Kalimah Allah Khusus Untuk Agama Dan Umat Islam Sahaja – JAKIM

SUMBER : JAKIM ( KLIK SINI )

Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 telah memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Oleh itu, penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam di negara ini dalam bahan-bahan penerbitan tidak boleh dibenarkan. Umat Islam wajib menjaga kalimah Allah dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Muzakarah kali ini juga turut membincangkan isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa pada Muzakarah kali ke-51 bertarikh 11 Mac 2002 iaitu: “Mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh mengenakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan yang sebenar ke atas pinjaman yang diberikan kepada pelajar” adalah masih terpakai dan relevan dan PTPTN diminta mengemukakan garis panduan atau formula pembayaran balik pinjaman yang jelas berdasarkan perkiraan kos sebenar yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa supaya selaras dengan kehendak syarak.

Dalam majlis berasingan, ahli-ahli Muzakarah telah diraikan oleh Y.A.B. Ustaz Azizan bin Abd. Razak, Menteri Besar Kedah pada Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Amat Arif Dato’ Wira Sheikh Yahya bin Haji Jusoh, Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Y.Bhg. Dato’ Sheikh Uzir bin Baharom, Yang di-Pertua Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Yang Berhormat EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, Yang Berbahagia Dato’ Zakiah Kasim, Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Y. Bhg. Dato’ Rasli bin Hj. Basir, Pegawai Kewangan Negeri dan ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Sementara itu, Pengerusi JKF, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin dalam ucapan aluannya berkeyakinan dengan jalinan kerjasama yang padu dan fikrah yang sepakat demi memartabatkan syiar Islam, sebarang perubahan kepimpinan tidak akan menjejaskan peranan dan bidang tugas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Menurut beliau, tidak kira apa pun ideologi politik yang diikuti, namun sebagai umat Islam kita berada di landasan yang sama dalam menegakkan syiar Islam dan berpegang pada sumber yang satu iaitu al-Quranul Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang akan menyatukan umat Islam dan akan memberi kekuatan selama-lamanya.

baca juga E book Jakim tentang perkara ini di bawah yang telah diubah ke dalam bentuk image ..

9 Responses

  1. Mr UstazModen,

    Saya pernah menyertai debat internet “Islam-Christian” lebih kurang 10 tahun. Orang bukan Islam berkata nama Allah berasal daripada penyembahan “pagan” yang dikaitkan dengan moon-god semenjak zaman dahulu di tanah-tanah arab. Nama Allah dipakai terus sehingga ia menjadi sebutan dalam bahasa Arab sebagai Tuhan. Di zaman Nabi Muhammad sendiri ada orang arab jahiliah, arab kristian, dan Yahudi di Medinah dahulu meyebut nama Allah sebagai Tuhan sebagai mana tercatit dalam kitab Gospel (Bible) mereka sebagai “Allah”. Jadi nama Allah sudahpun tercatit dalam kitab suci mereka SEBELUM turunnya Al-Qur’an. Maknanya, nama Allah bukan khusus dipakai oleh orang Islam sahaja atau terdapat hanya dalam Al-Qur’an.

    By the way, I am a Malaysian Chinese Muslim. I do not like Nik Aziz , I also do not like Asri (the Mufti of Perlis), I also do not like Uthman El-Muhammadi , I hate IKIM , I hate UMNO , I hate PAS and I also hate UstazModen. You are a bloody liar.

    I am now reading the tafsir “Al-baHr Al-Madeed” by Ibnu Al-Ajeebah Al-Hasani, a beautiful qur’an commentary it has a strong Sufi inclination. My current research is to make detailed annotations on “Al-Alfiyah” the arabic grammar in poetry form.

    If you want to debate me, you can use my email address :

    Of course lots of people do not like me. Mr UstazModern, you are very cruel, claiming to be a learned Muslim but a Jew at heart. Tell thoses ulamas in Malaysia that they are ignorant and distorting the teachings of Islam.

  2. Entah kenapa komen saya kena delete ? In kerana orang yang bernama UstazModen manusia yang sempit fikiran. Dia hentam orang dalam blog dia ini, tapi bila orang komen fasal dia, dia delete supaya orang lain tak boleh baca.

    Sekali lagi saya nak sebut ..perkara menyebut nama “Allah” bukan khususnya pada ugama Islam sahaja. Memang nama “Allah” ada asal usulnya pada ugama dan kepercayaan lain. Contohnya pada zaman beratus tahun sebelum lahir Islam, ada satu puak kaum pagan menyebut tuhan – moongod – sebagai Allah. Kemudian dalam bahasa purba Aramaic yang mana bahasa arab (semetic) itu yang ada kaitan dengannya, nama Allah disebut, begitu juga orang Yahudi yang tinggal di Madinah menyebut nama Allah mengikut kitab suci mereka sebelum lahirnya ugama Islam, begitu dalam kitab Bible (Gospel) dizaman Nabi Muhammad sendiri, orang Arab Kristian memnyebut nama Allah dalam kita suci mereka. Mereka BUKAN meniru ugama Islam atau meniru Al-Qur’an. Oleh itu sebutan Allah bukan khusus bagi ugama Islam sahaja.

    Orang kafir juga menyebut nama Tuhan yang mencipta langit dan bumi sebaga “Allah”. Mengikut ayat yang bermaksud …” Jika kamu bertanya kepada mereka – orang kafir – siapakah yang mencipta langit dan bumi, tentu mereka menjawab, ALLAH ” (Surah Luqman 31:25)

  3. Mana ada saya delete? jangan tuduh bukan bukan. Masalahnya ialah peraturan Malaysia tidak bagi agama lagi sebut nama Allah dalam penerbitan..

    Faham tak ? penerbitan majalah dan percetakan.

    Nak sebut kuat kuat dan ramai ramai lantaklah…

    Lagi bersih hati…

    Sebut jangan tak sebut..

    tapi sebut salah tak jadi juga.

    Nak belajar sebut ? pergi jumpa Imam mana mana masjid dan sebut banyak2 dengan diorang.

    ada berani ker?

  4. […] 2. KENAPA SUKA SANGAT DIA MENENTANG KEPUTUSAN JAKIM YANG SUDAH JELAS MENGELUARKAN PERATURAN BERKENAAN HAL INI ? detail sila klik sini […]

  5. seronok dapat baca orang yg membaca and mencari pengetahuan mendalam mengenai islam berdebat dgn seorang yg dipanggil ustaz (with or without formal certification).

    herm…. tapi ada sebab kenapa ada disebut bahawa kalau kita nak kaji dgn lebih how Islam n Allah works.. we can go crazy🙂

    and again, penggunaan Allah sebagai translation God (dlm bahasa Inggeris) adalah tidak berpatutan and i find it rather stupid. mungkin ada agenda.. but i dont know. its like trying to make a sentence out of it like “Suffix”.

    even though Allah can be translated into many from other languages, as all already know its a holy word for muslim, kenapa nak disalah gunakan perkataan tu? tak ke persengketaan yg dicari?

    sense of respect tu does not exist. sebab yg mungkin akan diberi “kenapa kita nak beri respect?? kita pun dia tak respect.” what differentiate u from others when u too exhale hatred?

    salah tetap salah. kalau nak menang kan juga kesalahan.. yes, there is something wrong with our education system sbb that person apparently didnt learn well enough and i bet that person akan balas my comment and said “u are right, our education system ada problem!!”. and why did i say that again……….. ?

  6. […] 2. KENAPA SUKA SANGAT DIA MENENTANG KEPUTUSAN JAKIM YANG SUDAH JELAS MENGELUARKAN PERATURAN BERKENAAN HAL INI ? detail sila klik sini […]

  7. Petikan dari http://hikmatun.wordpress.com

    Jika sekiranya mahkamah meluluskan permohonan tersebut , maka besar kemungkinan akan berlaku keadaan yang semakin menghuru-harakan keadaan di Malaysia ini. Kekeliruan akan semakin banyak kerana nanti umat Islam akan keliru dengan penggunaan nama Allah, sedangkan maksud orang-orang Kristian itu adalah Jesus, na’uzubillah.

    Kepada penganut-penganut agama Kristian, diharap tidak memandang tulisan ini sebagai cubaan untuk mencari perbalahan. Tetapi sememangnya kita mesti saling faham-memahami antara satu sama lain. Dan cara menyebarkan agama dengan taktik kotor adalah selayaknya tidak rasional (sama macam mubaligh-mubaligh Kristian memberi minum ‘Holy water’ yang boleh menyebabkan gelapnya hati kita – kaedah ini lebih kurang sama dengan ilmu sihir) na’uzubillah. Di dalam Islam tiada paksaan untuk beragama, dan ini telah ditegaskan dalam Al Quran. “Bagimu agamamu dan bagiku agamaku”. Cuma umat Islam disuruh menyampaikan ajaran Islam. Bertujuan untuk kembali kepada yang hak, dan mengakui bahawa Tiada Tuhan Yang layak disembah melainkan Allah. Dan Allah tiada sekutu baginya, tidak beranak dan diperanakkan. Dia adalah Yang Maha Esa, hanya satu-satunya Tuhan yang mencipta segala makhluk.

    Dia tidak sama seperti makhluk, seperti manusia yang beranak pinak. Sifat mempunyai anak ini adalah sifat yang lemah. Dan sifat itu tidak layak di berikan kepada Tuhan. Kerana Dia adalah Yang Maha Berkuasa dan tiada satu apa pun yang sama denganNya. Tidak seperti yang digambar-gambarkan oleh manusia yang Tuhan berupa seperti manusia dan sebagainya (syaitan sememangnya pandai memberi imaginasi pada manusia agar memikirkan tentang rupa Tuhan). Sebab itu dalam Islam, kita amat dilarang memikirkan tentang bagaimana rupa Tuhan. Hanya di akhirat kelak, Allah akan menunjukkan rupanya bagi sesiapa yang dikehendakiNya. Dan itu adalah sebesar-besar nikmat kurniaanNya, masyaAllah.

    Dan semoga orang-orang Kristian faham, bagi umat Islam, Allah adalah satu-satunya pencipta segala sesuatu, dan sekiranya nama Jesus di tukar kepada Allah, itu sudah seperti mahu mempersendakan pegangan umat Islam dan mengelirukan pemikiran anak-anak muda yang beragama Islam. Nama Allah yang Maha Suci itu tidak boleh disamakan dengan nama-nama makhluk. Jesus (Nabi Isa) hanya lah seorang nabi. Dia adalah seorang makhluk dan selama-lamanya akan menjadi makhluk. Makhluk tidak boleh menjadi pencipta sama dengan kerusi tidak boleh menjadi orang yang membuatnya.

    Semoga umat Islam tidak bertindak terburu-buru dengan hal ini, tetapi perlu berwaspada kerana terlalu ramai musuh Islam yang mencemburui agama yang benar dan aman ini. Semoga kita semua mendapat hidayah, mendapat berkat dan rahmat dari Allah. Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kasihilah hamba-hambaMu ini. Peliharakanlah kami semua dari kemurkaan Mu ya Allah. Ampunilah segala dosa-dosa kami Ya Rahmaan. Amiin ya robbal ‘aalamiin. Wallahu a’lam.

  8. Segalanya Adalah ALLAH… Bukannya Tuhan@God@Ilahi@Robbi..

    Syahadah bagi setiap muslim ialah Tiada “tuhan” melainkan “Allah” dan Muhammad adalah Penyampai Risalah Allah.

    Maka setiap muslim wajiblah beriman kepada “Allah” sahaja dan menolak “tuhan”. “Allah” yang mempunyai 99 nama yang indah tidak layak dipanggil “tuhan”. Maka menyebut “tuhan” adalah maksiat dan menjadi kemurkaan Allah. Maka janganlah lagi berdoa dengan menyebut “Ya Allah Ya tuhan” sebaliknya sebutlah “Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim”. Itulah yang terbaik untuk diamalkan dalam menuju jalan yang lurus, jalan yang diredhai Allah.

    Janganlah setelah berjanji menyatakan dengan ikatan setia bahawa tiada tuhan sebenar2nya melainkan Allah, ramai yang berpaling menyeru tuhan. Itulah munafik yang besar yang berpaling setelah diberi petunjuk.

    Kenapa Kita Tak Boleh Sebut Tuhan…..

    Kita telah berikrar bahawa “tiada” tuhan melainkan Allah. Maknanya bagi orang mukmin setelah berikrar begitu mereka hanya ada Allah shj. Kalau kita selami secara tasauf, apa shj yg tiada kena mengena dgn Allah adalah di bawah pentadbiran iblis. Jadi jelas lah bahawa apabila telah menolak tuhan, maka tuhan ditadbir oleh iblis. Maka itu banyaklah tuhan2 wujud di muka bumi ini.

    Maka apabila muslim berdoa dgn menyebut tuhan.. sebahagian dari kehidupan nya akan ditadbir oleh iblis. Maka sebahagian rezeki nya juga dari iblis. Itulah rezeki2 haram. Adakah rezeki2 haram spt rasuah, judi, arak, pelacuran dan lain-lain itu dari Allah? Allah itu maha pemurah dengan keredaannya. Adakah Allah redha dgn yg haram? Fikirkanlah.

    Sesungguhnya Allah juga memberi izin kepada iblis untuk mentadbir dgn sedikit kuasa dari zatNya yg lemah. Iblis itu ghaib, mempunyai kekuatan utk membisik kesesatan dan ia didukung oleh syaitan2, jin2 dan manusia2 yg khianat kpd Allah juga sesama manusia. Ia menjadikan maksiat itu menarik dan sentiasa mendorong hati2 yg lalai kepadanya.

    Maka itu berhati2 lah. Tuhan juga sama dengan god, ilahi dan robbi. Maka itu hidupkanlah nama Allah itu disetiap hati kita sepanjang masa. Maka tiada ruang untuk tuhan membisikkan kesesatan. Sentiasalah bermohon izin utk mendapatkan perlindungan Allah dari kejahatan dan kesesatan mahluk2 tuhan ini. Moga mendapat kefahaman yg jelas dengan izin dan keredhaan Allah Azzawajala

    Berkira-kira Dengan Allah… Siapa Yang Ajar…

    Allah telah berfirman, antaranya.. “Berzikirlah dengan menyebut namaku sebanyak-banyaknya”, “Berzikirlah dengan lemah lembut”, “Berzikirlah sebanyak-banyaknya pagi dan petang”, “Bersyukurlah sentiasa atas nikmat pemberian ku”dan berbagai lagi.

    Mengapa selama ini kita diajar zikir 3x, 7x, 33x, 66x, tahlil 100x dan berbagai kali lagi. Mengapa kita berkira2 beribadah kepada Allah! Mengapa berkira2 memberi sedekah kepada fakir berasaskan kaum. Mengapa berkira2 bila diminta bantuan kaum keluarga. Mengapa berkira2 memberi makanan kepada binatang2 yang disukai sahaja, dan menghina sesetengah binatang yang lain. Bukankah semua itu kejadian Allah. Bukankah semua kebaikan itu dibalas dgn kebaikan oleh Allah. Berkira2 dengan Allah dan menghina kejadian Allah itu serupalah kita menghina Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah berkira-kira memberi nikmatnya kepada seluruh alam kerana RahmanNya.

    Iblislah sebenarnya yang sangat berkira-kira dengan Allah atas kejadian dirinya. Bahkan dia tak pernah bersyukur dengan nikmat kehidupan yang diberi. Maka itulah dia tidak nampak hakikat kejadian Adam itu lalu engkar. Akibat dimurkai dan dihalau dari syurga, maka dia berusaha memindahkan sikapnya itu ke dalam diri umat manusia agar dimurkai Allah juga. Itulah sikap berkira-kira dalam beramal dan menghina sesama kejadian yang menjadi amalan banyak manusia tanpa mengira mahluk, agama dan bangsa yang menjadi kemurkaan Allah.

    Maka perbetulkanlah apa yg silap. Berzikirlah sebanyak-banyak nya dan seikhlas hati. Buanglah sifat kebencian dan masukkan sifat kasih sayang sesama mahluk.

    Mohonlah keampunan atas kesilapan kita dan atas mereka yang terdahulu dari kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemaaf kerana RahimNya. Semoga kekal dalam keredaan Allah dunia dan akhirat. Semoga kita sekelian sentiasa dikurniakan taufik dan hidayah, keberkatan, kerahmatan dengan keredhaan Allah Azzawajalla.

    Wahai Allah Azzawajalla, daku telah menyampaikan amanah mu. Maka segala urusan seterusnya ku serahkan kepada dikau yang maha berkuasa lagi maha menguasai, yang maha kaya segalanya. Allah sahaja yang maha luas ilmunya dan yang maha memberitau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: