Pembelaan Uwais Qarni Terhadap Fitnah Syeikh Nazim Al Haqqani 

Copy&paste:

Antara penerangan dan nasihat daripada Ustaz Uwais Qarni dalam kuliah semalam berkenaan dengan isu Habaib dan Naqshabandi ;

1. Hentikan kata-kata yg tidak baik seperti tuduhan sesat dan sebagainya terhadap org yang telah meninggal dunia. Sama ada terhadap Almarhum Syeikh Nizam al-Haqqani (Pengasas Tareqat Naqshabandi) dan Almarhum YM Raja Ashman Sultan Azlan Shah, anakanda Sultan Perak. Dikhuatiri kita mencerca orang yang Allah telah muliakan mereka setelah mati, kita tidak tahu.

2. Sebagai org awam, jangan terlalu ghairah bersandar kpd pandangan2 pihak tertentu yg gemar melempar tuduhan sesat, syirik, kafir dan sebagainya kpd pihak lain yg tidak disenangi mereka. Untuk menjatuhkan hukum sesat, syirik, kafir dan sebagainya perlu kepada penelitian yg terperinci bkn semata-mata atas bukti gambar dan video kerana kita tidak hadir semasa gambar diambil dan video itu dirakamkan.

3. Isu bersentuhan dengan wanita ajnabi harus dilihat dari segi pegangan mazhab. Syeikh Nazim al-Haqqani dan Syeikh Hisham Kabbani merupakan pengikut mazhab Hanafi yang membolehkan sentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi dengan tanpa syahwat. Justeru tidak timbul persoalan di sini. Satu perkara lagi yang perlu dinilai adalah kerja dakwah yg dilakukan oleh Syeikh Nizam al-Haqqani. Beliau merupakan pendakwah Islam yg bergerak di negara-negara eropah. Syeikh berdepan dengan pelbagai jenis org yg datang dari kehidupan yg penuh zulumat. Kita sedia maklum kejahilan dan budaya eropah yg teruk. Ada antara mereka yg bila berdepan dgn Syeikh, dengan pelbagai tingkah laku dan gaya penampilan yg bermacam-macam. Syeikh mengambil pendekatan berbeza bila berdepan dgn mereka atas nama dakwah dan sudah tentulah Syeikh akan mendidik dari semasa ke semasa dan berperingkat. Berbalik kpd bukti bergambar yg disebarkan, kita tidak hadir semasa itu justeru jangan terlalu cepat membuat tuduhan.

4. Penggunaan istilah yg boleh mengelirukan orang awam hendaklah diperbetulkan. Seperti cium kaki menjadi sujud atau sembah, berdoa di kubur menjadi sembah kubur, berzikir dengan pergerakan badan menjadi tarian atau berjoget. Penggunaan istilah yg tidak tepat inilah yang boleh menimbulkan fitnah. Sedangkan amalan-amalan tersebut ada dalil-dalil yg mengharuskannya.

5. Pergerakan badan dalam berzikir adalah diharuskan. Sekiranya pergerakan itu disifatkan sebagai tarian atau berjoget, soalannya adakah tarian dan berjoget itu haram atau sesat? Jika tidak, adakah tarian apabila disertakan zikir menjadikan ia sesat atau haram? Tarian yg haram atau zikir yg haram? Sesuatu yg bukan sunnah, tidak semestinya haram dan sesat. Isu ini pernah diulas dan dijawab oleh Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din. Sila cari dan rujuk kenyataan beliau.

6. Hubungan Habaib dan Naqshabandi. Setakat ini, cuma sekali sahaja Habib Syech dijemput mengalunkan Qasidah dan Selawat dalam majlis yang  

Gambar untuk fitnah tariqat Syeikh Nazim Al Haqqani oleh puak pro Wahabi 

diadakan oleh kumpulan Naqshabandi. Tuduhan menyatakan Habib Syech sebagai orang kanan Syeikh Hisham Kabbani jelas satu fitnah, tanpa siasatan dan hanya merujuk kepada sekeping gambar. Kalaulah dengan hanya gambar kita boleh menjatuhkan tuduhan kepada ulamak, ramailah ulamak yg kita akan tuduh mcm2 dengan sebab gambar.

7. Habaib dan para ulamak mengambil pendekatan mempertahankan para Syeikh Naqshabandi bkn kerana mereka juga ahli Naqshabandi. Tetapi mereka tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman sesat, syirik atau kafir kepada pihak yang tidak sama cara dengan mereka. Mereka meneliti dan mengambil kira perbezaan pendapat dan hujah-hujah yang dikemukakan.

Ustaz Moden : Hati-hati membuat tuduhan kepada ulama yang diiktiraf ulama besar dunia Islam… Yang banyak jasa sebar Islam di Eropah. Elok diam dari menolong sebar fitnah.

Jawapan Isu Zikir Menari oleh Tuan Guru Dr Haron Din 

 Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.

Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).

Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”

Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.

Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.

Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.

Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.

Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.

Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”

Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.

Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).

Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.

Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”

Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.

Wallahu ta’ala a’lam.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

http://www.harakahdaily.my/pandangan-haron-din-berkenaan-zikir-sambil-menari

FATWA BERHUBUNG GST

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 – 22 Oktober 2014 telah membincangkan Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.

2. Berdasarkan hasil penyelidikan tersebut, Muzakarah mendapati bahawa:

i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar’iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.

ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhi maslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.

iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi’i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.

iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:

الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم
“Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka”.

3. Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.

4. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:

i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan setempat.

Kajian Terhadap Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) | Portal Rasmi Fatwa Malaysia
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-terhadap-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst

MYKMU Bidas Mufti Perlis @RealDrMaza Isu Ust Kazim Elias Difitnah Hadis Palsu

Berubahlah Dr Maza, Jangan Cari Jalan Neraka!

Oleh AJAB

Semalam dikhabarkan pihak Istana Perlis bersama Pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mendamaikan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dengan Datuk Kazim Elias. Perdamaian ini mungkin “real” atau mungkin juga sekadar menghormati inisiatif Istana.

Penulis memang mengharapkan pertemuan ini merupakan satu titik tolak pemulihan maruah para ilmuan Islam setelah sekian lama tercemar dengan pelbagai pandangan dan kenyataan separuh benar oleh Mufti Perlis ini.

dr-mazaMempunyai kesempatan mengikuti, memerhati dan menelaah idea, pandangan dan pemikiran Dr Mohd Asri Zainal Abdin (Maza) pada zaman awal kemunculan beliau, penulis percaya beliau mempunyai ciri-ciri untuk menjadi satu figura agama Islam di negara ini suatu masa nanti.

Keterbukaan dan perbahasan ilmunya sangat baik dan mudah menangkap dalam pemikiran generasi muda.

Malangnya, Dr Maza mengulangi kesilapan dan kesalahan ramai ilmuan dan pemikir sebelum ini. Mereka menjadi bongkak, takbur, merasakan mereka sahaja yang betul dan benar.

Apabila tamat kontrak Mufti beberapa tahun lalu, Dr Maza memilih jalan populariti berbanding jalan ulama.

Ulama yang berjiwa besar jarang mencerca, menghina, menyindir dan mengejek umat Islam lain apatah pemimpin negara jika ia bukan membabitkan hal-hal besar mengenai kepentingan Islam.

Selepas sedikit popular dengan pandangan progresif, Dr Maza membenarkan hati dan perasaannya dihanyutkan oleh perasaan mahu menjadi hebat dan gah di kalangan rakyat lalu membuat pelbagai komen politik dan isu masyarakat yang mengikut arus populariti bukannya berpaksi kepada kebenaran.

Apabila kita menonton ceramah Maza kita akan mendengar pelbagai sindiran dan sinisan terhadap pemimpin hanya untuk menarik khalayak ceramahnya.

Selain ceramah, Facebook dan Twitter beliau juga sering kali menyiarkan kenyataan-kenyataan palsu seperti isu kapal terbang Perdana Menteri, kembara Tengku Mahkota Johor, isteri Perdana Menteri dan banyak lagi maklumat palsu disebarkan melalui akaun beliau.

Inilah antara komentar yang pernah laman ini terbitkan ketika meneliti pandangan-pandangan Maza semasa beliau pencen kali pertama sebagai Mufti Perlis.

i. Orang Lain Sibuk Membantu, Dr Maza Pimpin Rakyat Jalan Ke Neraka?

ii. Fitnah: Apa Rasanya Berdosa Besar Sekali Sekala Dr. Maza?

iii. Siapa Hipokrit : Antara Asri (Maza), Azhar Idrus, Haron Din Dalam Isu Kalimah Allah

iv. Dr Asri Tolong Jawab: Bolehkah Seorang Peliwat Menjadi Pemimpin Dalam Islam?

Ingatkan kegilaan populariti ini hanya berlaku ketika tiada jawatan. Namun sebaik memegang semula jawatan Mufti beliau terus menyerang pendakwah lain yang tidak sealiran dengan beliau.

Dr Maza sebagai Mufti Perlis, menghantar surat kepada kerajaan Negeri Perlis membantah jemputan ke atas Ustaz Kazim Elias untuk menyertai forum Islam sempena hari keputeraan Raja Perlis. Dalam surat tersebut beliau memberi alasan Kazim ialah seorang penyebar hadis palsu.

Sebagai Mufti negeri, beliau boleh sahaja memberi pandangan lisan kepada penganjur. Namun untuk menunjukkan kehebatan, beliau menulis surat rasmi.

Apabila tersebar surat tersebut dan beliau diminta menunjukkan bukti Kazim membawa hadis-hadis palsu, Dr Maza mengambil sebahagian kecil ucapan Kazim kononnya Rasulullah membuat kenduri roti jala dan kuah kari kambing.

Memang Dr Maza benar bila berkata “tidak benar nabi makan roti jala cicah kuah kari.”

Namun tuduhan beliau bahawa Ustaz Kazim Elias bawa hadis palsu sangat salah dan merbahaya.

Bukan sahaja kerana dalam ceramah tersebut Kazim tidak pernah menyatakan ia sebagai hadis atau diriwayatkan oleh sesiapa pun; malah tuduhan penyebar hadis palsu harus dibawa ke peringkat muzakarah ulama bukannya membuat keputusan semberono dan sendirian.

Sebagai mufti juga Dr Asri salah apabila mengeluarkan satu surat yang membuat tuduhan serius ke atas Ustaz Kazim tanpa memanggil beliau untuk mendapatkan penjelasan.

Bukankah wajar untuk seorang Mufti memanggil mana-mana pendakwah yang dirasakan membawa hadis palsu atau terpesong untuk mendengar fakta sebenar dari mulut individu terbabit sebelum membuat keputusan yang sebesar itu? Tuduhan penyebar hadis palsu samalahs eperti menuduh menyeleweng ajaran Islam.

Malangnya, Mufti Perlis ini memilih jalan bergaduh, menimbulkan fitnah dan membuat dakyah sesama rakan pendakwah hanya kepentingan duniawi.

Mengapa penulis kata kepentingan duniawi? Jika Maza memberat kepentingan akhirat dan agama beliau tidak akan terpesona dan terpegun dengan jumlah like di Facebooknya; atau pengikut di Twitter, mahu pun pembaca tulisannya di Malaysiakini.

Kerana keghairahan mengejar populariti, beliau membuat pelbagai kenyataan bersunur fitnah dan separuh benar ke atas pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri dan isteri, pemimpin negara dan lain-lain kumpulan yang tidak sealiran dengan beliau.

Dr Maza harus berhenti menjadi selebriti. Jadilah seorang ilmuan yang menjaga kata-kata dan tutur bicara.

Jangan kejar jalan ke neraka sedang jalan ke syurga terbentang luas.

Sumber http://www.mykmu.net/2015/03/berubahlah-dr-maza-jangan-cari-jalan-neraka/http://www.mykmu.net/2015/03/berubahlah-dr-maza-jangan-cari-jalan-neraka/

Kaki Buruk Selepas Pijak Al Quran

mengikut maklumat dalam Whatsapp yang boleh dipercayai namun boleh dibetulkan jika tidak tepat berkenaan kaki warga Jerman yang menjadi buruk bila memijak Al Quran.

ia memberitahu kepada orang termasuk bukan Islam agar menjaga kehormatan Al Quran walau mereka tidak menerima kebenarannya.

tidak perlu kita atau mereka menghina lain-lain agama kerana masing-masing mempunyai kepercayaan yang berbeza.

namun jangan sampai kita mengatakan semua ajaran adalah benar dan sama kerana ia akan membawa kepada Islam Liberal.

image image

Meninggal Dunia Semalam di Masjidil Haram

Banyak kisah wali Allah mereka meninggal ketika keadaan paling hampir hampir dengan Allah iaitu ketika sujud.

Hari ini kisah sebegini juga masih berlaku untuk menjadi iktibar kepada kita.

Semoga hayat kita juga berakhir sebegini.

Amin.

Meninggal dunia hari Ahad 2.1.1436 Hijrah di Masjidil haram ketika sedang solat dhuha. Semoga Allah merahmati dan mengampuni ya Allah biarlah saat akhir hayat kami dengan baik dan Kau memanggil kami dalam keadaan Engkau meredhai kami.

Kajian Usaha Orientalis Cuba Burukkan Hadis Nabi

Baca di sini

http://abuyusofzaid.wordpress.com/2012/10/10/keangkuhan-orientalis-tentang-hadith/

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers