Apakah meratap atau bergembira lebih utama hari mengingati kematian Saidina Husein ?

Nabatiyeh, southern Lebanon 2008
For those who think that the substance on the picture is a red paint: it’s not. It’s the blood of participants who cut their heads with razors.

( klik gambar di atas untuk lebih banyak gambar )

Perayaan Maulid Saidina Husein r.a disambut setiap tahun oleh penganut agama Islam sunni dan syiah. Cuma pendekatan mereka berbeza dan sangat jauh berbeza.

Pengikut sunni menjadikannya medan mengingati akhlak, sejarah, ketinggian maqam dan juga kata kata wasiat berguna dari saidina Husein dengan rasa gembira. Manakan syiah menjadikan hari kematian saidina Husein sebagai tempat menunjukkan kesedihan dan mencederakan diri dengan rasa sedih dan mengalirkan darah serta air mata.

Gambar di atas merupakan satu bukti bagaimana penganut Syiah kecil dan besar memang menganjurkan dibuat upacara menumpahkan darah dan menyiksa diri sendiri bagi meratapi dan bersedih dengan kematian saidina Husein, cucu kesayangan yang digambarkan sebagai penghulu pemuda ahli syurga.

Memang semua pemuda di syurga adalah termasuk golongan di dunia yang telah ditukar rupa mereka hingga semua sekali mencapai usia baya 35 tahun..

ingat lagi kisah perempuan tua yang menangis kerana jenaka baginda Rasulullah s.a.w. yang mengatakan beliau tidak dapat masuk syurga kerana tua. dan akhirnya setelah dijelaskan bahwa di sana semuanya muda, barulah perempuan tua tersebut gembira.

Tak sangka masih ada yang menganggap perbuatan mencederakan diri sendiri tersebut dibenarkan agama. Kerana Saidina Husein sendiri tentu tidak pernah akan menjadikan perayaan meratapi kematian baginda sebagai satu medan mencederakan diri sendiri hingga menampakkan kepada kita semua bahawa agama islam tidak praktikal kerana menyuruh kepada menumpahkan darah diri sendiri hanya kerana mengingati kewafatan cucu kesayangan baginda.

Bayangkan Nabi Muhammad s.a.w melarang kita memotong pokok ketika berperang, melarang dari merosakkan tanaman, melarang dari menyembelih binatang korban jika pisau tidak tajam, melarang dari menzalimi binatang apatah lagi manusia ciptaan Tuhan ; akan menyuruh perbuatan tidak sepatutnya seperti di atas untuk diamalkan oleh kita semua ?

apakah cucu baginda juga akan mengikuti jejak langkah baginda sendiri yang sebelumnya menjadi rahmat seluruh alam atau tidak ?

Sudah tentu ya.

Jika bukan Islam merasa darah diri sendiri kena dikorbankan dan dialirkan setiap kali menyambut perayaan kelahiran mengingati Cucu Nabi Muhammad s.a.w tentu mereka akan berfikir di masa yang sama bahawa darah orang bukan Islam lebih tidak bermakna dan boleh ditumpahkan begitu sahaja dan pada bila bila masa. Mereka tentu tidak menerima sebarang alasan sekalipun untuk merasionalkan perbuatan menyakiti diri hingga sedemikian rupa.

Bahkan kanak kanak turut menyertai perarakan berdarah tahunan sebegini hingga menjadikan ramai orang bukan Islam telah merasa mereka sangat fanatik hingga menumpahkan darah diri sendiri hingga kepada anak anak mereka yang masih kecil.

Kanak kanak sepatutnya tidak dilibatkan dan mereka sebenarnya tidak akan mudah mengikut ajaran Syiah ini jika ayah dan ibu serta keluarga dan tempat mereka bebas dari fahaman Syiah yang jelas menyeleweng sebegini..

Adakah Saidina Husein r.a redha dengan tindakan tidak berperi kemanusian sebegini?

tentu sekali jawapannya tidak !

3 Responses

  1. tidak ada orang islam yang mengajarkan seperti gambar diatas…!!!!!

  2. ????????????????????????????????????????????????

  3. hnya orng bego aj yg mnyinksa dri ya sndri…klaw emng mau mmperingat haul ya saidina husein mah bnyak2 brdoa dng bkan bgtu….dsar mnusia bgo lu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: