Faisal Tehrani membawa bukti Anwar tidak cela Salman Rushdie yang menghina Nabi

Saya menemui bukti cetakan Majalah Barat ‘ TIME’ Julai 1993, usia kira kira 15 tahun lalu. Penemuan ini menjadi bukti sangat nyata melambangkan kepada kita bagaimana pendapat Anwar berkenaan Salman Rushdie ini. Ia disiarkan oleh Faisal Tehrani ( untuk ke blog klik nama beliau di sebelah ) dan saya berbesar hati kerana USTAZ MODEN dilinkkan di ruang link sahabat sahabat beliau….Mungkin ini ‘tautan hati’ yang dijalin oleh Hubb Ahli Bait Nabi s.a.w….

( Sila klik gambar untuk imej lebih jelas…)

Saya menyingkap isu ini bertujuan ingin menjelaskan dengan fakta bahawa Anwar tidak sama dengan Pak Lah. Anwar sangat rapat dengan Barat dan menjadi kawan karib mereka. Meskipun kita tahu Anwar bekas pejuang Islam ABIM, namun apakah Islam Anwar sekarang sama dengan Islam anutan kita zaman berzaman atau Islam yang diubah mengikut selera Amerika Syarikat melalui sarjana mereka seperti John Espotio dan John O Voll ?

Anwar terang terang menulis tentang orientalis ini dan ia telah dibongkarkan dengan begitu jelas dan tepat oleh AIDC ( blog Anwar Ibrahim Dot Com ) dan terpulang kepada anda membacanya. Klik tulisan bergaris dan berwarna tersebut dan anda akan menemui hasil tulisan yang saya maksudkan…

Faisal Tehrani bukan orang politik. Sebagai penulis beliau tentu menjadikan kebenaran mengatasi kebatilan. Lain seorang ahli agama dari parti politik berbicara isu agama dengan ahli agama yang tiada kepentingan apa apa becakap isu agama. Adakah ahli politik bebas seperti Imam Abu Hanifah ? Tentu bagi saya TIDAK.

Apakah saudara masih ingat lagi ‘lagu mencarut’ melalui buku SHIT tulisan ahli PAS Shahnon Ahmad yang dibela Nik Aziz hingga dikatakan Tuhan juga mencarut ?

Adakah masih segar di pandangan kita tulisan bahawa Nik Aziz mengatakan Nabi mengamalkan kronisme ( klik tulisan warna untuk berita ) sedangkan ia dipandang jijik oleh semua ? lantaran mempertahankan perlantikan menantu di dalam syarikat kerajaan Kelantan ? Adakah ini tidak bias kepada kawan dan menantu ? Adakah ini dikatakan adil dalam berhujah ? sampai hina Rasulullah ? Adakah sama atau tidak Salman Rushdie dengan Nik Aziz yang juga menghina Nabi dengan mengaitkan Nabi dengan sifat KRONISME ? atau anda tidal merasakan ‘penghinaan’ tersebut ? Bahkan Nik Aziz hingga sampai ke tahap menghina Tuhan dengan mengatakan Tuhan mencarut dan gedebe ??? Adakah Allah yang sangat Jamil ( Indah ) dan Karim ( Maha Mulia ) akan mencarut ?

Adakah Allah yang melarang kita mencaci Tuhan lain di dalam ayat 108 dari surah al-An’am:

“Dan janganlah kamu memaki mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan memaki Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

akan menyuruh kita mencarut ???? atau ini sebenarnya fatwa mengarut yang jelas dilakukan oleh Nik Aziz ????

Siapa berani hina Tuhan selain Nik Aziz ? Siapa ada berani kutuk Nik Aziz yang dianggap wali dan ditakuti semua kekeramatannya ? Bahkan Haron Din juga menafikan Allah mencarut bercanggah dengan Nik Aziz sendiri….

Rasulullah s.a.w. menyebut juga menasihati kita bahawa: “Memaki seorang Muslim itu adalah fasik dan memeranginya adalah kafir (hukumnnya).

Lagi dalam sebuah hadis lain yang diriwayat oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Di antara dosa-dosa besar ialah seorang lelaki mencerca kedua orang tuanya. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun kedua orang tuanya Rasulullah menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki yang memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya.

Saya bersedia menanggung tulisan saya ini dan saya katakan dengan HAQ YANG SAYA YAKINI walaupun ia tentu PAHIT BAGI SAUDARA dan saya bertanggungjawab di dunia dan di akhirat tulisan saya ini….

Politik menghina Islam dan Tuhan bukan Politik yang diajar oleh ulama, agama dan juga Tuhan !!!!

Politik mengatur kehidupan bersandarkan ajaran agama yang sebenar adalah politik yang diimpikan oleh kita semua !!!

Jangan kerana fanatik politik membutakan anda dari kebenaran di sisi Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w…

Salam Ramadhan,

Ustaz Moden

7 Responses

  1. ………kalau taik umno mmg gitu

  2. Ustaz Moden, how much they pay u to make all this barua things!!!!!! like Umi Hafilda, Sukma or Saiful Bukhari, Insaflah KIAMAT dah dekat, takut tak sempat nak habiskan duitnya tu!!!!!!

  3. siapa patut insaf ? bukankah bukti sudah jelas ?

    sudahlah…kadang2 kebenaran itu memang pahit..

    fikirlah dengan tenang dan solatlah istikharah demi menentukan di mana kebenaran yang sebenarnya…

    salam..

    ustazmoden

  4. ….budak2 pon tau beza

    mane betul,mane salah…

  5. Ustaz moden..

    Anda bukan ustaz.. kerana berfikiran sempit dan kurang pengetahuan agama.. jangan sesekali menjadi munafik dengan menyiarkan berita-berita fitnah dan tidak berasas. Setiap benda yang berlaku, mungkin luar pengetahuan agama kita..
    Nak komen nik aziz.. Pahe tok bahasa kelate..Kalu tak pehe dok diam lebih baik.. mukin ilmu tok sapa situ..

  6. Aslm…
    Tahniah Ustaz moden.

    ini bukan atas dasar bayar atau tak, hidayah. ini bukan dasar taik umno atau bukan, haikal. ini realiti. dihujah dgn bukti, sedangkan sumpah Al-Quran dipertikai, saksi dianggap tak sah, DNA dianggap tipu, BPR n Polis dibaruakan, so apa lagi yg boleh dipercayai. Takkan nak suruh Malaysia jadi macam Thailand, macam Indonesia baru nak menyesal. bukti dah diberi. tak kira samada U.M ni taik umno atau dibayar, sekurang2nya, siasatla segala yg diberi. takkan gambar2 tu disuper imposekan kut. berfikir, guna akal, bukan guna hati. hati dah dihasut dengan sebelah pihak. tinggal akal kita, sebagai Islam utk menentukan. Rasul tak pernah menyuruh kita mengeji sesama Islam. bapa saudara Rasul sendiri, bukan Islam. dan Rasul tak boleh utk Islamkan. Maksudnya, Islam bukan semua org boleh rasai. sebab Islam dari hati. kita sendiri yang perlu cari dan kaji. nakkan terjemah, klik http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/. bulan2 puasa ni, cuba banyakkan membaca. Assalam…

  7. cuba bka youtube n cr jwpn haji hadi kpd zam psl isu bhsa..kt stu djwp berkenaan isu tuhan gedebe…dan check blik dgn org kelate gedebe ni cmne sbnarnye..ada gedebe yg rjuk kpd samseng@otai kngsi glap yng wat jnayah, n da yg refers to skap indvidu yg melihat dirinya hebat,x mmpu dklahkn n org len jauh lbih rndah brbandingnya..dia rs dialah yg bleh jtuhkn org len,bleh ltk org len bwh kuasanya..al-mutakabbir mknanya apa?sy x phm cmne org mcm tok guru yg mgharmkn judi di klntn(x dibuat oleh umno sblum ini),x mmbenarkn ark dijual trbuka,(pun x dbuat oleh umno and pak lah,seingt sy jasa plg baik pun pcat mufti slngr ishak bhrom sbb lrg n hlg pompuan rtu cntik berbikini),dan disko pun x da di klntn,org cmnie,hina nabi..bnyk kali tok guru dlm cermhnya suh ikut al- quran and sunnah,bnding pak lah and umno yg mngatakn ngara ini x leh pakai hkum islam…pak lah mmg wali bsar,pandai didik ank2 psl islam smpaikn nori ank dia tu antra org2 bsr SIS,yg bnyk duk kcam hkum syariah trmsuk wat kempen(stu ketika dlu),nk mnta sjuta tndatngn tntg poligami yg di benarkn syarak..tok guru sama ngan salman?ntah le,rumah keciknya,idup sderhananya,pg jumaat duk tzkrah,n dia sndri ktuk salman,cuba bndng ngan pmimpin kta,duk di seri perdana yg brhrga ratusn juta(dbina ats duit rkyat,maybe ini kut khalifah tawaduk yg mengikut cra nabi…wallahua’lam..n dgr blik crmah psl tuhan gedebe,n check mksud yg dismpaikn…cuba saudra dptkn pnjelsn dr phk tok gru sndiri psl tuhn mncrut…pnglmn sya di klntan bnyk melihat penipuan fkta dr kerajaan bg mnjatuhkn tok gru..cuba dptkn,tulis srat terbuka kpd harakah atau dptkn scrs lgsung..ini pnting untuk pemahaman kt suma..kalu peruntukn utk klntan pun sggup disekat(di akui oleh mahathir and mustapha mamat),fkta kemiskinn kelntn pun dibhong stiap ari dlm tv mnjlang plhn ry),inikn pula untk mmberi tfsiran yg jauh dr apa yg ingin dismpaikn oleh tok gru tntg kenyataannya sndiri..cubalah,jika saudara btul2 nk cri kbnaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: