Kaji dana terjemah karya Islam – Zahid Hamidi

Berita Harian

Oleh Khairul Azran Hussin


ILMU: Ahmad Zahid, Wan Hashim (tengah) dan Mohd Khair pada majlis pelancaran Koleksi Buku Bertemakan Islam Terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mengkaji cadangan mewujudkan dana khas bagi membolehkan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menterjemahkan bahan ilmu bertemakan Islam, terutama hasil karya dari negara timur tengah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata karya dari negara itu amat penting kerana ia kekal sebagai pusat perkembangan tamadun Islam.

Beliau bagaimanapun berkata, ITNM perlu menyediakan kertas kerja bagi membolehkan kerajaan meneliti cadangan itu.

“Dalam kertas kerja itu ITNM perlu menyatakan judul sesuai dan bertepatan hasrat kerajaan mengembangkan ilmu serta kefahaman Islam di kalangan masyarakat Malaysia.

“Selepas itu, barulah kerajaan boleh mengkaji cadangan itu dan jumlah dana khas yang diperuntukkan bagi memastikan usaha itu berjaya,” katanya ketika perasmian Pelancaran Koleksi Buku Bertemakan Islam terbitan ITNM, di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi ITNM, Datuk Wan Hashim Wan Teh, Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiro dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

One Response

  1. bagus dibuat dana utk mantapkan lagi penterjemahan buku luar ke dalam bahasa kita. khususnya dari negara arab…nanti ramai yang akan dapat manfaat daripadanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: