Apabila laman popular Al Ahkam.net bersuara isu sumpah dan Imam Masjid Wilayah

Disalin dari Al Ahkam.Net ( klik sini )

Ia turut dibongkarkan di sini dan di situ juga beliau diaibkan kerana menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari. Memang ‘taik taik’ penuh di ruang komen tersebut. Semua kerana marah kepada imam. Inilah hasil politik tidak ada adab dan agama seperti parti mata satu lambang yahudi / illuminati…

Tak pasal-pasal Ramlang Porigi Jadi Popular
Posted by : zain-ys on Thursday, August 21, 2008 – 11:54 AM CCT 907 Reads Printer Friendly Page Printer Friendly Page
Isu Semasa

Oleh: zain-ys

Politik punya pasal, habis semua jadi bercelaru. Benda yang tak sepatutnya pun habis dibongkar dan dikorek-korek.

MOHD. Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah sambil diperhatikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim (kanan) dan imam masjid, Ramlang Porigi (kiri) di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam

Ramlang Porigi pulak jadi popular. Padahal dia hanya sekadar saksi untuk sumpah Saiful Bukhari. Saksi bukan pengadil. Saksi juga bukan penghukum. Salah atau betul sumpah saiful bukhari, peduli apa bagi diri saksi seperti Ramlang.

Kita juga saksi yang menyaksikan sumpahnya Saiful Bukhari. Bezanya, Ramlang menjadi saksi dengan mata kepalanya sendiri sumpah berkenaan. Sedangkan kita hanya menjadi saksi berdasarkan rakaman di TV.

Orang kata, angkara politik manusia sanggup berbunuhan. Sanggup pulau memulau. Sanggup bercakaran sesama sendiri. Sanggup lakukan apa sahaja.

Hakikatnya bukan politik saja, tapi sikap taksub dan melampau itulah puncanya. Dalam apa halpun, sikap melampau dan keterlaluan boleh membawa bala. Org cerdik boleh jadi dungu. Sikap tidak rasional akan menguasai diri.

Ramlang, sebelum ini hanya dapat kita lihat wajahnya di kaca TV setiap sebelum khutbah Jumaat dibacakan. Dia duduk sebaris dengan imam-imam lain dan sidang jumaat yg hadir. Dia tidak buat apa-apa kecuali duduk diam. Kamera TV akan bergerak sepintas lalu dan wajahnya sepintas lalu juga akan muncul di TV. Ramai orang tidak perasan akan kewujudannya pun.

Sekarang ini Ramlang sudah popular. Dipopularkan oleh sebahagian portal politik dan blog-blog politik. SMS tersebar di sana-sini menyebut2 namanya.

Puncanya mudah.

Kerana terlalu marahkan Saiful Bukhari, bukan setakat Saiful Bukhari yang dimarahinya, malah saksi yang menyaksikan sumpah mubahalahnya pun turut diseret sama. Habis latarbelakang Ramlang disiasat dan dilondehkan. Kemudian beliau dikait-kaitkan dengan pelbagai andaian. Ada yang mengaitkannya sebagai sebahagian dari konspirasi.

Dikorek-korek oleh mereka, dia ini imamkah. Atau menyamar sebagai imamkah. Atau dan atau..

Oleh kerana Ramlang berasal dari Sabah yang dan menjadi pengundi Permatang Pauh, maka dikaitkan bahawa beliau dihantar dari sana ke Permatang Pauh sebagai pengundi hantu atau sebagai agen untuk menjayakan konspirasi.

Kebetulan Ramlang adalah ahli UMNO, maka macam-macam benda yang diandaikan.

Saya fikir, sewaktu Saiful Bukhari bersumpah itu, kalau kebetulan mereka melihat ada seekor semut yang lalu di situ, maka sudah pasti semut itu juga akan dikatakan sebagai salah satu ‘barua’ yang sedang menjayakan konspirasi terhadap DS Anwar.

Sudah tentu semut itu dituduh sebagai pengundi hantu atau dihantar khas dari hutan mana entah untuk menghapuskan DS Anwar.

Juga mereka akan menyiasat siapakah semut itu? Mereka akan mempertikaikan tahap ke’semut’an semut itu. Semutkah semut itu. Atau semut-semut kah semut itu. Atau semut yang disemutkan sebagai semut kah? Atau yang disemut-semut-kan sebagai semut-semut kah?

Saya Kenal Ramlang

Dirinya, abangnya dan adik-adiknya cukup saya kenali. Isteri Ramlang juga saya kenal. Abang dan adik-adik isterinya juga saya cukup kenali.

Saya yakin, tuduhan-tuduhan jahat ke atas beliau adalah tidak benar dan tidak berasas samasekali.

Wahai kawan-kawan, bersederhanalah dalam segenap hal. Sikap melampau membawa padah!

Gambar dan keterangan dipetik dari utusan online

2 Responses

  1. Malang sungguh Ramlang mengapa libatkan diri dengan politik sumpah. Kan jadi susah. Ahli UMNO kebetulan? Pergi mengundi di Permatang Pauh pun kebetulan dengan sumpah yang di siarkan dalam kempen politik UMNO? Apakah saksi sumpah sama dengan saksi liwat? Harap Ramlang belajar dari kesilapan. Teruskan tugas Imam yang bersih dari politik yang tak pernah bersih.

  2. Reblogged this on Cahaya Hijau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: