TAHNIAH MALAYSIA KERANA MENJADI CAWANGAN PERTAMA AL AZHAR DI LUAR MESIR !

REMBAU – Majlis Senat Universiti Al-Azhar, Mesir buat pertama kalinya meluluskan penubuhan cawangan universiti itu di Rembau, satu-satunya di luar Mesir selepas lebih 1,000 tahun ia ditubuhkan.

Cawangan universiti itu akan ditempatkan di Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) dan ia dianggap membuka lembaran baru dalam pendidikan berteraskan Islam di negara ini. Dekan Kuliyyah Usuluddin Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia, Profesor Dr. Muhammad Abd. Sattar Nasar berkata, pembukaan cawangan universiti itu merupakan satu usaha mengembangkan ilmu selaras dengan ajaran Islam yang mahukan pendidikan dijadikan sebagai senjata pada masa kini.

“Ini kerana Al-Azhar merupakan jantung kepada pegangan umat Islam di seluruh dunia dan benteng terakhir bagi golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menghadapi cabaran tanpa sempadan,” katanya selepas majlis peletakan batu asas projek kampus itu oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini semalam.

One Response

  1. DI SAAT SAAT ISLAM DITEKAN DAN DIFITNAH, AL AZHAR SUDAH MELAKSANAKAN LANGKAH TEPAT KE ARAH MENINGKATKAN KEFAHAMAN AGAMA YANG SAHIH DALAM MEMASTIKAN KETUANAN ISLAM AKAN TERUS CEMERLANG DI BUMI MALAYSIA DAN NEGARA AKAN SUBUR DENGAN KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH TAALA MENGIKUT MANHAJ AL QURAN DAN ASSUNNAH, DENGAN MEMBUKA CAWANGAN PERTAMA MEREKA DI DUNIA DAN MALAYSIA MENJADI PILIHAN TUNGGAL ITU.

    IA MENGIKTIRAF KOMITMEN NEGARA MELAKSANAKAN ISLAM HAHDARI ( DULU ISLAM MADANI ) DAN IA DILIHAT DALAM BENTUK YANG POSITIF OLEH SEMUA YANG MENYOKONG USAHA MENAMBAHBAIKKAN ISLAM.

    KECUALI YANG IRI ISLAM AKAN NAIK MELALUI GOLONGAN LAIN DAN BUKANNYA DARI GOLONGAN MEREKA AKAN SENTIASA BERKATA ; TIDAK HINGGALAH MEREKA MENDAPAT APA YANG DICITA CITAKANNYA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: