Asri Wahhabi – masih tidak reti antara menyembah dan disembah

Bila dapat mengkritik PM, Asri ni rasa syok. Sebab PM pun dia berani kritik. Dan semua pembangkang merasa gembira dengan kenyataan terbuka tersebut.

Tugu Negara hanya satu binaan mengingati pahlawan yang berjuang. Meletakkan bunga tidak dilarang dalam Islam dan tentu menghadiahkan fatihah sampai dan diterima Allah samda di depan tugu atau di mana mana sahaja tempat.

Mengatakan haram sesuatu perbuatan yang harus dengan bersandarkan ia dilakukan orang agama lain, tidak tepat, kerana ia masih lagi terbuka kepada ruang perbahasan antara ulama.

Sayangnya mutakhir ini, selepas Astora Jabat, Asri kembali menjadi hero baru Alam Islam dan selepas ini tentu jawatan MUFTI TERUNGGUL akan diperolehi oleh Asri Wahhabi ini.

Mana ada Ahli Sunnah melarang patung untuk hiasan atau peringatan ? Hanya wahhabi sahaja yang melarang bahkan mengambil gambar untuk kenang kenangan pun turut dilarang hingga kamera tidak dibenarkan di negara wahhabi seperti yang anda maklumi sendiri sekarang ini.

Apabila isu ini dimulakan Asri padahal sekian lama ia tidak dikatakan Haram, maka jelas sekali Asri cuba menggunakan kedudukannya untuk menegakkan jarum basah Wahhabi ke alam minda umat melayu sekarang ini. Dengan mudah tentu ramai akan kalah dengan hujah Asri ini meskipun ia hanyalah hujah yang dangkal kerana tidak menjadikan asas Sunnah Wal Jamaah sebagai sandaran mengatakan meletakkan bunga di Tugu Negara sebagai haram.

Kesimpulannya pada pendapat saya  :

1. Meletakkan bunga ( baca : bunga ) di mana mana tempat asalkan bukan rumah ibadat adalah harus dan dibenarkan syarak. Jadi tidak timbul kesalahan di Tugu Negara yang bukan tempat penyembahan mana mana agama.

2. Mengingati jasa pejuang adalah dituntut agama sebagai terimakasih kita kepada mereka. Nabi turut bersolat di tempat Masitah ditanam sebagai menghormati jasanya menjaga iman hingga mati di jalan Allah.

3. Berdoa dan hadiahkan fatihah harus di mana mana asalkan tidak di tempat kotor dan maksiat. Dalam konteks agama lain mereka bertafakur dan agama kita dengan menghadiahkan mereka pahala fatihah.

4. Jika benar meletakkan bunga di tugu peringatan pahlawan haram, jelas sekali ia lambang betapa ceteknya pemikiran Asri dan juga mereka yang menyangka tugu itu sebagai berhala moden padahal ia tidak lain sebagai tempat memperingati bagi majlis menyambut hari pahlawan seluruh negara yang telah meninggal dunia kerana agama bangsa dan negara.

Lihat petikan soal jawab Berita Harian bagaimana patung tidak haram jika bukan untuk disembah :

Berita Harian, 13 ogos 2006

APAKAH hukumnya saya meletakkan patung itik dan topeng wajah manusia di dalam dan di luar rumah. Pada dasarnya saya lakukannya kerana minat, selain untuk menghias taman. Tidak niat untuk memuja.

Bagaimana pula hukumnya terhadap permainan patung kanak-kanak kerana ada yang menyatakan ia haram kerana menyerupai makhluk ciptaan Allah manakala pendapat lain mengatakan dibolehkan.

HAMBA ALLAH
Taiping, Perak.

PATUNG dalam bahasa al-Quran ialah �al-tamatsil� (kata tunggal �timtsal�) dan ada disebut dalam dua ayat iaitu surah al-Anbiya’ ayat 52 dan surah Saba� ayat 13. Dalam kedua-dua ayat ini patung mempunyai dua hukum iaitu halal dan haram.

Hukum haram patung disebut dalam surah al-Anbiya maksudnya ialah: “Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?”

Adapun sebab diharamkan kerana patung itu adalah berhala yang mereka sembah.

Hukum halal patung disebut dalam surah Saba maksudnya: “Mereka bekerja untuk Nabi Sulaiman, apa yang dia kehendaki dari bangunan yang tinggi, dan patung, dan pinggan yang besar seperti kolam, serta periuk yang tetap di atas tungkunya. Beramallah kamu wahai keluarga Daud dengan bersyukur kepada Allah! Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-Ku yang bersyukur.”

Mengapa patung dalam ayat ini halal? Ia kerana ayat ini dan beberapa ayat sebelumnya menceritakan mengenai nikmat dan anugerah Allah kepada Nabi Sulaiman dan patung pada zaman Sulaiman bukan berhala yang disembah tetapi adalah seni dan keindahan. Ia menunjukkan besarnya kekuasaan Allah di muka bumi ini.

Dalam sejarah Islam, sahabat dan orang yang terkemudian ketika menakluki satu-satu kawasan menghancurkan patung berhala yang diketahui mereka disembah tetapi patung hiasan, tidak.

Seorang ulama ilmu usul fiqh terbilang, al-Qarafi dalam kitabnya Sharh al-Mahsur menghalalkan memiliki patung untuk hiasan bahkan beliau membuatkan patung untuk Raja al-Kamil seperti tercatat dalam tulisan Dr �Ammarah.

Berkaitan dengan patung anak- anak, hukumnya adalah harus.

Berdasarkan kepada hadis Aisyah r.a. apabila beliau menamakan patung kudanya dengan ‘Kuda Sulaiman’. Ahmad, Muslim dan at-Tabarani meriwayatkan hadis maksudnya: Berkata Aisyah: “Sesungguhnya aku biasa bermain dengan anak patung aku di sisi Rasulullah. Apabila rakan aku datang (untuk bermain sama) mereka beralih pulang kerana takut kepada Rasulullah. �Lalu Rasulullah memanggil mereka kembali (untuk bermain-main) dengan aku.” Waalahu a’lam.

– Tambahan :

sini , atau sini

Cerita pembahagian patung mengikut Islam sila buka di sini.

Sanggahan hujah Asri ada di sini

Sanggahan dari Pegawai JAKIM berkaitan fahaman dan fatwa fatwa beliau ada di sini

Baca kenyataan penuh Asri Wahhabi yang disiarkan di malaysiakini di bawah ini :

13 Responses

  1. […] sayugiakan membaca blog ini untuk keterangan lanjut tentang Dr Asri dan […]

  2. Apalah nak gaduh pasal patung. Hari anda berpengetahuan tentang patung dan Alhamdulillah, tak lah menyembah patung.

    Kalau nak pertahankan dengan hujah hujah sekali tentang patung ni sehingga mencemuh cemuh mufti baik bincang perkara lain. Kalau anda memang pandai dan bijak tentang agama, pergilah bersemuka dengan Mufti tu. Tak wajar anda sebarkan kutukan dalam blog begini.

    Sejarah lampau conthnya kaum nabi Nuh. Mereka buat patung para Alim di kalangan mereka bukan untuk disembah tetapi sebagai kenang kenangan. Malangnya apabila keturunan demi keturunan berubah, mereka bukan sekadar mengenang tetapi menyembahnya.

    Generasi kini dah semakin jahil, semakin tak reti banyak perkara. Yang celik agama asyik nak tunjuk pandai dan bergaduh soal soal tak penting. Nampaknya tak mustahil akidah mereka boleh terpesong dalam bentuk penyembahan penyembahan patung patung secara direct or indirect.

    Penting sangatkah patung patung dibina dan dipertahan untuk meninggikan syiar islam?

  3. dr.asri ni hanya tahu menghukum ikut kehendak hatinya..bukan nak ikut hukum..bagi dalil sekalipun dia tak mau punya.Quran dan Hadis ikut selera dia je nak kupas.bukan ikut yg Allah dan RasulNya.walhal,perkara ni dah dibahas oleh ulama yg lagi faham ttg Al-Quran.tp,dia sanggah..nak tunjuk yg dia lg alim dri ulama2 lain.sedar2 la dri tu sikit..baru baca buku ulama,belum karang kitab lg dah memandai nak tafsir lebih dari ulama..sedih la ada mufti mcm ni..
    dan sedap mulut jg kata amalan2 tahlil,kenduri arwah,talqin,maulid nabi semua di bida’ahkan nya.habis tu apa yg x bida’ah bg dia..karaoke!!…padahal banyak dalil2 yg mengalakkan utk semua ini.ini amalan bersanad dari nenek moyang kita yg diwarisi turun temurun sampai kpd nabi tp knapa di bida’ahkan..sedih la ada jg mufti mcm ni.bgus jg la skg ni dia bukan lagi mufti.klu tidak merebak fahaman dia ni kat org lain..

  4. Duhai Ustaz moden, inilah sebabnya bila dah terlebih moden, sampai menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, jadi lepas ni adalah pemimpin negara pi letak bunga kat Patung di Batu Caves…..

    Ustaz moden, tak layak di panggil ustaz, lebih baik panggil bapa pemodenan macam Mahathir.

    Salafi, Wahabi bukan ajaran sesat hanyalah perbezaan pendapat dalam perkara furu’

    Baik Ustaz moden masukkan isu sisters in islam yang terang-terang menolak hadith…itulah baru sesat dan menyesatkan tapi takda tindakan apa-apa daripada Majlis Agama Islam…agaknya ustaz ni salah seorang penyokong sisters in islam tak??

    1) Fatwa Mufti Pulau Pinang – Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

    2) Fatwa Mufti Pahang – Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

  5. sebenarnyta ana ada jugak membaca beberapa isi hati ustaz moden ne,, tp,sayang,xbanyak bahan ilmiah dari pada pandangan beliau yg ana blh ambik… cuma dia agak emosional dalam menghukum dr asri,,
    ana bukan nk sebelah mana2 pihak tapi ana,berpendapat fakta lebih penting dari emosional,,, harap ustaz moned dapat menerima keterbukaan pendapat,
    dengar dulu semua yg dr asri cuba sampaikan baru anta buat penilaian blh? =)

  6. ni bkn ustaz moden, ni ustaz bodoh nih..

  7. Anda ni ulama sampai boleh buat kesimpulan hukum agama dengan sendiri?

    http://tanya-ustaz.27233.n3.nabble.com/Hukum-patung-hiasan-td1142649.html

  8. sedangkan Khulafa Arrasyidin yang teramat adil dan bertaqwa pun ditegur dan dicaci oleh rakyat apatah lagi pemimpin sekarang… wahai ustaz moden janganlah menjadi syaitan bisu semata mata demi habuan dunia… menegur pemimpin itu adalah wajib…

    • di tahap mana korang berada hingga dpt kuarkan hukum. dr asri ada pendirian dan keyakinan apa yg dibawa, tapi sejauh mana keyakinan korang dan mengamalkan apa yg korang pertahankan. dan apakah sekadar ikut ikutan shj. menurut dgn tiadanya usul akan melurut. untuk mencari jln pulang ini, jgn pulak nanti ibarat ambil bulan didalam air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: