S/U Akhbar Presiden PAS @ Roslan SMS, bidas Raja Petra isu hina Islam !

MT terus menghina Islam?

Saya memang sentiasa menggunakan blog ini untuk meluahkan isi hati saya, mengkritik, menyokong dan kadangkala membuat pendedahan. Dan saya terpesona melihat perkembangan blog dan laman-laman web dalam negara yang turut memeriahkan dunia media alternatif ini.

Sebagai penulis apalagi seorang blogger apabila kita menulis sesiapa sahaja yang membaca samada bersetuju dengan pandangan kita atau sebaliknya bebas memberikan komen, kecualilah kita tidak menyediakan ruangan komen. Komen-komen yang kita terima pun sebenarnya masing-masing blogger berhak untuk menapis. Walaupun ada beberapa kategori blogger yang buka seluas-luasnya pintu komen mereka tanpa sedikit pun tapisan.

Bagi saya awal-awal lagi menyebut bahawa saya boleh “tolerate” atau menerima apa bentuk komen sekalipun kecuali ayng lucah, kesat dan kasar bahasanya serta memaki hamun dan menggunakan bahasa yang saya sendiri tidak gunakan dalam blog ini.

Seorang blogger terutama yang blognya dikunjungi ramai boleh memepengaruhi para pembacanya, kalau ia benci sesuatu ia akan menulis dengan tujuan para pembacanya juga membenci, demikian juga jika ia minat atau sayang sesuatu, ia akan berusaha melalui tulisannya mempengaruhi para pembacanya. Terpulanglah kepada kreativiti dan gara penyampaian masing-masing.

Tetapi menulis tanpa pantang penuh dengan mudarat. Apa pun yang kita mampu hasilkan, pastikan ianya tidak melampaui batas, sekurang-kurangnya itulah pantang larang saya. Jangan menulis akan benda atau subjek yang tidak kita mahir atau ketahui. Apalagi menulis perkara yang kita tahu tidak benar dan palsu atau “half truth”.

Memang kalau mahu meraih populariti, persetankan segala pantang larang.

Baru-baru ini saya mendedahkan darihal beberapa posting dalam Malaysia Today yang dikendalikan oleh penulis terkenal Raja Petra Kamarudin yang telah mengundang marah badan dan pihak berkuasa agama Islam. Malaysia Today dikatakan telah menyiar dua artikel yang menghina dan merendah-rendahkan Islam, dan satu laporan polis telah dibuat terhadap Malaysia Today.

Bagi saya siapa juga penulis mesti bertanggungjawab di atas hasil tulisannya. Jika ia melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang, maka ia perlulah bersedia memikul akibatnya. Walaubagaimanapun saya menentang sekeras-kerasnya penggunaan akta zalim ISA ke atas mana-mana penulis atau sesiapa pun (cukuplah penulis-penulis tersohor seperti Said Zahari dan Arwah Samad Ismail menjadi mangsa akta jahanam itu lantaran hasil karya mereka).

Kini sekali lagi saya perhatikan Malaysia Today menyiarkan artikel yang bagi pandangan saya terus-menerus menghina Islam. Di bawah posting “The Great Tudung Debate” di

http://mt.m2day.org/2008/content/view/12321/84/

Raja Petra telah menghuraikan tafsirannya berkenaan dengan hukum menutup aurat bagi wanita yang jelas menyimpang dari mana-mana tafsiran yang kita sedia pakai. Tidak cukup dengan kekeliruan yang beliau cetuskan, posting beliau telah mengundang keghairahan para pembacanya untuk turut menumpang memberikan komen dan tafsiran masing-masing termasuklah dari yang bukan Islam.

Saya teragak-agak mahu menyiarkan gambar yang dikepilkan oleh salah seorang yang mengirim komen kepada posting beliau, tetapi demi menunjukkan betapa besarnya padah tulisan yang tidak bertanggungjawab saya memohon maaf tetapi merasakan perlu menyiarkannya.

Ini bukan pertama kali beliau melahirkan tulisan seumpama ini. Pernah beliau ditegur tetapi menyatakan yang ruangan komen itu adalah hasil tulisan pembacanya, bukan dari beliau. Bagi saya sebagai seorang penulis yang bertanggungjawab kita turut bertanggungjawab atas apa yang diluahkan oleh pembaca kita, Jika kita rasakan komen yang diberikan terlalu “panas” maka atas kitalah untuk menapis atau menyekatnya, melainkan memang kita mahu ia menjadi “panas”.

Blog Roslan Sms di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: