Wahabi diiktiraf JAKIM….tidak percaya ?

Ye ke ? Jangan perasan… Hanya mereka yang perasan sahaja yang sukakan Wahabi yang telah punah ranah akidahnya ini kerana mengataka Allah bertempat dan bersemayam serta ber ber puluh perkara lagi yang ‘songsang’ dan ‘luar tabi’e’ dari akhlak dan ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tidak sangka ramai ‘pencinta pencinta’ pendapat yang meng KAFIR kan dan mem SESAT kan orang di kalangan kita sekarang ini. Dan tugas saya bukan membuatkan mereka marah, jauh sekali memuji mereka. Saya lebih rela mereka semakin kerap membaca blog ini dari terus terpedaya dengan fikrah wahabi dan mewariskannya kepada sanak saudara dan generasi selepas mereka.

Moga ALLAH menjadi saksi di atas apa yang saya lakukan sekarang ini dalam mencontohi sifat ” tabligh” Nabi …Kejayaan saya ialah dengan memberi penerangan, bukan bilangan orang yang sedar dan insaf ..Jika tidak ada seorang pun insaf saya tidak rugi apa apa kerana tugas saya menyampaikan walau satu ayat adalah tugas hakiki dan saya ingin menjalankannya di saat masih ada kudrat sebagai hamba Nya s.w.t…

Baca kenyataan JAKIM yang ‘menyokong’ Wahabi di bawah ini….Pasti saya pun akan terkejut. Terima kasih kepada pencinta wahabi – baca : pembanteras bidaah dan khurafaat – yang sudi memberi komen …Syukran La ka Ya Wahhabi As Salafi Al Mudda’ie…..

Klik untuk ruangan asal soal jawab di bawah ( JAKIM ) tekan bab akidah > bab bidaah…

2.saya mengalami kemusykilan berkenaan status bid”ah,kerana melalui satu kitab yang dibaca mengatakan semua jenis bid”ah adalah haram,tetapi bagaimana mengenai bid”ah hasanah seperti membaca yassin berUlama membahagikan bid’ah kepada dua i- Bid’ah Hasanah ii- Bid;ah Dhalalah Membaca Yaasin beramai-ramai adalah termasuk dalam bid’ah Hasanah yang telah diiktiraf oleh para Ulama Muktabar dari dahulu hingga sekarang.

3.Adakah buku tulisan Rasul Dahri bertajuk ” BID’AH MENURUT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ” boleh diterimapakai & siapakah yang dimaksudkan dengan AHLI SUNNAH WAL JAMAAH?Panel menasihatkan puan supaya tidak membaca buku tersebut sebagai bahan rujukan asas kerana tulisannya boleh mengelirukan. AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ialah satu golongan yang menjadikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak, Qias, dan sumber-sumber perundangan Syariat yang lain sebagai pegangan

4.Assalamualaikum Pada kebiasaannya masyarakat islam ditempat saya tinggal ni ada membuat kenduri arwah (yassin, tahlil dan bacaan doa) kepada simati pada malam pertama, kedua dan hingga keseratus hariHukum mengadakan kenduri arwah berserta bacaan yasin dengan niat untuk memberikan sedekah kepada orang ramai adalah harus.Namun sebaik-baiknya jamuan tersebut tidak seharusnya diadakan sampai ke seratus hari.Buatlah sekadar yang mampu sahaja.

5.Assalamualaikum Pada kebiasaannya masyarakat islam ditempat saya tinggal ni ada membuat kenduri arwah (yassin, tahlil dan bacaan doa) kepada simati pada malam pertama, kedua dan hingga keseratus hariTelah dijawab pada 060807

6.Assalamualaikum. Ada yang mengatakan dakwah melalui internet atau yang seangkatan dengannya adalah bidaah. Boleh tolong jelaskan dengan dalilnya sekali. Semoga Allah berikan taufiq dan hidayahNyaDi dalam Islam terdapat dua jenis Bida’ah iaitu Bidaah Dholalah dan Bidaah Hasanah. Bidaah Dholalah adalah bidaah menyesatkan seperti sembahyang subuh tiga rakaat.Manakala bidaah Hasanah ialah amalan yang tidak dilakukan oleh nabi, tetapi dilakukan oleh umat selepasnya seperti bacaan tahlil dan sebagainya. Amalan sebegini boleh dilakukan selagi mana tidak bertentangan oleh syarak. Adapun dakwah melalui internet bukanlah satu bidaah kerana ia termasuk didalam metod Dakwah Bil Media.

7.Persoalan mengenai kenduri arwah, adakah ianya bida’h?Hukum mengadakan kenduri arwah berserta bacaan yasin dengan niat untuk memberikan sedekah kepada orang ramai adalah harus.Namun sebaik-baiknya jamuan tersebut disediakan oleh jiran-jiran atau orang yang menziarahi si mati dan keluarganya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan dari termakan harta anak yatim.

8.apakah perkara atau adat yang bercanggah dengan syarak?Adat yang bercanggah dengan syarak ialah 1. Mempercayai bala sekiranya berkahwin serentak. 2. Bersanding dengan ditontoni oleh semua orang tanpa menutup aurat. 3.Melenggang perut 2

9.adakah bidaah sesat ,jika ada yang tak sesat sila beritahu sayaBid’ah Hasanah ialah bid’ah yang baik dan tidak bercanggah dengan Syarak seperti membaca Yaasin beramai-ramai dan tahlil. Ibadah ini dipersetujui oleh para Ulama-ulama yang Muktabar. . Manakala bida’ah yang sesat ialah amalan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti berzikir sambil menari. sebagaimana yang menjadi amalan sesetengah puak.

10.Assalaummualaikum. Saya ingin bertanya tentang Tahlil an pembacaan surah yaasin.Kebiasaannya, orang Melayu Islam suka untuk mengadakan Manjlis Tahlil dan bacaan surah yaasin apabila masuk rumah baru,Wa’alaikumusslam wrt. wrt., Membaca tahlil dan surah Yasin apabila memasuki rumah baru, merayakan kejayaan dan sebagainya adalah diharuskan. Apabila seseorang mendapat sesuatu nikmat. maka ia digalakkan untuk bersyukur dengan mengadakan sujud syukur serta melakukan kerja-kerja amal kebajikan yang lain seperti bersedekah, memberi makan orang miskin dan sebagainya. Manakala waktunya bergantung kepada keadaan dan kelapangan seseorang.

12.Apakah pendirian JAKIM tentang amalan sembahyang sunat dan membaca yasin 3X pada malam nisfu shaaban? Adakah ianya bid’ah?Amalan sunat sembahyang dan membaca Yasin di malam nisfu Sya’ban diharuskan.

13.Tuduh menuduh dalam hal bidaah telah menular dan sedikit sebanyak memecahkan jemaah. Seharusnya pihak JAKIM hendaklah membuat kenyataan terbuka tentang apa yang perlu diteruskan semoga tidak timbul kPanel mengucapkan terima kasih di atas syor yang dikemukakan. JAKIM telah dan akan mengatasi perkara tersebut melalui program-program yang dianjurkan.

14.adakah tahlil dan talqin itu bidaah dan tidak boleh diamalkanBid’ah Hasanah ialah bid’ah yang baik dan tidak bercanggah dengan Syarak seperti membaca Yaasin beramai-ramai dan tahlil. Ibadah ini dipersetujui oleh para Ulama-ulama yang Muktabar. .

15.Artikel Utusan Msia 13/10/07 ms 10 menyebut Rasulallah s.a.w. tidak pernah mensyariatkan umatnya untuk menghadiahkan bacaan al-Quran kepada yang telah mati dan tidak pernah menggemari atau memberikan1. Segala hadiah dalam bentuk bacaan al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran yang lain akan sampai kepada orang yang telah meninggal dunia yang diniatkan pahala kepadanya. 2. Harus mengupah orang untuk mengerjakan haji bagi orang yang telah mewasiatkan supaya mengerjakan haji untuknya.

16.Saya ada menonton video ceramah Ust.Rasul Dahri yang mengatakan Imam Shafie melarang keras mengadakan tahlil arwah, bacaan Yasin dan kenduri utk. simati.Apakah benar ia sesuatu bida’ah yang mungkar kHarus mengadakan Majlis Tahlil arwah, bacaan yasin dan kenduri arwah si mati.

18.Assalamualaikum Ustaz… Soalan saya adalah berkenaan Islam Hadhari. Kenapa Islam yang di ajarkan oleh Nabi Muhammad tidak di praktikkan sepenuhnya? Bukankah agama Islam yang sebenarnya itu sendiri mIslam hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru dalam Islam. Ia adalah satu pendekatan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengembalikan ummat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar menurut al-Quran dan al-Sunnah. Islam Hadhari merupakan satu anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah bagi memahami dan mengamalkan ajaran Islam tanpa mengurangkan prinsip-prinsip akidah dan syariah.Pendekatan Islam Hadhari memberi tumpuan bagi membangun dan memajukan ummat Islam berdasarkan tamaddun.Islam yang menekankan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal secara seimbang untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

22.Bacaan tahlilMengadakan majlis tahlil adalah harus, jika kita membuatnya kita akan mendapat pahala dan jika kita tidak membuatnya kita tidak berdosa.

23.sila berikan maksud mengenai bid’ah dan berikan dalil serta hadithBid’ah adalah sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Terdapat 2 jenis bid’ah iaitu bid’ah hasanah dan bid’ah dholalah dan mana-mana perkara yang bukan berkaitan dengan ibadat dan tidak bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dianggap perkara baik dan akan diberi pahala.

Jadi, apa kata kita sekarang ? Wahabi diiktiraf JAKIM atau belum dilabelkan menyeleweng ?

Dah label atau tidak, Wahbabi tidak diterima masyarakat…Perbuatan mereka sangat menyimpang dari ajaran Islam sejati meskipun mereka mendakwa, kamilah pilihan menentang ajaran khurafaat dan bidaah di dalam masyarakat sehingga semua tempat sejarah Nabi kami telah musnahkan…

Mujurlah Maqam Nabi dan sahabat di Masjid Nabawi kami tidak musnahkan…takut juga kami burung ababil datang membelasah kami nanti ! setakat rumah, tempat lahir Nabi sudah lama kami kerjakan…Maklumlah kami kan diangkat oleh tentera British semasa mereka mengalahkan Empayar Usmaniyyah …

Nak tahu kena rajin rajin cari sendiri dalam search engine…

Allahumma zidna Fi Rasulillah s.a.w Hubban ‘ala hubbin…

9 Responses

  1. Kamu terlalu syok menyalahkan dan memfitnah ‘mereka’ – wahabii. Kamu ni baik dan beriman sangat ke?. Dah baca buku tulisan Dr . Azwira yang counter back tulisan Al Ghari tu?. Kamu dah baca ke text asal Muhammad Abd al-wahhab. Jangan main ikut ikut dan tak habi baca dan tersalah terjemah / tafsir macam Al ghari.

    Kamu mesti dah tahu dah berbelas kali perbincangan majlis fatwa tentang wahabbi kat Malaysia ni. Tak sekali pun mengharamknya.

    Saya tahu kamu mungkin seorang ‘ustaz’ mengajar dan masih belajar. Gelaran pendokong ilmu Islam masih tak sesuai tak sesuai untuk kamu.

    Perhatikan kata kata dan tulisan kamu jangan sampai menyalahi sunah Rasulullah, atsar salaf dan ijmak ulamak seperti al ghari secara tak sedar menyalahi ijmak ulamak dalam bukunya ‘memahami ancaman terhadap ahli sunnah wal jamaah’.

    Ingatlah penyakit orang ilmu agama ini adalah hawa nafsu. Jangan salah guna ilu yang allah kurniakan kepada kamu.

    maaf saya mengunakan perkataan ‘kamu’ sebab cara, bahasa dan kandungan tulisan kamu tidak mengabarkan kau seorang ustaz.

  2. Lagi elok tak panggil saya ustaz…saya memang tak layak.

    Tapi ustaz2 kat JAKIM agak2 layak tak ? atau ulama di bawah ni agak2 anda hebat tak ?

    Tgk list ni :

    PARA ULAMA, AHLI FIQH DAN PARA

    QADHI YANG MEMBANTAH DAN MENGKAFIRKAN

    IBNU TAIMIYYAH

    Berikut adalah nama-nama para ulama yang

    sezaman dengan Ibnu Taimiyyah (Mati 728 H) dan

    berdebat dengannya atau yang hidup setelahnya

    dan membantah serta menyerang pendapat-pendapatnya.

    Mereka adalah para ulama dari

    empat madzhab; Syafi’i, Hanafi, Maliki dan

    Hanbali:

    1. Al Qadli al Mufassir Badr ad-din Muhammad

    ibn Ibrahim ibn Jama’ah asy-Syafi’i (W 733

    H).

    2. Al Qadli Muhammad ibn al Hariri al Anshari

    al Hanafi.

    3. Al Qadli Muhammad ibn Abu Bakar al Maliki

    4. Al Qadli Ahmad ibn ‘Umar al Maqdisi al

    Hanbali

    Dengan fatwa empat Qadli (hakim) dari

    empat madzhab ini, Ibnu Taimiyah dipenjara

    pada tahun 762 H. Peristiwa ini diuraikan

    dalam ‘Uyun at-Tawarikh karya Ibnu Syakir al

    Kutubi, Najm al Muhtadi wa Rajm al Mu’tadi

    karya Ibn al Mu’allim al Qurasyi.

    5. Syekh Shalih ibn Abdillah al Batha-ihi,

    pimpinan para ulama di Munaybi’ ar-Rifa’i,

    kemudian menetap di Damaskus dan wafat

    tahun 707 H. Beliau adalah salah seorang

    yang menolak pendapat Ibnu Taimiyah dan

    membantahnya seperti dijelaskan oleh

    Ahmad al-Witri dalam karyanya Raudlah an-

    Nazhirin wa Khulashah Manaqib ash-Shalihin. Al

    Hafizh Ibnu Hajar al ‘Asqalani juga

    menuturkan biografi Syekh Shalih ini dalam

    ad-Durar al Kaminah.

    6. Syekh Kamal ad-Din Muhammad ibn Abu al

    Hasan Ali as-Siraj ar-Rifa’i al Qurasyi dalam

    Tuffah al Arwah wa Fattah al Arbah. Beliau ini

    semasa dengan Ibnu Taimiyah .

    7. Qadli al Qudlah (Hakim Agung) di Mesir;

    Ahmad ibn Ibrahim as-Surrruji al Hanafi (W

    710 H) dalam I’tiraadlat ‘Ala Ibn Taimiyah fi

    ‘Ilm al Kalam.

    8. Qadli al Qudlah (Hakim Agung) madzhab

    Maliki di Mesir; Ali ibn Makhluf (W 718 H).

    Beliau berkata: “Ibnu Taimiyah berkeyakinan

    Tajsim. Dalam madzhab kami, orang yang

    meyakini ini telah kafir dan wajib dibunuh”.

    9. Asy-Syekh al Faqih Ali ibn Ya’qub al Bakri (W

    724 H). Ketika Ibnu Taimiyah datang ke

    Mesir beliau mendatanginya dan mengingkari

    pendapat-pendapatnya .

    10. Al Faqih Syams ad-Din Muhammad ibn

    ‘Adlan asy-Syafi’i (W 749 H). Beliau

    mengatakan: “Ibnu Taimiyah berkata; Allah di

    atas ‘Arsy dengan keberadaan di atas yang

    sebenarnya, Allah berbicara (berfirman) dengan

    huruf dan suara”.

    11. Al Hafizh al Mujtahid Taqiyy ad-Din as-Subki

    (W 756 H) dalam beberapa karyanya:

    – Al I’tibar Bi Baqa al Jannah Wa an-Nar

    – Ad-Durrah al Mudliyyah Fi ar-Radd ‘Ala Ibn

    Taimiyah

    – Syifa as-Saqam fi Ziyarah Khairi al Anam

    – An-Nazhar al Muhaqqaq fi al Halif Bi ath-

    Thalaq al Mu’allaq

    – Naqd al Ijtima’ Wa al Iftiraq fi Masa-il al

    Ayman wa ath-Thalaq

    – at-Tahqiq fi Mas-alah at Ta’liq

    – Raf’ asy-Syiqaq ‘An Mas-alah ath-Thalaq.

    12. Al Muhaddits al Mufassir al Ushuli al Faqih

    Muhammad ibn ‘Umar ibn Makki, yang lebih

    dikenal dengan Ibn al Murahhil asy-Syafi’i (W

    716 H) beliau membantah dan menyerang

    Ibnu Taimiyah.

    13. Al Hafizh Abu Sa’id Shalah ad-Din al ‘Ala-i

    (W. 761 H). Beliau mencela Ibnu Taimiyah

    seperti dijelaskan dalam:

    – Dzakha-ir al Qashr fi Tarajim Nubala al ‘Ashr,

    hlm .32-33, buah karya Ibnu Thulun.

    – Ahadits Ziyarah Qabr an-Nabi Shallallahu

    ‘alayhi wasallam.

    14. Qadli al Qudlah (Hakim Agung) di al Madinah

    al Munawwarah; Abu Abdillah Muhammad

    ibn Musallam ibn Malik ash-Shalihi al

    Hanbali (W 762 H).

    15. Syekh Ahmad ibn Yahya al Kullabi al Halabi

    yang lebih dikenal dengan Ibn Jahbal (W 733

    H). Beliau semasa dengan Ibnu Taimiyah dan

    menulis sebuah risalah untuk membantahnya,

    berjudul Risalah fi Nafyi al Jihah, yakni

    menafikan Jihah (arah) bagi Allah.

    16. Al Qadli Kamal ad-Din ibn az-Zumallakani

    (W 727 H). Beliau mendebat Ibnu Taimiyah

    dan menyerangnya dengan menulis dua

    risalah bantahan tentang masalah talak dan

    ziarah ke makam Rasulullah.

    17. Al Qadli Kamal Shafiyy ad-Din al Hindi (W

    715 H), beliau mendebat Ibnu Taimiyah.

    18. Al Faqih al Muhaddits ‘Ali ibn Muhammad al

    Bajiyy asy-Syafi’i (W 714 H). Beliau mendebat

    Ibnu Taimiyah dalam empat belas majelis dan

    berhasil membungkamnya.

    19. Al Mu-arrikh al Faqih al Mutakallim al Fakhr

    Ibn al Mu’allim al Qurasyi (W 725 H) dalam

    karyanya Najm al Muhtadi wa Rajm al Mu’tadi.

    20. Al Faqih Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Ali al

    Mazini ad-Dahhan ad-Dimasyqi (W 721 H)

    dalam dua risalahnya:

    – Risalah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah fi Masalah

    ath-Thalaq.

    – Risalah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah fi Masalah

    az-Ziyarah.

    21. Al Faqih Abu al Qasim Ahmad ibn

    Muhammad asy-Syirazi (W 733 H) dalam

    karyanya Risalah fi ar-Radd ‘Ala ibn Taimiyah..

    22. Al Faqih al Muhaddits Jalal ad-Din

    Muhammad al Qazwini asy-Syafi’i (W 739 H)

    23. Surat keputusan resmi yang dikeluarkan oleh

    Sultan Ibnu Qalawun (W 741 H) untuk

    memenjarakannya.

    24. Al Hafizh adz-Dzahabi (W 748 H). Ia semasa

    dengan Ibnu Taimiyah dan membantahnya

    dalam dua risalahnya :

    – Bayan Zaghal al ‘Ilm wa ath-Thalab.

    – An-Nashihah adz-Dzahabiyyah

    25. Al Mufassir Abu Hayyan al Andalusi (W 745

    H) dalam Tafsirnya: An-Nahr al Maadd Min al

    Bahr al Muhith.

    26. Syekh ‘Afif ad-Din Abdullah ibn As’ad al

    Yafi’i al Yamani al Makki (W 768 H).

    27. Al Faqih ar-Rahhalah Ibnu Baththuthah (W

    779 H) dalam karyanya Rihlah Ibn Baththuthah.

    28. Al Faqih Taj ad-Din as-Subki (W 771 H)

    dalam karyanya Thabaqat asy-Syafi’iyyah al

    Kubra.

    29. Al Muarrikh Ibnu Syakir al Kutubi (W 764

    H); murid Ibnu Taimiyah dalam karyanya:

    ‘Uyun at-Tawarikh.

    30. Syekh ‘Umar ibn Abu al Yaman al Lakhami al

    Fakihi al Maliki (W 734 H) dalam at-Tuhfah al

    Mukhtarah Fi ar-Radd ‘Ala Munkir az-Ziyarah.

    31. Al Qadli Muhammad as-Sa’di al Mishri al

    Akhna-i (W 750 H) dalam al Maqalah al

    Mardhiyyah fi ar-Radd ‘Ala Man Yunkir az-

    Ziyarah al-Muhammadiyyah. Buku ini dicetak

    dalam satu rangkaian dengan Al-Barahin as-

    Sathi’ah karya Al ’Azami.

    32. Syekh Isa az-Zawawi al Maliki (W 743 H)

    dalam Risalah fi Mas-alah ath- Thalaq

    33. Syekh Ahmad ibn Utsman at-Turkamani al-

    Juzajani al Hanafi (W 744 H) dalam al Abhats

    al Jaliyyah fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah.

    34. Al Hafizh Abd ar-Rahman ibn Ahmad, yang

    terkenal dengan Ibnu Rajab al Hanbali (W

    795 H) dalam: Bayan Musykil al Ahadits al

    Waridah fi Anna ath-Thalaq ats-Tsalats Wahidah.

    35. Al Hafizh Ibnu Hajar al ‘Asqalani (W 852 H)

    dalam beberapa karyanya:

    – Ad-Durar al Kaminah fi A’yan al Mi-ah ats-

    Tsaminah

    – Lisan al Mizan

    – Fath al Bari Syarh Shahih al Bukhari

    – Al Isyarah Bi Thuruq Hadits az-Ziyarah

    36. Al Hafizh Waliyy ad-Din al ‘Iraqi (W 826 H)

    dalam al Ajwibah al Mardliyyah fi ar-Radd ‘Ala

    al As-ilah al Makkiyyah.

    37. Al Faqih al Mu-arrikh Ibn Qadli Syuhbah asy-

    Syafi’i (W 851 H) dalam Tarikh Ibn Qadli

    Syuhbah.

    38. Al Faqih Abu Bakr al Hushni (W 829 H)

    dalam Karyanya Daf’u Syubah Man Syabbaha

    Wa Tamarrada Wa Nasaba Dzalika Ila al Imam

    Ahmad.

    39. Pimpinan para ulama seluruh Afrika, Abu

    Abdillah ibn ‘Arafah at-Tunisi al Maliki (W

    803 H).

    40. Al ‘Allamah ‘Ala ad-Din al Bukhari al Hanafi

    (W 841 H). Beliau mengkafirkan Ibnu

    Taimiyah dan orang yang menyebutnya Syekh

    al Islam1. Artinya orang yang menyebutnya

    dengan julukan Syekh al Islam, sementara ia

    tahu perkataan dan pendapat-pendapat

    kufurnya. Hal ini dituturkan oleh Al Hafizh

    as-Sakhawi dalam Adl-Dlau Al Lami’.

    41. Syekh Muhammad ibn Ahmad Hamid ad-

    Din al Farghani ad-Dimasyqi al Hanafi (W

    867 H) dalam risalahnya Ar-Radd ‘Ala Ibnu

    Taimiyah fi al I’tiqad.

    42. Syekh Ahmad Zurruq al Fasi al Maliki (W

    899 H) dalam Syarh Hizb al Bahr.

    43. Al Hafizh as-Sakhawi (W 902 H) dalam Al

    I’lan Bi at-Taubikh liman Dzamma at-Tarikh.

    44. Ahmad ibn Muhammad Yang dikenal dengan

    Ibnu Abd as-Salam al Mishri (W 931 H)

    dalam al Qaul an-Nashir fi Raddi Khabath ‘Ali

    ibn Nashir.

    45. Al ‘Alim Ahmad ibn Muhammad al

    Khawarizmi ad-Dimasyqi yang dikenal

    dengan Ibnu Qira (W 968 H), beliau mencela

    Ibnu Taimiyah.

    46. al Bayyadli al Hanafi (W 1098 H) dalam

    Isyarat al Maram Min ‘Ibarat al Imam.

    47. Syekh Ahmad ibn Muhammad al Witri (W

    980 H) dalam Raudlah an- Nazhirin Wa

    Khulashah Manaqib ash- Shalihin.

    48. Syekh Ibnu Hajar al Haytami (W 974 H)

    dalam karya-karyanya;

    – Al Fatawi al Haditsiyyah

    – Al Jawhar al Munazhzham fi Ziyarah al Qabr al

    Mu’azhzham

    – Hasyiyah al Idhah fi Manasik al Hajj

    49. Syekh Jalal ad-Din ad-Dawwani (W 928 H)

    dalam Syarh al ‘Adludiyyah.

    50. Syekh ‘Abd an-Nafi’ ibn Muhammad ibn ‘Ali

    ibn ‘Arraq ad-Dimasyqi (W 962 H) seperti

    dijelaskan dalam Dzakha-ir al Qashr fi Tarajim

    Nubala al ‘Ashr, hlm. 32-33, buah karya Ibnu

    Thulun.

    51. Al Qadli Abu Abdullah al Muqri dalam Nazm

    al-La-ali fi Suluk al Amali.

    52. Mulla ‘Ali al Qari al Hanafi (W 1014 H)

    dalam Syarh asy-Syifa li al Qadli ‘Iyadl.

    53. Syekh Abd ar-Ra-uf al Munawi asy -Syafi’i

    (W 1031 H) dalam Syarh asy-Syama-il li at-

    Tirmidzi.

    54. Al Muhaddits Muhammad ibn ‘Ali ibn ‘Illan

    ash-Shiddiqi al Makki (W 1057 H) dalam

    risalahnya al Mubrid al Mubki fi ar-Radd ‘ala

    ash-Sharim al Munki.

    55. Syekh Ahmad al Khafaji al Mishri al Hanafi

    (W 1069 H) dalam Syarh asy-Syifa li al Qadli

    ‘Iyadl.

    56. Al Muarrikh Ahmad Abu al ‘Abbas al Muqri

    (W 1041 H) dalam Azhar ar-Riyadl.

    57. Syekh Ahmad az-Zurqani al Maliki (W 1122

    H) dalam Syarh al Mawahib al-Ladunniyyah.

    58. Syekh Abd al Ghani an-Nabulsi (W 1143 H)

    dalam banyak karya-karyanya.

    59. Al Faqih ash-Shufi Muhammad Mahdi ibn ‘Ali

    ash Shayyadi yang terkenal dengan ar-Rawwas

    (W 1287 H)

    60. As-Sayyid Muhammad Abu al Huda ash-

    Shayyadi (W 1328 H) dalam Qiladah al

    Jawahir.

    61. Al Mufti Musthafa ibn Ahmad asy-Syaththi al

    Hanbali ad-Dimasyqi (W 1349 H) dalam

    karyanya an-Nuqul asy-Syar’iyyah.

    62. Mahmud Khaththab as-Subki (W 1352 H)

    dalam ad-Din al Khalish atau Irsyad al Khalq Ila

    ad-Din al-Haqq.

    63. Mufti Madinah asy-Syekh Al Muhaddits

    Muhammad al Khadlir asy-Syinqithi (W 1353

    H) dalam karyanya Luzum ath-Thalaq ats-Tsalas

    Daf’uhu Bi Ma La Yastathi’ al ‘Alim Daf’ahu.

    64. Syekh Salamah al ‘Azami asy-Syafi’i (W 1376

    H) dalam al Barahin as-Sathi’ah fi Radd Ba’dl al

    Bida’ asy-Sya-i’ah dan beberapa makalah dalam

    surat kabar Mesir Al Muslim

    65. Mufti Mesir Syekh Muhammad Bakhit al

    Muthi’i (W 1354 H) dalam karyanya Tathhir al

    Fuad Min Danas aI I’tiqad

    66. Wakil Syekh al Islam pada Daulah Utsmaniyyah

    (Dinasti Bani Utsman) Syekh Muhammad

    Zahid al Kawtsari (W 1371 H) dalam

    beberapa karyanya:

    – Maqalat al Kawtsari

    – At-Ta’aqqub al Hatsits lima Yanfihi Ibnu

    Taimiyah mi al Hadits

    – Al Buhuts al Wafiyyah fi Mufradat Ibnu

    Taimiyah

    – Al Isyfaq ‘Ala Ahkam ath- Thalaq

    67. Ibrahim ibn Utsman as-Samnudi al Mishri

    dalam karyanya Nushrah al Imam as-Subki Bi

    Radd ash-Sharim al Munki.

    68. ‘Alim Makkah Muhammad al ‘Arabi at-

    Tabban (W 1390 H) dalam Bara-ah al

    Asy’ariyyin Min ‘Aqa-id al Mukhalifin.

    69. Syekh Muhammad Yusuf al Banuri al

    Bakistani dalam Ma’arif as-Sunan Syarh Sunan

    at-Tirmidzi.

    70. Syekh Manshur Muhammad ‘Uwais dalam

    Ibnu Taimiyah Laisa Salafiyyan.

    71. Al-Hafizh Syekh Ahmad ibn ash-Shiddiq al

    Ghummari al Maghribi (W 1380 H) dalam

    beberapa karyanya, di antaranya:

    – Hidayah ash-Shaghra

    – Al Qaul al Jaliyy

    72. asy-Syekh al Muhaddits Abdullah al Ghammari

    al Maghribi (W 1413 H) dalam banyak

    karyanya, di antaranya:

    – Itqan ash-Shan-‘ah Fi Tahqiq Ma’na al Bid’ah

    – Ash-Shubh as-Safir fi Tahqiq Shalah al Musafir

    – Ar-Rasa-il al Ghammariyyah

    73. Al Musnid Abu al Asybal Salim ibn Jindan (W

    1969 H) dari Jakarta Indonesia dalam

    karyanya Al Khulashah al Kafiyah fi al Asanid al

    ‘Aliyah.

    74. Hamdullah al Barajuri, ‘Alim Saharnapur

    dalam al Bashair Li Munkiri at-Tawassul Bi Ahl

    al Qubur

    75. Syekh Musthafa Abu Sayf al Hamami. Beliau

    mengkafirkan Ibnu Taimiyah dalam karyanya

    Ghawts al ‘Ibad Bi Bayan ar-Rasyad. Buku ini

    mendapat persetujuan dan rekomendasi dari

    beberapa ulama besar, di antaranya; Syekh

    Muhammad Sa’id al ‘Arfi, Syekh Yusuf ad-

    Dajwi, Syekh Mahmud Abu Daqiqah, Syekh

    Muhammad al Buhairi, Syekh Muhammad

    Abd al Fattah ‘Inati, Syekh Habibullah al

    Jakni asy-Syinqithi, Syekh Dasuqi Abdullah al

    ‘Arabi dan Syekh Muhammad Hifni Bilal.

    76. Muhammad ibn Isa ibn Badran as-Sa’di al

    Mishri

    77. As-Sayyid Syekh al Faqih Alawi ibn Thahir al

    Haddad al Hadlrami.

    78. Mukhtar ibn Ahmad al Muayyad al ‘Adzami

    (W 1340 H) dalam Jala’ al Awham ‘An

    Madzahib al A-immah al ‘Izham Wa at-Tawassul

    Bi Jahi Khair al Anam ‘Alaihi ash-Shalatu Wa as-

    Salam yang beliau tulis sebagai bantahan

    terhadap buku Ibnu Taimiyah; Raf’ al Malam.

    79. Syekh Ismail al Azhari dalam Mir-at an-

    Najdiyyah.

    80. KH. Muhammad Ihsan dari Jampes Kediri

    Jawa timur dalam Kitabnya Siraj ath-Thalibin

    81. KH. Muhammad Hasyim Asy’ari (W 1366

    H/1947 R), Rais Akbar Nahdlatul Ulama dari

    Jombang Jawa Timur, dalam kitabnya Risalah

    Ahlussunnah Wal Jama’ah.

    82. KH. Ali Maksum (W 1989 R), Rais ‘am

    Nahdhatul Ulama IV dari Yogyakarta Jawa

    Tengah dalam bukunya Hujjah Ahlussunnah

    Wal Jama’ah.

    83. KH Abu al Fadll bin Abd asy-Syakur, dari

    Senori Tuban Jawa Timur dalam kitabkitabnya,

    di antaranya:

    – Al Kawakib al-Lamma’ah fi Tahqiq al

    Musamma Bi Ahlussunnah Wal Jama’ah

    – Syarh al Kawakib al-Lamma’ah

    84. KH. Ahmad Abdul Hamid dari Kendal Jawa

    Tengah dalam Bukunya ’Aqa-id Ahlussunnah

    Wal Jama’ah

    85. KH Siradjuddin ‘Abbas (W 1401 H/1980 R)

    dalam banyak karyanya:

    -I’tiqad Ahlussunnah wal Jama’ah

    – 40 Masalah Agama, jilid IV

    86. Tuan Guru KH. Muhammad Zainuddin

    Abdul Majid ash-Shaulati (W 1997 R)

    Ampenan Pancor Lombok NTB dalam

    bukunya Hizb Nahdhatul Wathan Wa Hizb

    Nahdhatul Banat.

    87. K.H. Muhammad Muhajirin Amsar ad-Dari

    (W 2003 R) dari Bekasi Jawa Barat dalam

    salah satu surat yang beliau tulis.

    88. Al Habib Syekh al Musawa ibn Ahmad al

    Musawa as-Saqqaf; Penasehat Umum

    Perguruan Tinggi dan Perguruan Islam Az

    Ziyadah Klender Jakarta Timur.

    89. KH. Muhammad Syafi’i Hadzami Mantan

    Ketua Umum MUI Propinsi DKI Jakarta

    1990-2000 dalam bukunya Taudlih al Adillah.

    90. KH. Ahmad Makki Abdullah Mahfudz

    Sukabumi Jawa Barat dalam Bukunya Hishnu

    as-Sunnah Wal Jama’ah fi Ma’rifat Firaq Ahl al

    Bid’ah.

    91. Syekh Abdullah Tha’ah. Beliau membantah

    Ibnu Taimiyah dalam bukunya al Fatawa al

    ‘Aliyyah yang beliau tulis pada tahun 1932.

    Buku ini memuat fatwa para ulama, para

    Imam, pengajar dan para mufti serta para

    Qadli di Makkah, yang sebagian berasal dari

    Indonesia, Thailand dan lain-lain. Mereka

    menyatakan bahwa Ibnu Taimiyah sesat dan

    menyesatkan. Berikut nama para ulama yang

    turut menghadiri majlis pernyataan fatwa

    tersebut serta menandatanganinya : Sayyid

    Abdullah –Mufti Madzhab Syafi’i di Makkah-,

    Syekh Abdullah Siraj –pimpinan para Qadli

    dan Kepala para ulama Hijaz-, Syekh

    Abdullah ibn Ahmad –Qadli Makkah-, Syekh

    Darwisy –Amin Fatwa Makkah-, Muhammad

    ‘Abid ibn Husain –Mufti Madzhab Maliki di

    Makkah-, Syekh Umar ibn Abu Bakr

    Bajuneid –Wakil Mufti Madzhab Hanbali di

    Makkah-, Syekh Abdullah ibn Abbas –Wakil

    Qadli Makkah-, Syekh Muhammad Ali ibn

    Husein al Maliki –Seorang Imam dan

    pengajar di Makkah-, Syekh Ahmad al Qari –

    Qadli Jeddah-, Syekh Muhammad Husein –

    Seorang Imam dan pengajar di Makkah-,

    Syekh Mahmud Zuhdi ibn Abdur Rahman –

    Seorang pengajar di Makkah-, Syekh

    Muhammad Habibullah ibn Maayaabi –

    Seorang pengajar di Makkah-, Syekh Abdul

    Qadir ibn Shabir al Mandayli (Mandailing-

    Sumut) –Seorang pengajar di Makkah-,

    Syekh Mukhtar ibn ‘Atharid al Jawi (asal

    Jawa) –Seorang pengajar di Makkah-, Syekh

    Sa’id ibn Muhammad al Yamani –Seorang

    Imam dan pengajar di Makkah-, Syekh

    Muhammad Jamal ibn Muhammad al Amir al

    Maliki –Seorang Imam dan pengajar di

    Makkah-, Sayyid ‘Abbas ibn ‘Abdul ‘Aziz al

    Maliki –Seorang pengajar di Makkah-, Syekh

    Abdullah Zaydan asy-Syinqithi –Seorang

    pengajar di Makkah-, Syekh Mahmud Fathani

    (asal Thailand) –Seorang pengajar di Makkah,

    Syekh Hasanuddin ibn Syekh Muhammad

    Ma’shum asal Medan Deli-Sumut.

    92. Syekh Ahmad Khathib al Minangkabawi,

    Seorang Imam Madzhab Syafi’i di Makkah

    asal Minangkabau Sumatera dalam bukunya al

    Khiththah al Mardliyyah.

    93. Syekh Muhammad Ali Khathib

    Minangkabau, Murid Syekh Ahmad Khathib

    al Minangkabawi, dalam kitabnya Burhan al

    Haqq. Beliau juga telah mengumpulkan para

    ulama di Sumatera untuk membantah Rasyid

    Ridla penulis al Manar dan para pengikutnya

    di Indonesia.

    94. Syekh Abdul Halim ibn Ahmad Khathib al

    Purbawi al Mandayli, Murid Syekh Mushthafa

    Husein, pendiri Pon-Pes. al

    Mushthafawiyyah, Purba Baru, Sumut dalam

    risalahnya Kasyf al Ghummah yang beliau tulis

    tahun 1389 H -12/8/1969.

    95. Syekh Abdul Majid Ali (W. 2003) Kepala

    Kantor Urusan Agama daerah Kubu-Riau,

    Sumatera, salah seorang ulama kharismatik

    dan terkenal di daerah tersebut. Beliau

    mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan

    menyatakan bahwa gurunya Syekh Abdul

    Wahhab Panay-Medan mengkafirkan Ibnu

    Taimiyah.

    96. K.H. Abdul Qadir Lubis, pimpinan Pon.Pes.

    Dar at-Tauhid, Mandailing-Sumut (W. 2003).

    Beliau mengkafirkan Ibnu Taimiyah di

    sebagian majlisnya.

    97. K.H. Muhammad Sya’rani Ahmadi Kudus

    Jawa Tengah dalam bukunya al Fara-id as-

    Saniyyah wa ad-Durar al Bahiyyah yang beliau

    tulis pada tahun 1401 H. Dalam buku ini

    beliau menyatakan bahwa Ibnu Taimiyah

    adalah seorang Musyabbih Mujassim (orang

    yang menyerupakan Allah dengan makhluk-

    Nya dan meyakini bahwa Allah adalah jisim –

    benda-).

    98. K.H. Muhammad Mashduqi Mahfuzh, Ketua

    Umum MUI Jawa Timur dalam bukunya al

    Qawa’id al Asasiyyah li Ahlissunnah Wal

    Jama’ah.

    99. Syekh al Muhaddits al Faqih Abdullah al Harari

    al Habasyi dalam kitabnya al Maqalaat as-

    Sunniyyah Fi Kasyf Dlalalaat Ahmad ibn

    Taimiyah.

    Terakhir, Wahai seorang pencari kebenaran,

    lihat dan amatilah! bagaimana mungkin kita

    berpegangan dengan orang yang dicela oleh sekian

    banyak para ulama yang menjelaskan hakkatnya

    serta kesesatan-kesesatannya agar diwaspadai,

    dijauhi dan tidak diikuti oleh umat.

  3. kamu ‘cut and paste’ je list. Yang pastinya kamu pun memang tak pasti main ikut je. Bahaya brother. Ada juga bijak pandai islam bijak pandai / ulama yang lain atas alasan mereka sendiri atau tak sealiran dengan mereka. Lebih selamat bacalah tulisan kedua dua pihak kalau mampu. Jangan ‘joint’ kutip dosa. wassalam

  4. Pada pendapat saya ‘ustaz’ ‘ustaz ‘ kat JAKIM mesti meneliti dan menganalisa setiap tohmahan tohmahan pengkritik dalam list ‘cut and paste’ anda tu. Penganalisa harus jujur dan tidak terikut ikut dengan ideologi atau aliran mereka. Kalau ada buku buku yang dah terbit saya nak baca samada ulasan atau analisis tentang kitab kitab Ibn. Taimiyah atau pengkritik diatas. Saya suka jalan tengah tanpa mengkafirkan atau menyesat siapa juga ulama. Namun mereka mestilah ikhlas atas nama meninggikan syiar Islam.

  5. Suka sangat buat fitnah kat ulama’2…
    apabila datang berita/pengkhabaran macam ni, bahaya kalau main trima je..Wallaahul Musta’aan

  6. Terkadang saya hairan, mengapa perkara yang sudah ternyata tampak kebenarannya, masih lagi diragui dan dibantah oleh umat Islam sendiri. Alhamdulilah, Allah telah membukakan hati saya untuk mudah memahami dan menerima ajaran manhaj salafus soleh. Sebelum ni, hampir 18 tahun mengamalkan bidaah-bidaah tanpa mengetahuinya. Semoga Allah mengampuni saya dan rakan-rakan yang telah sedar.

    Kemudian, timbul satu lagi kemusykilan. Ramai ahli bidaah mengaku ahlus sunnah waljamaah. Sedangkan tanpa banyak berfikir ahlus sunnah kurang lebih bererti orang yang ahli sunnah-yakni orang yang tekun mengamalkan sunnah. Jadi layakkah ahli bidaah dipanggil ahlus sunnah? Soalan saya ni bukan bertujuan untuk menyakiti sesiapa, sekadar kemusykilan bag mereka yang mahu berfikir secar terbuka.

    Assalamualaikum

  7. Bidaah / Sesat + Hasanah / Baik = Mana satu ajaran sesat yang Baik????

  8. Assalamua’laikum

    Astgahfirullahaldzim, apa nk jadi dengan masyarakat Malaysia kini yang telah mengiktiraf Wahabi sebagai AQidah.
    Sudah terang2 ‘doktrin’ Wahabi ini merosakkan Aqidah, memfitnah, mengkafirkan para Ulama’ terdahulu, membid’ahkan perkara2 harus yang Hasanah..

    Baru 2-3 hari orang2 yang jahil ini mendekati Wahabi terus mengiktiraf fahaman sesat Ibnu Taimiyyah, menolak para ulama’ Musytahid terdahulu yang wara’ lagi alim Ilmu mereka serta jauh dari segala shubhah seperti di abad ini.

    Wahai sahabt2ku, jauhilah ajaran yang bersumberkan Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Muhammd bin Abdul Wahab dan yang seangkatan dengannya seperti Asri Al-Wahabi yang bersikap munafiq dalam Agama Allah ini..

    Tetapkanlah hati kita dalam Aqidah yang benar Ahli Sunnah Wal Jamaah dengn mengetahui segala ilmu Tauhid sebenar cara ber I’tiqad sebenar serta amalan Syariat serta Tassawuf yang di sampaikan oleh Rasulullah SAW. Mengharamkan konsep Tawassul dalam adalah bid’ah sebenar yang di sebarkan oleh puak2 Wahabi Laknatullah Alaihh ini!!

    Semoga Allah memelihara kita berada di jalan NYA yang benar, beramaln dan menjaga Agama Islam yang suci ini sehingga ke akhirnya..AMENNN

  9. Sohibul Amanah, sungguh lancang mulutmu menuduh Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Muhammad Abdul Wahab sesat. Kalau kamu berbicara tanpa dalil, lebih baik tutup rapat-rapat mulutmu itu dan jangan memfitnah orang-orang alim dan mengatakan mereka sesat dan munafik. Dan mengapa kamu ucapkan AMENNN, iaitu ucapan yang jelas kita tahu diucapkan orang Nasrani!. Kan kita orang Islam mengucapkan AMIN sahaja. Sungguh fitnah telah berleluasa pada zaman ini dan manusia tidak segan silu memfitnah para ulama2 yang mendukung Quran dan sunnah. Mereka juga tidak takut akan azab Allah. Sungguh kamu mengatakan Wahabi itu laknatullah, jadi kalau begitu, solat orang-orang yang sepemikiran dengan kamu yang telah menunaikan haji atau umrah, dan yang mengikuti solat jemaah bersama Imam Wahabi di sana, maka solatnya itu tidak sah lah? Jadi sia-sia sahaja buang duit pergi haji dan umrah dan kemudian solat di belakang imam Wahabi yang disebut laknatullah oleh Sohibul Amanah. Sungguh cetek pemikiran Si Sohibul. Sudahlah cetek pemikiran, mahu menanggung dosa besar lagi dengan menyebar fitnah dan mempengaruhi orang Islam agar mempercayai fitnahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: