Mufti, Faisal Tehrani dan Seni

Mufti Perlis memang selalu mendapat perhatian ramai.  April lalu, Dr Mohd Asri menyekat penyanyi Faizal Tahir daripada mengadakan persembahan di konsert Jom Heboh di Perlis anjuran TV3 atas alasan membawa imej negatif. Majlis mufti pula mengharamkan program dua hari itu pada 30 Julai 2004.

Terbaru Faisal Tehrani ( FT ) menjadi sasaran kecaman Mufti tersebut berhubung yang didakwa berasaskan fahaman syiah yang terkandung di dalam karya tulisan bertajuk  ‘Bubur Ratapan Asyura’ dalam siri novel Ketupat Cinta …beliau menganggap ia sebagai “pembohongan” dan mendorongnya membantah penerbitan tersebut Februari lalu. Termasuk alasan ia “menggunakan hadis palsu” dan “mengagungkan perayaan Syiah.”

Isu Mufti memberi pandangan adalah baik kerana tugas mufti adalah memberi nasihat dan teguran. Namun teguran berasaskan keglamouran – meskipun ia sukar dibuktikan kerana berkaitan dengan hati – adalah isu yang berbeza.

Jika ingin menegur seharusnya diaturkan pertemuan dengan penulis tersebut dengan dihadiri alim ulama. Bukannya ‘membantah dari jauh’ dan menyebarkan salinan surat bantahan kepada media massa dan eletronik sehingga kekeliruan yang sepatutnya tiada mengganggu hidup kita, telah timbul dan mengelirukan. Apatah lagi di saat FT juga antara karyawan berunsur Islam atau mengislamkan karya sastera dengan kepadatan hujjahnya hingga mengkagumkan ramai pembaca termasuk saya yang berasal dari aliran agama …

Justeru, jika isu ini berasaskan kritikan wahabi FT yang keterlaluan di dalam blognya, mufti boleh mengambil langkah yang sama dengan menghentam sesiapa sahaja yang dirasakan sudah tidak lagi dikira antara Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bukankah DR Asri juga penulis dan profesor bertaraf Dr ?

Bahkan boleh dijawab satu persatu kekeliruan tersebut dan menghebahkannya di dalam blog beliau agar ramai tidak akan terpedaya hingga terpesong dengan fahaman Syiah yang didakwa dianuti oleh insan bernama Faisal Tehrani..Jika beliau tidak berminat mengumpulkan sejumlah alim ulama membicarakan penulis kontroversi FT tadi…

Namun Dr Asri adalah ulama wahabi…Lihat di blog agama Abu Syafiq tentang Dr Asri ini….Jika hanya suara Mufti aliran Wahabi sahaja berkumandang di setiap halaman akhbar, hingga kolum khusus disediakan untuk beliau di akhbar online, maka kita rasa kedamaian di dalam fahaman ratusan tahun kita selama ini akan berakhir. Atau sekurang kurangnya ia akan mula menerima tentangan. Tidak ubah seperti sistem pemerintahan yang terbukti berkesan jika ingin diubah tentu ia akan mengakibatkan ramai yang akan terkeliru dan mula berpecah kepada dua bahagian antara yang menerima dan menolaknya…Namun, jika ia tidak bercanggah dengan sunnah wal jamaah maka kitalah yang patut menerima pendapatnya tanpa ada sebarang keraguan lagi…
Yang anehnya, Mufti tersebut telah menghantar salinan surat kepada ketua pengarang akhbar dan dikirimkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sedangkan ajaran wahabi juga antara yang menjadi perhatian pihak JAKIM kerana merosakkan akidah dan juga pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah yang diamalkan zaman berzaman di Malaysia. Seperti Ustaz Zamihan yang giat menulis berkaitan isu wahabi ini. Mungkin keakraban Asri dengan sesetengah individu tertentu mungkin menggerunkan orang lain atau ia sekadar ‘gertakan’ yang laksana harimau yang hilang kuku ?

Isu  kecenderungan campur tangan mufti dalam kegiatan seni budaya, termasuk membantah karya sastera dan melarang penyanyi tidak patut disekat kerana ia sekadar nasihat bukannya peraturan yang mesti diikuti. Justeru seperti kata Persatuan Penulis Nasional dalam Malaysiakini bahawa keputusan mufti mengawal ruang seni budaya adalah “wajar” kerana mereka golongan bertanggungjawab dalam bidang agama.

“Beliau (mufti Perlis) melihat daripada pandangan yang beliau pegang, berpunca daripada fahaman yang beliau pegang. Itulah bidang autoriti beliau, kita mesti terima.

“(Autoritinya) bukan saja dalam bidang agama, (tetapi) termasuk juga politik dan lain-lain. Yang haram tetap haram. Kalau beliau menghukum saya sendiri, saya setuju dan akan kembali ke pangkal jalan,” kata setiausaha agungnya SM Zakir kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas tindakan Majlis itu – melalui mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria – mengeluarkan kenyataan bahawa konsert itu haram kerana “melalaikan dan menggalakkan maksiat”. – Malaysiakini

Namun jika ada beranggapan Mufti atau ulama tidak boleh campur tangan di dalam memberi pendapat atau saranan berkaitan sastera, teater atau apa sahaja bidang di dunia ini, kita bimbang ia satu tindakan menghina dan merendahkan martabat ulama hingga menjauhkan mereka dari ulama dan akhirnya menjadikan mereka tidak ada semangat lagi ingin mengamalkan agama suci di dalam kehidupan.

Seperti sesetengah kawan saya yang jelas menyebut bahawa IKD satu tempat kegiatan seni dan tumpuan penggiatnya dipenuhi dengan golongan penggiat sastera yang menolak kewujudan Tuhan…

Mungkin kenyataan tidak mahu dikawal di bawah adalah kata kata seseorang yang tidak mengiktiraf keutamaan ulama atau mufti…

– Sementara itu pengkritik seni Hasmi Hashim membantah campur tangan mufti dalam kegiatan seni budaya lapor berita Malaysiakini.

“Mana-mana institusi pun tidak patut kawal karyawan,” katanya ketika dihubungi berhubung tindakan Dr Mohd Asri menulis surat kepada Harian Metro membantah siri novel Faisal.

Surat tersebut mula beredar di internet mulai awal bulan lepas.

Bagaimanapun, tambah Hasmi, jika terdapat tuduhan serius seperti mempromosikan perkauman, seseorang penggiat seni boleh didakwa di mahkahmah.

“Sekiranya melampaui batas kepentingan sosial secara jelas seperti perkauman, ia harus melalui proses dan lunas undang-undang dan dibawa ke mahkamah.

“Tetapi dengan cara menuduh (seseorang penulis sebagai) Syiah, (tuduhan) itu usaha untuk mengekang seniman. (Tindakan mufti) itu tidak seharusnya berlaku dalam usaha kesedaran masyarakat (sekarang) yang mahukan demokrasi yang lebih baik,” katanya.
Mengulas tanggapan tindakan mufti Perlis bertentangan dengan ruang demokrasi, Zakir berkata demokrasi mempunyai hadnya dan hal-hal agama tidak boleh dipertikaikan.

“Demokrasi ada hadnya. Seni budaya ada hadnya. Ia (demokrasi dan seni) di bawah agama. Soal perbuatan, amalan (agama) tidak perlu dipertikaikan. Mungkin pendekatannya (mufti Perlis) keras.

“(Tetapi) hukum syariat tidak boleh anggap antikebebasan. Demokrasi, politik, seni di bawah agama. Agama yang paling atas.”

Bagaimanapun Hasmi, yang juga ketua bahagian PKR Parit Sulong, pula menyifatkan tindakan mufti itu bertentangan dengan ruang demokrasi.

Beliau sebaliknya mencadangkan langkah berdialog untuk mengatasi ketegangan antara pihak berkuasa agama dengan penggiat seni.

“Cara terbaik adalah berdiolog dengan seniman yang dianggap ‘bermasalah’ dengan institusi agama. Kalau Faisal bohong (dalam karyanya), dialog mesti wujud dahulu dan tidak boleh ada usaha menyisih (Faisal) mengguna kekuasaan.

“Hak Faisal untuk menulis mesti dijamin. Soal bohong atau tidak, (tuduhan) mesti dibuktikan,” kata bekas pelajar bidang seni halus di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jika berterusan campur tangan institusi agama, tambahnya, ia akan menyebabkan proses “balas dendam” yang tiada kesudahan.

“Kesan daripada tindakan ini, akan merebak ke dalam institusi-institusi lain. Suatu masa nanti apabila ada pihak lain menguasai institusi itu, ia akan mewujudkan tindakan balas dendam.

“Yang Syiah akan membalas dendam dengan Sunni. Yang Sunni balas dendam dengan Syiah. Tidak akan selesai masalah sosial,” katanya lagi. – tamat

Kesimpulannya, Mufti mestilah dari kalangan ulama pewaris Nabi yang berkata kata dengan benar dan tidak mengampu sesiapa pun. Ilmunya mestilah berasaskan Ahli Sunnah wal jamaah, bukan dari aliran Syiah, Muktazilah, Jabariyah Wahabi dan sebagainya termasuk ajaran sesat yang lain. pemilihan Mufti sewajarnya diputuskan oleh satu badan tertinggi agama Malaysia kerana ia sangat penting untuk dipilih dengan teliti memandangkan Mufti akan menjadi rujukan semua pihak di dalam apa sahaja isu yang berlaku di dunia kini.

7 Responses

  1. Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada anda. Apakah itu wahabi? apakah itu syiah? apakah ahlus sunnah wal jamaah? adakah wahabi itu ahlus sunnah wal jamaah atau tidak? adakah syiah itu ahlus sunnah?

    Saya tidak berkehendakkan apa-apa jawapan berdasarkan soalan-saoalan itu daripada anda. Adakah anda benar-benar yakin bahawa wahabi itu benar-benar telah dikategorikan sebagai sesat oleh Jakim. saya nasihatkan anda agar dapatkan maklumat tersebut daripada Jakim sendiri.
    Jakim telah mengeluarkan rencana yang bertujuan membetulkan salah faham tentang wahabi. Rencana tersebut disiarkan dalam Jurnal Penyelidikan Islam bil 19 tahun 2006. Beberapa salah faham dan fitnah serta tohmahan terhadap “wahabi” telah diperjelaskan Malahan di dalam rencana yang ditulis oleh Mohd Maizam Bin Mas’od tersebut, wahabi yang dikenali sebagai pengikut fahaman Syeikh Muhammad Abdul Wahhab itu diakui sebagai sebahagian daripada ahlus sunnah wal jamaah. Justeru bagaimana saudara boleh mengatakan wahabi itu sesat bahkan meletakkan sebaris dengan syiah. Tidak. tidak sesekali wahabi dan syiah itu sama. malahan mendakwa SS Mufti Perlis sebagai wahabi adalah fitnah yang amat besar.
    Jangan mudah menghukum seseorang individu jika anda tidak mengerti dan memahami, sekalipun anda mendakwa anda sebagai dari aliran agama. Pelajar pelajar yang menuntut dalam pengajian Islam pun bukannya semua bagus dan baik belaka. Saya adalah pelajar tahfiz dan kini sudahpun bergelar Hafiz (tapi saya taknak gunakan gelaran tersebut). Hatta dalam pengajian tahfiz pun berapa ramai mereka yang tersasar jauh daripada ajaran Islam, meningalkan solat dan puasa malahan sehingga tahap berzina. ini bukan fitnah, tetapi inilah kenyataan. Menjadi pelajar aliran agama bukanlah suatu keistimewaan atau kebanggaan. Ia suatu tanggungjawab!
    Selepas jelas apa itu wahabi, fahami pula syiah dan kedudukannya. Rujuklah Jakim sekali lagi. ada risalah yang boleh dibaca di laman web Jakim mengenai Syiah.
    Syiah mengkafirkan para sahabat. Al-Quran yang ada di sisi kita hari ini dikumpulkan oleh para sahabat, maka apabila mereka menolak sahabat, sudah tentu mereka tidak menerima al Quran, bagaimana dengan kedudukan ahlus sunnah yang menerima al Quran tersebut di sisi Syiah? Adakah saudara menyangka syiah mengakui kita sebahagian daripada Islam? Tidak! Tetapi, apa yang saudara sebut sebagai wahabi tidak mengkafirkan para sahabat, tidak menolak al Quran, hanya adakalanya mereka agak radikal. tetapi itu bukan alasan untuk mengatakan mereka sesat. Justeru bagaimana saudara boleh menyamakan wahabi dengan syiah.
    Saya juga masih mengkaji fahaman syiah ini. Tetapi, yang hak tetap hak. yang batil tetap batil.
    Saya harap saudara kajilah dahulu apa yang ingin saudara ingin katakan atau tulis di blog ini sebelum berbuat demikian. Tidak sesekali syiah itu boleh diterima dan tidak sesekali juga kita boleh menghukum wahabi sesat. Wallahu A’lam

    • salaam,
      cakap makan diri. kata tak elok mengukum sebelum mengkaji. tapi sudah menghukum syiah walau sedang mengkaji…

      • salam…
        fahaman syiah mna yg menolak sebahagian sahabat, bererti menolak menolak al quran…cuba rujuk balik tentang itu ya..
        dalam fahaman syiah, bukan semua sahabat itu baik…dan kalau kita lihat dari segi logiknya pada masa pemerintahan nabi pon ada yg munafik…..masakan selepas nabi wafat shabat nabi yg munafik itu telah berubah dan menjadi taat dan patuh pd perintah allah…
        ….
        bab wahabi..
        allah ada tangan??tangan kiri ka kanan??

  2. saya setuju.setiap tulisan mestilah disertakan dgn bukti yg sahih.jika anda kurang yakin dgn ilmu anda sila rujuk kepada pakar agama lain.tulisan2 sesiapa pun sentiasa dinilai, dan kita tidak mahu dibuktikan fakta yg kita tulis tu salah kerana itu akan menunjukkan kita yg berada di landasan yg salah sebenarnye.

    kebanyakan kita bila apa tu wahabi,apa tu syiah,apa tu ahlul sunnah wal jamaah, kebanyakan kita x dpt jawab dgn tepat.apatah lagi nak mengatakan pihak itu sesat dan pihak ini betul.

    tulisan kita juga dibaca oleh non muslim.jgn lah terlalu gah hendak mengkritik,kerana mgkn secara kita memberi imej islam ni terlalu berkecamuk dan serabut.

    mgkn saudara patut periksa fatwa jakim apa itu wahabi dan syiah.terdapat di al-ahkam.net.

  3. Saya sangat setuju dengan kedua dua pandangan mereka (fairuz dan azri). Para ilmuan Islam (Ustaz, Mufti dan Ulama yang ikhlas menegakkan Deen Islam) adalah tempat rujukan para umat islam untuk semua perkara samada dalam hall ibadah ataupun hal-hal keduniaan. Apa jua kegiatan keduniaan yang kita lakukan dan untuk apa jua tujuannya akan kembali atau berkaitan secara langung atau tidak kepada mengabdikan diri kita kepada Allah. Jadi, tidak salah kalau kita merujuk kepada ‘mereka’ jika ada kesangsian dalam diri kita berhubung dengan kegiatan keduniaan yang kita lakukan yang mungkin boleh mencalar kesucian Islam. Tidak wajar kita katakan ‘mereka’ tidak boleh mencampuri urusan karyawan dan sebagainya – Ask yourself, Am I a Muslim? and How deep my believe to the deen?.

    Saya telah membaca Doktin syiah, kepada mereka mereka yang Allah terangkan mata hatinya, ajaran ini memang penuh dengan nostalgia, penuh dengan dakwaan yang pelik pelik dan tak masuk aqal, mengecam para sahabat rasulullah hatta kepada Umahatul Mukminin, ‘Aisyah R.A dan memang tersasar sangat jauh dari ajaran Islam sebenar. Yang pelik ramai orang melayu yang berubah kepada fahaman ini.

    Saya juga telah membaca tulisan oleh Saudara Ghafani Awang Teh (JAKIM) bertarikh 23 Dis 2006 bersumber dari Pengarah Bahagian ILIM (www.islam.gov.my). Tidak ada kenyataan yang mengatakan Wahabi itu sesat. Penulis blog ini sering mengaitkan dan merujuk Wahabi dengan kumpulan radikal dalam wahabi serta menGELAR penghidup sunnah dan kehidupan para salaf sebagai Wahabi.

    Maaflah Penulis blog, Kalaulah mereka mereka yang anda GELAR wahabi itu bukan Wahabi dan mereka benar benar ikhlas menghidupkan sunah Rasulullah yang telah di mati matikan oleh kebanyakkan umat islam sendiri – tidakkah sebenar anda telah mengHINA Rasulullah dalam keadaan anda tidak sedari kerana seronok menghentam orang yang anda tidak suka/benci.

    Mari sama sama kita tingkatkan iman dan sucikan hati hati KITA.

  4. Cuba cari dalil dalil menolak wahabi di sini dan jawablah…..

    rasanya artikel terkini ttg wahabi dan abd wahab sangat jelas…

    fikirlah dan anda tentu ada otak untuk fikir….

    Satu lagi komen budak hafis di atas :

    Saya adalah pelajar tahfiz dan kini sudahpun bergelar Hafiz (tapi saya taknak gunakan gelaran tersebut). Hatta dalam pengajian tahfiz pun berapa ramai mereka yang tersasar jauh daripada ajaran Islam, meningalkan solat dan puasa malahan sehingga tahap berzina. ini bukan fitnah, tetapi inilah kenyataan. Menjadi pelajar aliran agama bukanlah suatu keistimewaan atau kebanggaan. Ia suatu tanggungjawab!

    Maaflah kerana saya tidak pernah jumpa pelajar hafis seperti yang dikatakan di atas. samada sebagai pelajar atau mengajar…

    kecuali budak nakal masuk tahiz dan keluar sebagai budak tahiz yang tidak habis mengaji.

    dan membawa nama buruk kepada bidang hafiz….

    mungkin pemberi komen antaranya ? patutlah !!!!!!!!!

  5. penulis cyber,
    kamu terlalu celupar, kata kata tulisan kamu terlalu keji. Kenapa kamu suka membuat komen yang menyakitkan hati dan kotor?. Kamu TIDAK layak di panggil ustaz yang buat kerja Dai’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: