Mufti Mesir : Syeikh Ali Jumaah mengkritik Idola Dr Asri Wahhabi ; Ibnu Qayyim Al Jauzi

Ibnu Qayyim idola Dr Asri Mufti Perlis Al Wahhabi ; yang mana adalah murid Ibnu Taimiyyah yang mana aliran wahhabi adalah dari sumber pegangan kedua dua ‘ ular mak’  ini…

Gambar : Mufti Mesir Syaikh Ali Gomaa

Maksud saya gelaran ulamak tidak layak diberikan bagi saya kepada mereka yang secara ijmak ditolak Ulama Ulama Islam dunia kecuali dari Madinah dan Mekah yang sudah dimanipulasi oleh kuasa politik kurniaan British kepada Raja Saudi hingga fahaman Wahhabi kesukaan Orientalis British diluaskan seluas luasnya dengan bantuan dana jutaan ringgit hingga tersebar seperti mana sebarannya yang menjalar ke seluruh dunia walaupun jelas begitu ‘sumbang’ lagi ‘songsang’ aliran wahhabi tersebut.

Alhamdulillah ! Ulama dari Al Azhar lah yang gigih mempertahankan kesucian Islam dengan berkat kehadiran cucu cucunda Rasulullah s.a.w. yang ramai meninggal di sana seperti Saidina Husain, Sayyidah Zainab, Sayyidah Nafisah, Sayyidah Aisyah dan ratusan sahabat Nabi dan juga ulama ulama amilin dimakamkan di sana.

Ikuti rakaman dalam bahasa Arab ‘Amiyyah ( loghat daerah ) yang disampaikan oleh Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dengan hikmah dan amanah di dalam mengkritik ular mak Ibnu Qayyim yang mana disebut di situ bahawa guru beliau; Ibnu Taimiyyah mati di dalam penjara.

Mufti Mesir mengkritik Ibnu Qayyim yang menolak Zikir Tariqat yang menyebut ALLAH ALLAH sedangkan ia warid dan jelas di dalam Al Quran dan Sunnah serta kata kata sahabat dan ulama.

2 Responses

  1. Itulah yang baik. Ulama sekarang mengkeritik ulama dahulu, yang dahulu mengkeritik sebelumnya. Yang sezaman mengkeritik lawan fahamannya. Nanti yang kemudian dari kita akan mengkeritik kita pulak. Tak habis-habis hingga kiamat.Buat lah kitab penuhkan hujjah yang benar menurut al Quran dan hadis sahih tentang fahaman kita. Jangan syok sendiri.Jika kita kena keritik, kita buat kitab baru penuh dengan keritik atas keritik. Tentu tak habislah.

  2. salam untuk semua

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: