JAKIM dan Islam Hadhari

KENYATAAN MEDIA
BERKAITAN PENGHARAMAN PROGRAM ISLAM HADHARI
Dl NEGERI SELANGOR

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin merujuk kepada kenyataan YB Dato’ Dr. Hassan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang disiarkan dalam akhbar-akhbar pada hari ini bahawa Negeri Selangor mengharamkan sebarang bentuk program Pendekatan Islam Hadhari di Negerl Selangor berkuatkuasa semalam.seterusnya…
JAKIM selaku agensi penyelaras pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari Peringkat Kebangsaan berpandangan  bahawa kenyataan  tersebut dibuat tanpa mengambilkira kebaikan dan manfaat jangka panjang yang akan diperolehi oleh umat Islam melalui Pendekatan Islam Hadhari.

Pendekatan Islam Hadhari yang telah diperkenalkan oleh kerajaan nersekutuan sejak tahun 2005 adalah suatu pendekatan untuk membangun dan memajukan ummah secara holistik meliputi aspek spiritual dan pembangunan fizikal. Tiada apa cacat cela dalam Pendekaian Islam Hadhari yang mengondungi 10 prinsip itu. Malah pinsip pertama pendekatan ini meletakkan aspek Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah sebagai teras utamanya.

Dalam persidangan-persldangan ulama’ peringkat antarabangsa, iaitu;

Persidangaan Akademik. Fiqh Antarabangsa di Putrajaya pada tahun 2007, di hadiri oleh lebih  90 ulama’ tertinggi daripada Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) termasuk tokoh ulama’ terkenal iaitu Dr. Wahbah Az-Zuhaily telah sepakat  menerima pendekatan  Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Mereka menyarankan agar pendekatan dicontohi oleh Negara-negara Islam yang lain.

Multaqa Alumni Al-Azhar di Kuala Lumpur pada awal tahun ini yang dihadiri oieh 1,000 orang ulama’ lepasan Al-Azhar termasuk Syeikh al-Azhar sendiri telah menerima baik Pendekatan Islam Hadhari sebagai pendekatan yang paling sesuai untuk menyuntik semula kesedaran di kalangan umat Islam di seluruh dunia untuk terus maju dalam pelbagai bidang yang selama ini kita masih ketinggalan.

Perjalanan mengenai penghayatan Islam Hadhari di Malaysia juga dipandu oleh pasukan Panel Pemikir Islam Hadhari yang mantap, iaitu dari kalangan cendikiawan muslim tempatan dalam pelbagai profesyen.

Justeru, adalah sangat malang jika masih ada pihak di kalangan kita yang tidak menerima pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari yang telah diterima pakai oleh ulama’ di peringkat antarabangsa.

Antara penghayatan Islam Hadhari yang sedang diperkenalkan oleh pihak kerajaan dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini ialah mewujudkan pengurusan masjid secara Hadhari.Antaranya ialah dari segi sistem pengurusan yang cekap, keceriaan masjid , pengimarahan dengan program pendidikan dan keilmuan, aktivitj sosial kepada remaja dan OKU, masjid sebagai pusat ekonomi mikro setempat, pusat kesihatan dan kebajikan komuniti, serta penubuhan kelab sukarelawan masjid. Ini adalah salah satu model yang akan diperkenalkan berdasarkan Pendekatan Islam Hadhari. Pada tahun ini kita akan wujudkan beberapa masjid di Wilayah Persekutuan sebagai modelnya dan akan dikembangkan ke negeri-negeri lain.

Kita ingin perkenalkan pengurusan masjid yang hadhari seperti di atas kerana untuk meningkatkan fungsi masjid sebagai institusi pembangunan ummah setempat. Banyak masjid telah dibina berjuta-juta ringgit tetapi fungsinya hanya terhad untuk solat tertentu sahaja. Kita perlu kembalikan fungsi masjid seperti di zaman Nabi dan zaman-zaman kegemilangan Islam lampau di mana masjid sebagai pusat pendidikan, pembangunan komuniti, ekonomi, pusat perpaduan dan sebagainya. Inilah yang kita ingin wujudkankan berdasarkan Pendekatan Islam Hadhari. Tetapi jika ada negeri yang menolaknya, maka itu pilihan mereka yang tidak mahukan perubahan.

Walau bagaimanapun saya yakin, individu atau pihak-pihak tertentu yang mengharamkon  Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ia menolaknya secara total, tetapi sebenarnya mereka sendiri tanpa sedar sedang melaksanakan  sebahagian dari aktivltl-aktiviti berteraskan pendekatan Islam Hadhari.

Sekian, terima kasih.

(DATO- WAN MOHAMAD BIN DATO- SHEIKH ABDUL AZIZ)
KETUA PENGARAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: