Syiah dalam PAS ; apa kata anak Tok Guru Nik Aziz

Saya baru mengetahui dari sahabat tentang blog anak nik aziz lulusan Pakistan bernama Nik Abduh ini, seorang anak yang dikatakan mirip kepada Nik Aziz sendiri selaku MB Kelantan sejak 18 tahun yang lalu. Beliau sekarang adalah Ketua Pemuda PAS Pengkalan Chepa.

Jika Tun Mahathir memerintah Malaysia 22 tahun sebagai PM, Nik Aziz ada peluang mengatasi rekod sebagai MB terlama di Malaysia. Sekarang menurut MSO, Nik Aziz berada di Mekah mengerjakan UMRAH dan beliau pun turut diajak ke sana sama sama tetapi menolaknya. Difahamkan MSO telah melancarkan buku tentang Anwar Ibrahim bertajuk ‘ Jalan Pintas Ke Putrajaya’….

Di blog anak Nik Aziz bernama Nik Abduh ( nama sama dengan seorang ulama tokoh reformasi di Mesir ) beliau telah diminta menulis tentang Syiah dan juga penularan virusnya di dalam PAS. Rupa rupanya artikel saya post di sini sebelum ini tentang Pas dan Syiah ternyata memang benar kerana ia telah dibuktikan sendiri di dalam blog Nik Abduh tersebut yang juga turut disentuh berkaitannya oleh Nasruddin Tantawi di blognya sendiri.

katanya ” Saya jadi semacam bila mendengar cerita sekumpulan peminat ( penganut mungkin? ) mazhab Syiah menggunakan nama PAS untuk mengadakan program yang turut mempromosi Syiah dan ajarannya di Kota Bharu baru – baru ini. Kemudian saya lihat ianya diulas pendek oleh timbalan bos saya, Ustaz Nasrudin Tantawi di dalam blognya yang turut meminta saya jangan tak ambil tahu. Ambil tahu dan bertindak.”

Isu Syiah meresap ke dalam PAS bukan isu baru…Sebelum ini semasa GERAK berdemonstrasi di KL memang ada sebilangan peserta yang mengangkat bendera Imam Khomeini dan ia juga tidak dinafikan atau dihalang oleh PAS.

Maknanya PAS tidak bersungguh-sungguh menghalang perkara ini sedangkan Syiah sangat bahaya dan anda boleh lihat sendiri penjelasan tentang Syiah ini –klik sini – agar tidak terpesong dengan akidahnya.

Kesungguhan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat menyelar Syiah harus dipuji kerana ia tindakan yang penting dan perlu dilakukan dengan lisan dan perbuatan agar tidak ada sesekali ruang bagi fahaman tersebut menyelusup masuk ke dalam mana mana organisasi atau parti.

Artikel lanjut bolehlah anda baca dan nilai sendiri pandangan anak Tok Guru PAS Datuk Nik Aziz ini.

klik sini

4 Responses

  1. dah lama syiah meresap dalam pas . sebab mereka gagal meresap dalam UMNO, sebab UMNO tahu dasar dan pembawaan mereka. PAS sebenarnya kurang arif tentang Syiah sebab tu PAS hari ini terdiri daripada puak fahaman syiah

  2. Alhamdulillah yang masuk fahaman Syiah, Bukan Wahhabiyah pengikut Ibnu Tai-Miyyah. Wahhabiyah atau sebutan kerennya adalah Jammaah Takfiriyah.

  3. Ini bkan d sebbkn kearifan PAS tp mreka mmg brsepakt utk mnentang ahl sunnah wal jama’ah,nik aziz jga mrupakn pnentang kpda wahabi,oleh d dsbabkn itu,nik aziz x brusaha mnghalang syiah msk ke parti mreka,

  4. SAYA SETUJU SALAH SEORANG YG KUAT SYIAH IALAH MAT SABU IALAH SALAH SEORANG DRI AHUL BAIT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: