Harakhdaily diam membisu isu DAP benarkan Arak di Pulau Pinang

Maipp kecam Karnival Hari Belia jual arak – Berita Harian

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

TASEK GELUGOR: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mengecam kerajaan negeri kerana membenarkan penjualan arak secara terbuka di Karnival Hari Belia Pulau Pinang 2008 di Juru Autocity, Bukit Mertajam, kelmarin.

Yang Dipertuanya, Shabudin Yahaya, berkata Maipp kesal dengan kerajaan negeri kerana tidak peka dan mengabaikan sensitiviti belia Islam yang turut menghadiri majlis itu.

Katanya, tindakan penganjur itu seolah-olah menggalakkan belia mengamalkan gaya hidup bebas dengan minum arak di khalayak ramai.

“Maipp membantah dan kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat selaku penganjur karnival itu kerana membenarkan arak dijual secara terbuka,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Karnival sehari bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Ong Kok Fooi, manakala penutupan dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Shabudin berkata, lebih menyedihkan lagi arak dijual pada harga promosi iaitu hanya RM3 untuk dua tin bagi menarik pengunjung mendapatkan tiket bagi menyertai peraduan yang disediakan.

Katanya, gerai menjual arak pula terletak bersebelahan pentas utama karnival dan beberapa meter saja dari gerai pameran Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang yang memaparkan poster ‘Belia Benci Dadah’.

Gerai terbabit juga tidak meletakkan tanda amaran melarang remaja bawah umur membeli arak, sekali gus menunjukkan penganjur menggalakkan perbuatan meminum arak di tempat awam seperti perkara biasa.

“Saya akan menulis surat bantahan rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berhubung perkara itu dalam sehari dua ini supaya tindakan sesuai boleh diambil,” katanya.

Shabudin yang juga exco bayangan Barisan Nasional (BN) bagi portfolio Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, berkata perkara itu dibiarkan berulang.

Katanya, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sepanjang kerajaan BN memerintah Pulau Pinang walaupun bukan Melayu yang menjadi Ketua Menteri.

Serentak itu, beliau mencabar wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas supaya mengemukakan pendirian mereka berhubungnya kerana karnival itu anjuran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“Saya cabar pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan agama Islam dan pemimpin Melayu Islam dalam PKR supaya menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini.

“Pemimpin PKR dalam Pakatan Rakyat yang mendakwa mahu melindungi kesucian dan kemurnian Islam perlu bersuara dalam hal ini dan jangan asyik mencari kesalahan orang lain,” katanya.

Penulis : Arak dibiarkan dijual merata rata dan terbuka tanpa ada kecaman dari komponen Pakatan Rakyat mengundang keraguan dan kebingungan kita seperti laporan berita di atas.

DI mana suara lantang mereka dan para penulis serta wartawan di Harakahdaily yang boleh menjawab dengan sekelip mata isu tersebut samada menyokong atau mengecam seperti yang mereka pernah lakukan di Selangor bagi konsert Ella dan mas Idayu.

Buktikan PAS sanggup mengkritik sesama Pakatan Rakyat jika ia sudah melibatkan akidah, syariat seperti mana mereka lakukan kepada UMNO atau sesiapa sahaja sebelum ini.

Atau ia akan melambangkan sikap hipokrit PAS dalam menjadi ‘ penonton’ kepada isu isu terkini dalam negara kita.

Kita akan tunggu siapa yang berani melakukannya !

Moga ia tidak didiamkan dan di’redhai’ dengan hanya memberi pandangan sahaja….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: