Kassim Ahmad – Mencari jalan pulang atau masih di tengah jalan ?

Perhatian ! Kassim Ahmad ( Presiden Parti Sosialis Malaysia dari 1966 -84 ) telah menerbitkan buku barunya bertajuk : Mencari Jalan Pulang, dari sosialisme kepada Islam..

Beliau juga penulis kontroversi buku bertajuk ‘Hadis — Satu Penilaian Semula’.Apa isinya ? cari sendiri dengan kepandaian anda mengembara di alam siber ,,,,,

Saya pun tidak pasti siapa yang rasmikan buku tersebut. anda carilah di search engine jika nak pasti….

Anda belum kenal ? mari berkenalan dengan manusia yang pernah diintelekkan oleh Universiti Kebangsaan malaysia ini seperti yang tercatat di situ –

” an honorary doctorate in Letters conferred by the National University of Malaysia, the country has not seen fit to honor this great public intellectual. June 2005 ”

– Belajar di UM Singapura tahun 50 an

– Sambung mengajar di ‘ The School of Oriental & African Studies in London ‘….pada 60 an..

Nama oriental ni ingat sama pula macam Orientalis …Entahlah. Yang pasti dari seorang pelajar Melayu Islam Perempuan, saya mendengar dia berkata gurunya di UK adalah orientalis dan sangat hebat bahasa arab dan mahir semua bidang agama. Cuma tidak memeluk Islam sahaja….Perkara ini saya dengar semasa di Timur Tengah lagi ketika si fulanah binti fulan itu ke sana atas urusan kerja…

Ertinya, bab agama tdak ubah seperti Fizik, Sains yang boleh diajar oleh sesiapa yang berminat. Waima dari orientalis barat atau yahudi sekalipun ! Sedangkan ini satu silap faham dan juga strategi Barat dan Yahudi bagi membenihkan keraguan kepada agama Islam hingga mereka yang mendapat MA dan PHD itu akan kembali mengajar di IPT dan IPTS dengan ‘skrip’ yang sudah diatur oleh mereka !!!

Cuma kata kata mengkritik ketulenan hadis masih ada lagi nampaknya dalam tulisan dan diterbitkan dalam blog beliau. Ingatkan tajuk buku ‘ kembali kepada Islam’ satu permulaan baru hidup Kassim AHmad, namun ia tidak seindah yang dipaparkan.

Anda bacalah sendiri bagaimana hadis dikatakan tidak tulen kerana tidak dikumpulkan zaman Nabi.

Antaranya :

Seperti telah saya nyatakan dalam Bab I, apa yang dikatakan oleh kaum Sunnah Enam Buku ‘sahih’ yang dikumpul oleh Bukhari, Muslim, Tirmidhi Abu Daud, Ibn Majah dan al-Nasai tidak wujud pada waktu Nabi wafat, sepertimana Quran sudah wujud, tetapi wujud hanya antara 210 hingga 230 tahun selepas Nabi wafat.

Mengapa? Bukankah hakikat ini saja menunjukkan bahawa Hadis satu perkembangan baru yang tidak diajarkan oleh Nabi Muhammad sendiri? Beberapa orang sarjana Hadis moden5 telah berusaha kuat untuk membuktikan bahawa hadis-hadis telah dicatat pada waktu Nabi masih hidup lagi, dihafal dan diperturun kan dari generasi ke generasi hingga ke abad kedua Hijrah bila kumpulan-kumpulan rasmi dibuat.

Soalan yang masih tidak terjawab, walaupun sekiranya kita menerima kesimpulan mereka, ialah mengapakah kumpulan atau kumpulan-kumpulan rasmi Hadis tidak dibuat lebih awal, khasnya dalam pemerintahan khalifah-khalifah al-Rasyidun?

yang lain tu anda jenguklah sendiri dan berikan pendapat anda di ruang komen yang disediakan.

Selain itu, di blog Kassim Ahmad, saya terjumpa blog Bakri Musa, yang turut mengandungi statement yang meragukan saya. Seolah-olah tidak mengiktiraf Hadis . Namun, niat sebenar tulisan tersebut tidaklah saya tahu. kecuali, Bakri Musa tentu seseorang yang istimewa dengan Kassim Ahmad hingga menjadi blogger tunggal yang mendapat link tersebut…

Selain itu ada juga link web www.quran.org di blog yang sama, memaparkan tentang hadis dan perbincangan panjang lebar mengenainya.

Dan ada web nama Islamic Crunch di blog Bakri Musa yang tentu ada sesuatu yang menyamai pendapat mereka yang saya tidak dapat pastikan tahap ketulenan pegangannya… samada menerima atau tidakHadis sebagai sumber kedua Islam…

Anda tentu faham English dan membaca sendiri dan tersangat mampu memahami huraiannya…
Berikan komen dan tambahan jika anda rasa ada sesuatu yang ingin disampaikan…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: