Asri versi Anwar @ Amina ?
Itulah tanggapan saya ketika membaca artikel di bawah. Dan dikuatkan lagi dengan berita beratus orang telah turun memberi sokongan kepada beliau. Tak ubah seperti gaya bekas TPM kita yang dipecat dari kerajaan ekoran kes liwatnya.
Tak pelik kerna Dr Asri juga lulusan dari UIA dalam bidang Falsafah (Ph.D) dalam Islamic Revealed Knowledge And Heritage (Al-Quran And Sunnah Studies), UIA (2003).
Tentu beliau ‘mungkin’ antara yang terkesima dengan karektor Anwar Ibrahim pengasas UIAM. Peliknya di sana juga saya dapati tokoh Islam Liberal bernama Amina Wadud bertapak selama tiga tahun sebagai Prof Madya sejak 1989.
Amina Wadud bukan pertama kali mencetuskan kontroversi. Pada Ogos 1994, beliau pernah menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk Islam as Engaged Surrender di Masjid Claremont Main Road di Cape Town, Afrika Selatan. Akibat dari perbuatan beliau tersebut, terdapat usaha-usaha untuk menyingkirkan beliau dari Universiti Commonwealth Virginia.
Di sebalik bantahan dan kritikan majoriti masyarakat Islam terhadap tindakan Amina Wadud, beliau masih menerima jemputan untuk bercakap dan menjadi imam untuk Solat Jumaat. Pada 28 Oktober 2005, beliau menjadi imam kepada lebih kurang 30 orang setelah menyampaikan syarahan di International Congress on Islamic Feminism (Kongress Antarabangsa Feminisme Islam) di Barcelona, Sepanyol.

Jika dikira kelulusan Amin Wadud, dia juga seorang DR lulusan Phd tetapi adakah ijazah itu membenarkannya bercakap sesuka hati tentang Islam ?
Kita masih ingat lagi ketika Amina Wadud telah menjadi imam kepada 100 orang jemaah untuk Solat Jumaat. Selepas beliau ditolak dan tidak dibenarkan membuat solat Jumaat di tiga buah masjid di New York, akhirnya Synod House di Gereja St John the Divine di Manhattan telah menjadi saksi ‘peristiwa hitam’ tersebut.
Majlis itu ditaja Persatuan Kebebasan Wanita Muslim (MWFT) dan MuslimWakeUp.com sehingga mengundang perdebatan hangat di kalangan ulama Islam di seluruh dunia. Peristiwa hitam tersebut berlaku pada 18 Mac 2005.
Bagi saya tindakan Amina Wadud tidak ubah seperti Dr Asri, kerana beliau menggunakan pendapat yang tidak disepakati oleh Ulama dan sangat lemah dan nadir sekali sebagai sandaran perbuatannya.
Jika Dr Asri desak diberikan tauliah dan kita setuju bermakna kita setuju orang seperti Amin Wadud dan yang sealiran dengannya bebas ‘menyebarkan’ fahaman songsang mereka ke dalam masyarakat kita.
cukuplah kerosakan yang berlaku dan kita tidak perlu lagi menambahnya untuk menjadi lebih rosak !!!
Ikuti artikel tentang sanggahan Ulama terhadap Dr Asri.
ULAMA ISLAM SANGGAH MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
(1) Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam tulisannya Mengapa Insan Mencari Agama di ruangan Pelita Ilmu, Risalah Tauhid, Majalah i, April 2003 berkata:
“Ada pula yang apabila menemui seseorang yang baru menganut Islam atau ingin memahami Islam maka dia mengatakan: “Engkau wajib menghafal sifat dua puluh dengan perbahasan falsafahnya jika tidak iman engkau tidak dikira sah dan solat kau juga tidak bermakna…
Ini semua adalah contoh golongan yang menyusahkan manusia mendekati dan memahami Islam dengan cara yang jelas dan diterima.” Intaha.
Sanggahan:
1. Dakwaan Dr. Mohd Asri di atas tanpa sebarang bukti yang menunjukkan kejadian yang didakwa itu benar-benar berlaku seperti dengan data-data orang yang berkata sebegitu, masa dan tarikh kejadian dan tempat kejadian. Di sini, Dr. Asri cuba secara halus dan seni untuk menjauhkan umat Islam dari pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah.
2. Jikalah kejadian itu benar-benar berlaku, maka kata-kata itu tidak diungkapkan oleh orang alim dalam pengajian sifat dua puluh tetapi diungkapkan oleh peribadi yang jahil. Ini kerana jelas dalam kitab pengajian sifat dua puluh tidak mewajibkan ke atas setiap mukallaf untuk menghafal sifat dua puluh tersebut, bahkan mereka diwajibkan (fard ^ayn) agar mempelajari dan mengetahui sifat-sifat tersebut beserta dalil aqli. Adapun untuk mendalami dan mahir ilmu tauhid Ahlis-Sunnah al-Asha^irah al-Maturidiyyah ini dengan menguasai segala dalil naqli dan dalil aqli, maka itu hukumnya fard kifayah. Menghafal merupakan salah satu cara untuk menjadikan seseorang itu pakar dalam sesuatu bidang, termasuk bidang ilmu tauhid ini. Oleh itu, menghafal segala dalil itu bukanlah satu perkara fardu ke atas setiap mukallaf, bahkan diwajibkan ke atas sesebuah masyarakat Islam di suatu kampung atau mukim atau daerah atau negeri atau negara agar segolongan yang menghafal segala dalil dan hujah iaitu yang pakar dalam ilmu ini secara mendalam. Jelaslah di sini pengajian ilmu tauhid pada tahap fard ^ayn tidak menyusahkan dan tidak rumit. Malah, apa jua ilmu yang dituntut secara mendalam memanglah suatu yang rumit dan susah terutama kepada orang awam.
(2) Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam tulisannya Apabila Golongan Agama Melemahkan Agama dalam ruangan Fikrah, Majalah i, November 2005, hlm. 36 berkata:
“Jika pun dibincangkan persoalan akidah, mereka dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ini seperti sifat Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham.
Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya…”. Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah warisan Greek dan Yunan.” Intaha.
(3) Dr. Mohd Asri berkata dalam temubual wartawan Berita Harian Tuan Nazuri Tuan Ismail yang bertajuk Akidah luntur punca masyarakat Islam mundur. Ilmu tauhid cetek, pemikiran ulama dipengaruhi falsafah Greek sebabkan iman muslim celaru, dalam ruangan Soal Jawab, Berita Minggu, Ahad 14 Januari 2007 hlm. 12:
“Umat Islam juga mudah dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ia seperti sifat Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham.
Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya”. Maka, akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah warisan Greek dan Yunan.” Intaha.
Sanggahan:
1. Dengan kesarjanaannya sepatutnya Dr. Mohd Asri mengemukakan analisa perbandingan falsafah Greek lama dengan pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah. Kemudian barulah buat kesimpulan bahawa pengajian tauhid mereka dipengaruhi falsafah Greek lama jika benarlah begitu. Oleh itu, selayaknya dakwaan Dr. Mohd Asri itu dianggap suatu fitnah ke atas al-Asha^irah al-Maturidiyyah!!
2. Dr. Mohd Asri menyatakan di atas: “…yang kadangkala perbincangannya tidak membawa tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah…”. Oleh kerana masalah yang cuba diutarakan oleh Dr. Mohd Asri adalah masalah “kadangkala”, maka ini bukanlah suatu isu besar untuk dibahaskan sehingga seolah-olah beliau cuba secara halus dan seni untuk mengajak umat Islam meminggirkan atau membuang pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah.
3. Adakah dengan dinyatakan bahawa Allah ada lawannya tiada dan selanjutnya, lalu dikatakan bahawa ini kecelaruan dan memenatkan akal? Sedangkan ini suatu yang jelas bahawa kata antonim (kata yang berlawanan makna) bagi kalimah ada ialah tiada dan selanjutnya… Jadi, siapakah yang membawa kecelaruan dalam isu ini? Sebenarnya, dalam pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah tidak ada kata-kata Allah ada lawannya tiada dan selanjutnya, bahkan yang ada ialah Allah wajib ada dan Allah mustahil tiada dan selanjutnya kecuali dalam beberapa kitab kecil atau risalah ringkas.
4. Sewajarnya orang yang tidak faham tidak layak menjadi guru dalam apa jua ilmu pun, apatah lagi dalam ilmu tauhid! Dakwaan Dr. Mohd Asri di atas sepatutnya beserta dengan bukti yang menunjukkan guru tersebut benar-benar wujud seperti nama guru tersebut, tempat kejadian dan tarikh dan masa kejadian supaya dia dapat dihalang dari mengajar orang lain tentang perkara yang dia sendiri tidak faham. Jika tidak, maka itu sekadar cerita rekaan Dr. Mohd Asri sebagai pendekatan halus untuk mencampakkan pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dari umat Islam. Jikalah guru yang tidak faham itu benar-benar wujud, maka kemungkinan dia bukan dari kalangan ulama al-Asha^irah al-Maturidiyyah dan mereka menyamar sebagai guru yang mengajar ilmu tauhid sebagai cara halus untuk menimbulkan kekeliruan dan keraguan terhadap ilmu tauhid tersebut.
5. Adakah Dr. Mohd Asri mahu mengatakan bahawa ulama muktabar yang berpegang dengan pendekatan ilmu kalam tidak mengajar aqidah tauhid yang sebenar atau beliau mahu mengkafirkan mereka? Adakah Dr. Mohd Asri menganggap selama ratusan tahun aqidah tauhid yang telah pun disampaikan oleh para ulama ke seluruh kepulauan Melayu bahkan seluruh dunia bukan aqidah sebenar? Adakah Dr. Mohd. Asri menganggap bahawa umat Islam di seluruh dunia ini tidak berpegang dengan akidah sebenar kecuali mereka yang mengikut ajaran Wahhabiyyah yang diasaskan oleh Muhammad ibn ^Abdul-Wahhab?
(4) Dalam ruangan Pena Mufti dalam Utusan Malaysia yang bertajuk Mudahkan pendekatan Islam, jangan ekslusifkannya, Ahad 5 Ogos 2007 Dr. Mohd Asri menyatakan:
“Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam pengajian aqidah. Sesetengah perbincangan dipengaruhi falsafah lama yang kadang-kala tidak membawa kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan.
Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya…”.
Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada? Akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah.
Akidah Islam adalah bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit. Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlahkan konsep akidahnya, tidak perlu menyukarkan.” Intaha.
Sanggahan:
1. Sekali lagi Dr. Mohd Asri nengemukakan dakwaan tanpa sebarang bukti. Dr. Mohd Asri hanya sekadar berprasangka buruk dengan berkata: “Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada?. Ini sekadar “jika” bukannya benar-benar berlaku. Kemudian, kata-kata ini: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada?..” Ini mungkin suatu rekaan Dr. Mohd Asri yang mungkin juga menjadi unsur kecindan atau jenaka yang cuba diselitkan dalam tulisannya dan adalah satu pendekatan halus dan seni untuk mencemuh pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah. Dakwaan Dr. Mohd Asri ini dapat disangkal dengan bukti yang telah dilaporkan di ruangan Nur Ilahi, berjudul Bekas Pembantu Paderi Katolik Kagum Dengan Sifat 20 dalam majalah al-Islam Julai 2009, halaman 39:
“…Di ulang tahun kelahirannya, Alif menerima hadiah berupa sebuah buku yang bertajuk Sifat 20. “Saya berasa terlalu gembira menerima hadiah itu. Bagaikan orang dahaga diberikan air sememangnya saya benar-benar ingin mengetahui dan mengenali sifat-sifat Allah. Sebaik sahaja saya membaca buku tersebut, hati saya berasa begitu kagum sekali dengan Allah. Rupanya baru saya tahu Allah itu esa dan tunggal tidak seperti Kristian yang berpegang kepada konsep triniti. Saya hayati sifat-Nya dan saya bandingkan dengan Jesus dan ternyata Allah itu Maha Suci dan Maha Agung”, katanya.” Intaha.
Sebenarnya sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil bagi-Nya dan sifat harus bagi-Nya yang dibicarakan dalam pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah adalah ringkasan bagi keseluruhan isi ayat-ayat al-Quran yang membicarakan sifat Allah taala. Ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah seperti al-Imam Abul-Hasan al-Ash^ari dan para pengikutnya al-Asha^irah serta al-Imam Abu Mansur al-Maturidi dan para pengikutnya al-Maturidiyyah telah membuat ringkasan ini sebagai usaha untuk memudahkan umat Islam memahami tauhid yang terkandung dalam al-Quran. Hanya segelintir manusia yang mampu membaca dan lebih-lebih lagi memahami keseluruhan ayat al-Quran. Pengajian aqidah secara kalam di sisi Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah tidak mengubah kandungan ajaran aqidah Islam, tidak menyukarkan atau mengaburkan pengajian aqidah tauhid, bahkan tidak meminggirkan al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan, pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah itu mengambil intipati atau isi al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri. Oleh sebab bukan semua mampu menghafaz dan menguasai semua ilmu yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis, maka sebahagian ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah menyusun ilmu aqidah yang ada dalam kedua-dua sumber tersebut dalam bentuk sistematik bagi memudahkan orang awam memahami aqidah dengan lebih cepat dan tepat. Sebagaimana ilmu hukum hakam yang telah disusun oleh ulama mujtahidin dalam bentuk sistematik berbentuk kitab bagi memudahkan orang awam memahami cara ibadah dan mualamah dengan betul seperti yang dianjurkan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Hal yang sama juga berlaku kepada ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu usul fiqh contohnya adanya penyusunan perbahasan tentang ijmak dan qiyas, ilmu al-Quran contohnya adanya penyusunan ilmu tajwid dan qiraat dan ilmu al-Sunnah contohnya dengan penyusunan ilmu mustalah hadis dan al-jarh wal-ta^dil. Adakah semua ilmu yang disusun oleh para ulama muktabar ini boleh dianggap membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah? Tentu sekali tidak! Bahkan usaha penyusunan ilmu-ilmu Islam itu seperti ilmu tauhid adalah suatu usaha untuk memudahkan umat Islam memahami al-Quran dan al-Sunnah dan juga menjaga ketulenan ajaran yang terkandung dalam kedua-dua sumber utama tersebut…
Lihatlah meskipun ilmu-ilmu yang berkaitan al-Quran misalnya seperti ilmu tajwid, ilmu qira’at, ilmu tafsir dan seumpamanya itu bukanlah ilmu fard ^ayn yang biasanya mampu dipelajari oleh segolongan manusia yang mempunyai daya akal yang kuat, ia tetap disusun oleh ulama muktabar bagi memudahkan para penuntut memahami al-Quran dan al-Sunnah. Maka apatah lagi ilmu aqidah tauhid yang bertahap fard ^ayn, sewajarnya disusun agar dapat mudah dan cepat difahami oleh semua orang yang semestinya tahap akal mereka berbeza-beza?..
(5) Terkini, Dr. Mohd Asri mengulangi lagi fitnahnya yang sama dalam Mingguan Malaysia, Ahad 6 Jun 2009:
“Akidah adalah teras Islam. Akidah Islam itu mudah dan jelas. Semudah dan sejelas akidah dalam Surah al-Ikhlas. Sesiapa yang membaca al-Quran seperti Surah al-An’am akan mendapati kejelasan akidah Islam. Ia tidak berbelit-belit seperti sukatan yang mengajar sifat Allah dengan menghafal; Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta. Ramai yang muallaf dan bukan muallaf tidak jelas mengenai akidah dan mudah ‘menukar agama’ walaupun menghafal sukatan ini. Ini kerana sukatan tersebut adalah ajaran falsafah yang tidak sekukuh akidah yang mudah dan jelas yang diajar oleh al-Quran dan al-Sunnah. Kita perlukan tajdid dalam hal ini.”. Intaha.
Sanggahan:
1. Apakah yang berbelit-belit dalam pengajian aqidah secara ilmu kalam? Kalaulah ungkapan Allah ada lawannya tiada dan seterusnya itu berbelit-belit adalah suatu pembohongan dan fitnah semata-mata! Ungkapan “Allah ada lawannya tiada” dan seterusnya itu adalah dalam bentuk bahasa yang mudah, amat jelas dan tak berbelit-belit pun. Namun, perlu diingatkan bahawa semua ilmu hendaklah diambil secara talaqqi termasuk ilmu tauhid bagi mengelak salah faham dan kekeliruan.
2. Sepatutnya Dr. Mohd Asri membuat kajian tentang faktor muallaf dan bukan muallaf ramai yang tidak jelas mengenai aqidah dan mudah tukar agama walaupun menghafal sukatan pengajian aqidah secara ilmu kalam Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan kemukakan kes dan statistiknya jika benarlah mereka menghafal sifat-sifat tersebut!
WaLlahu a^lam…
Rujukan: http://www.al-dununiyy.blogspot.com/
JAKIM vs Jaringan Islam Liberal ( JIL )
Malaysiakini menyiarkan sedutan wawancara dengan pengasas JIL atau Jaringan Islam Liberal. Bernama Ulil Absar ( gambar bawah )

Beliau adalah pelajar di Universiti Harvard.
Keterangan lengkap sila ke laman Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/118014
Saya mulai faham sekarang bahawa tokoh kontroversi @ fahaman liberal/ sesat akan dipopularkan oleh Malaysiakini. Termasuk SIS atau Sister in Islam.
JAKIM juga telah mengharamkan fahaman ini dan barangkali Malaysiakini tidak menyelidik fahaman JIL atau mereka sendiri adalah pembela ajaran ini ??? Lihat huraian JAKIM dipetik dari website mereka :
Pluralisme Agama, JIL (Jaringan Islam Liberal)
Orang yang menyamakan semua Agama, hingga Islam disamakan dengan Yahudi, Nasrani, dan agama-agama kemusyrikan, mereka juga sesat dan menyesatkan. Itulah kelompok yang berpaham pluralisme agama, yang sejak Maret 2001 menamakan diri sebagai JIL (Jaringan Islam Liberal) yang dikoordinir oleh Ulil Abshar Abdalla. Ulil tidak mengakui adanya hukum Tuhan, hingga syariat mu’amalah (pergaulan antar manusia). Perintah syari’at jilbab, qishash, hudud, potong tangan bagi pencuri dan sebagainya itu tidak perlu diikuti. Bahkan larangan nikah antara Muslim dengan non Muslim dianggap tidak berlaku lagi, karena ayat larangannya dianggap tidak jelas. Vodca (minuman keras beralkohol lebih dari 16%) pun menurut Ulil bisa jadi di Rusia halal, karena udaranya dingin sekali.
Pemahaman “kembali kepada al-Qur’an dan as-Sunnah/al-Hadits” seperti yang dipahami umat Islam sekarang ini menurut Ulil, salah, karena menjadikan penyembahan terhadap teks. Maka harus dipahami bahwa al-Qur’an yang sekarang baru separuhnya, sedang separuhnya lagi adalah pengalaman manusia.
sumber : JAKIM
Mari kita baca dan analisa bersama !
Tauliah pencemaran hak asasi : Dr Asri, bukti jelas hina Sultan selaku Ketua Agama
Lihat dan dengar serta tengok betul2 video di atas.
Dr Asri kata tauliah pencemarah hak asasi. Warisan penjajahan. Waras ke tidak dia ni?
Adakah ini tidak dikira penghinaan kepada pemberi tauliah iaitu Sultan sebagai ketua agama ?
kerana Mais sekadar penguatkuasa yang dilantik oleh Sultan…
kita disuruh hormat Sultan tetapi tokoh wahaby ini menghina perintah mengambil tauliah serta menghina tauliah yang berkesan menjaga fahaman agama dan masjid dari dicemari mereka yang menyeleweng dari landasan yang sebenar.
Zamihan Al Ghari tidak menuduh Asri tidak belajar syariah tetapi dia mengambil sebagai minor sahaja.
Maka kelayakan beliau dalam berfatwa boleh dipertikaikan kerana tidak belajar sepenuhnya dalam bidang Syariah tetapi Lughah Arabiah.
Memahami bahasa arab tidak menjamin seseorang itu boleh menjadi ahli fatwa.
sebab itu Asri pucat lesi ketika mahu menjelaskan soal ijazah kepada Malaysiakini.
Pelik betul Malaysiakini begitu mengagungkan Dr Asri dan siapa tak tahu siapa di tabir sebalik Malaysiakini..
baca artikel di bawah:
NOV 7 — Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pelbagai program dakwah di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di Selangor sejak ditubuhkan 58 tahun lalu.
Bagaimanapun, sebagai sebuah negeri yang diiktiraf negeri maju pada 2005, Selangor menjadi tumpuan penduduk yang berhijrah dari negeri lain.
Malah, Selangor juga didatangi oleh rakyat dari pelbagai negara seperti Indonesia, Bangladesh, India, Pakistan, Thailand dan lain-lain. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak dari pelbagai negeri dan negara mendakwa mereka mempunyai kredibiliti untuk mengembangkan ajaran Islam melalui metod ceramah.
Selain itu, perkembangan ajaran salah dan fahaman yang bertentangan dengan amalan majoriti umat Islam di Malaysia semakin berkembang di Selangor dan keadaan ini amat membimbangkan.
Menyedari permasalahan ini memerlukan kawalan, Jais melalui Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mulai 2003 menguatkuasakan Kaedah-Kaedah Tauliah Tahun 2001 yang memberi panduan mengenai proses permohonan tauliah mengajar atau berceramah di Selangor.
Pada tahun 2008, Kaedah Tauliah tersebut dipinda dan digantikan dengan Peraturan-Peraturan Tauliah 2008.
Melalui Jawatankuasa Tauliah Mais, empat kategori dikeluarkan untuk mengenal pasti penceramah atau tenaga pengajar yang berkelayakan, sesuai dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mereka miliki.
Kategori-kategori tersebut merangkumi: D 1: berceramah; D 2: mengajar fardu ain atau pengajian berkitab; D 3: mengajar al-Quran dan D 4: Khas.
Individu yang berminat untuk mendapatkan tauliah dikehendaki mengisi borang permohonan dan mengemukakannya kepada pihak urus setia iaitu Bahagian Dakwah Jais melalui Pejabat Agama Islam Daerah.
Setelah permohonan diterima, pemohon akan dipanggil menghadiri sesi temuduga bagi mengenal pasti kemahiran dan kesesuaian permohonan mereka dengan kelayakan yang dimiliki.
Bagi pemohon yang tinggal di luar Selangor, mereka disyaratkan mengemukakan tauliah mengajar atau berceramah dari negeri masing-masing terlebih dahulu sebelum melalui sesi temuduga.
Pihak urus setia akan menghantar senarai nama pemohon kepada pihak Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri Selangor untuk tujuan tapisan keselamatan.Setelah mendapat keputusan polis, satu mesyuarat Jawatankuasa Tauliah akan dilaksanakan bagi memutuskan individu yang layak diberi tauliah dan menetapkan kategori tauliah bersesuaian dengan pemohon.
Semua penceramah dan tenaga pengajar yang telah diberi tauliah akan diberikan kemahiran dan ilmu mengenai isu semasa melalui kursus pendekatan dakwah kontemporari, muzakarah, seminar dan kursus mengenai isu semasa.
Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 telah menetapkan kad tauliah yang diberikan kepada semua pemegang tauliah adalah berkuat kuasa tidak lebih 5 tahun.
Ini bertujuan memudahkan tapisan keselamatan dan kawalan dibuat ke atas penceramah dari semasa ke semasa.
Menurut Seksyen 6 (Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor) EPAINS 2003, Mais merupakan pihak berkuasa utama selepas Sultan, berhubung dengan semua perkara yang berkaitan agama Islam di Selangor, kecuali perkara-perkara berkaitan dengan hukum syarak dan pentadbiran keadilan.
Selanjutnya, menurut EPAINS 2003 , Seksyen 7 (1), Mais hendaklah bertanggungjawab menggalak, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam Selangor selaras dengan hukum syarak.
Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir agama dan bagi memenuhi kehendak Seksyen 7 (1) EPAINS 2003 tersebut, Mais menggubal beberapa peraturan dan undang-undang kecil untuk memastikan tanggungjawab itu dilaksana dan dikuatkuasakan melalui agensi pelaksana iaitu Jabatan Agama Islam Selangor.
Ini termasuklah menggubal undang-undang berkaitan dengan pendidikan agama Islam dan tauliah selaras dengan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 118 (4) EPAINS 2003. Selaras dengan seksyen tersebut, pada 20 November 2008, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dikuatkuasakan dan Kaedah-kaedah Tauliah (Selangor) 2001 dimansuhkan.
Di Selangor, Seksyen 118, Bahagian X Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bidang kuasa Mais terhadap pendidikan agama Islam di negeri, iaitu untuk memantau dan mengawal pengajaran atau pendidikan agama di Selangor.
Pemantauan dan pengawalan ini dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tauliah yang dilantik oleh Mais yang terdiri daripada Setiausaha Majlis sebagai Pengerusi dan tidak lebih daripada tujuh orang ahli yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan yang sesuai, termasuklah Mufti Selangor.
Majlis juga boleh membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan permohonan dan pemberian tauliah.
Peruntukan yang berkaitan turut dikuatkuasakan di negeri-negeri lain. Antaranya Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak yang memperuntukkan wujudnya satu jawatankuasa yang diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk memberi atau menarik balik tauliah yang diberi.
Bagaimanapun di beberapa negeri, Jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Pengawasan Ajaran Agama Islam.
Seksyen 118 (3) EPAINS 2003 memperuntukkan bahawa Jawatankuasa Tauliah hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu. Peruntukan ini juga sama dengan peruntukan di negeri-negeri lain.
Selanjutnya, menurut Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008, Jawatankuasa Tauliah turut mempunyai kuasa untuk menetapkan syarat atau sekatan kepada penerima tauliah.
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 turut memperuntukkan penalti bagi kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa:
1. Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara elama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
2. Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi:
• mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Majlis di bawah seksyen 121 Enakmen ini; atau
• mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.
Peruntukan yang sama juga turut dikuatkuasakan di negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak di mana mereka yang mengajar agama Islam tanpa tauliah adalah merupakan suatu kesalahan dan boleh didenda atau dipenjarakan.
Terdapat perbezaan penalti di antara negeri-negeri tersebut di mana Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Sarawak menetapkan denda maksimum sebanyak RM5,000 dan tiga tahun penjara.
Sementara Selangor dan Negeri Sembilan pula menetapkan denda maksimum sebanyak RM3,000 dan dua tahun penjara bagi kesalahan yang sama.
Perbandingan peruntukan undang-undang berkaitan yang digubal sekitar 2001 sehingga 2008 oleh negeri-negeri tersebut menunjukkan adanya usaha untuk menyeragamkan undang-undang yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri-negeri melalui Sultan atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing.
Menurut EPAINS 2003, Mais melalui agensinya iaitu Jais bertanggungjawab untuk memastikan setiap orang Islam di Selangor menerima ajaran Islam yang benar dan selaras dengan hukum syarak dengan bersumberkan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah. Ini dilaksanakan melalui program dakwah yang berterusan oleh Jabatan Agama Islam negeri-negeri.
Namun demikian, tidak dinafikan penguatkuasaan undang-undang syariah adalah cara terbaik untuk memastikan objektif tersebut dilaksanakan, kerana melalui penguatkuasaan undang-undang, memberikan kesan pematuhan dan menuntut komitmen umat Islam yang tidak bersalahan dengan hokum syarak.
Peruntukan undang-undang berkaitan dengan tauliah ini, jika dinilai secara zahirnya, seolah-olah menyekat kepada perkembangan dakwah Islam. Ia bertentangan dengan peranan agensi agama seperti Mais dan Jais, kerana syarat-syarat yang dikenakan terhadap penceramah mungkin mengurangkan aktiviti penyebaran syiar Islam.
Bagaimanapun, perkara ini perlu dilihat secara holistik iaitu dalam konteks menjaga agama dan akidah umat Islam.
Peruntukan ini diwujudkan untuk memastikan bahawa pengajar dan pengajaran agama yang disampaikan adalah selaras dengan dasar-dasar pihak berkuasa agama dan hukum syarak serta bersumberkan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah. — Utusan Malaysia
Datuk Mohammed Khusrin Munawi ialah Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Dr Abdullah Yasin, bapak wahabi Malaysia dibela Anwar ?
Kenyataan Dr Zahid Hamidi http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=331528 pada 8 Mei 2008 yang ada memaparkan nama Dr Abdullah Yasin yang dikenalpasti oleh JAKIM sebagai pembawa fahaman Wahabi. Katanya :
Ahmad Zahid said among those identified by the Islamic Development Department Malaysia (Jakim) from its investigation, to be followers of the Wahabi doctrine, were Islamic preachers Dr Abdullah Yasin and Ustaz Hussein Yee.
Siapa dia Dr Abdullah Yasin ?
Beliau salah seorang yang didakwa di Mahkamah kerana mengajar tanpa tauliah sejak tiga tahun lalu yang mana ada disebut dalam berita Utusan Malaysia http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_04.htm hari ini.
Sebelum ini saya pernah membaca kaitan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa sering mengeluarkan arahan agar tokoh wahabi tersebut tidak diganggu.
Cerita lanjut klik sini http://umnolawanpas.wordpress.com/2009/11/04/anwar-sokong-wahabi-dan-dr-asri-gila-populariti/
Ramai pemimpin PKR termasuk Azmin Ali mengkritik tindakan JAIS menahan Dr Asri. Bahkan pemimpin PKR turut berada di banglo yang menjadi tempat sebaran fahaman wahabi di Hulu Klang.Sifirnya sangat mudah, seseorang yang menganut fahaman tersebut tentu tidak akan bersetuju dengan tindakan penahanan yang dibuat oleh JAIS. Apatah lagi fahaman wahabi menghalalkan perbuatan liwat / sodomi..
Pelik kenapa ramai orang PAS dan PKR menyokong Dr Asri yang jelas wahabinya dengan menolak mazhab dan juga membawa perkara yang bercanggah dengan IJMAK ULAMA iaitu majlis Fatwa kebangsaaan. Sedangkan mereka tahu fahaman ini adalah ajaran yang tidak diterima oleh ULAMA MUKTABAR dan dan Al Azhar sekalipun. Ia hanya dipopularkan oleh Universiti Madinah, tempat perkembangan wahabi sejak kejatuhan Empayar Ottoman di Turki yang menyebabkan British mengambil alih Mekah dengan melantik puak badwi bernama Sa’ud untuk menjadi raja di sana di samping melantik Muhammad Bin Wahhab sebagai mufti mekah.
Ketika itu ramai ulama ahli sunnah dan Ahli Bait Nabi telah diusir dan dibunuh…
Bagi membolehkan sesuatu masalah ijtihad diputus maka diperlukan IJMAK ULAMA dan para Mufti yang alim itulah yang memutuskannya. Jika benar ajaran Wahabi tentu sekali kita tidaka akan mendengar bantahan dari Majlis Agama atau JAKIM atau Majlis Fatwa. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Untuk itu anda kajilah lagi apakah fahaman wahabi dan sebarkan apa yang anda yakini dengan niat mengelakkan akidah umat rosak dan binasa dek ajaran yang berbahaya ini..
Jangan lupa Nik Aziz adalah seorang yang menyebarkan fahaman wahabi ini seperti pengakuan beliau yang ada dihuraikan oleh penentang wahabi Puteri Nafisah di sini http://puterinafisah.blogspot.com/2009/11/nik-aziz-dan-dr-asri-yes-to-wahabi.html
Kata Nik Aziz : “Beliau berkongsi dengan saya pengalamannya. Zaman menuduh kaum muda atau Wahabi telah dilalui oleh beliau sendiri pada satu ketika dulu, sekarang ia berulang terhadap saya,”.
Ada huraian lebih lanjut isu ini di blog Penembak tepat http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/10/edisi-lengkap-15-dalil-nik-aziz-tidak.html
Wallahu A’lam.
Waspada ‘tajdid’ Wahhaby – MAIS
Artikel Ahli Jawatan Kuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahfuz Muhamad
MUKADIMAH

MALAYSIA adalah negara yang mengamalkan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ) dan bersandarkan kepada mazhab Imam Shafie.Walaupun aliran ini dominan namun, terdapat juga cubaan menyebar fahaman lain dalam kalangan umat Islam. Antaranya adalah aliran Wahhabi.Benarlah sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Demi diri Muhammad yang berada di tangan-Nya, pasti akan berpecah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka”. Baginda ditanya: Siapa mereka? Baginda bersabda: Mereka adalah al-Jamaah”. (riwayat Ibn Majah)
Aliran Wahhabi ini pula bukanlah baru keranaia sudah menjadi bualan masyarakat Islam di Malaysia sejak 1940-an lagi.Selain dikenali dengan aliran Wahhabi, ia juga kenali sebagai Aliran Kaum Muda pada sekitar tahun 30-an.
Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemubual Ahli Jawatankuasa Pengawalan Akidah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Mahfuz Muhammad bagi mengupas isu ini.Beliau banyak mengkaji tentang fahaman Wahhabi sejak usia belasan tahun. Kajiannya lebih teliti apabila menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar pada 1990-1997 dalam bidang bahasa Arab.Mahfuz kemudiannya menyambung pelajaran Diploma dalam bidang Fatwa di Dar al-Ifta Mesir pada 2000 hingga 2001.
Apakah pengertian golongan Wahhabi?
Golongan ini adalah satu aliran yang diasaskan oleh Muhammad Abd. Wahhab pada kurun ke-12 Hijrah di Najd Jazirah Arabiah.Fahaman ini dikenali juga sebagai Aliran Kaum Muda di Malaya dan Indonesia pada 1930-an, hingga 1950-an.Aliran ini dinisbahkan kepada bapa beliau yang merupakan seorang ulama mazhab Hanbali. Telah menjadi adat kaum Arab menisbahkan sesuatu itu kepada bapa, datuk dan ke atas.
Mazhab Shafie juga dinisbahkan kepada moyangnya sedangkan nama pengasas sebenar ialah Muhammad bin Idris.Walaupun begitu mereka yang berpegang dengan aliran ini tidak selesa dengan gelaran Wahhabi sebaliknya mendakwa mereka dari golongan kaum Salaf atau kaum Ahli Sunah.
Kenapakah begitu? Ini kerana istilah Wahhabi pada hari ini mula diketahui ramai akan kesesatan dalam akidah dan cabang lain.
Oleh kerana itu harus berhati-hati dengan kaum ini kerana mereka kadang-kadang menggunakan nama Ahli Sunah, Salaf dan pelbagai istilah baik-baik. Semuanya untuk mengaburi orang awam daripada mencium kesesatan pegangan mereka.
Adakah ajaran Wahhabi ini turut melibatkan akidah atau bab fikah sahaja?
Ramai orang merasakan golongan ini hanya pembawa bidaah dalam masalah-masalah furu’ (cabang) semata-mata.Kerana itu ramai dari kalangan pihak berwajib, ulama dan pendakwah merasakan perkara ini tidak ada keutamaan untuk ditangani dengan sungguh-sungguh.
Sedangkan sebenarnya Wahhabi ini membawa sebesar-besar bidaah dalam masalah akidah!
Antara ajaran yang bertentangan dengan akidah ASWJ adalah menolak dan merendah-rendahkan pengajian Sifat 20. Sebaliknya mereka membawa kaedah tauhid yang baru iaitu pembahagian tauhid yang tiga.
Definasi tauhid tiga di sisi Wahhabi ialah:
Pertama, Tauhid Rububiah.
Tauhid bagi mereka yang menyembah berhala. Kononnya mereka menyembah berhala untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sementara berhala merupakan pengantara antara hamba dan Tuhannya.
Kedua, Tauhid Uluhiah.
Tauhid bagi mereka yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata dengan tiada sebarang perantara makhluk.
Ketiga, Tauhid Asma wa Sifat.
Beriman dengan ayat-ayat mutasybihat secara zahirnya. Seperti dikatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy dan lain-lain lagi.
Bagaimana mungkin tauhid itu terbahagi kepada tiga? Sedangkan tauhid itu hanya satu iaitu mengesakan Allah dan tidak sama sekali membeza-bezakan tauhid.
Dengan menerima konsep tauhid rububiah dan uluhiah mengikut pentafsiran seperti ini maka banyak amalan yang diperakui baik, menjadi sesat dan membawa syirik kepada pelakunya.
Contohnya, amalan Maulid Nabi SAW, marhaban, berdiri sewaktu selawat, tabarruk (ambil berkat), tawassul (berwasilah), ziarah makam nabi-nabi, rasul-rasul, aulia dan solehin.
Sementara tauhid asma wa sifat pula membawa implikasi menjisimkan (visual) dan mentasbihkan (menyamakan) zat Allah SWT dengan makhluk. Seperti menyifatkan Allah dengan tempat dan anggota (jarihah).
Ini adalah akidah kaum Musyabbihah Mujassimah yang wujud pada kurun ke-4 Hijrah dan dikembangkan semula oleh Ibnu Taimiyyah pada kurun ke-7 Hijrah dan seterusnya dikembangkan pula oleh Muhammad Abd. Wahhab pada kurun ke-12 Hijrah.
artikel asal : http://www.utusan.com.my
Dr Uthman El Muhammady : Pegang Sunnah, Elakkan dari ajaran konflik ummah @ Wahaby
KITA mulakan tulisan ini dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pegangan dan amalannya. Mengenai Ahli Sunnah tidak perlu kita berbicara panjang sebab ia diketahui umum. Kalau hendak disebut pun kita boleh membuat beberapa kenyataan seperti istilah itu diterima pakai oleh ulama sejak awal dengan Imam Tahawi, al-Asyari, Abu Hanifah, Imam Syafie, Baqillani, Baghdadi, al-Ghazali, al-Nawawi dan seterusnya sampai kepada Waliyullah al-Dihlawi dan Said Nursi bahkan Syeikh Hasan al-Banna dan Said Hawwa.
Bagaimanapun, boleh disebut bahawa istilah itu dalam hadis Nabi SAW yang dinukil dalam ‘al-Milal wa al-Nihal’ oleh al-Shahrastani dan juga dalam hadis al-Tabarani.
Mengenai pegangan, kita hanya boleh sebut secara ringkas iaitu Ahli Sunnah berpegang kepada Rukun Iman yang enam, Rukun Islam yang lima, berpegang kepada ajaran akidah Imam al-Asyari dan Maturidi dan yang mengikuti mereka sampai masa kini; mereka beriman mengenai Allah memiliki sifat sempurna tidak terhisab, tetapi sekurang-kurang perlu diketahui semua orang ialah sifat ada, sedia kala, kekal, tidak menyerupai semua yang baru, berdiri sendiri, Maha Esa, hidup, mengetahui, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata dengan kalam-Nya yang kadim dan azali tidak menyerupai makhluk dalam semua perkara. Zat-Nya tidak seperti zat makhluk, perbuatan-Nya tidak seperti makhluk.
Kalau sesiapa mengatakan ia mempunyai sifat makhluk atau menyerupai makhluk, maka ia terkeluar daripada iman. Sebab itu Imam Tahawi, Syafie, Abu Hanifdah dan seterusnya menyebut Ia tidak bertempat, tidak tertakluk oleh masa, tidak berada dalam ruang.
Tidak boleh dikatakan Tuhan berada di atas, di bawah, di kanan, atau di kiri, di belakang atau di hadapan, sebab ia tidak berpihak.
Dalam Ahli Sunnah, ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyebut sifat Allah seperti sifat makhluk, maka disuruh kita sama ada menerima seperti asalnya (tafwidh) menyerahkan erti hakikinya kepada Allah SWT, atau mentakwilkannya dengan sifat yang layak dengan-Nya.
Ini dilakukan umpamanya oleh penghulu orang Salaf al-Tabari.
Orang Wahabi menerimanya secara literal dan hakiki, kalau disebut Tuhan ada tangan, tanganlah, kalau kaki, kakilah, kalau jari maka jarilah. Ini membawa kepada menyerupakan Allah dengan makhluk. Nauzu billahi min zalik.
Seperkara lagi mereka membahagikan tauhid kepada tiga, tauhid Rububiah, tauhid Uluhiah, dan tauhid Asma Wassifat. Setiap satunya terasing daripada yang lain. Rububiah ertinya tauhid mengakui Tuhan Pencipta Alam, Esa, Berkuasa dan lainnya, tauhid Uluhiah ertinya menyembah-Nya dan taat kepada-Nya. Maka dengan skema ini, mereka boleh berkata Abu Jahal itu ahli tauhid dan ikhlas tauhidnya lebih daripada orang yang mengucap ‘Lailahailallah’.
Dengan skema ini juga mereka mengkafirkan orang yang berdoa meminta keberkatan di makam salihin dan anbia dan bertawassul dengan mereka. Ini pula satu tajuk yang tersendiri huraiannya.
Mengenai nabi, Ahli Sunnah mengajarkan, anbia ada sifat maksum (tidak berdosa), apa lagi Nabi Muhammad SAW dan mereka mempunyai sifat benar, amanah, menyampai kebenaran, dan bijaksana; mereka manusia yang makan dan minum serta berkahwin, tetapi mereka sempurna kerana itu diturunkan wahyu kepada mereka oleh Tuhan.
Ini diikuti dengan iman mengenai malaikat, akhirat (termasuk nikmat dan azab kubur), dan qada dan qadar yang menentukan segalanya ialah Allah, manusia diperintah berusaha dan berikhtiar dalam perkara yang baik dan mengelak daripada perkara yang jahat.
Ahli Sunnah mengajarkan kewajipan mengucap syahadah dengan yakin ertinya, menjalankan sembahyang lima waktu, melakukan puasa, menunaikan zakat dan menunaikan haji bagi mereka yang berkemampuan.
Ia mengajarkan kewajipan menunaikan nazar dan sumpah. Ia mengajarkan membaca al-Quran, lebih-lebih lagi dengan mengerti ertinya, melakukan zikir mengingati Allah dan berdoa kepada-Nya. Ia mengajarkan manusia bersangka baik terhadap Allah SWT dan jangan bersangka buruk terhadapnya.
Ahli Sunnah mengajarkan bahawa dosa besar ialah sihir, mencuri, berzina, berjudi, membuat sumpah palsu, memakan rasuah, memakan riba, yang terbesar ialah syirik yang berupa dosa yang tidak terampun, melainkan sebelum mati orang yang berkenaan bertaubat dan kembali kepada tauhid. Seseorang yang beriman tidak menjadi kafir dengan melakukan dosa bagaimana besar sekalipun, ia menjadi kafir hanya kerana kufur iktikad, kata-kata atau perbuatannya seperti ia menyembah berhala, kecuali ia dipaksa seperti diancam bunuh.
Orang Wahabi boleh menghukum orang kafir kerana dosa, bahkan kerana bertawassul di kubur nabi dan yang sepertinya.
Ahli Sunnah mengajarkan bahawa amalan orang hidup sampai kepada orang mati, baik dalam rupa bacaan seperti bacaan al-Quran, bertasbih, berdoa, bersedekah, dan amalan lain asalkan diniatkan untuk orang yang mati itu; kalau anak jika tidak diniatkan pun amalan itu sampai kepada kedua-dua ibu bapanya kerana ia lahir kerana mereka. Fahaman Wahabi mengatakan amalan orang hidup tidak sampai kepada orang mati.
Ahli Sunnah Wal-Jamaah mengajarkan Muslimin wajib taat kepada ulil-amri mereka, tidak boleh derhaka atau keluar menentang mereka, melainkan mereka itu kafir. Orang Wahabi tidak sedemikian sebab itu mereka menentang dan memberontak menentang Sultan Othmaniah dan wakilnya, tetapi mereka berbaik dengan British dan Perancis seperti yang jelas dalam sejarahnya. Ahli Sunnah mewajibkan memberi nasihat yang baik dan ikhlas kepada ulil-amri bukan memberontak. Tidak ada teori memberontak dalam Ahli Sunnah.
Dalam Ahli Sunnah, ulamanya mengajarkan bidaah ada yang baik dan ada yang buruk, tetapi Wahabi mengajarkan semua bidaah tidak dibolehkan; talkin, berwirid ramai-ramai selepas sembahyang, qunut subuh, tahlil arwah, majlis Maulud Nabi dan membaca Yassin pada malam Jumaat.
Banyak lagi perbezaan antara fahaman Wahabi dan Ahli Sunnah jika mahu diperkatakan. Hakikatnya kita melihat fahaman Wahabi berlainan daripada pegangan dan amalan Ahli Sunnah dan kita tidak boleh membiarkan orang Islam di negara ini terpengaruh dengannya kerana banyak implikasi negatifnya. Berwaspadalah. Wallahualam.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20091108013533/Article/index_html
Mengenali Wahabi dengan terperinci di Laman Web JAKIM
Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi. Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah. Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.
Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.
Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.
Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.
Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.
Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.
Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabi. Bagaimana pun gerakan Wahabi berjaya menawan dua tempat suci itu maka bermulalah fahaman itu bertapak kukuh.
Pada prinsipnya fahaman Wahabi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu. Mereka juga dikatakan menolak fahaman 4 Mazhab utama serta pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:
. Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah.
. Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab malah boleh menampal antara satu sama lain (Talfiq).
. Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias.
. Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan).
. Melarang ziarah kubur walaupun maqam Rasulullah s.a.w. Kerajaan Arab Saudi membenarkan Jemaah Haji dan Umrah menziarah Maqam Rasulullah itu adalah atas dasar menziarahi Masjid Nabawi.
. Menghancurkan tugu-tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik.
. Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya.
. Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Isra’ Mikraj dan lain-lain.
Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya.
. Fahaman Asa’ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh.
. Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah.
. Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah.
. Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan tetapi boleh baca dengan lurus sahaja.
. Menghadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang.
. Amalan tariqah dilarang sama sekali.
. Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras.
Fahaman Wahabi menjadi pegangan Kerajaan Arab Saudi yang menguasai Masjidil Haram Mekah dam Masjid Nabawi Madinah. Berdasarkan penguasaan dua tempat suci ini maka fahaman Wahabi terus bertapak kukuh. Malah Kerajaan Arab Saudi menjadi negara Islam paling banyak menyumbangkan dana-dana untuk perkembangan dakwah dan syiar Islam di seluruh dunia.
Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.
Penerapan fahaman Wahabi di kalangan umat Islam di negara ini yang sejak berkurun lama berakar umbi dengan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah telah menimbulkan salah faham di kalangan umat Islam. Manakala bagi orang awam yang kurang mahir dalam selok belok mazhab maka lebih baik bertaqlid dengan pegangan mazhab sedia ada.
Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang akidah. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.
Malah dalam penghayatan muamalah dan sisitem perbankan Islam di negara ini dan di dunia sekarang banyak menggunakan kaedah yang terdapat dalam Mazhab Hanafi.
Kesimpulannya dari segi tauhid fahaman Wahabi bukan ajaran baru dan juga tidak termasuk antara 73 cabang ajaran sesat seperti mana yang dijelaskan ulama berdasarkan huraian hadis penjelasan 73 ajaran sesat itu.
Mari Baca Kesan Fahaman Wahabi Kepada Agama dan Keselamatan Negara !
Isu Wahabi kini tiba-tiba menjadi antara isu yang menonjol di akhir-akhir ini, ia bagaikan satu SARINGAN atau TAPISAN untuk umat Islam di negara ini. Mengapa begitu? Kerana jika isu ini diambil lewa dan hanya bertaklid buta, maka amatlah ruginya kita. Memahami apa itu fahaman wahabi bukan soal picisan, kerana fahaman ini sudah beratus tahun dan usaha untuk menjenamasemula fahaman ini oleh pihak yahudi dan musuh Islam tidak pernah surut. Usaha hidden hand ini bukan diserahkan kepada orang-orang bukan muslim sebagai pejuangnya tetapi usaha hidden hand ini menggunakan orang-orang islam sendiri malah di kalangan sarjana Islam sebagai juak-juak mereka. Orang awam bagai teruja dengan istilah-istilah baru yang digunakan oleh fahaman ini, contohnya islam progresif, tajdid dan sebagainya. Ia hanyalah satu usaha rebranding fahaman wahabi agar dilihat dalam fesyen yang berlainan sahaja, tetapi hakikatnya tetaplah juga isinya atau firqahnya yang sama.
Jika saudara-saudari pernah membawa artikel saya yang sebelum ini, menyatakan bahawa sarajana-sarjana Islam dan malah ada institusi Islam, universiti-universiti Islam yang terlibat sebagai penyokong usaha hidden hand, maka apa yang saya rujuk itu adalah kepada fahaman wahabi. Namun, mungkin pada waktu itu pembaca masih belum dapat memahami persoalan yang saya sampaikan, nah hari ini, isu tersebut sudah menonjol dan fikirkanlah sendiri akan kebenaran kenyataan saya itu. Hidden Hand sangat berjaya di dalam hal ini, dan amatlah menyukarkan sekali kepada orang awam untuk memahami akan BAHAYA wahabi ini kepada akidah dan umat Islam umumnya, kerana ia sudah dipelopori oleh para-para sarjana Islam yang condong ke arah kewahabian, walaupun sebenarnya mereka bermati-matian menafikan mereka membawa fahaman wahabi.
Sarjana-sarjana Islam ini bukan calang-calang sijil mereka kerana kebanyakan mereka adalah lulusan pascasiswazah pengajian Islam (yang sudah diserap oleh fahaman wahabi), satu kesamaan yang ada pada mereka adalah mereka sangat pandai berhujah mantik aka logik tentang masalah-masalah fekah dan pandai mengambil hati masyarakat yang cenderung kepada keduniaan dan memberikan banyak kemudahan kepada masayrakat awam mengikut akal fikiran dan logik akal sendiri dalam beragama. Para sarjana Islam wahabi ini mempelopori dan memperkenalkan kaedah baru kepada masyarakat awam iaitu menjadikan diri sendiri sebagai pentajdid dan pengijtihad perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan syariat asal sahaja mereka dapat dengan sendiri menemui nas-nas dalam Al Quran dan hadis mengikut tafsiran yang mereka sendiri fahami. Al uran menurut sarjana Islam wahabi ini milik semua orang, dan semua orang boleh mentafsirkan mengikut akal dan logik sendiri. Oleh itu, tidak ada keperluan untuk bermazhab dan tidak perlu mengikut ijmak ulamak.
Modus operandi golongan sarjana islam wahabi ini turut memberi persepsi negatif dan secara halus mencucuk jarum stigma di fikiran orang Islam bahawa tasawuf, ahli sufi dan krberkatan RSAW itu suatu bidaah. Mereka amat benci kepada ulamak-ulamak ASWJ yang muktabar, dan seringkali menuduh ulamak-ulamak ini dengan tuduhan-tuduhan yang menjatuhkan kredibiliti ilmu mereka. Maka masyarakat awam yang sudah jauh dan tidak kenal dengan ualamak-ulamak ASWJ, sudah tidak tahu apa itu fahaman ASWJ dan bezanya dengan fahaman wahabi, yang sudah tidak faham apa itu tasawuf dan tidak kenal apa itu ahli sufi dan sangat TAKSUB dengan logik akal sahaja adalah makanan RANGUP kepada sarjana-sarjana ISlam wahabi ini. Malangnya golongan masyarakat awam seperti inilah yang paling ramai di dalam lingkungan umat Islam.
Di sini, saya kongsikan denagn pembaca semua satu artikel dari seorang sarjana Islam yang amat memahami apa itu fahaman wahabi. Mungkin dengan hujah ilmiah beliau ini dapat membuka pintu hati pembaca semua di dalam memahami isu wahabi ini. Artikel ini dipetik dari blog http://al-ashairah.blogspot.com/
( tulisan Kembara Perjalanan http://puterinafisah.blogspot.com/2009/11/isu-wahabi-kajilah-secara-holistik.html )
Pesanan Pengendali Blog kepada Semua Ahli Ilmu
Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:
“Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesunggunya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!”
Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama’ empat mazhab terdahulu yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam; Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam;
1 Sudah agak lama penulis tidak dapat meluangkan masa untuk menulis di ruangan ini. Alhamdulillah, pengajaran bagi semester ini telah pun tamat dan para pelajar penulis pada waktu ini sibuk mengulangkaji bagi peperiksaan akhir. Pada semester yang lepas, penulis terpaksa memberi fokus kepada “subjek-subjek baru” di peringkat pasca siswazah. Semoga Blog al-Ashairah dapat terus berkongsi manfaat dalam memahami fitnah yang sangat gelap di akhir zaman ini. Fitnah yang memakai pakaian agama, menggunakan slogan agama yang memukau, namun pada hakikatnya ia adalah racun yang sangat berbisa dan sukar untuk diubati.
2 Dalam banyak pengajaran yang penulis kelolakan, penulis sentiasa menyatakan bahawa “Bid’ah” itu seumpama RACUN dan “Maksiat” itu umpama NAJIS. NAJIS adalah sesuatu yang buruk dari segi luaran dan dalaman. Orang ramai mudah mengelaknya. RACUN pula pada kebiasaannya mempunyai rupa zahir yang elok dan seringkali dihidangkan dengan makanan bagi membunuh mangsanya. Mangsa mungkin tidak sedar dia sedang memakan racun tersebut. Hanya golongan ulama’ lah yang mampu mengenalpasti RACUN “Bid’ah” tersebut.
3 Pada waktu ini, umat Islam Malaysia dilanda dengan Isu Wahhabi. Ia bukanlah isu yang baru, ia adalah bid’ah yang dijenamakan semula dengan pakaian dan gaya persembahan yang baru.
4 Di dalam sejarah umat Islam, bid’ah-bid’ah yang timbul pada akhirnya dapat dipadamkan kerana bid’ah-bid’ah tersebut tumbuh di kalangan para ulama’ yang muktabar. Para ulama’ muktabar terdahulu telah menjalankan kewajipan dengan begitu baik [Semoga Allah merahmati mereka] dalam menguburkan bid’ah-bid’ah tersebut seumpama bangkai yang tertutup rapat.
5 Namun begitu, di akhir-akhir zaman ini, pada waktu para ulama’ muktabar begitu sedikit dan sukar dikenali, kejahilan agama tersebar luas, keilmuan agama hanya dinilai berdasarkan sijil akademik semata-mata [hakikatnya, ini adalah tanda akhir zaman], maka bangkai-bangkai bid’ah yang digali semula oleh sesetengah manusia dibentangkan sebagai ilmu di tengah-tengah masyarakat. Masyarakat yang kebingungan menjadi keliru, lantas mengambil jalan mudah dalam mempelajari agama ini dengan mengambil apa yang ada di hadapan mata, di TV, Internet, Suratkhabar, dll. Sedangkan disiplin ilmu Islam yang sepatutnya berasaskan “Talaqqi” dan “Suhbah” diabaikan.
6 Penulis ingin berpesan kepada umat Islam di luar sana, khasnya para Bloggers, agar tidak mudah-mudah mengeluarkan kenyataan mengenai Wahhabi jika anda tidak tahu. Ini adalah kerana “saham bid’ah” juga mungkin anda perolehi tanpa anda sedari. Penulis telah melihat banyak penulis dan pelayar internet yang meletakkan komen-komen di website dan blog bagi mempertahankan Wahhabi. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya mempertahankan bid’ah yang sangat dikeji oleh para ulama’. Imam al-Shafie r.a. pernah berkata: “Aku lebih suka untuk engkau bertemu dengan Allah dengan segala maksiat di atas muka bumi ini kecuali syirik, daripada engkau bertemu dengan Allah nanti dengan sedikit daripada ahwa’ (mengikut hawa nafsu dalam agama, iaitu bid’ah).” Elok juga kalau penulis mengarang berkenaan “BAHANA BID’AH” di masa akan datang.
7 Ramai juga Bloggers yang mencipta teori berdasarkan pandangan politik mereka yang sangat sempit. Rasa sedih melanda penulis apabila melihat orang awam mula bercakap-cakap isu yang sangat serius di dalam agama tanpa ilmu yang jelas. Janganlah sampai perkataan kita ini membawa malang yang besar di akhirat nanti. Saidatina Aishah r.a. pernah berkata: “Barangsiapa yang memuji ahli bid’ah, maka dia telah menolong memusnahkan agama Islam.” Lihatlah betapa buruknya bid’ah di mata para sahabat r.a. AGAMA KAMU, AGAMA KAMU….peliharalah.
8 Ramai juga ahli agama yang mahu mengulas berkenaan isu Wahhabi, tetapi tak ubah seperti kisah “Empat Orang Buta dengan Gajah”. Melihat Wahhabi hanya daripada satu perspektif dan tidak menyeluruh. Maka, ada yang kata Wahhabi macam “tali” kerana memegang belalainya, ada yang kata Wahhabi macam “dinding” kerana memegang badannya, ada yang kata Wahhabi macam “tiang” kerana memegang kakinya, ada yang kata Wahabi macam “daun” kerana memegang telinganya. Ada juga yang kata Wahhabi ini isu “tingkap” sahaja, ada Wahhabi yang kata tak kenal apa itu Wahhabi dan bermacam-macam lagi ulasan yang dibuat tidak berlandaskan pandangan MAJORITI ULAMA’ MUKTABAR, tetapi hanya berdasarkan pandangan peribadi.
9 Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis berdasarkan kaedah al-istiqra’, Wahhabi boleh dilihat dari lima (5) perspektif, iaitu fiqh, aqidah, tasawwuf & tarikat, sejarah dan keselamatan negara.
10 Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif fiqh (e.g. qunut, air musta’mal, kaifiyyat tayammum, dll) sering menyatakan bahawa Wahhabi isu furu’ (cabang), tak perlu diperbesarkan, isu remeh temeh, dsb. Mereka terlupa bahawa Wahhabi juga banyak menolak hukum-hukum fiqh yang telah menjadi ijma’ (e.g. wajib qadha’ solat yang sengaja ditinggalkan, talak tiga dalam satu majlis jatuh tiga, hukum mengikut mazhab muktabar, dll), mereka juga terlupa bahawa Wahhabi banyak MENGHARAMKAN YANG HALAL di dalam ibadat, bahkan Wahhabi banyak mengkafirkan orang lain dalam isu furu’ dan sehingga mencaci hukum ahkam dan mazhab yang disusun oleh para ulama’ dan awliya, dll. Mereka yang melihat Wahhabi sebagai isu furu’ fiqh biasanya sering berkata: “Tak perlulah kita kecoh-kecoh, ini isu furu’ jer, tak usah gaduh….”. Sebenarnya orang seperti ini tidak mengenal Wahhabi sepenuhnya.
11 Ada juga yang melihat Wahhabi dari perspektif sejarah semata-mata. Mereka mengakui bahawa Wahhabi ada kaitan dengan kerajaan British dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun begitu, mereka berkata: “Ini isu lama. Tak guna bincang pada hari ini. Benda dah berlalu.” Orang seperti ini juga memandang isu Wahhabi dengan pandangan sebelah mata. Hakikatnya mereka tidak dapat mengenal perkembangan Wahhabi dan fahamannya. Mereka tidak sedar Wahhabi telah memusnahkan begitu banyak kesan sejarah Islam di semenanjung Arab.
12 Penulis mula mengenali Wahhabi dari perspektif Aqidah, berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan ayat-ayat mutashabihat. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif aqidah (e.g. sifat-sifat Allah, ayat-ayat mutashabihat, af’al al-ibad, kewajipan menghormati Rasulullah SAW, kaedah takfir, menolak ijma’, mempertikaikan karamah dan konsep barakah, dll) biasanya kurang bertolak ansur dengan isu Wahhabi. Bahkan, ramai para ulama’ yang menentang Wahhabi memberi penekanan kepada aspek ini. Ini sebenarnya adalah “titik-titik” pertelingkahan dan perbezaan yang besar di antara Wahhabi dan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Namun begitu, ramai juga para ilmuan agama yang tidak dapat memahami “titik-titik” ini.
13 Keseriusan isu Wahhabi ini juga dapat dilihat daripada perspekti Tasawwuf & Tarikat. Golongan Wahhabi sangat membenci golongan Sufi. Bahkan mereka begitu benci dengan istilah Tasawwuf. Golongan Wahhabi sering mengkafirkan, bahkan ada yang membunuh golongan ahli Sufi dan Tarikat yang muktabar. Banyak amalan-amalan Tasawwuf yang ditentang dan dikafirkan oleh golongan Wahhabi seperti zikir berjemaah, zikir ism al-dhat – Allah, Allah, penggunaan tasbih, tahlil, hadiah pahala dan banyak isu-isu lain. Golongan Wahhabi terlupa sebenarnya mereka memusuhi ramai para Wali Allah yang besar-besar apabila mereka memusuhi ulama’ Tasawwuf dan Tarikat. Mereka yang menilai Wahhabi daripada isu Tasawwuf dan Tarikat dapat memahami keseriusan isu Wahhabi ini.
14 Ada juga yang mula mengenali isu Wahhabi daripada perspektif keselamatan negara. Pihak berkuasa kerajaan pada kebiasaannya mula mengenal fahaman Wahhabi hasil daripada kajian mereka ke atas golongan berfahaman ekstrim yang ditahan. Hampir kesemua yang ditahan mempunyai latar belakang Wahhabi yang kuat. Mereka menyanjung tokoh-tokoh Wahhabi dan membaca buku-buku mereka serta mudah mengkafirkan umat Islam yang lain dan menghalalkan darah mereka kerana berpegang dengan kaedah takfir fahaman Wahhabi. Isu ini pernah diperkatakan di parlimen Indonesia. Oleh sebab itu, ramai pegawai di bahagian keselamatan negara yang memahami keseriusan isu ini.
15 Oleh itu wahai umat Islam, lihatlah isu Wahhabi ini daripada kelima-lima perspektif ini, pasti anda akan dapat memahi keseriusan para ulama’ menilai fahaman dan gerakan Wahhabi ini. Dan janganlah menjadi seperti “Empat Orang Buta dan Seekor Gajah”.
Ya Allah! Peliharalah kekuatan Ahli Sunnah wal Jama’ah di dalam umat ini, jauhilah mereka daripada fitnah yang melanda agama mereka, bantulah umat ini menolak dan memerangi golongan ahli bid’ah dan musuh-musuh mereka.
16 Marilah kita bersama-sama bersolat hajat, membaca Yasin, membaca Hizb al-Bahr, solat sunat Tasbih, Hajat & Taubat, atau/dan lain-lain, dan berdoa semoga memelihara pegangan Ahli Sunnah wal Jama’ah di Malaysia ini khususnya, dan seluruh dunia amnya. Amin, Ya Rabbal Alamin.
Isu Wahhabi: Jangan Jadi Seperti “Empat Orang Buta dengan Seekor Gajah”
SILA KLIK DI SINI UNTUK KE BLOG TERSEBUT
Mufti Perlis bela Asri hingga kata tauliah isu warisan penjajah !!
Apakah patut Mufti ini menuduh isu tauliah isu ada kaitan dengan penjajah ?
sedangkan di Perlis juga dibuat undang-undang mewajibkan tauliah !

sila lihat artikel asa di blog ini http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/11/mufti-perlis-hina-jaips.html
Sila lihat 25 dalil Juanda tidak layak jadi Mufti !
1- Juanda Jaya mendakwa mazhab Syafi’e tidak adil (1).
2- Juanda Jaya mendakwa Undang-undang perkahwinan Islam Malaysia yang meletakkan perempuan yang berumur kurang dari 16tahun dan lelaki yg berumur kurang daripada 18 tahun agar meminta keizinan dari mahkamah untuk berkahwin…Juanda mendakwa ia bercanggah dengan hukum syarak Islam (1).
3- Juanda Jaya mendakwa undang2 keluarga Islam di Malaysia dalam mentafsir perihal KITABIYYAH adalah tertolak dan tiada dalil walaupun di ambil dari kitab AL-Umm karangan Imam Syafi’e (1).
4- Juanda Jaya mengkritik & mengkondem kitab AL-Umm karangan Imam Syafi’e (1).
5- Juanda Jaya mendakwa si isteri yang telahpun ditalak oleh suaminya masih lagi dikira sebagai isteri kepada lelaki itu secara sah walaupun belum ruju’(1).
6- Juanda Jaya mendakwa Talak Ta’liq tidak jatuh talak walaupun perkara ta’liq itu telah pun berlaku (1).
7- Juanda Jaya menyuruh wanita dilantik Hakim Mahkamah Syariah (1).
8- Juanda Jaya menuduh dalam “Marhaban” ada penyamaan nabi Muhammad dengan Allah (1).Sedang ia sebaliknya.
9- Menghukum Tokoh ulama sebagai sesat (4).
10- Juanda Jaya mengakui bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab adalah pengasas & guru besar Wahhabi (2).
11- Juanda Jaya memunsing fakta kononnya Jazirah ‘Arabiah tiada ulama Islam tiba-tiba muncul Muhammad Bin Abdul Wahhab menyelamatkan bumi(2).
12- Juanda Jaya mendakwa Muhammad bin Abdul Wahhab belajar dengan Ibnu Taimiah dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah sedangkan kedua-keduanya telah mati lebih 500 Tahun sebelum kelahiran Muhammad bin Abdul Wahhab (2).
13- Juanda Jaya mendakwa orang awam yang bertaqlid dengan mazhab adalah sesat (3).
14- Melarang umat Islam mengenali Muhammad Bin Abdul Wahhab daripada kata2 orang lain sedangkan dia sendiri (Juanda) menukilkan kata2 orang2 lain kononnya memuji Muhammad Bin Abdul Wahhab (2).
15- Mendakwa pemikiran Tajdid Islam adalah diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahhab (2). Sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.
16- Mendakwa Qubah di atas kubur itu adalah bid’ah sesat dan khurafat (2). Sedangkan di atas Maqam @ kubur Nabi Muhammad terdapat Qubah.
17- Mengutuk ulama Islam (2).
18- Mengakui Wahhabi menentang Daulah Khilafah Uthmaniyyah (2).
19- Melarang orang awam bertaqlid kemudian mewajibkan pula orang awam bertaqlid (3).
20- Melarang orang awam mengikut pandangan ulama kemudian mewajibkan ia pula (3).
21- Mengharamkan umat Islam mengikut pandangan ulama Mujtahid tanpa dalil waktu yang sama mewajibkan kepada orang awam permindahan ke mana-mana mazhab walaupun tiada dalil (3).
22- Mendakwa kononnya Jazirah Arab beragamakan Bid’ah ketika waktu Muhammad Bin Abdul Wahhab (2).
23- Mendakwa Wahhabi adalah bermazhab Hambaly, mazhab Hambaly adalah Wahhabi (2). Sedangkan hakikatnya Wahhabi mengharamkan mazhab.
24- Mendakwa kononnya seluruh umat negara arab beraqidah sesat ketika zaman Muhammad bin Abdul Wahhab (2).
25- Mendakwa Muhamad Bin Abdul Wahhab adalah kekasih pilihan Allah (2) dan Mendakwa kononnya Muhammad Bin Abdul Wahhab telah dilantik oleh Allah sendiri untuk melaksanakan misi Allah (2). Demikian adalah ghuluw dirinya (Juanda) mendewa-dewakan orang yang dia sendiri tidak kenal.
sumber : http://diriw.wordpress.com/2009/02/04/50-sebab-mengapa-juanda-jaya-tidak-layak-jadi-mufti/
Apa kata kita desak beliau juga digugurkan dari menjadi Mufti ?????
Wahabi adalah agen Yahudi dan Nasrani dalam kejatuhan Empayah Uthmaniyah
Menurut Abdul Qadim Zallum, gerakan Wahabi telah dimanfaatkan oleh Muhammad bin Saud (w. 1765) untuk memukul Khilafah Utsmaniyah dari dalam. Namun tindakan yang sudah dapat disebut pemberontakan ini, menurut Zallum terjadi tanpa disadari oleh para penganut gerakan Wahabi, meski disadari sepenuhnya oleh Muhammad bin Saud. (Zallum, Kaifa Hudimat Al-Khilafah, hal. 14).
Tulisan ini hendak mengkaji kitab Kaifa Hudimat Al-Khilafah (hal. 13-20) yang mengungkapkan upaya Muhammad bin Saud memanfaatkan gerakan Wahabi untuk mengguncangkan Khilafah Utsmaniyah dari dalam. Kajian akan dilengkapi dengan berbagai referensi lain yang relevan.
Gerakan Wahabi dan penguasa Saudi muncul pertama kali pada abad ke-18 di tengah kondisi yang kurang menguntungkan bagi Khilafah Utsmaniyah, baik internal maupun eksternal.
Secara internal, kelemahan Khilafah mulai menggejala pada abad ke-18 ini, disebabkan oleh buruknya penerapan hukum Islam, adanya paham-paham asing –seperti nasionalisme dan demokrasi– yang mengaburkan ajaran Islam dalam benak umat Islam, dan lemahnya pemahaman Islam yang ditandai dengan vakumnya ijtihad. (An-Nabhani, Ad-Daulah Al-Islamiyyah, hal. 177).
Secara eksternal, negara-negara Eropah seperti Inggris, Perancis, dan Italia telah dan sedang berkonspirasi untuk menghancurkan Khilafah Utsmaniyah. Negara-negara Eropa itu berkali-kali berkumpul dan bersidang membahas apa yang disebutnya Masalah Timur (al-mas’alah al-syarqiyyah, eastern question) dengan tujuan untuk membagi-bagi wilayah Khilafah. Meski tidak berhasil mencapai kata sepakat dalam pembagian ini, namun mereka sepakat bulat dalam satu hal, yaitu Khilafah harus dihancurkan. (El-Ibrahimy,Inggris dalam Pergolakan Timur Tengah, hal. 27).
Agar Khilafah hancur, negara-negara Eropa itu melakukan serangan politik (al-ghazwuz siyasi) dengan menggerogoti wilayah-wilayah Khilafah. Selain Rusia yang yang telah mencaplok wilayah Turkistan tahun 1884 dari wilayah Khilafah, Perancis sebelumnya telah mencaplok Syam (Ghaza, Ramalah, dan Yafa) tahun 1799. Perancis juga telah merampas Al-Jazair tahun 1830, Tunisia tahun 1881, dan Marakesh tahun 1912. Italia tak ketinggalan menduduki Tripoli (Libya) tahun 1911. Sementara Inggris menguasai Mesir tahun 1882 dan Sudan tahun 1898. (An-Nabhani, Ad-Daulah Al-Islamiyyah, hal. 206-207).
Demikianlah serangan militer telah dilancarkan Eropa untuk menghancurkan Khilafah dengan cara melakukan disintegrasi wilayah-wilayahnya satu demi satu. (Jamal Abdul Hadi Muhammad, Akhtha` Yajibu an Tushahhah fi Tarikh Ad-Daulah Al-Utsmaniyyah, Juz II/9).
Selain upaya langsung dari luar, berbagai cara juga ditempuh oleh Eropa untuk menghancurkan Khilafah dari dalam. Menurut Zallum ada empat cara yang digunakan, yaitu : pertama, menghembuskan paham nasionalisme. Kedua, mendorong gerakan separatisme. Ketiga, memprovokasi umat untuk memberontak terhadap Khilafah. Keempat, memberi dukungan senjata dan dana untuk melawan Khilafah. (Zallum, Kaifa Hudimat Al-Khilafah, hal. 13; Abdur Rauf Sinnu, An-Naz’at Al-Kiyaniyat al-Islamiyah fi ad-Daulah al-Utsmaniyah, hal. 91).
Di sinilah Inggris menggunakan cara-cara tersebut untuk memukul Khilafah dari dalam, melalui antek-anteknya Abdul Aziz bin Muhammad bin Saud (w. 1830) yang memanfaatkan gerakan Wahabi. Upaya ini mendapat dukungan dana dan senjata dari Inggris. (Kaifa Hudimat Al-Khilafah, hal. 13).
Hubungan konspiratif segitiga antara Inggris, Abdul Aziz bin Muhammad bin Saud, dan gerakan Wahabi ini diuraikan secara detail oleh Abul As’ad dalam kitabnya As-Su’udiyyah wa Al-Ikhwan al-Muslimun (hal. 15). Menurutnya, Abdul Aziz membangun ambisi politiknya atas dasar dua basis. Pertama, adanya dukungan internasional dari Inggris. Kedua, adanya dukungan milisi bersenjata dari gerakan Wahabi.
Dukungan Inggris terhadap Abdul Aziz ini terbukti misalnya dengan adanya berbagai perjanjian rahasia antara Inggris dan Abdul Aziz tahun 1904. Abul As’ad mengatakan,”Hubungan ini [Inggris dan Abdul Aziz] semakin kuat dengan berbagai perjanjian rahasia antara dua pihak tahun 1904, di mana Abdul Aziz menerima dukungan materi, politik, dan militer dari Inggris yang membantunya untuk meluaskan pengaruhnya di Nejed serta menguasai kota Ihsa` dan Qathif tahun 1913.” (Abu Al-As’ad, As-Su’udiyyah wa Al-Ikhwan al-Muslimun, hal. 16).
Adapun dukungan milisi dari gerakan Wahabi kepada Abdul Aziz, telah terbentuk sebelumnya sejak tahun 1744 ketika terjadi kontrak politik antara ayahnya (Muhammad bin Saud) dengan Muhammad bin Abdul Wahhab. Kontrak politik ini berlangsung di kota Dir’iyyah, sehingga sering disebut “Baiah Dir’iyyah” (Tarikh Al-Fakhiri, tahqiq Abdullah bin Yusuf Asy-Syibl, hal. 25).
Dengan kontrak politik itu, Muhammad bin Saud mendeklarasikan dukungannya terhadap paham gerakan Wahabi dan menerapkannya dalam wilayah kekuasaannya. Sedang gerakan Wahhabi yang sebelumnya hanya gerakan dakwah kelompok, berubah menjadi gerakan dakwah kekuasaan. Implikasinya, paham Wahabi yang semula hanya disebarkan lewat dakwah murni, kemudian disebarkan dengan paksa menggunakan kekuatan pedang kepada penganut mazhab lain, antara lain penganut mazhab Syafi’i. (Kaifa Hudimat Al-Khilafah, hal. 16).
Dengan dukungan dana dan senjata dari Inggris, penguasa Saudi dan kaum Wahabi bahu membahu memerangi dan menduduki negeri-negeri Islam yang berada dalam kekuasaan Khilafah. Dengan ungkapan yang lebih tegas, sebenarnya mereka telah memberontak kepada Khalifah dan memerangi pasukan Amirul Mukminin dengan provokasi dan dukungan dari Inggris, gembongnya kafir penjajah. (Kaifa Hudimat Al-Khilafah, hal. 13).
Penguasa Saudi dan Wahabi telah menyerang dan menduduki Kuwait tahun 1788, lalu menuju utara hingga mengepung Baghdad, menguasai Karbala dan kuburan Husein di sana untuk menghancurkan kuburan itu dan melarang orang menziarahinya. Pada tahun 1803 mereka menduduki Makkah dan tahun berikutnya (1804) berhasil menduduki Madinah dan merobohkan kubah-kubah besar yang menaungi kuburan Rasulullah SAW. Setelah menguasai Hijaz, mereka menuju ke utara (Syam) dan mendekati Hims. Mereka berhasil menguasai banyak wilayah di Siria hingga Halb (Aleppo). (Muwaffaq Bani Al-Marjih, Shahwah ar-Rajul Al-Maridh, hal. 285).
Menurut Zallum, serangan militer ini sebenarnya adalah aksi imperialis Inggris, karena sudah diketahui bahwa penguasa Saudi adalah antek-anek Inggris. Jadi, Inggris telah memanfatkan penguasa Saudi yang selanjutnya juga memanfaatkan gerakan Wahabi untuk memukul Khilafah dari dalam dan mengobarkan perang saudara antar mazhab dalam tubuh Khilafah.
Hanya saja, seperti telah disebut di depan, para pengikut gerakan Wahabi tidak begitu menyadari kenyataan bahwa penguasa Saudi adalah antek Inggris. Mengapa? Karena menurut Zallum, hubungan yang terjadi bukanlah antara Inggris dengan Muhammad bin Abdul Wahhab, melainkan antara Inggris dengan Abdul Aziz, lalu antara Inggris dengan anak Abdul Aziz, yaitu Saud bin Abdul Aziz. (Kaifa Hudimat Al-Khilafah, hal. 14).
Mungkin karena sebab itulah, banyak para penganut gerakan Wahabi –mereka lebih senang menyebut dirinya Salafi– menolak anggapan bahwa Muhammad bin Abdul Wahhab telah memberontak kepada Khilafah Utsmaniyah. Banyak kitab telah ditulis untuk membersihkan nama Muhammad bin Abdul Wahhab dari tuduhan yang menurut mereka tidak benar itu. Contohnya kitab Tashih Khathta` Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyahkarya Asy-Syuwai’ir; lalu kitab Bara`ah Da`wah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab min Tuhmah Al-Khuruj ‘Ala Ad-Daulah Al-Utsmaniyah karya Al-Gharib, juga kitab Kasyfu Al-Akadzib wa al-Syubuhat ‘an Da’wah Al-Mushlih Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab karya Shalahudin Al Syaikh. Termasuk juga kitab yang sudah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia, yang berjudulBangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah karya Ash-Shalabi. (Pustaka Al-Kautsar, 2004).
Bahkan dalam buku yang terakhir ini, Ash-Shalabi mencoba membangun konstruksi persepsi sejarah yang justru mengaburkan fakta sejarah yang sesungguhnya. Ash-Shalabi mengatakan bahwa perang antara Khilafah (yang diwakili oleh Muhammad Ali, yakni Wali Mesir) melawan gerakan Wahabi pertengahan abad ke-19, adalah Perang Salib yang berbaju Islam. (Ash-Shalabi, Ad-Daulah Al-Utsmaniyah Awamil An-Nuhudh wa Asbab As-Suquth, hal. 623).
Maksudnya, Muhammad Ali dianggap representasi pihak Salib karena dia dianggap antek Inggris dan Perancis, sementara gerakan Wahabi dianggap representasi tentara Islam. Subhanallah, hadza buhtanun ‘azhim.
Padahal, Muhammad Ali meski benar dia adalah antek Perancis menurut Zallum tapi dia memerangi Wahabi karena menjalankan perintah Khalifah, bukan menjalankan perintah kaum Salib. Jadi, perang yang terjadi sebenarnya adalah perang antara Khilafah dan kaum pemberontak yang didukung Inggris, bukan antara kaum Salib melawan pasukan Islam.
Ada satu fakta sejarah yang diabaikan oleh para penulis sejarah apologetik itu, yang mencoba membela posisi Wahabi atau penguasa Saudi yang memberontak kepada Khilafah. Mereka nampaknya lupa bahwa wilayah Hijaz telah lama masuk ke dalam wilayah Khilafah Utsmaniyah. Sejak tahun 1517 M, Hijaz telah secara resmi menjadi bagian Khilafah pada masa Khalifah Salim I yang berkuasa 1512-1520. Peristiwa ini ditandai dengan pernyerahan kunci Makkah dan Madinah kepada penguasa Khilafah Utsmaniyah. (Abdur Rauf Sinnu, An-Naz’at Al-Kiyaniyat al-Islamiyah fi ad-Daulah al-Utsmaniyah, hal. 89; Tarikh Ibnu Yusuf, hal. 16; Abdul Halim Uwais, Dirasah li Suquth Tsalatsina Daulah Islamiyyah, hal. 88).
Jadi, kalau Hijaz adalah bagian Khilafah, maka upaya mendirikan kekuasaan dalam tubuh Khilafah, seperti yang dilakukan penguasa Saudi dan Wahabi, tak lain adalah upaya ilegal untuk membangun negara di dalam negara. Lalu kalau mereka berperang melawan Khalifah, apa namanya kalau bukan pemberontakan?
Para penulis sejarah apologetik itu semestinya bersikap objektif dan adil, tidak secara apriori berpihak kepada penguasa Saudi atau gerakan Wahabi. Atau secara apriori membenci Khilafah atau aktivis pejuang Khilafah saat ini. Allah SWT berfirman (artinya) : “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa.” (QS Al-Maaidah : 8).
Namun nampaknya justru bersikap adil sepertilah yang paling sulit dilakukan oleh sejarawan, sejarawan manapun, khususnya penulis sejarah sezaman (l’histoire contemporaine, contemporary history). Dalam ilmu sejarah, menulis sejarah sezaman ini adalah paling sulit bagi ahli sejarah untuk tidak memihak (non partisan). Namun meski sulit, sejarawan seharusnya menulis secara obyektif, sekalipun menulis tentang penguasa yang sedang berkuasa. (Poeradisastra, 2008). Wallahu a’lam.
Aal Syaikh, Shalahudin bin Muhammad bin Abdurrahman, Kasyfu Al-Akadzib wa al-Syubuhat ‘an Da’wah Al-Mushlih Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab, (ttp : tp), tt.
Abu Al-As’ad, Muhammad, As-Su’udiyyah wa Al-Ikhwan al-Muslimun, (Kairo : Markaz Ad-Dirasat wa Al-Ma’lumat al-Qanuniyah li Huquq al-Insan), 1996.
Al-Fakhiri, Tarikh Al-Fakhiri, tahqiq Abdullah bin Yusuf Asy-Syibl, (Riyadh : Maktabah Al-Malik Fahd), 1999.
Al-Gharib, Abdul Basith bin Yusuf, Bara`ah Da`wah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, (Amman : tp), tt.
Al-Ja’bari, Hafizh Muhammad, Gerakan Kebangkitan Islam (Harakah Al-Ba’ts Al-Islami), Penerjemah Abu Ayyub Al-Anshari, (Solo : Duta Rohmah), 1996.
Al-Marjih, Muwaffaq Bani, Shahwah ar-Rajul Al-Maridh, (Kuwait : Muasasah Shaqr Al-Khalij), 1984.
An-Nabhani, Taqiyuddin, Ad-Daulah Al-Islamiyyah, (Beirut : Darul Ummah), 2002.
Ash-Shallabi, Ali Muhammad, Ad-Daulah al-Utsmaniyah ‘Awamil an-Nuhudh wa Asbab as-Suquth, (ttp : tp), tt.
Asy-Syuwai’ir, Muhammad Saad, Tashih Khathta` Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyah, (Ttp : Darul Habib), 2000.
El-Ibrahimy, M. Nur, Inggris dalam Pergolakan Timur Tengah, (Bandung : NV Almaarif), 1955.
Ibnu Yusuf, Tarikh Ibnu Yusuf, tahqiq Uwaidhah Al-Juhni, (Riyadh : Maktabah Al-Malik Fahd), 1999.
Imam, Hammadah, Daur Al-Usrah As-Su’udiyah fi Iqamah Ad-Daulah Al-Israiliyyah, (ttp : tp), 1997.
Muhammad, Jamal Abdul Hadi, Akhtha` Yajibu an Tushahhah fi Tarikh Ad-Daulah Al-Utsmaniyyah, Juz II, (Al-Manshurah : Darul Wafa`), 1995.
Poeradisastra, S.I., Sumbangan Islam Kepada Ilmu dan Peradaban Modern, (Depok : Komunitas Bambu), 2008.
Sinnu, Abdur Rauf, An-Naz’at Al-Kiyaniyat al-Islamiyah fi ad-Daulah al-Utsmaniyah 1877-1881, (Beirut : Baisan), 1998.
Uwais, Abdul Halim, Dirasah li Suquth Tsalatsina Daulah Islamiyyah, (ttp : tp), tt.
Yaghi, Ismail Ahmad, Ad-Daulah Al-Utsmaniyyah fi At-Tarikh Al-Islami al-Hadits, (Ttp : Maktabah Al-’Abikan), 1998.
Zallum, Abdul Qadim, Kaifa Hudimat Al-Khilafah, (Beirut : Darul Ummah), 1990.



