Malaysia diancam Interfaith Council (IFC)

Dari kiri, Peter Schier, perwakilan Malaysia, Konrad Adenauer Foundation (KAF); Khalid Jaafar, Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD) dan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, pengarah eksekutif, Middle Eastern Graduate Center (MEGC). KAF sering menaja program Anwar, IKD dan MEGC khususnya berkaitan dengan seminar dan penerbitan buku. Khalid Jaafar adalah bekas Setiausaha Akhbar Anwar Ibrahim (Semasa Anwar TPM). Manakala Al-Mustaqeem Mahmod Radhi adalah anak buah Khalid Jaafar yang menjadi penulis IKD dan penerbit buku-buku pluralisme melalui syarikatnya MEGC.

Nama penuhnya adalah Interfaith Council (IFC). Sebelum ini dikenali sebagai Inter Religious Council (IRC). IFC didalangi beberapa pemimpin dari pertubuhan yang berlandaskan politik baik di dalam mahupun di luar negara manakala mereka berlandaskan pula ‘instruction’ dari pertubuhan atau agensi yang bukan berlandaskan politik (iaitu sebagai mastermind kepada dunia politik) di luar negara berpengkalan di USA, Israel, German, United Kingdom, Australia, France dan beberapa negara yang lain.

Pertubuhan atau Agensi tersebut dikawal selia pula oleh suatu pertubuhan rahsia yang dikenali sebagai “Shadow Government” atau “Hidden Hand”.

Konsep hierarki ini ialah seperti berikut:

Rajah 1
Selain dari teknik traditional dalam missionaries (dakwah) yang dilakukan oleh puak kristian, teknik yang terbaru ialah dengan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan palsu yang kononnya bertujuan sebagai forum perbincangan, seminar serta pemahaman bahawa semua agama hidup harmoni di bawah satu bumbung.

Tapi sebenarnya, ‘bumbung’ tersebut ialah fahaman Pluralism yang cuba untuk diterapkan. Selalu saya mengatakan tujuan dajjal ialah untuk menubuhkan Satu Kerajaan Dunia, Satu Pemimpin Dunia dan juga Satu Agama Dunia.

Pluralism ialah nama lain bagi Satu Agama Dunia. Nama saja berbeza, matlamat tetap sama. Islam tidak boleh disamakan dengan mana-mana agama (termasuk gabungan dalam Pluralism). Apabila menyebut tentang “Forum”, sudah tentu akan ada sesi soal jawab di antara peserta dan tetamu jemputan pada penghujungnya.

Di sinilah akan dibangkitkan pertanyaan dan persoalan sebagai contoh “Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.”

Persoalan ini kebanyakkannya akan disoal oleh wakil media termasuk akhbar dan majalah. Sudah tentu apabila pulang saja dari forum, mereka akan terbitkan sesi soal jawab tersebut berserta kandungan perbincangannya. Lebih bahaya lagi apabila mereka (terutama media dari luar negara) membuat perbandingan agama di antara negara kita dan negara lain yang bebas.

Apabila status negara kita dipersoalkan di luar negara (konon atas hak asasi dan kebebasan manusia), mereka akan menggunakan pelbagai organisasi dalam dan luar negara untuk menekan negara kita sehingga negara kita tunduk kepada kehendak mereka (teknik yang sama digunakan untuk mengistiharkan ’sanction’ atau sekatan kepada sesebuah negara). Perbincangan antara agama begini sangat ditegah dalam Islam.

Sebagai contoh, bagaimana jika orang Islam pula yang melaungkan tuntutan Islam di Scotland? Boleh pula penganut kristian marah-marah. Tapi kalau negara Islam yang marah, mereka kutuk macam-macam pula ya! Penggerak IFC ni sudah tahu berkenaan ‘kes marah’ ni, tapi sengaja buat tidak peduli kerana mereka tetap hendak berdakwah cara moden iaitu menggunakan platform Forum dan Forum tersebut funded by organisasi luar termasuk gaji mereka sendiri (rujuk Rajah 1). Kafir sentiasa mencari jalan untuk menyusup walaupun ‘lubang’ tersebut sebesar lubang jarum.

Pluralism (juga perhatikan pada lambang agama yang paling utara iaitu yahudi, di sebelah kirinya ialah lambang burung iaitu agama/fahaman yang berasal dari pemerintahan Firaun

Sebenarnya konsep IFC yang berselindung di pertubuhan-pertubuhan tertentu sama saja dengan pertubuhan ajaran sesat yang telah difatwakan sesat oleh pihak Jakim. Tidak boleh bergerak di bawah pertubuhan A, maka mereka bergerak pula di bawah pertubuhan B dengan sedikit twist dalam objektif, perlembagaan dan sebagainya (teknik rebranding dan teknik ‘berpayung’ di bawah mana-mana organisasi sah).

Begitu juga contoh dalam perniagaan, seperti sebuah syarikat yang telah busuk namanya dan pemiliknya mendaftarkan nama syarikat yang baru pula yang kononnya “clean” (pemilik sama, syarikat saja berbeza). Begitulah caranya Yahudi dan Nasrani memperdayakan umat Islam.

IFC ialah satu masterplan oleh golongan Yahudi dan Nasrani untuk menyelewengkan akidah umat Islam.

Shadow Goverment sangat berbahaya. Merekalah penggerak ketenteraan sesebuah negara maju seperti contoh USA dan juga pemberi arahan kepada pemimpin negara tersebut. Merekalah juga pencipta watak palsu seperti Osama dan peristiwa 11 September untuk menghalalkan cara mereka di Afghanistan dan Iraq.

Tapi, jangan lupa, merekalah juga penggerak dalam operasi memincangkan umat Islam. Ini adalah kerana kekuatan agama itu sendiri lebih kuat dari ketenteraan. Mereka hendak ‘pukul rata dan habis’ dan yang penting, mereka dapat menjajah sesebuah negara dan memperolehi hasil 2 dalam 1 (penaklukan dan pra-dakwah).

Dasar ‘divide and rule’ bukan berlaku dalam penjajahan, tapi dalam keagamaan juga. Contohnya ialah dengan melaga-lagakan antara puak Sunnah dan Syiah dan menggunakan media seperti CNN (bagi menerapkan di minda bawah sedar penonton), walhal sebelum ini Sunnah dan Syiah tiada masalah apa-apa pun (terutama bab label-melabel).

Berikut merupakan 14 tuntutan IFC:

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Rajah 2 – Klik untuk besarkan

Sumber bagi Rajah 2: http://www.pluralism.org/about/history.php

Rajah 3
Sumber bagi Rajah 3: http://www.pluralism.org/about/mission.php

Bagi Rajah 3 di atas, boleh merujuk link di bawah ini berkenaan Rockefeller Foundations: http://dajjal.wordpress.com/2008/06/20/wajah-dajjal-atau-keturunan-dajjal/

Konrad Adenauer Foundation

Pejabat Konrad Adenauer Foundation di Berlin, German.

Pada 17 Mac 2003, bengkel mengenai keperluan kewujudannya telah diadakan di Malaysia. Kewujudannya gagal apabila persatuan dan NGO Islam serta beberapa pemimpin Islam menarik diri. Dan pada Januari 2005 pula, draf undang-undang penubuhan dikemukakan dalam persidangan penubuhan IFC yang dianjurkan oleh yayasan Kristian iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

Konrad Adenauer Foundation (Konrad-Adenauer-Stiftung) (KAS) ialah sebuah yayasan kajian German yang bersekutu dengan Christian Democratic Union di negara tersebut. Ianya diasaskan pada 1956 dan pada awalnya dikenali sebagai “Pertubuhan untuk Kerja-kerja Pendidikan Demokrasi Kristian (Society for Christian Democratic Education Work)”.

Ianya ditukar nama kepada Konrad Adenauer Foundation pada 1964 dengan mengambil nama bekas Chancellor Konrad Adenauer.

Yayasan ini merupakan “politically affiliated research foundations” yang terbesar di German dengan bajet tahunan sebanyak €100 million (~RM450 juta), yang mana sebahagian besarnya diperolehi dari kerajaan German.

Yayasan ini membiayai pula kajian tentang sesuatu policy dan bergerak sebagai think-tank.

Siapakah pemimpin yang “menyambut” kehendak IFC ini? (Jawapannya: Lihatlah dengan mata hati anda dan segala ‘cerita’ di belakang tabir.)

Matlamat:

Meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang bukan Islam.

Implikasinya :

Ia akan membuka ruang menjadikan undang-undang Allah tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia.

Orang Islam bebas melakukan apa sahaja hatta murtad.

IFC bebas dan berhak menentukan status agama orang Islam.

Rajah 4 – Keterlibatan Pluralism Project di Malaysia

Bagi link sumber untuk Rajah 4, boleh merujuk di sini:
http://www.pluralism.org/research/profiles/display.php?profile=74169

Bagaimana penggerak IFC bekerjasama dengan pertubuhan luar dan bagaimana dana disalurkan kepada mereka? Jika bertanyakan orang bisnes, penerangannya mungkin begini:

“Apabila hendak memulakan perniagaan, seseorang akan membuat kertas kerja yang bertujuan untuk memberi penerangan kepada bakal-bakal pelabur tentang bisnesnya. Walaupun 100% idea asal tentang bisnes/produk itu lahirnya dari usahawan tersebut, jika pada waktu itu pelabur bersetuju untuk melabur TAPI dengan syaratnya bahawa usahawan terbabit haruslah mengikut kehendak pelabur yang meminta share syarikat sebanyak 70% yang mana share tersebut sepatutnya sesuai untuk usahawan itu. Sudah tentu beliau akan garu kepala kerana memikirkan penat lelahnya selama ini. Jika usahawan tersebut seorang yang “Smart”, beliau akan rebut peluang ini walaupun terpaksa akur ‘rela dalam keterpaksaan’ dengan syarat pelabur itu.”

Bagaimana pula jika pelaburan dapat dilaksanakan oleh para pelabur disamping tiada perasaan “rela dalam keterpaksaan” dan mendapat 100% wang pelaburan tanpa berkongsi dengan mana-mana pelabur tapi dengan syarat hanya membuat saja apa yang disuruh? Sudah tentu ramai sangat yang akan merebut peluang keemasan ini. Inilah konsep pelaburan yang diidami oleh semua usahawan dan ahli perniagaan. Begitulah senario contoh untuk mengkaitkan “pertubuhan luar, IFC dan dana”.

Bagi penggerak IFC, yang penting bagi mereka ialah ‘cashflow’ tanpa mempedulikan apa saja tugasan untuk misi mereka sehingga ada juga orang Islam yang sanggup bersekongkol dengan pertubuhan berbentuk IFC ini. Ada juga segelintir mereka ini (berlaku di mana-mana negara) yang asalnya mencari dana untuk kempen politiknya, tapi berakhir dengan “2 in 1” iaitu mendapat dana politik dan ‘tugasan lanjutan’. Dana punya pasal, hendak tidak hendak, mereka terima sajalah.

Apabila umat Islam bersatu tanpa mengira latarbelakang politik:

Pejuang-pejuang ANTI-IFC

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu orang Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata. – Al Baqarah ayat 136

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim. – Al Baqarah ayat 145

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. – Al Imran ayat 100

Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan. – Al Imran ayat 111

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.-Al Maeda ayat 51

baca artikel asal di atasbawah.com

4 Responses

  1. ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄

    BERITA BAIK!!!
    Mari kita liat nich blog. keren abiss!

    Masuk sini= http://mustahil-kristen-bisa-menjawab.blogspot.com/

    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄

  2. terima kasih ustaz… mohon share yer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: