IFC menggugat ketuanan Islam di Malaysia !!!

Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC ?

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Inilah yang diperjuangkan dalam PKR dan disokong pula oleh PAS apatah lagi DAP…Fikirlah dengan serius dakwaan ini dan buatlah sesuatu untuk AGAMA BANGSA dan NEGARA kita semua.

38 Responses

  1. Siapa Anwar (Siri 4)

    Siapa Anwar (Siri 3)

    Siapa Anwar (Siri 2)

    • noob giler semua ni. takkan la kalau kerajaan nak bina rumah ibadat agama lain, Islam akan tergugat? LOL betullaa ….. Memang jelas giler kite ni belum menjadi penganut agama Islam yang matured. Siapa boleh kacau akidah kite kalau akidah kite kuat ? takkanlaa IFC boleh goncang akidah kite. kalau kite takut yg IFC boleh menggugat akidah kite, itu bermaksud akidah kite lemah giler aa! kalau kite pengikut Islam yang taat, kita takkan gentar pun dengan sampah ni…

  2. – persoalannya disini, apakah bukti yang menunjukkan bahawa PAS menyokong penubuhan IFC ini?

    -seperti yang kita tahu, Sister in Islam merupakan NGO yang menyokong dan memperjuangkan penubuhan serta tuntutan IFC ini. kalau kita selidik kembali, siapakah sebenarnya pendokong sister in islam? sudah pasti anak-anak bekas perdana menteri malaysia. fikir-fikirkanlah.

    • betul tu..Ustaz muda ke Ulama muda UMNO ni??yg x reti pape ni..politik semata-mata,nak backup Umno yg byk menyokong perkara maksiat..

  3. kepada tuan blog,fikir dhulu sblm mnulis kerana menulis tnpa mnyelik dan berfikir tlebih dahulu ibarat menconteng arang dimuka sdiri n secara xlangsung mnunjukkn diparas mana tahap IQ anda.kenapa mst PAS dipersalahkan??apa buktinya??disinilah yang blh dikatakn apabila pemimpin agama dipinggirkan,dan yg disanjung adalah yg bkn ahlinya.realiti malaysia,klu nk msk TV jgn ckp lebih2,otherwise u’ll b ban.kesian dgn tokoh agama yg keluar TV tp xmmpu mpertahankn agama sejujur2nya..and nasihat sy kpd tuan blog,jika hendak mnilai,jdlah pemikir yg jujur yg mn mngambil kira di kedua2 belah pihak.bkn sekadar apa yg tpapar dikaca TV dan suratkhabar yg terang2an PRO BN. wasalam..

  4. IFC tu ape??dan ape tujuan utama dan siapa yang menubuhkan sampai ramai pemimpin Islam yang setuju??

  5. stuju dgn saudara izwan…….apakah bukti PAS mny0k0ng…..
    sdah pasti pemerintahan yg tdak mgikut ISLAM mmg byk kecelaruannya…….sehingga byk NGO yg brani menghina ISLAM di bumi ISLAM sndiri……di mna pemerintah yg sepatutnya menghalang………
    renung2kan……..

  6. stuju dgn saudara izwan…….apakah bukti PAS mny0k0ng…..
    sdah pasti pemerintahan yg tdak mgikut ISLAM mmg byk kecelaruannya…….sehingga byk NGO yg brani menghina ISLAM di bumi ISLAM sndiri……di mna pemerintah yg sepatutnya menghalang………
    renung2kan……….

  7. stuju dgn saudara izwan…….apakah bukti PAS mny0k0ng…..
    sdah pasti pemerintahan yg tdak mgikut ISLAM mmg byk kecelaruannya…….sehingga byk NGO yg brani menghina ISLAM di bumi ISLAM sndiri……di mna pemerintah yg sepatutnya menghalang………
    renung2kan……………

    • zaman kepimpinan ABDULLAH AHMAD BADAWI dahulu menangguhkan IFC…penangguhan bermakna akan dibenarkan pada masa yg akan datang…

  8. ape yg saye tau, mereka yg mendukung IFC ni, termasuk badan penaja adalah Majlis Peguam, dan Persatuan Agama2..xnmpk plak IFC didokong oleh PAS..

    jgn berkata sebarangan, kerana ianya boleh menjadi fitnah..

    dan kerajaan perlu lebih tegas menangani isu ini, bukan setakat menangguhkan shj penubuhan IFc ini..

    gud luck utk pemimpin Malaysia..
    tegakkan agama demi kebenaran..

  9. secara terangnya..apa motif sebenar atau niat sebenar artikel ini di tulis?..politik?…
    jikalau benar, kenapa isi sebenar tidak terserlah, seperti apa yg dipersoalkan oleh saudara izwan?
    marina tun mahathir?siapakah dia di belakang SIS?
    ..assalamualaikum..

  10. salam.
    korang xpatut gaduh pasal politik.
    kalau nak kata pas salah ke umno salah ke, sampai mati x kemana. dari bicara benda tu, baik fokus kepada agama. sepatutnya bukan pas sahaja yg kena bela nama baik Islam, bahkan, umno juga yg ahlinya melayu juga kena menjaga nama Islam itu kerna kebanyakan melayu di malaysia adalah Islam. Sepatutnya, kalau nk menang dlm politik pun, Ad-din Islam tidak patut dipermainkan, kerna menjaga nama baik Islam dari tercemar adalah tanggunjawab setiap individu!!! bukan PAS mahupun UMNO SAHAJA TETAPI SEMUA! saya tidak kisah samada PAS mahupun UMNO nak perintah negara selagi nama baik Islam tidak dicemarkan dan hak² bumiputra tidak diabaikan.!!
    salam.

    • saya sokong anda….betol tu…politik x membawa faedah di akhirat…yang membawa faedah kelak agama kite…sampai mati di persoal kan…sibuk sgt tentang politik… politik is dirty u know…. ape ade ngn politik ..penting ke…semua gile kuasa….tapi xde sape nk gile kan agame…chaittttt…

  11. jap..jap..
    ape korg gaduh2 ni.. abaikan la kalo tuan pnye artikel ni berpolitik ke, yg penting isi kandungan utama artikel ni..
    yg buat hal ni IFC, xyah kite nk korek2 (mungkin tu tujuan dorg, utk pecahkn kite umat Islam Malaysia bile kite tuding2 each other)..
    Yang penting, kite same2 tekadkn hati, standby kn iman, readykn diri, in case bende ni memerlukan ‘perjuangan’ susulan.. Cukup la kite bgaduh utk PRU, jgn smpai agama lain pijak kite pn, kite masih xnmpk lagi.. Assalamualaikum

    • kita harus sama2 bertekad untuk halang ifc ni dari menjatuhkan agama kita tapi cuba baca ayat bawah sekali. Fitnah tu beb! bukti xda main cekup je menulis.Aku ni pun x suka dua2 parti politik sbb ada agenda tersembunyi yg keji tapi mak aku kata pilih la parti yang memperjuangkan akhirat sekurang2nya kita terseksa dunia tapi tak terseksa akhirat

  12. salam..
    guys..its okey 2 find whose hold d monopoly power behind the ifc..
    but bile terang menuduh anwar sbg dangkal..
    xbgus arr..
    coz kne engat fitnah neyh leyh bg impact yg besar memg mencelakakan org yg kne fitnah..lg kalu org yg kne fitnah ue xtw salh atau x…

  13. subhanallah ….apakah ini tanda akhir zaman.smpikn org bkn islam bleh mghina islam agama yg suci ini

    • ok lagi la orang bukan islam menghina agama kite…..tapi yg lagi besar tanda nak akhir zaman orang islam leh menghina agama sendiri….siap sokong and approve……iss2… mcm ne la t generasi kita akan datang…..

  14. ustaz moden tidak menggambarkan seorang ustaz.. jgn jadi fasik!.. ko dengan dr. asri jauh beza la..bagai neraka ngan syurge!!! respect more to dr asri..

  15. Penulis blog ni syok sendiri je……ustazmoden UMNO.
    Nak buat kenyataan tu biarlah cukup bukti dan alasan yang cerdik.

  16. saya baru 18 tahun.tapi hati,jiwa ni dari zaman sekolah lagi nak tengok Malaysia jd negara islam yg betul2 islam.mungkin saya mentah lagi tapi kat sekolah saya belajar sejarah.ms tingkatan 4,ad 5 bab khas untuk tamadun islam.tambah lagi dengan subjek pendidikan islam.sy belajar apa itu piagam madinah.walaupun tak byk tp piagam madinah itu digubal oleh junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w..saya tak jumpa apa2 alasan untuk mengabaikan piagam Madinah sebab piagam Madinah digubal oleh kekasih ALLAH BERASASKAN WAHYU.begitu tegas dalam penuh kelembutan baginda memimpin Madinah dan tiada bezanya Madinah dengan Malaysia kerana rakyatnya ada yang Islam dan ada yang tidak.MEREKA TAKUTKAN KITA sebab itu mereka setuju dengan piagam Madinah.knp skrg kita yang perlu takut pada mereka,tunduk pada mereka??kita tak perlu pemimpin yang lebih takutkan agama lain lebih dari agama kita.kami rakyat,kami rakyat….jagalah agama kami,agama kita.atau hendak disenaraikan besar2 ciri2 seorang pemimpin mengikut islam?ciri2 wajib seorang pemimpin islam?kami anak muda mahukan pengukuhan agama kami.kalau benarlah rakyat diutamakan,selamatkan agama kami,agama kita,agama ALLAH,agama ISLAM.tidak kiralah siapa yang memimpin Malaysia asalkan seorang yang islam sesuai dgn MAlaysia sebagai negara ISLAM tapi jagalah agama ISLAM.jglah agama ALLAH.amanahnya bukan datang dari rakyat tapi ALLAH yang MAHA BESAR.

  17. salam… sebagai seorang ustaz, anda tidak seharusnya bersikap berat sebelah.. sebagai seorg ahli agama, kte seharusnya berlaku adil terhadap kesemua parti2 politik.. jika benar anda betul2 ingin menegakkan agama Islam yg suci ini, tidakkah anda sepatutnya melihat dan seharusnya menasihati para2 datin dan datuk yg sentiasa mengamalkan pergaulan bebas, mendedahkan aurat, menabur fitnah, mengadakan majlis pada waktu sepatutnya umat Islam bersolat, merasuah sesama sendiri untuk kepentingan masing2… itu yg perlu dikatakan… dan perkara IFC ini, tidak sepatutnya dikaitkan dengan mana2 parti politik, sebarkan ia sebagai pengajaran untuk Umat Islam yg lain… maaf sekiranya menyakiti hati para pembaca.. saya hanya menyampaikan pendapat saya, Wallahualam…

  18. Salam saudara…

    tlg jgn politikkan isu IFC ni dgn parti pembangkang..niat saudara utk memberi knowledge tentang IFC ni kpd sesama muslim dah terpesong. Bertaubatlah,jgn mempolitikkan isu agama utk kepentingan politik sempit saudara.

    Wslm.

  19. jgn mudah menunding jari…. selidik dulu….

  20. bagi saya,kita harus salahkan diri sendiri…..apa perjuangan kita pada agama bangsa dan tanah air…tepuk dada tanya selera…pas umno atau apa pun sama,yg penting akidah ,iman dan tauhid pada kita…..syahadah kita satu,tuhan kita esa,rasul kita muhammad (SAW)bin abdullah bin abu talib,panduan 30juz al-quran dan sunnah….jd bersatulah kita semua..termasuk saya sekali…sumpah setia kita sama,.insyaAllah

  21. Assalamualaikum,,, komen2 saudara n saudari semua hebat2 tp suatu benda yg perlu kita ingat ialah kajian setiap kata atau tindakan yg telah dsampaikan itu adalh perlu untuk mbuktikan bahwa adakah bnr atau tk.. mbuktikan mn 1 yg bnar n mn 1 yg salah perlu merujuk kpd sumber-sumber yg bnr n sahih…. petanda akhr zaman ialah d mn fitnah terlalu berleluasa sehingga sukar untuk mgethui n megenal pasti mn 1 yg benar n salah… kita akan dapat melihat dng jelas kecelaruan seandai kembali kpd Sunnah n al-quran sbg rujukan dalam seiap perkara,, kerana kedua2 sumber ini ( Al-quran n Sunnah rasullah s.a.w ) sesuai dlm apa jua aspek kehidupan…hanya bagi mereka yg keluar d jln ALLAH S.W.T akan nampak setiap kemungkinan yg berlaku …Wassalam

  22. Salam…Sy dh tgk dan nilaikan sendiri video diatas…Terima kasih byk2, mujurlah sy smpt tgk video tu sblm PRU13…rupanya depan kita tgk dia lain, tp kt belakang hanya Allah sj yg maha mengetahui..Sepatutnya benda ni kena buat pendedahan yg lebih luas supaya org ramai boleh tahu siapa dia yg sebenarnya…

  23. KEMPEN BERSIH TELAH MEMBUKTIKAN PAS-PKR BERSEKONGKOL DGN AMBIGA LAKNAT TU…..APA NAK JADI?

  24. Assalamualaikum sbnr nye senang je kte kembali kpd AlQuran dan Sunnah..setiap perkara yg berlaku dh tertulis dan setiap perkara yg berlaku ade hikmah nye Allah tidak akan membiarkn umat nya yg beriman terkapai2 dan setiap perkara yg berlaku ade balasan nye…1 lg Allah penah berfirman tutup la aib org lain nescaya Allah akan tutup aib kte dan 1 lg hadis Rasulullah xkn sempurna iman seseorg mukmin jika tidak mencintai saudara nya….renung2kn dan selamat beramal..

  25. salam~
    saya x de banyak komen…bg saya sekarang,bende nie myb de kaitan dgn ketidak puas hati “sesetengah” org(luar/dlm negara) terhadap agama islam sbgai agma rasmi di Malaysia…yg penting,,semua org2 islam di malaysia,janganlah kita sokong bende nie….kita harus pertahankan agama islam..sudah tiba masanya kita di uji…samada umno/pas,sama2 lah kita tegakkan islam… sudah jelas perkara nie berkaitan dengan agama islam…sorry kalau tersalah bicara..
    wassalam~

  26. Salam….kenapa kite org melayu perlu gaduh pasal politik UMNO ke PAS ni..sekarang ini tuntutan org bukan islam iaitu tuntutan IFC nie telah memijak org islam di bumi malaysia nie…skrg nie org PKR dn DAP nk kite gaduh sesama Melayu…korg pkir2 lah kene lah jaga antara kite..jgn slh menyalahi sesama kite..bawa berbincang..jgn sampai ketuanan Melayu dn Islam kite tergugat dan dipermainkan oleh mereka…dieorg suka tgk kita bergaduh sesama sendiri..wahai sahabat UMNO dan PAS jgn lah bergaduh…Isu IFC ni dah lama sejak tuntutan lina joy lg pd tahun 2006..kite jgn lah terpedaya dgn hasutan dari bangsa lain yg ingin bangsa Melayu jatuh..kite perlu tahun bangsa Melayu kita ini masih belum mampu untuk bediri dgn Maju lg..kite perlu melawan bangsa lain dgn ilmu, dan ekonomi yg mantap untuk membangun..untuk menguasai apa yang ada di bumi malaysia nie..jgn biar dieorg pijak kita..kite perlu bangun dan bangkit dan tawan balik ape yang kite tertinggal dn kite miliki..bangkit untuk menguasai ilmu,ekonomi dn mempertahankan ketuanan melayu dan islam

  27. kekadang kita membicarakan hal agama ni berlandaskan kepada pemikiran yang menjurus kepada parti politik……kenapa mesti dipolitikuskan hal agama….sesungguhnya Islam itu suci….sesungguhnya dalam Islam dah diajar bahawa fitnah itu amat la besar dosa sbb akibat dan kesan fitnah itu maha dahsyat….jangan la kita sesama umat Islam di Malaysia ini berpecah belah akibat fahaman politik….kekadang sedih bila mengenangkan bangsa kita yang berpecah belah sedangkan yang lain tu gelak…cuba saudara saudari renungi seketika….kita rakyat biasa yang tak punya harta melimpah sebagaimana pemimpin yang ada…tak kira la yang memerintah ker or yang membangkang….sapa yang akan menderita sekiranya negara yang tercinta ini mengalami sebagaimana negara yang bergolak…dah tentu yang hartawan akan senang untuk mencari tapak baru berbanding rakyat biasa…..oleh itu jangan ler terlalu taksyub politik sehingga mengadaikan agama…..sebab Islam la yang menyatukan bangsa melayu….

  28. slm…asal nk kaitan kn isu IFC dgn anwar ibrahim?????????
    kita spttnya mmkirkan jln pyelesaian nya, bkn nk cr slh sesiapa…kita sbgai org islam yg msih lg brpgg kuat pd islam, sptt nya cbe myebar kn dan myedarkn org2 islam yg islam itu adalah agama yg mnjamin kita d alam barzakh….

  29. isu tu thn 2006 dulu, 2008 baru puak2 umno nak bangkitkan.

  30. salam, yg luluskan IFC ni Najib dan 50 menteri malaysia yang semuanya adalah melayu, diorang tu orang PAS ke? bukan… mereka org BN… jadi kita sebagai org islam kita jgn menuding jari sesama kita, sekarang masa utk berjihad!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: