Mualaf Pertama yang keluar Islam di negara kita sejak merdeka.

Apabila membaca berita kes mualaf keluar dari Islam dengan izin Hakim ( berita klik sini ) hati rasa sangat sedih. Kerana kes Lina Joy yang ingin keluar dari Islam juga baru berlalu di depan mata kita semua. Seolah olah Islam sudah tidak menjadi pilihan hidup mereka lagi.

Kita merasa sangat kecewa dan sedih dengan keputusan meskipun dalam masa yang sama kita sangat menghormati keputusan Hakim tersebut.Ia menjadi kes pertama kes keluar mualaf keluar Islam di Malaysia.

Apa yang dirisaukan ialah kes kes ingin keluar Islam akan menjadi jadi dengan ‘pembukaan rasmi’ kemenangan semalam oleh mualaf yang telah diabaikan pendidikan dan kebajikannya oleh Majlis Agama Islam sendiri.

Moralnya, kita perlu menggandakan usaha mengambil berat kebajikan mualaf dan menguatkuasakan undang undang melarang penukaran agama setelah memeluknya.

Jika tidak ia akan menjadi satu peluang kepada mereka yang hanya ingin memiliki keistimewaan sebagai muslim dan keluar apabila mendapat apa yang diingin.

Ini akan menjadikan maruah Islam akan jatuh dan direndahkan oleh mereka yang ingin mencemarkan nama baik Islam itu sendiri.

Apa punca masalah ini ?

Samada

1. Hati tidak faham Islam

2. Pengaruh kawan lama yang masih musyrik

3. Pengaruh kesulitan hidup tanpa pembelaan dari Majlis Agama menjadikan mereka sukar bertahan sebagai Muslim.

Siapa yang bersalah ?

Semua yang ada kemampuan menyebarkan keindahan Islam patut disalahkan. Termasuk penulis sendiri kerana gagal memahamkan seorang saudara baru hingga keluar dari agama Islam dan menjadi isu muka depan akhbar negara kita.

Apa tindakan kita sekarang ?

– menasihati alim ulama agar memberi perhatian kepada kerja dakwah kepada Muslim ( agar tidak murtad seperti Lina Joy  ) dan kepada Mualaf ( seperti Siti Fatimah ).

– hentikan bergaduh berebut kuasa hingga akidah umat tergadai..

– bina imej Islam yang baru seperti mana usaha kerajaan menggunakan nama Islam Hadhari..

Jika kita tidak kisah juga, takut takut semakin ramai yang akan ‘menuruti’ langkah sumbang dan terbalik ini kerana kesilapan kita yang alpa menjaga kebajikan Muslim dan Mualaf yang kurang pendedahan agama ini.

Tugas ini samada diberi imbuhan atau tidak dari mana mana pihak, adalah tugas kita bersama. Dan blog boleh membantu kita menerangkan perkara ini kepada sesama Islam dan kepada Non Muslim.
Sama samalah kita berusaha dan menyerahkan kepada Yang Esa hasil perjuangan kita di dunia ini untukNya.

5 Responses

  1. You don’t have to prove or worry about the right of a religion. It is always true by itself. Those believer are the choice of decision.

  2. kerajaan tak kasi melayu keluar agama islam, tapi lagi teruk !! boleh nampak melayu makan babi d kawasan cina!!

  3. Biarlah agama kembali ke hati antara perseorangan peribadi dengan Tuhan. Janganlah jadikannya sebagai isu umum. Sebab “satu-suara” Umum tak boleh menerup masuk ke dalam hati dalam perseorangan yang paling dekat dengan tuhan.

  4. keluar neraka boleh…? keluar parti pun boleh, jangan keluar dari pusat pemulihan dadah kembali ke pusat pemulihan akidah pula, apa pun memang pelik gila…..tukar2 agama bukan dapat wang, cuma di sabah dan sarawak kalau keluar/murtad kristian MESTI naik pangkat kalau dalam kerajaan-polis, hospital dan guru…cari ada banyak kes…jadi patut melayu yang memang islam keturunan kalau murtad BUNUH terus !

  5. Melayu bukan semestinya Islam. Ada yang keluar Islam, Kristian, Hindu, ajaran kerajaan langit dan ada yang mengaku atheist. Susan nak menyara hidup di Malaysia jika nak keluar Islam sebab untuk Melayu undang2 Malaysia tak boleh keluar Islam.

    Jadi kena senyap2 keluar Islam atau terus menghilangkan diri, keluar negara macam Datuk Azhar, Zara Shafruddin, Hasnah Ibrahim, Lina Joy, Ayah Pin, dll.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: