah Ustaz Nik Aziz, dan saya juga banyak belajar tentang wahabi, sejak berumur 13 lagi.
    Pertama sekali, apa yang Ustaz Nik Aziz sampaikan, bersesuaian dengan orang awam.( bab bertempat dan berjisim). Tidak menyalahi ahlus sunnah wal jamaah.
    Kedua, kenapa hujah 2 dan 6 ustaz M berlawanan antara satu sama lain? Adakah ustaz M cuba untuk menfitnah?Sekali ustaz M cakap Ust. Nik Aziz begini, sekali begitu. Adakah ustaz bercakap atas landasan kebenaran atau hanya kerana kebencian terhadap Ustz Nik Aziz dan PAS?
    Seterusnya, tonton balik video you tube yang ustad M pos tu, ternyata ustaz salah faham atau ustaz bukan dari kalangan orang yang berilmu. Wallahua’lam.

  18. Allah tidak berjisim, tidak perlu ruang, masa, tempat.

  19. Assalamu’alaikum
    maaf ya,klau nak ckp ni mesti gne ilmu!! Krn segala amal dan perbuatan kita di minta pertanggung jawaban oleh Allah ta’ala.
    Apalagi menyangkutkan agama dgn maksud politik.
    Masalah perayaan isra’ mi’raj,dn maulud,apakah rasul memerintahkan untuk merayakannya???!!
    Apakah generasi terbaik(para sahabat) merayakannya???!!
    Jawabannya tentu tidak.
    Ingat!! Bahwa ‘aisyah berkata bahwa nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ” barangsiapa yg mengerjakan suatu amalan yg tidak kami syari’atkan maka tertolak”.(hadits riwayat muslim.)
    Agama ini sudah sempurna,jangan kau tambah2 lagi la dongo!!

  20. kalau tuan kata nik aziz sesat makanya UMNO tu betulla..golongan UMNO menolak hudud..memfitnah zina liwat…pemimpin minum arak…kaki betina…lucah…itu kah ciri ciri ahlul sunnah wal jamaah yang sebenar?Adakah ilmu tuan ustaz terlalu tinggi maqamnya sehingga menjadikan UMNO medan perjuangan Islam…

  21. ada org nk buat kebaikan tp dgn ilmu yg ‘kosong’ maka datanglh syaitan memberi nasihat…..sy pun bukanlh org yg berilmu…selidik dulu, x paham tanya..bukan buat tafsiran sendiri…

  22. kalau kamu betul2 belajar akidah, kamu xkan cakap gini..
    kalau mengaji betul2 fhaman aqidah mengikut mazhab imam syafie bru tahu..jgan ikut mazhab syafie ikut feqah ja..

    kalau x puas hati dgan tok guru, pegi jupa dgan dia tanya btul2..
    jgan pandai2 buat kesimpulan kat sini, bleh mngelirukan orng…dari cuba nak bagi orng fham langsung orng makin pening..

    g jumpa tok guru, tnya dia tntang ni..rekod soal jawab kamu dgan dia, dgar jawapan dia kalau btul dgan apa yg kamu sangkakan, cba cerita kat tok guru mngenai pndangan kamu yg berbeza dgan dia..biaq berbincang elok2..x yah komen2 kat sini, bleh timbul fitnah..wat tambah dosa ja..

    kita ni ilmu cetek x yah nak tunjuk pndai..

  23. ustaz moden, bertaubat la.. da teruk sgt nh.. ni la akibat nya ble mentafsirkan sesuatu bukan pada tempat nya, xda ilmu tp rasa mcm ada ilmu.Ingat, cuma jauhari mengenal manikam, masakan seorang tukang besi boleh bezakan kaca dan permata.

    tahu itu terbit hanya apabila hilang rasa tahu dalam diri.

  24. Allah Maha Besar, Muhammad Pesuruh Allah.

    Nik Aziz manusia biasa… bodoh pun macam kita semua jugak. Amin.

  25. risau la tengok fakta2 yg ad kat sini.. betul ke?? bukti 2 sahih ke?? mintak badan2 bertanggungjawab siasat blog ni.. jakim ke jais ke.. siasat blog ni.. takut ley merosakkan akidah umat islam..

  26. Assalamualaikum,
    Tulisan ustaz moden ada kebenarannya. Tidak perlu menyuruh dia bertaubat. Telingaku sendiri pernah mendengar sebahagian dari paparan ustaz moden malah ada lagi yang tidak dipaparkan seperti tahlil dan kenduri arwah adalah mengikut kaum jahiliah.
    Namun apa yangku dengar tu dari segi lafaz dari segi maksud hatinya tiadaku ketahui. Sungguhpun begitu lafaz seperti itu menimbulkan syubhah terutama kepada golongan awam.
    Memang benar ulama pondok pernah bersemuka dengannya tetapi tetap dengan pendiriannya. Terbaru Ulama pondok pergi lagi tetapi dia menolak untuk berjumpa mereka. Setelah ketiadaan ulama tersohor Hj. Abdullah Lubuk Tapah (meninggal) dan Hj. Hashim Pondok Pasir Tumbuh (meninggal) Dato’ Tn.Guru seolah2 tidak menghormati orang lain.
    Apapun kita berharap dan samalah kita berdoa semoga Allah mngasihaninya.
    Saya juga menyokong PAS tetapi tidak taksub dengan pimpinannya.
    Pemimpin datang dan pergi. Berpeganglah kepada aqidah yang benar
    iaitu mazhab aqidah ASWAJA = Asya’irah Wal Maturidiyyah.
    Ingatlah kata2 Sayyidina Abu Bakar dihari kewafatan Rasulullah s.a.w.
    Seperkara lagi Kelantan seolah2 telah ditakluk Wahhabi sekarang ini.
    Pengarah dan Pegawai JAIK – 100% Wahhabi
    Pegawai MAIK(bukan k/tangan) melainkan Timb. Mufti yang lain Wahhabi.
    KIAS = Pusat penyebaran faham Wahhabi. Dr. Johari Mat, reaktornya adalah bapak Wahhabi.
    Kalau ada yang ragu silalah buat penyelidikan.

  27. fanatik politik ke uztaz moden?

  28. Wahabi adalah fahaman sesat lagi menyesatkan. Kita tahukah dengan siapa nik aziz berguru. Kalu kita belajar agama di pondok memang diakui ajarannya 100% mengikut ASWJ. Guru-guru yang mengajar juga mempunyai sanad yang jelas iaitu dengan siapa dia belajar dan siapa gurunya. Jika kita semak ranji pendidikan agamanya maka kita akan susuri dan jumpa dengan ulama-ulama besar dan akhir sekali akan berjumpa Rasulullah. Nik Aziz adalah lulusan Deobandi India yang dikatakan terkenal dengan fahaman wahabi. Nik Aziz belajar kat Azhar dalam bidang bahasa Arab. Nik Aziz tidak mahir dalam usul fekah, sehinggalah Nik ziz pernah mengatakan bahawa tupai pun bleh dimakan. Nik Aziz tu kalau tengok masa dia kawin dulu pun bersanding pakai bot tie dengan bininya tak tutup aurat.(bleh search kat gogle)

    Sekarang lagi karut dimana sudah dikesan terdapat pemimpin Pas berfahaman syiah. Syiah tu confirm sesat dan menyesatkan. Masa perhimpunan bersih 2.0 temphari tengklah terdapat penykong Pas yang membawa gambar-gambar ulama syiah seperti Nasrullah dan Khomeni.

    Pesan saya, setakat rajin pi dengar ceramah plitik Pas dan setakat dengar ceramah Nik Aziz, fardhu ain pun tak lepas. Kebanyakakan ceramah nik aziz adalah secara umum sahaja dan tidak secara detil dan teknikal yang hanya membuatkan pendengarnya hanya pandai bercakap tapi mengekali atas kejahilannya.

    Pesan saya pi lah belajar tauhid sifat 20 tu sehingga faham nescaya kamu akan faham berkaitan Allah Taala. Suruh Nik Aziz tu ajar Sifat 20 tu…………… tu pun kalau dia reti………………………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.