Apakah Bidaah ?

saya menerima komen yang menolak dakwaan menuduh wahabi sesat kerana mengharamkan Maulid.

Sedangkan bagi saya dan sahabat sependapat dengan saya, kita mengiktiraf bahawa menyambut Maulid itu adalah Sunat kerana berpandukan hadis hadis yang diistinbatkan ( dikeluarkan ) olehnya para ulama Islam masa kini atau zaman silam.

Memang kita tidak dapat memuaskan atau menyamakan semua otak kawan kawan kita hingga mereka suka kepada apa yang kita suka.

Namun apabila dikatakan Maulid itu Bidaah, ertinya Maulid itu Sesat, Syirik, atau Kaf * * ?

Sekarang mari kita kenali apa erti Bidaah ? adakah saudara memahami erti Bidaah ? apakah perkara tidak dilakukan nabi dikira Bidaah ?

Antara ‘dilakukan’ dan ‘diajar’ berbeza sama sekali. Jika tidak dilakukan nabi, tentu ia ‘diajar’ oleh nabi.

Sebab itulah nabi bersabda : Man Ahdasa Fi Amrina Haza Ma Laisa Minhu Fahuwa Radd ( barangsiapa membuat pekerjaan baru pada urusan kami ini ( agama ) APA YANG BUKAN DARINYA ; maka ia tertolak.

Baca betul-betul , APA YANG BUKAN DARINYA yakni dari ajaran agama maka ia tertolak..Maknanya, selama ia ada nas nas sarih ( nyata ) atau tidak nyata, maka ia tidak dikira bida’ah.

Contohnya, Nabi dan sahabat menyuruh berzikir. Ada ketika nabi guna tangan dan ada sahabat guna batu atau biji tamar. Selama mana agama tidak mengharamkan penggunaan apa apa alat maka tasbih digital atau bentuk tasbih dari plastik, kayu, damar tidak menyalahi nas nas agama di atas. Kecuali ada hadis nyata memberitahu ; berzikir hanya dengan menggunakan jari sahaja !!!

Cara mengenali perkara bidaah ini mudah sahaja, kita tengok ‘content’ di dalam Maulid itu sendiri…

1. Berselawat sambil berdiri

2. membaca berzanji

3. Menyediakan makanan bagi tetamu

Sebelum saya nak ulas lanjut, saya ingin memanggil saudara pemberi komen, ingin bertanya beberapa soalan berkaitan agenda Maulid di atas.

Apa hukum Berselawat sambil berdiri ?

Mungkin jawapannya ; haram. Ok kalau haram, kenapa haram ? kerana tidak bertemu hadis mengharuskan berselawat berdiri?

Jika ini jawapannya maka saya rasa susah untuk dipanjangkan perbincangan ini kerana jelas si pemberi komen tidak memahami kaedah asas hukum Fekah iaitu

” Asal semua perkara Harus selama tidak ada dalil mengharamkannya ‘

Saya ingin bertanya ; ada dalil tak haram berselawat ? saya andaikan jawapan dia ialah tidak.

kerana kalau ya jawapannya, memang awak lagi teruk dari yahudi kerana yahudi pun tahu selawat disunatkan di dalam apa apa bacaan ibadat bagi diterima Allah bahkan diwajibkan di dalam solat untuk password pengesahan ibadat tersebut.

ok, ukum hselawat berdiri ? mungkin cepat jawapannya dengan berkata ; TIDAK..

Wahai Saudara, jangan tergesa gesa. Kerana sifat tergesa gesa itulah dari syaitan.

Selawat tidak diikat dengan bentuk tertentu atau cara tertentu. Contoh solat, ia ditentukan arah, perbuatan, bacaan berbeza dengan selawat yang disebut secara umum di dalam agama.

Maka barangsiapa mengatakan solat boleh tidak terikat ( mutlak ) maka dialah Mubtadi’ ( pembida’ah ) dan barangsiapa mengatakan Selawat itu Muqayyad ( terikat dengan duduk sahaja atau berdiri sahaja ) maka dialah pembuat bida’ah sebenarnya.

Bab membaca berzanji memuji wali atau nabi, sila klik di sini dan baca sendiri dalil dalilnya.

Tentang bab menyediakan makanan tentu tidak ada khilaf sesama kita kerana ia jelas dituntut oleh Allah dan menjadi sunnah Rasulullah s.a.w dan para sahabat sahabat baginda.

kesimpulannya, Maulid itu satu tanda kecintaan umat kepada Nabi setelah tamat 3 kurun zaman dijamin oleh baginda ketulenan Islam mereka. Kewujudan Maulid pada zaman awal kurun ke 4 telah menjadi satu usaha baru ulama menjaga akidah dan mahabbah ( cinta ) umat kepada Nabi akhir zaman agar mereka tetap setia di atas landasan agama yang sebenar.

Ketahuilah barangsiapa mencintai Allah maka cintailah Rasulullah dan barangsiapa mencintai Rasul tentu semua perkara menjadikan baginda istimewa di sisi umatnya akan dibesar besar oleh mereka.

Firman Allah :

” Ketahuilah barangsiapa membesar besarkan syiar syiar Allah ( perkara yang mengingatkan kita kepada Allah seperti Kaabah, Al Quran, lebih lebih lagi Tuan Guru Utama Agama Islam ; iaitu Nabi Muhammad s.a.w ) maka ia adalah dari hati-hati yang bertakwa. ” no. ayat sila cari sendiri – mafhum Al Quran

Wallahu a’lam wa ana AJHAL….

6 Responses

  1. apabila seseorang itu suka kepada amalannya (meskipun belum tentu sah & sahih?!), maka awal2 lagi dia akan membentak & memberontak tatkala orang lain menyinggung amalannya itu. bersikap terbuka dengan kepala yang dingin, membuka pula kesediaan untuk menerima hujjah yang lebih mantap dan lengkap.
    kepada para pendukung al-quran & sunnah, dianjur untuk menatap jua menelaah kitab – Kembali kpd al-Quran & assunnah, tulisan KH Moenawar Chalil.. mungkin kalian bisa ketemu jawapan yang serba sedikit mampu merungkai beberapa persoalan…
    salam. (usah dimusuhi saya, karena saya juga sebetulnya bukan musuh sudara. sekadar mengatur pendapat jua).

  2. apa lagi yang belum sah ?

    adakah apabila sudah tenggelam acara Maulid akan mengesahkan agama anda ???

    itukah cara kita berbeza pendapat dan membawa rahmat seperti hadis nabi ?

    Ketahuilah perbezaan umatku rahmat ( atau sama erti dengan : perbezaan pendapat mereka yang bukan dari golongan umatku akan membawa azab )

    Walahaulawala Quwwata iIla Billah !

  3. “Sedangkan bagi saya dan sahabat sependapat dengan saya, kita mengiktiraf bahawa menyambut Maulid itu adalah Sunat kerana berpandukan hadis hadis yang diistinbatkan ( dikeluarkan ) olehnya para ulama Islam masa kini atau zaman silam.”

    Berikan dahulu hadith tesebut. Jangan semberono.

    “Namun apabila dikatakan Maulid itu Bidaah, ertinya Maulid itu Sesat, Syirik, atau Kaf * * ?”

    Jadi berdasarkan hadith Rasulullah, sesungguhnya setiap yang bid’ah itu adalah sesat. Oleh itu, bolehkah saudara menafikan lagi bahawa tertolak amalan itu?

    Saya bertanya sekali lagi, adakah anda ingin mengatakan bhw anda lebih baik dari sahabat seperti Abu Bakr dan Umar?

    “Antara ‘dilakukan’ dan ‘diajar’ berbeza sama sekali. Jika tidak dilakukan nabi, tentu ia ‘diajar’ oleh nabi.”

    Persoalan mudah sahaja, adakah anda menganggap agama ini tidak lengkap apabila anda mahu masukkan “agama” yang datang selepas nabi?

    “Sebab itulah nabi bersabda : Man Ahdasa Fi Amrina Haza Ma Laisa Minhu Fahuwa Radd ( barangsiapa membuat pekerjaan baru pada urusan kami ini ( agama ) APA YANG BUKAN DARINYA ; maka ia tertolak.”

    Adakah maulid ini perkara agama ataupun adat.

    Jika orang tidak mahu mengadakan maulid maka adakah anda memandang serong kepadanya? Ingatlah ABu Bakar dan Umar tidak pernah bermaulid.

    Adakah anda lebih mulia dari Abu Bakr dan Umar?

    “Contohnya, Nabi dan sahabat menyuruh berzikir. Ada ketika nabi guna tangan dan ada sahabat guna batu atau biji tamar. Selama mana agama tidak mengharamkan penggunaan apa apa alat maka tasbih digital atau bentuk tasbih dari plastik, kayu, damar tidak menyalahi nas nas agama di atas. Kecuali ada hadis nyata memberitahu ; berzikir hanya dengan menggunakan jari sahaja !!!

    Cara mengenali perkara bidaah ini mudah sahaja, kita tengok ‘content’ di dalam Maulid itu sendiri…

    1. Berselawat sambil berdiri

    2. membaca berzanji

    3. Menyediakan makanan bagi tetamu”

    Bermakna kalau saya lepas ini nak menari-nari dan terjerit semasa berselawat dan pukul2 badan kerana saya rasa taqarrub dengan Allah dan menunjukkan rasa cinta saya kepad rasulullah, maka bolehlah? Kemudian saya ajar benda ini kepada orang kampung.

    20 tahun kemudian, kalau ada orang tak mau menari dan menjerit2 dalam selawat, orang marah kepadanya.

    Inilah permulaan kepada apa yang anda percaya.

    Soal kandungan, mungkin kita boleh sembelih 10 ekor kambing dan 10 ekor lembu setiap kali maulid. Nanti, org nak sembelih kurang, ada pula orang cakap tgk dulu pada kandungannya.

    “Saya ingin bertanya ; ada dalil tak haram berselawat ? saya andaikan jawapan dia ialah tidak.

    kerana kalau ya jawapannya, memang awak lagi teruk dari yahudi kerana yahudi pun tahu selawat disunatkan di dalam apa apa bacaan ibadat bagi diterima Allah bahkan diwajibkan di dalam solat untuk password pengesahan ibadat tersebut.

    ok, ukum hselawat berdiri ? mungkin cepat jawapannya dengan berkata ; TIDAK..

    Wahai Saudara, jangan tergesa gesa. Kerana sifat tergesa gesa itulah dari syaitan.

    Selawat tidak diikat dengan bentuk tertentu atau cara tertentu. Contoh solat, ia ditentukan arah, perbuatan, bacaan berbeza dengan selawat yang disebut secara umum di dalam agama.”

    Jadi maknanya bolehlah saya menjerit-jerit dan menari-nari semasa berselawat? Hanya yahudi sahaja yang suka menokok tambah dalam agama sehingga sudah tak kenal kitab sendiri.

    “Maka barangsiapa mengatakan solat boleh tidak terikat ( mutlak ) maka dialah Mubtadi’ ( pembida’ah ) dan barangsiapa mengatakan Selawat itu Muqayyad ( terikat dengan duduk sahaja atau berdiri sahaja ) maka dialah pembuat bida’ah sebenarnya.”

    Jadi kalau saya nak perkenalkan baca selawat menari-nari, ini kalau orang marah, bolehlah saya katakan kpd mereka, merekalah pembuat bid’ah sebenarnya!

    “kesimpulannya, Maulid itu satu tanda kecintaan umat kepada Nabi setelah tamat 3 kurun zaman dijamin oleh baginda ketulenan Islam mereka. Kewujudan Maulid pada zaman awal kurun ke 4 telah menjadi satu usaha baru ulama menjaga akidah dan mahabbah ( cinta ) umat kepada Nabi akhir zaman agar mereka tetap setia di atas landasan agama yang sebenar.”

    Jadi adakah anda menolak hadith yang mengatakan kurun2 yang paling baik adalah 3 generasi selepas Rasulullah?

    Jadi, mana lebih baik! Mengikut perbuatan sahabat2 yang jamin masuk syurga ataupun tokok tambah orang selepas itu?

    Adakah agama ini belum lengkap lagi?

    Kalau belum, izinkan saya menari-nari sambil berselawat dan menjerit2 sebelum waktu zuhur di hari Maulid dan ajarkan ia kepada orang kampung. Manatau, lebih dekat mereka dengan Islam, lebih dari Abu Bakar dan Umar.

  4. alhamdulillah, masih ramai sebenarnya yang bisa memahami yang hak. terima kasih kpd sdr maharaja zhou yang memperjelas hujjah di atas. harap kpd yg masih jumud, bersikap terbuka, menilai tulisan maharaja zhou dgn niat memperbaiki amalan. salam.

  5. FOR admin ahlul bid’ah: ” Asal semua perkara Harus selama tidak ada dalil mengharamkannya ‘

    BEGO sia’ bodoh…. itu ilmu usuh fiqih bagian makanan…. “hukum asal makanan semuanya halal kecuali ada Nash yang mengharamkannya” getto…

    JIKA ibadah iya… asal hukum semua ibadah itu HARAM kecuali ada hukum yang memerintahkannya”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: