AJARAN AHLISSUNNAH WALJAMA’AH DAN PENDEKATAN MUHAMMAD BIN ’ABD AL-WAHHAB: SATU PENILAIAN AWAL[1]


MUHAMMAD ’UTHMAN EL-MUHAMMADY[1] – sumber :http://ahlulbait.blogdrive.com/

1.0    Ahl al-Sunnah

1.1 Ahlissunnah waljama’ah  merupakan ajaran dan amalan  arus perdana umat Islam semenjak dari awal sejarahnya sampai sekarang. Ia menimbulkan sistem huarain ilmu berkenaan dengan akidah, syari’at, kerohanian, dan akhlak.

1.2 Inilah yang merupakan sistem ilmu yang menjadi paksi dan dasar umat ini. Sistem ilmu yang berpunca daripada wahyu, nubuwwah, ijma’,  pengamatan manusia berpengetahuan  yang muktabar ini tersus menerus memandu umat ini dalam perjalanan sejarahnya.

1.3 Walaupun ada gangguan-gangguan aliran yang bersifat serpihan muncul dari semasa ke semasa, arus perdana ini terus menerus berjalan memberi panduan kepada umat. Antara aliran yang muncul dalam abad ke lapan belas yang bersifat serpihan ini ialah aliran yang timbul daripada Muhammad bin ’Abd al-Wahhab dari Najd.

1.4 Maka dalam nota  ringkas ini akan dibicarakan beberapa perkara pokok berkenaan  dengan ajaran Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab yang menyentuh konsep tauhid dan syahadah serta implikasi-implikasi daripada ajaran yang demikian dengan menyebut juga beberapa fakta  sejarah.

2 Ahl al-Sunnah &Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab

2.1 Dalam huraian ringkas ini juga akan disebutkan  soal mengikut mazhab dan amalan-amalan yang dikirakan bid’ah dan sesat oleh kelompok ini. Fakta-fakta  yang dibicarakan diambil daripada rujukan-rujukan yang ‘primary’ dan juga teks-teks yang muktabar.Sorotan akan diberikan mengikut panduan sistem ilmu Ahlissunnah waljamaah atau epistemologinya.

2.2 Implikasi-implikasi pendekatan itu akan diperhatikan, berdasarkan kepada pendekatan itu,  contoh-contoh sejarah tentangnya, dan kemungkinan-kemungkminan yang boleh timbul akibat daripada pengembangan pendekatan itu.

2.3 Kita boleh bermula  dengan menyebut pengasasnya sendiri, Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab.

3 ‘Tarikh al-madhahib al-islamiyyah’ oleh Imam Muhammad Abu Zahrah

3.1 Muncul dalam negeri Arab, di kawasan padang pasir, akibat terlampau memuliakan peribadi-peribadi dan mengambil berkat dengan mereka (pada pandangan Wahhabi).

3.2 Berdamping dengan Allah dengan melawat kubur mereka,  akibat banyak bid’ah-bid’ah yang bukan daripada perkara agama (‘laisat mina’d-din). Wahhabiyyah muncul untuk memerangi itu semua, dihidupkannya mazhab ibn Taimiyyah.

4 Muhammad b. ’Abd al-Wahhab

4.1 Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab  meninggal tahun 1787, mempelajari teks-teks ibn Taimiyyah; zamannya ibn  Taimiyyah tidak tersebar ajarannya dan ia tidak terkenal.

4.2 Dalam zamaan Sultan Salim III (1204-1222) antara fitnah-fitnah yang muncul ialah fitnah Wahhabiyyah  yang bermula  dengan gerakan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Hejaz, mereka mengambil  al-Haramain  dari pemerintahan ‘Uthmaniyyah, menghalang orang menunaikan haji dari Syam, dan Mesir , antara lainnya

5 Dalam ‘Al-Suhub al-Wabilah’

5.1 Dalam buku berkenaan dengan ulama-ulama mazhab Hanbali karangan Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah al-Hanbali, mufti mazhab Hanbali di Mekah (men.1295 H), berjudul ‘Al-Suhub al-Wabilah ‘ala Dara’ih al-Hanabilah’ disebutkan (Maktabah al-Imam Ahmad, 1989, hal 275)bahawa ‘Abd al-Wahhab bin Sulaiman al-Najdi adalah “bapa kepada Muhammad penggerak da’wah (sahib al-da’wah) yang tersebar keburukannya di bumi (intashara shararuha fil afaq), tetapi ada kelainan antara mereka berdua itu, bagaimanapun Muhammad tidak menzahirkan dakwahnya melainkan selepas mati bapanya itu; dan diberitahu kepada saya (kata pengarang ‘al-Suhub al-Wabilah’) oleh orang semasa dengan Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab bahawa bapanya marah dengan anaknya itu kerana ia tidak rela menggunakan masanya untuk menekuni ilmu fiqh atau kefahaman sebagaimana mereka yang terdahulu … demikian pula anaknya Sulaiman saudara kepada Muhammad (ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak bersetuju dengannya dalam dakwahnya dan menulis kitab dengan sedemikian baiknya menyanggahinya dengan menggunakan ayat-ayat Qur’an dan hadith-hadith … dan (Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab) tidak memandang kepada pendapat ulama [yang dahulu atau yang kemudian] siapa juga orangnya selain daripada Syaikh Taqiyuddin ibn Taimiyyah dan muridnya ibn al-Qayyim; beliau memandang pendapat kedua orang itu sebagai nas yang tidak diterima ta’wil …” (hal 275).

6 Buku Abu Zahrah-mulanya Wahabbiyah

6.1 Disebutkan oleh Muhammad Abu Zahrah bahawa berlaku peperangan antara  golongan Wahhabi dan  Syarif Makkah, Syarif Ghalib ibn Bu Sa’id yang dilantik oleh Sultan Turki untuk mewakilinya mentadbir dan memerintah kawasan Hijaz.Sebelum itu pihak Wahhabi mula membina kekuasaan dan pengaruhnya di kalangan Orang Arab dalam kawasan mereka. Mereka membunuh Muslimin dalam prose situ, menghalalkan mengambil harta mereka dan menangkap para wanita mereka.   Ini bermula dengan ajaran Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab yang berasal dari bani Tamim.

7 Dalam ‘Tarikh Najdin’-Muslimin jadi kuffar musyrikin

7.1 Dalam ’Tarikh Najdin’ tersebut bahawa golongan Wahhabiyyah menentang kerajaan ’Uthmaniyyah kerana dianggapnya kerajaan itu syirik dan kafir kerana mengamalkan tawassul dan berdoa di kubur orang-orang yang mati. Kenyataan tentangnya seperti berikut (selepas menyebut bahawa  manusia zaman kita bukan menyembah malaikat dan ’Isa, tetapi ’menyembah manusia ( yad’una unasan):

•( ، فقد اعتبر الشيخ محمد بن عبد الوهاب عامة المسلمين كفارا ومشركين ومرتدين كأهل الجاهلية الأولى ، أو أضل منها ، وقال:” ان أكثر الخلق قد لعب بهم الشيطان و زيَّن لهم الشرك بالله ، وأخرجه في قالب حب الصالحين وتعظيمهم”.”وإن المشركين في زماننا أضل من الكفار الذين في زمان رسول الله .. فلا يخفى عليكم ما ملأ الأرض من الشرك الأكبر : عبادة الأصنام  ” )

8 Tarikh Najdin: Muslimin jadi penyembah berhala

8.1 Syaikh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab sesungguhnya menganggap bahawa umum Muslimin adalah kafir , musyrik, dan murtad seperti ahli Jahiliyyah zaman awal , atau lebih sesat lagi daripada itu.Kata beliau ;’Sesungguhnya kebanyakan manusia dipermainkan oleh syaitan dan Syaitan menampakkan cantik kepada mereka perbuatan syirik mereka terhadap Allah, dan  Ia menjadikan keluar daripada mereka kasih kepada orang-orang yang solih dan membesar-besarkan mereka.Sesungguhnya orang-orang [Muslimin yang menjadi] musyrikin zaman kita ini lebih sesat lagi daripada orang kafir zaman Rasulullah s.a.w. Maka tidak terselindung lagi daripada anda  bahawa syirik terbesar memenuhi bumi, iaitu menyembah berhala”.

9 Penafsiran Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab vs Ahl al-Sunnah

9.1 (Kalau itu dikaitkan dengan hadith yang menyebut manusia akhirnya menyembah berhala pada zaman kemudian, maka itu bukan berlaku atas mereka yang beriman, tetapi atas mereka yang masih ada selepas daripada mati semua orang yang beriman kerana angin halus seperti sutera, selepas itu yang tinggal adalah makhluk yang seburuk-buruknya, mereka itulah yang menyembah berhala, bukannya orang-orang soleh yang melawat kubur auliya’ dan meminta keberkatan daripada mereka atau bertrawassul dengan mereka).(ini ada dalam hadith  sahih al-Bukhari berkenaan  dengan matinya sekelian mereka yang beriman dengan angin yang halus seperti sutera itu).

10 Wahhabiyyah vs Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah

10.1 Bila wakil kerajaan ’Uthmaniyyah hendak meminta perjanjian perdamaian (’al-hudnah wa al-sulh)  maka dijawab dalam surat kepada rombongan itu seperti berikut:

•( ، جاء فيها:” وأما المهادنة والمسابلة على غير الاسلام ، فهذا أمر محال ، بحول الله وقوته ، وأنت تفهم أن هذا أمر طلبتموه منا مرة بعد مرة … وبذلتم الجزية على أنفسكم كل سنة ثلاثين ألف مثقال ذهبا ، فلم نقبل منكم ولم نجبكم بالمهادنة ، فان قبلتم الاسلام فخيرتها لكم وهو مطلبنا ، وان توليتم فنقول كما قال الله تعالى: (فان تولوا فانما هم في شقاق فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم )

10.2 Ada dalam surat [’yang berkenaan itu] ’Adapun berdamai dan memberi laluan kepada yang bukan Islam, itu perkara  yang tidak mungkin, dengan daya dan upaya Allah, dan anda faham bahawa ini suatu perkara yang anda minta dari kami kali demi kali…Dan anda memberi jizyah atas diri anda semua tiap-tiap tahun tiga puluh ribu mithqal  emas, walhal kami tidak menerima daripada kamu, dan kami tidak memberi jawapan kepada kamu dengan perdamaian, maka sesungguhnya kalau anda menerima Islam, itu baik bagi kamu dan itu yang kami tuntut; kalau anda berpaling, maka kami katakan, sebagaimana yang difirmankan Allah taa’a:’Maka kalau mereka berpaling maka mereka berada dalam permusuhan [dengan kamu] maka memadailah Allah untuk kamu, Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah.137).(Tarikh Najdin)

11 Wahhabiyyah berperang vs Muslimin vs bid’ah kononnya

11.1 Berlakulah penentangan terhadap ’Uthmaniyyah itu , sehingga akhirnya,  dengan mereka menolong British dan Prancis, jatuhlah keranaan itu, walaupun itu bukan satu-satunya faktor kejatuhan, tetapi ia  satu daripada faktor-faktor yang membawa kepada kejatuhan itu.Tidak ada mazhab fikh dalam Ahlissumnnah  yang mengizinkan ulil-amri itu disanggahi demikian.

11.2 Disebutkan dalam kitab Muhammad Abu Zahrah [1] bahawa mereka mengangkat pedang dan berperang itu ’ bagi menegakkan sunnah dan menghapuskan bid’ah’ (li iqamatissunnah wa imatati’l-bid’ah).


[1]
op. Cit. hal.212 dst

12 Wahhabiyyah vs ‘bid’ah’, tak menerima pandangan pihak lain

12.1 Antaranya memang benar kenyataan Abu Zahrah tentang mereka memperluas-luaskan bid’ah itu sampai kepada adat-adat kebiasaan, seperti pada suatu masa mereka mengharamkan rokok sebagai bid’ah, sampai ada orang awam mereka –kerana terlalu amat sangat penentangan mereka itu terdadapnya – bahawa orang yang menghisap rokok itu seolah-olah musyrikin[1]

12.2 Kata Abu Zahrah, golongan ini berpegang kepada prinsip bahawa pegangan kami adalah benar tidak mungkin tersilap pegangan anda tersilap tidak mungkin benar (  anna ’ulama’ al-Wahhabiyyin yafriduna fi ara’ihim al-sawab alladhi lam yuqbal al-khata’ wa fi ara’ ghairihim al-khata’ alladhi la yuqbalu al-taswib  bal annahum a’tabiruna ma ’alaihi ghairuhum min iqamatil-udruhah wa al-tawaf haulaha qariban minal-wathaniyyah wa hum fi hadha yuqaribunanal-Khawarija alladhina kanu yukaffiruna mukhalifihim wa yuqatilunahum   kama dhakarna
[1] ibid.hal.212.

13 Sikap Wahhabiyyah tak menerima pandangan pihak lain-malapetaka

13.1 Adapun ulama Wahhabi itu memfardhukan bahawa pendirian mereka adalah benar dan tak mungkin diterima kesilapan, dan pendirian yang lain daripada mereka adalah salah tak mungkin diterima betulnya” (Ini berlawanan dengan dasar Ahlissunnah yang mengajarkan pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak benar, pendirian anda pada kami tidak benar, tapi boleh jadi ada benarnya.

13.2 Berlakulah dalam sejarah apa yang telah berlaku, iaitu bahagian siasah dipegang oleh keluarga Su’ud dan bahagian hukum agama dan pelajaran agama  dipegang oleh keluarga Muhammad ibn ’Abd al-Wahhab, ertinya dua perkara besar itu adalah sebagai ’pesaka’ dalam dua keluarga itu. Wallahu a’lam.

14 Wahhabiyyah berkembang ke tempat lain kebencanaan

14.1 Pokoknya, kalau aliran itu kekal pada tempatnya,  kita tidak risau, tetapi bila ia  dipromosikan ke negeri-negeri lain, maka itu masalah. Di mana berkembangnya cara berfikir seperti ini disitulah timbulnya pergaduhan,  sampai ke tahap berlaku pembunuhan. Wallahu a’lam.

15 Teks-teks untuk memahaminya antaranya

(a)‘Kitabut-Tauhid’ ibn ‘Abd al-Wahhab

(b)K.al-Shubuhat fi al-tauhid oleh Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab

(c)’ Solah al-nabi’ oleh al-Albani

(d)al-Khojandi al-Ma’sumi ’Hal al-Muslim Mulzam bi’t-Tiba’ madhhabin Mu’ayyanin  minal-Madhahibil-Arba’ah’;

(e)al-Fatawa al-Kubra ibn Taimiyyah

(f)Abu Aminah Bilal Philips beberapa bukunya dalam bahasa  Inggeris

(g)al-Zahawi ’al-Fajr al-Sadiq’ Arab dan Inggeris

(h)’Unwan al-Majdi’ oleh ibn Abi Bishr

(i) ’Tarikh Najdin’ oleh  ibn Ghannam dll.

(j)’Kaifa Nafhamu al-Tauhid’ oleh Muhammad Ahmad Bashmil dll

16 Huraian Syahadah yang menyalahi ijma’

16.1 Tafsiran  syahadah yang menyalahi ijma’.Ini terdapat dalam teks ‘Kitab al-Tauhid’ (karangan Syaikh Muhammad ‘Abd al-Wahhab sendiri)  dalam ‘Fath al-Majid Syarah Kitab al-Tauhid’ karangan  Al-Syaikh ‘Abd al-Rahman bin Hassan al-Syaikh  [1]:

ومنها قوله صلى الله عليه وسلم: (من قال: لا إله إلا الله وكفر بما يعبد من دون الله حرم ماله ودمه، وحسابه على الله) وهذا من أعظم ما يبيِّن معنى (لا إله إلا الله) فإنه لم يجعل التلفظ بها عاصماً للدم والمال، بل ولا معرفة معناها مع لفظها، بل ولا الإقرار بذلك، بل ولا كونه لا يدعو إلا الله وحده لا شريك له، بل لا يحرم ماله ودمه حتى يضيف إلى ذلك الكفر بما يعبد من دون الله، فإن شك أو توقف لم يحرم ماله ودمه. فيالها من مسألة ما أعظمها وأجلها، وياله من بيان ما أوضحه، وحجة ما أقطعها للمنازع

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: