Tazkirah Jumaat : Liwat dan pandangan agama tentangnya

Alhamdulillah hamdan kastiran toyyiban mubaraka.

Asyhadu An Lailahaillallah wahdahu La syarikalah

Wasyhadu Anna saidina wamaulana Muhammad abduhu warasuluh.

Allahumma solli wasaalli wabarik alaihi wa ala aalihi wasohbihi ajmain .

amma ba’d.

Wahai Kaum Muslimin sekelian :

Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar benar takwa. Ingatlah bahawa tiada guna kekayaan dan kemasyhuran serta ketinggian darjat jika tidak dibawa bersama takwa kepada Allah Taala.

Negara kita hari ini berada di dalam situasi yang sangat gawat, dengan krisis kepercayaan kepada kepimpinan tertinggi negara, hinggalah kepada kenaikan minyak dan barang barang keperluan di seluruh tempat di Malaysia dan juga penentangan terbuka pihak penentang kerajaan dengan mereka ingin mengumpulkan seramai mungkin rakyat jelata bagi menunjukkan perasaan mereka terhadap kerajaan memerintah sekarang.

Akhirnya kita juga telah mendengar isu fitnah menfitnah kerana dendam dan juga keinginan menuju puncak kuasa hingga menjadikan kita di tengah tengah pertelingkahan ‘gajah’ sama ‘gajah’..Isu pembunuhan Altantunya dan kes liwat Datuk Seri Anwar telah merunsingkan kepala kepala umat Islam kerana ia akan memburukkan lagi imej pemimpin Islam kita kerana tidak dapat mengawal isu ini dari terus merebak dan marak ke seluruh pelusuk negara.

Juga kita bimbang sekarang ini ada ura ura campur tangan kuasa dunia bernama Amerika yang lantang mendesak agar tiada perbicaraan dijalankan ke atas rakyat kita kerana alasan perbicaraan politik sedangkan mereka tidak perlu campur tangan di dalam urusan ‘ rumah tangga’ kita. Kerana selama ini campur tangan Amerika tentu mempunyai agenda berbahaya dan kita risau jika ini satu cubaan membela seseorang yang ‘digosipkan’ dengan ketuanan Amerika menjajah dunia dahulu hingga sekarang.

hari ini marilah kita melihat apakah isu liwat ini dan juga perbahasan tentangnya oleh para ulama kita.

Perbuatan liwat atau merelakan diliwat adalah haran dan termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Perbuatan liwat termasuk dalam hadas besar yang diwajibkan mandi sekali pun tidak terkeluar air mani..Hukum suami meliwat isteri adalah haram dan berdosa besar walau bagaimana pun suami yang meliwat isteri boleh dihukum ta’zir mengikut ketetapan yang dibuat oleh pihak pemerintah..

Sila Rujuk di sini : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf ( search – kalimah liwat )

Enakmen kesalahan Jenayah Syariah, (Negeri Pulau Pinang) 1996 memberi takrif seperti berikut :

” Liwat ” ertinya perhubungan seks sesama lelaki manakala hukuman bagi kesalahan Liwat mengikut Enakmen di atas pasal 25.

Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Jika orang menuduh seseorang itu berliwat atau berzina tanpa 4 orang saksi maka ia boleh dituduh dengan Qazaf.Apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. ( klik sumber )

Menurut Islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya;

“dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:

“Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang
pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan,

bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”. (Surah Al-‘Araf : 80 – 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji.

Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalahsetiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud.

(Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)

Begitu juga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan

kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW;

“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki,

mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

HUKUMAN MEREKA YANG MELAKUKAN AMALAN SEKS SEJENIS

Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini. Didalam kitab qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah).

(Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37)

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW;

“Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)

Begitu juga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW ;

“Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat”(Al-Mustadrak ‘ Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)

Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)

Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap

Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah; ” (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada

mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu,

kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah

Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka

tetap mendustakan amaran-amaran itu”(Surah Al-Qamar : 33-36)

Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya

sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Firman Allah;

“maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya

Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu”

(Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil

boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras.

Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.’ Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13)

Inilah hukum Allah yang tegas: sesiapa yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti berzina (atau liwat) maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil dan tidak cacat keperibadiannya. Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuatan zina (liwat) secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri… Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah s.w.t. Allah menegaskan bahawa si pendusta ini mesti dikenakan hukuman syariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman yang tertera al-Quran al-Karim, berdasarkan firman Allah s.w.t. “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) dengan 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur 24:4, 5)

Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu:

PERTAMA: Hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang-orang yang dituduh berserta kaum keluarganya.

KEDUA: Hukuman moral dan sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang yang menuduh itu. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, sivil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai. Ia mencakupi seluruh jenis kesaksian…..

KETIGA: Hukuman agama, iaitu dengan menggelarnya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan ‘fasiqun’. Al-Quran menyebutkan kefasikan sebagai lawan daripada keimanan. Allah s.w.t. berfirman: “Maka adakah orang-orang yang beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka tidak sama. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Adapun orang-orang yang fasik, maka tempat mereka ialah neraka.” (as-Sajdah 32: 18-20)

Walau bagaimana pun, dengan rahmat dan kasihnya Allah masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin menyucikan dan membersihkan diri. Firman Allah: “Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nur 24: 5)

Barakallahu li walakum fil quranil azim …wanafa’ani waiyyakum bima fiihi minal ayat wazzikril hakim…wataqabbala minni waminkum tilawatahu innahu huwassamiul alim…

Aqulu qawli haza waastagfirullahali walakum walisairil muslimin walmuslimat fastagfiruuh faya fauzal mustagfirin waya naja tattaibiiiin….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: