Mayat tidak reput !

http://www.youtube.com/watch?v=0dRm_1OG4oE&feature=related

Awas ! anda perlu terbuka sebelum memikirkan apa apa yang buruk kepada niat saya meletakkan klik ke link video ini.

Kerana ia hanyalah subjek yang menguatkan kebenaran hadis nabi bahawa bumi tidak akan memakan jasad para nabi dan wali…dan jasad di atas adalah penganut agama Nabi Isa a.s yang digelar Ahli Kitab.

Jika bukan Ahli Kitab, mereka boleh digelar dengan umat nabi isa yang mungkin atau tidak , mengakui keesaan Allah dan kenabian Rasulullah s.a.w….wallahua’lam.

Sembelihan dan pernikahan dengan ahli kitab dibenarkan oleh agama. Cuma sekarang ini susah ditemui mereka yang benar benar berpegang dengan ajaran asal Nabi Allah Isa hingga hukum di atas sukar dipraktikkan lagi masa kini.

Lebih elok jika ahli kitab juga memeluk agama Nabi Muhammad hingga mereka turut sama menjadi umat nabi yang sangat dikasihi ALLAH hingga Nabi lain turut mahu menjadi sebahagian dari umat baginda….

Dan dikhabarkan bahawa Nabi Isa akan turun melawan dajal bersama Imam Mahdi dan ketika itu semua akan memeluk agama Islam kerana mereka telah menemui Jesus Christ yang akan menyeru mereka memeluk agama Nabi Muhammad s.a.w….

Meskipun benar didakwa jasad tidak reput di atas , kebenarannya boleh dipertikai.

Tetapi jika betul sekalipun, ia membuktikan bahawa sesiapa yang mengikuti agama dengan kuat, moralnya dia akan diberi kemuliaan di dunia dan juga di akhirat.

Dan sekarang selepas Nabi Muhammad s.a.w dibangkitkan, dan ajaran Nabi Isa dimansuhkan, sesiapa yang memegang api iman dengan teguh hingga menjadi bara,maka dia akan selamat dari fitnah Dajal zaman ini yang bermata satu.

Dajal akan merosakkan agama hingga sesiapa pun tidak akan terlepas dari fitnah dajal kecuali mereka yang dipelihara ALLAH..

Sila tutup suara jika anda tidak mahu mendengar nyanyian dalam video di atas….

Pesan saya, fikirlah sendiri dan jika anda fikir ia benar, memang tidak mustahil kerana ALLAH juga telah mengekalkan mayat FIRAUN yang masih ada hingga ke hari ini di bumi Anbiya di Mesir.

Ia satu istidraj ( iaitu perkara luar biasa yang berlaku di kalangan bukan kekasih ALLAH )

bukan karomah seperti para wali yang masih kekal jasad dan masih hidup ( di sisi ALLAH ) ..

Hidup ?? di sisi ALLAH ??  Bagaimana ? anda sendiri cari jawapannya…

Dua dua perkara ajaib yang berlaku antara jasad nabi / wali dan bukan kekasih ALLAH seperti firaun ; nampak hampir sama tetapi mana satu yang benar dan palsu antara kedua dua jenis jasad di atas ??????

Tentu anda dapat meneka jawapan saya.

One Response

  1. Mayat mereka di awetkanlah, baca la sejarah rahsia mereka. Mereka buat begitu supaya menyesatkan oramg islam. Mana ada ahli kitab zaman sekarang ni, semua kene masuk islam.

    Dah la, jangan kata mereka Ahli kitab, takut banyak orang islam sesat nanti. Dah jelas mereka memusuhi islam dan mengakui Nabi Isa itu tuhan, mana ada ahli kitab mengaku Nabi Isa itu tuhan,

    Sebab itu saya suruh baca sejarah hidup mereka yang dikatakan mayat tak rosak.

    p/s: kalau mayat paderi (saint) tak rosak kenapa paderi pope zaman 90’an diawetkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: