Mufti Asri , lawan Jakim Isu Raja Petra hina NABI

image001kf1js1.gif picture by nsa1211408

Jakim pertahan tindakan terhadap Raja Petra

PUTRAJAYA 7 Sept. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan tindakannya membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamaruddin berhubung artikelnya dalam blog Malaysia Today yang didakwa menghina Islam dan Rasulullah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, laporan polis terhadap penulis blog itu amat perlu untuk membendung kegelisahan di kalangan orang Islam yang berasa tersinggung apabila kesucian agama mereka dihina.

Beliau berkata, dengan laporan polis itu, tidak bermakna Jakim tidak boleh berdialog dengan penulis blog itu bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya.

“Kami mengambil langkah pentadbiran sesuai dengan kedudukan Jakim sebagai sebuah agensi Pusat untuk mencegah dan membendung kegelisahan di kalangan rakyat terutama orang Islam.

“Jadi saya menolak andaian sesetengah pihak kononnya langkah yang diambil oleh Jakim ini sebagai tidak tepat sebaliknya perlu berdialog dengan penulis blog tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini yang memetik Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai berkata, tindakan empat agensi Islam termasuk Jakim membuat laporan polis terhadap Raja Petra adalah tidak tepat.

Mohd. Asri sebaliknya menegaskan, Jakim sepatutnya mengadakan sesi dialog dengan Raja Petra bagi memperbetulkan akidah dan fahamannya terhadap Islam sebagai langkah pertama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam hubungan ini, Wan Mohamad berkata, Jakim bersedia pada masa bila-bila masa untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana pihak dan selama ini pihaknya memang sering mengadakan dialog seumpama itu.

Justeru, tegas beliau, Asri seharusnya merujuk terlebih dahulu kepada pihaknya berkaitan perkara tersebut dan tidak menyindir rakan-rakan sejawatan secara terbuka kerana ia satu langkah tidak beretika.

Beliau yang secara terbuka menegur mufti muda itu berkata, forum terbaik bagi Asri untuk menyampaikan kritikan adalah melalui Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti yang jauh lebih berpengalaman.

“Masalahnya beliau kerap tidak hadir dalam muzakarah tetapi beliau lebih senang menghadiri program yang lebih beliau sukai dan berorientasikan hizbiah (kepartian).

“Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain,” katanya.

Tambahan : Mufti negeri Perlis ini sentiasa ingin menjadi juara dan selalu menonjolkan dirinya Juara Pembangkang sekali sekala dan Juara Kerajaan sekali sekala.

Pendirian beliau untuk menyebarkan fahaman Wahabinya dengan mengidolakan Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang popular di kalangan Wahhabiyyin adalah tindakan yang ‘kurang cerdik’.

Isu agama diadukkan dengan politik dengan menggunakan kedudukan Mufti Kerajaan Perlis hingga sewenang wenangnya menghina dan merendah rendahkan orang adalah tindakan ‘tidak berakhlak’ sebagai akhlak Mufti.

Lebih baik beliau menjadi ahli politik jika ada keinginan begitu di hatinya dan biarkan Mufti sebenar mengambil alih tempat beliau yang disediakan bekas MB Perlis dahulu.

sayang Islam semakin buruk dengan kelakuan ahli agamanya yang tidak jujur seperti Asri ini. Menambahkan lagi kecelaruan dalam agama.

Moga Allah mengampuni beliau dan kita serta memberi keamanan kepada semua bangsa dan agama di Malaysia….

Ustaz Moden

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: