KESEMUA WAHHABI KAFIRKAN AMALAN MAULID NABI

BUKTI BERFAKTA WAHHABI KAFIRKAN YANG DIPERTUAN AGONG,SULTAN & RAJA-RAJA,PM,TPM,MENTERI DAN KESEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

YANG DIPERTUAN AGONG DI HARI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

RAJA PERLIS DI HARI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL.



WAHHABI TOLAK AMALAN MAULID MEMPERGUNA DAN MEMPERKOTAK-KATIKKAN KENYATAAN ILMUAN.

Kata Wahhabi: Siapa sambut Maulid Nabi maka dia berzina dengan ibunya!, Siapa sambut Maulid Nabi maka dia pembuat bid’ah!, Siapa buat Maulid Nabi maka dia halalkan apa yang haram ( kafir )!, Siapa sambut Maulid Nabi maka dia ahli neraka!, Siapa buat Maulid Nabi maka dia pendusta agama!, Siapa buat Maulid Nabi maka dia KAAAPIQ!

Itulah yg terdengar sejak akhir-akhir ini laungan dan slogan yang dibawa dan dimainkan oleh kesemua Wahhabi. Teringat saya akan kenyataan Dato’ Abdullah Mat Zin yang merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa jangan dipertikaikan & jangan dilarang amalan sambutan Maulid Nabi.

Pada awalnya malas saya nak layan Wahhabi yg sering mengkafirkan umat Islam yang menyambut sambutan Maulidur Rasul tetapi apabila melihat laungan Takfir melampau oleh Wahhabi terhadap umat Islam maka perlu dibangkit menyanggah pentakfiran Wahhabi terhadap amalan yang disambut sendiri oleh Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.
Semoga keikhlasan Yang Dipertuan Agong memperigati Maulidur Rasul mendapat ganjaran daripada Allah subhanahu wata’ala dan bersama-sama mendapat syafa’at Nabi di akhirat kelak.amin ya Robbal ‘Alamin.

* – Bukti berfakta Wahhabi kutuk amalan Maulidur Rasul terlalu banyak..selain kitab mereka yang telah di scan di atas boleh kita dapati dalam laman web mereka yang mengutuk habis-habisan amalan Maulid Nabi ini sedangkan Rasulullah menjawab ketika mana ditanya mengenai puasa hari Isnin, jawab baginda:
“HARI ITU ADALAH HARI KELAHIRAN AKU”.

http://www.binbaz.org.sa/mat/search

sumber : http://www.abu-syafiq.blogspot.com/

9 Responses

  1. ada kawan saya cakap nik aziz MB kelantan bangga Pas tak buat perarakan maulid di sana selama 18 tahun memerintah…

    Pas bangga tak sambut maulid Nabi ??? konfius juga saya mendengarnya….

    Umno yang dituduh jahat pun sambut…Mana satu betul ni.

    Kalau ada komen serta di sini..Mungkin ada bagusnya kita bincang.

  2. Biar betul..DS Nik Aziz cakap begitu ke? Sukar untuk mempercayainya..

  3. politik dengan akidah tidak boleh dicampur aduk.umno bukan semua jahat dan pas bukan semua baik.akidah adalah akidah.politik memelihara kepentingan duniawi.sedangkan akidah memelihara kebahagian dunia dan akhirat.kunci kebahagian di akhirat adalah beradab dengan para rasul.nabi ,wali dan org2 soleh.tidak berguna sedikitpun amalan seseorang yang buruk adab dengan nabi.

  4. telah menutup oleh ALLAH akan pintu hati ulama wahabi…..

  5. “Kata Wahhabi: Siapa sambut Maulid Nabi maka dia berzina dengan ibunya!, Siapa sambut Maulid Nabi maka dia pembuat bid’ah!, Siapa buat Maulid Nabi maka dia halalkan apa yang haram ( kafir )!, Siapa sambut Maulid Nabi maka dia ahli neraka!, Siapa buat Maulid Nabi maka dia pendusta agama!, Siapa buat Maulid Nabi maka dia KAAAPIQ!”

    Inilah fitnah paling besar dengan mengatakan wahabi menuduh org bermaulid sama seperti berzina dgn ibunya. Wahai sahabat, berikanlah dalil dan nas dengan adil!

    Adakah benar maulid itu bid’ah? Ya atau salah?

    Jika maulid itu tanda kecintaan umat kepada Nabi, kenapakah para sahabat yang melihat Rasulullah SAW tidak pernah membuat perayaan atau keraian seperti Maulid?

    Adaka saudara nak katakan kita lebih baik dari sahabat Nabi? Ingatlah bahawa bid’ah itu seperti racun yang cukup perlahan bisanya. Dan ingatlah bahawa orang yang menambah-nambah agamanya seperti orang yang merasakan bahawa agama yang diturunkan oleh ALlah kepada Rasulnya itu belum cukup. Maka, dia ada autoriti untuk memperkenalkan amalan seolah-olah dia setaraf dengan Nabi.

    Mahukah saudara berkonspirasi dengan orang yang merasakan agama yang Nabi bawa tidak cukup?

    • Assalamualaikum warahmatullah.

      Saya rasalah, wahabi kata tak boleh makan gunakan sudu sebab nabi saw tak gunakan sudu. kalau kita makan guna sudu itu bid’ah. sebab pakai cara orang putih guna sudu dan garpu.. Nak tanyalah wahai saudara-saudara penyokong wahabi, wahabi tak pakai sudu ku bancuh air kopi dengan gula? mungkin dia orang pakai jari je… kalau begitu bid’ah lah orang yang pakai sudu cedok kuah….

      Tentang Bid’ah Hasanah : wahai wahabi… janganlah kita berkeras kepala mengatakan tak da bid’ah hasanah… tanyalah orang yang arif bid’ah yang macam mana yang dikatakan Hasanah dan yang mana pula dhalalah… janganlah kita dalam kepompong kepercayaan diri sendiri tanpa mahu melihat diluar kepompong..

      Sedangkan MENGHUKUM ORANG ISLAM ITU KAFIR ADALAH SEBESAR-BESAR BID’AH… jadi menghukum kafir tu bukan BID’AH ke?????

      Berbalik tentang menyambut Maulidur Rasul… Dianggap bid’ah…menyambut ulang tahun masehi tak bid’ah ke? kenapa pula tidak mendalami hal-hal seumpama itu?

      wa alaikumussalam

  6. hati hati dengan kata kata walaupun anda dari gelaran Maharaja….Fahami dahulu cara diujikaji sesuatu hukum sebelum diputuskan oleh ulama kita.

    wahabi adalah racun sebenarnya. Virus halus dicipta oleh Zionis yang merosakkan akidah bukan bab fekah sahaja..

    Jika anda benci zionis tentu anda kena sedar zionislah yang mencipta sup beracun atas nama chef wahabi ini. Carilah fakta tentang perkara ini sejelas-jelasnya.

    jika anda benci kezaliman Zionis kepada muslimin maka bencilah wahabi kerana ia lebih berbahaya berbanding zionis tersebut.

    kerana mati dibunuh akan dapat syahid. Tetapi mati ditikam pedang wahabi ini menjadikan anda rosak segala amalan kerana dipesongkan oleh akidah fasid wahabi.

    Akidah fasid yakni menjadikan Allah bertempat, berjisim, bersuara seperti makhluk sedangkan Allah maha suci dari semua yang diatas dan juga dari apa jua lintasan di hati kita walaupun dia dari kalangan setinggi tinggi alim ulama.

    Mana anda mahu, syahid dibunuh zionis dan masuk syurga atau mati biasa dalam rupa wahabi yang telah Suul Adab ( buruk adab )dengan kekasih Allah dan juga Allah Taala.Hingga masuk dan dibakar dalam neraka ?

    Wahabi tidak berada di Perlis sahaja, wahabi berada di mana mana sahaja sekarang kerana ia telah bertukar rupa dan kulitnya.

    Hati hati jika tidak mahu mati sebagai wahabi atau nama mesranya Wahbabi !!!

  7. “wahabi adalah racun sebenarnya. Virus halus dicipta oleh Zionis yang merosakkan akidah bukan bab fekah sahaja..”

    Ikut sunnah dan al quran itu racun zionis? Hebat zionis tu. Setau saya, kalau ikut millah yahudi dan nasrani baru racun zionis. Kalau zionis suka orang ikut nabi, itu mayonis bukannya zionis.

    “Jika anda benci zionis tentu anda kena sedar zionislah yang mencipta sup beracun atas nama chef wahabi ini. Carilah fakta tentang perkara ini sejelas-jelasnya.

    jika anda benci kezaliman Zionis kepada muslimin maka bencilah wahabi kerana ia lebih berbahaya berbanding zionis tersebut.”

    andalah yang sepatutnya mencari fakta yang sebenar tentang apakah itu wahabi, benarkah wahabi itu alat zionis ataupun ia tuduhan yang tiada asas?

    “Akidah fasid yakni menjadikan Allah bertempat, berjisim, bersuara seperti makhluk sedangkan Allah maha suci dari semua yang diatas dan juga dari apa jua lintasan di hati kita walaupun dia dari kalangan setinggi tinggi alim ulama.”

    Jikalau Allah mengatakan itu sifatnya, apakah anda hendak katakan Allah itu berbohong?

    Maha suci Allah bahawa jika Dia bersemayam di atas arasynya, maka adakah anda hendak katakan Allah itu berbohong?

    Buktikan bahawa Rasulullah mengatakan Allah itu di mana-mana jua, selepas itu, baru anda layak berbicara akan hal ini.

    “Mana anda mahu, syahid dibunuh zionis dan masuk syurga atau mati biasa dalam rupa wahabi yang telah Suul Adab ( buruk adab )dengan kekasih Allah dan juga Allah Taala.Hingga masuk dan dibakar dalam neraka ?”

    Siapa yang lebih biadap dengan Allah dengan mengatakan Allah itu berbohong dalam Kalamnya!

    sesungguhnya aku membenarkan apa sahaja yang Allah katakan di dalam Kalamnya sesuai dengan sifat2 kebesarannya! Bukan sahaja bersuara malah lebih itu pun aku percaya.

    Siapa yang lebih buruk adab daripada orang yang mengatakan Allah berbohong dalam kalamnya?

    Di akhirat nanti Allah di mana? Jawab soalan saya! Di situ, baru kita tau awak ataupun saya di dalam neraka?

    “Wahabi tidak berada di Perlis sahaja, wahabi berada di mana mana sahaja sekarang kerana ia telah bertukar rupa dan kulitnya.

    Hati hati jika tidak mahu mati sebagai wahabi atau nama mesranya Wahbabi !!!”

    Wahabi ataupun labi-labi ataupun wahbabi itu nama yang diberikan oleh orang yang membenci orang yang hendak mengikut sunnah Nabi. Nama orang yang hendak mengikut Nabi dan sahabat2nya dan mereka yang hidup selepas itu dinamakan sebagai salafi.

    Maka, fikirkanlah, apakah kedudukan orang yang membenci orang yang cintakan Nabi, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan sahabat2 yang jamin masuk syurga dan gigih mengikut amalan mereka?

  8. Assalamualaikum warahmatullah.

    Wahabi tak ra’i maulid nabi saw… tapi ra’i maulid ulama mereka… tak bid’ah ka? wahabi tak sambut nisfu sya’ban tapi membesarkan sambutan-sambutan orang putih yang bukan islam, tak bid’ah ke? kita menyambut 1 hijrah dengan menilai NIAT kita yang sebelum dan yang akan datang, tapi wahabi pula menyambut tahun baru masehi, tak bid’ah ke?

    Wahai saudara penyokong wahabi…. bacalah khilafiyah dan jawaban ulama…kalau penjelasan dalam tu tak dapat diterima, tak tau la….

    Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: