Tazkirah Jumaat : Antara naik harga makanan dan minyak serta langkah yang perlu dibuat oleh umat Islam

Alhamdulillah hamdan kastiran toyyiban mubaraka.

Asyhadu An Lailahaillallah wahdahu La syarikalah

Wasyhadu Anna saidina wamaulana Muhammad abduhu warasuluh.

Allahumma solli wasaalli wabarik alaihi wa ala aalihi wasohbihi ajmain .

amma ba’d.

Wahai Kaum Muslimin sekelian :

Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa. Ingatlah bahawa tiada guna kekayaan dan kemasyhuran serta ketinggian darjat jika tidak dibawa bersama takwa kepada Allah Taala.

Hari ini ramai manusia menyangkan harta boleh menjanjikan jiwa yang tidak ada gelisah sepanjang masa.

Ramai mencari kedudukan tinggi agar tiada lagi kata nista di dengar oleh mereka.

Dan tidak kurang ramai juga yang mencari wanita cantik agar boleh dibangga bangga dengan kawan kawan mereka.

Akhirnya harta tidak menenangkan jiwa, kedudukan merosakkan kedamaian, dan perempuan mencetuskan pertelingkahan.

Akhirnya mereka sedar bahawa hanya IMAN dan TAKWA sebenarnya tujuan utama dan ubat kepada pencarian ketenangan jiwa jiwa mereka.

Akhirnya mereka menginginkan ketakwaan dengan mengamalkan segala suruhan Tuhan sepenuh hati dan sepenuh jiwa selepas jemu diuji dan diterpa dengan kifarat segala dosa mereka selama ini kerana meninggalkan takwa dalam kehidupan.

Firman Allah : Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar benar takwa

Takwa sangat susah diperolehi, namun usaha bersungguh sungguh melawan nafsu dengan mujahadan dan suluk rohaniyyah maka ia tidak akan sukar lagi.

Orang bertakwa akan memandang semua ini adalah milik Allah yang bisa ditarik kembali. Ada masih diberi dan ada masa diambil.

Kesilapan menyangka bahawa semua yang ada adalah milik kita sebenarnya membahayakan kita juga. Kerana kita akan mendapati banyak kekeliruan timbul selepas kehilangan apa yang kita miliki selama ini.

Sekarang ini kita sedang diuji seluruh dunia dengan kenaikan harga minyak. Diceritakan dalam hadis bahawa akhir zaman minyak akan kering. Ketika itu musuh Islam akan melawan Imam Mahdi dengan menggunakan senjata asal zaman dahulu kala seperti pedang dan kuda.

Ia satu fakta Nabawiyyah yang kita percaya dengan sepenuh hati.

Namun, masalah kekurangan minyak dan kenaikan mendadak ini, membuka ruang kepada sesetengah rakyat negara kita yang tidak mengambil pendekatan positif dengan mengamalkan gaya hidup yang cermat dan berjimat.

Mereka nampak kenaikan ini satu kesempatan keemasan bagi mereka untuk mendesak rakyat agar keluar berdemonstrasi dan berpiket agar kerajaan akan ditekan oleh mereka sehingga sukar lagi usaha menjaga kebajikan rakyat dibuat kerana ‘gangguan gangguan’ seperti ini.

Justeru kita umat Islam kena sedar bahawa tugas kita ialah menerima semua ketentuan Allah yang berlaku menerusi keputusan kerajaan yang tidak dihasilkan dari otak kepala Perdana Menteri seorang sahaja. Ia satu keputusan mesyuarat ( musyawarah ) yang ditekankan oleh Allah seperti firman Nya :

WASYAWIRHUM FIL AMR : DAN BERMESYUARATLAH MEREKA PADA URUSAN ITU..

Tugas kita juga adalah taat kepada pemerintah …Kewajipan taat kepada pemerintah ditegaskan oleh baginda di dalam banyak hadis di antaranya:

“Sesiapa mentaatiku maka dia mentaati Allah. Sesiapa mentaati pemerintahku maka dia mentaatiku. Sesiapa yang menderhaka kepada ku dia telah menderhakai Allah. Sesiapa yang menderhakai pemerintahku dia telah menderhakaiku”.

Malah baginda bersabda :

“ Dengar dan taatlah kamu meskipun yang memerintah kamu itu seorang hamba berkulit hitam yang kepalanya bagaikan buah anggur kering”.

Saidina Ali bin Abi Tolib kwjh menyebut:

“Wajib ke atas pemerintah memerintah dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila itu dilakukan wajib ke atas orang Islam mentaatinya kerana Allah memerintahkan kami mentaatinya dengan menunaikan amanah dan keadilan kemudian mengarah kami mentaati pemerintah”. ( Tafsir Qurtubi , juz 4, ms 224).

Bagaimana jika kita menjadi pemerintah dalam keluarga namun anak isteri tidak mensyukuri sebarang keputusan yang dihasilkan samada baik atau tidak kepada mereka ??? tentu porak peranda.

Oleh itu Islam telah mengetahui apa yang baik dan buruk bagi umat manusia dengan meletakkan ketaatan kepada

1. ibu bapa

2. Guru / ulama

3. Suami

4. Kerajaan / ulil amri @ pemerintah.

Semua mesti ditaati selagi TIADA PERINTAH KE ARAH MAKSIAT disuruh oleh mereka…dan alhamdulillah selama ini tiada lagi arahan kepada rakyat agar meninggalkan syariat dibuat dengan kenyataan dari mana mana pihak kerajaan Malaysia. Tengok lanjutan pesanan Rasulullah s.a.w tentang kewajipan taat kepada penguasa / pemerintah !

Dan Ibnu ‘Abbas , bahwa Rasulullah bersabda:

Barangsiapa yang melihat pada pemimpinnya suatu kerusakan/ kezhaliman) hendaknya dia bersabar. Kerana barangsiapa yang memisahkan din dan jama’ah (pen guasa) sejengkal saja kemudian mati, maka matinya (di atas) jahiliyyah’. (Muttafaqun ‘alaihi, Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7054; Muslim, no. 1849)

Dari Hudzaifah Ibnul Yaman, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847)

Rupa rupanya pemberontakan adalah sifat Khawarij ( puak pelampau ) dalam agama. bahkan permusuhan dan peperangan antara Islam satu ketika dulu disebabkan adanya puak seperti ini yang suka membuat permusuhan dan pemberontakan dari menjadi rakyat yang mendengar lagi taat kepada Amirul Mukmini mereka.
3419 – قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( عَلَيْك السَّمْع وَالطَّاعَة فِي عُسْرك وَيُسْرك وَمَنْشَطِك وَمَكْرَهك وَأَثَرَة عَلَيْك )
قَالَ الْعُلَمَاء : مَعْنَاهُ تَجِب طَاعَة وُلَاة الْأُمُور فِيمَا يَشُقّ وَتَكْرَههُ النُّفُوس وَغَيْره مِمَّا لَيْسَ بِمَعْصِيَةٍ ، فَإِنْ كَانَتْ لِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْع وَلَا طَاعَة

Hadis 3429 Syarah Muslim : Sabda Nabi s.a.w ( Hendaklah kamu dengar dan taat pada senang dan susah kamu dan kesukaan dan kebencian dan yang melukakan hatimu. )

Imam Nawawi dalam Kitab Syarah Muslim dalam bab Taat kepada Umara mengatakan : Wajib taat kepada pemerintah pada yang memberatkan dan dibenci nafsu selagi tidak dalam perkara maksiat. sekiranya maksiat maka tiada lagi taat…

Marilah kita sama sama berfikir dan mengelakkan diri dari terlibat atau memberi sumbangan kepada perbuatan menderhaka samada kepada Raja atau Perdana Menteri yang dilantik oleh rakyat Malaysia.

Kekurangan dan keperitan hasil keputusan mereka hendaklah dianggap ujian Allah di dalam mendidik dan memberi pahala kepada kita yang memang selalu leka dengan kerja, internet atau tv atau dunia seluruhnya…

Barakallahu li walakum fil quranil azim …wanafa’ani waiyyakum bima fiihi minal ayat wazzikril hakim…wataqabbala minni waminkum tilawatahu innahu huwassamiul alim…

Aqulu qawli haza waastagfirullahali walakum walisairil muslimin walmuslimat fastagfiruuh faya fauzal mustagfirin waya naja tattaibiiiin….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: