Keratan Akhbar kes Murtad – Apa reaksi anda ???

Keratan Berita Kes Murtad Pertama di Malaysia - dengan bantuan peguambela Islam

Nampaknya peguam bela Melayu Islam telah menjadi hero kes murtad Siti Fatimah Tan Abdullah (38) ; kes pertama dibenarkan oleh Mahkamah syariah sejak merdeka di negara ini. Mungkin selepas ini makin ramai mualaf yang suka suka masuk Islam untuk berkahwin dan boleh keluar bila bila masa dikehendakinya…

Menurut sahabat saya ‘ angin perubahan‘ beliau dipercayai dari Parti cap Bulan dan setakat ini masih belum disahkan lagi..Namun ada iklan ceramahnya di blog ini ( klik sini )

Apa yang kita bimbangkan ekoran kes ini, ramai pihak akan merasa islam agama yang sangat mudah dianuti dan dibuang begitu sahaja. Sedangkan kita lihat hukuman murtad sangat berat hingga boleh dihukum bunuh sampai mati.

Islam tidak menzalimi sesiapa sahaja namun Islam sangat menjaga bab kepercayaan dan akidah sehingga diletakkan hukuman yang sangat keras bagi sesiapa yang ingin keluar selepas memeluknya. Islam tidak memaksa sesiapa memeluk Islam tetapi saat pertama dilafazkan syahadah tanda Islam, maka ia perlu dibuktikan dengan pengamalan dan perlu berterusan sehingga saat akhir hidupnya. Ini tidak lain bagi kebaikan diri mualaf itu sendiri.

Justeru, tindakan peguam bela – walaupun di dakwa mewakili mualaf atas dasar mengesahkan status islamnya – namun kita tidak dapat menerima alasan tersebut memandangkan usaha membantu seseorang keluar dari agama adalah tindakan terkutuk dan wajar diberi perhatian serius gejala ini oleh semua pihak. Ya, gejala kejar duit dan habuan dunia tanpa mementingkan akidah dan kesannya kepada agama…

sama samalah kita fikirkan…..

– Link berita berkaitan di atas ( klik sini )