Apabila ‘Allah’ menjadi rebutan antara Islam dan Nasrani ( Kristian )

05/05/2008 11:28am
Utusan
KUALA LUMPUR 5 Mei – Gereja Katolik dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald – The Catholic Weekly.
Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan kehakiman terhadap tuntutan mereka untuk perisytiharan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan itu dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kepada agama Islam.
Berita di atas tentang penghakiman kes penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan oleh pihak penerbit mingguan Herald – The Catholic Weekly, mengundang rasa gusar di hati kita. Ini kerana ia melibatkan keistimewaan penggunaan kalimah Allah kepada umat Islam hingga setakat ini Kerajaan Malaysia memang tidak membenarkan ia digunapakai oleh agama lain bagi mengelakkan kekeliruan.

Begitu juga isu penyebaran agama lain tidak dibenarkan di Malaysia kerana status Islam sebagai agama rasmi negara menyekat dari tujuan tersebut dilaksanakan.

Kita menanti apakah keputusan yang akan dikeluarkan oleh Hakim Lau Bee Lan yang sedang di dalam proses perbicaraan mahkamah sekarang ini.

Harapnya meskipun ia dibenarkan oleh Mahkamah atau tidak, kita sebagai umat Islam kena sedar bahawa agama lain turut meminta keizinan menggunakan kalimah Allah sebagai Tuhan berdasarkan ajaran asal Kristian dalam bahasa Arab yang didakwa menggunakan Allah sebagai erti Tuhan.

Kita tidak halang jika mereka percaya dengan Allah Taala dan menggunakannya di dalam penerbitan mereka. Tetapi persamaan itu yang hanya dibezakan dengan Nabi yang diimami mereka; tentu mengundang kekeliruan antara penganut Islam dan Kristian.

Walaupun kita turut diberitahu oleh ulama Islam bahawa mereka juga akan menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w di akhir zaman nanti selepas penurunan Nabi Isa ke bumi membantu Imam Mahdi melawan dajal.

Harapan kita, moga penerbitan yang menggunakan kalimah Allah tidak tersebar luas ke seluruh masyarakat jika ia dibenarkan penggunaannya oleh mahkamah.

Dan kita harap juga umat Islam akan perihatin dengan isu isu sebegini dan mencari jalan bagi mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH untuk agama Islam sahaja.

Mungkin keadilan perundangan akan membolehkan pihak Islam dan Kristian mengemukakan hujah masing masing bagi membolehkan mereka memenangi tuntutan di atas tanpa mengeruhkan hubungan baik antara penganut Islam dan agama Kristian dan juga mana mana agama yang ada di Malaysia ini.

Barulah di situ semua pihak akan berpuas hati dan bertolak ansur di dalam isu isu sensitif melibatkan agama, bangsa, keistimewaan bumiputera dan lain lain lagi.

Jika budaya memberontak dan membuat huru hara dipraktikkan di Malaysia seperti sesetengah pihak yang suka berdemontrasi, tentu yang binasa kita juga yang tinggal di bumi bertuah ini.

Moga keamanan dan kemakmuran akan melimpahi kehidupan kita sentiasa. Amin.

4 Responses

  1. kata Allah di Indonesia dipakai oleh agam kristen maupun orang jawa yang tidak beragama Islam hanya beda dalam melafalkanya,memang Allah milik semua mahluk tidak terbatas pada pemuluk agama Islam saja

  2. Biarlah kata Allah hanya untuk Islam dalam konteks negara Malaysia (khusus), untuk elak kekeliruan. Misalnya, setujukah kalau semua bangsa India dihantar balik ke negara India. Sedangkan rakyat berketurunan India di Malaysia inilah negaranya (khusus).

  3. Ni masalahnya dah termaklum di Malaysia dah lama di gunapakai perkataan Allah olih umat islam ni apa nak di ganggu gugat lagi.Apa yang malang ada ulama berkepentingan diam membisu dan ada yang terang-terang kata bolih bagi agama lain gunakan perkataan Allah.Apabila umat islam tak bersatu ini jadinya.Apakah fahaman politik berbeza menghalang umatnya bersatu bila timbul isu yang menyangkut kepentingan agama???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: