Ramlang Porigi ditukar ke Jakim – tindakan tepat elak nama Imam rosak

image001kf1js1.gif picture by nsa1211408

Ramlang Porigi ditukar ke Jakim

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi yang mencetuskan kontroversi apabila muncul di pentas pembangkang pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lalu telah ditukarkan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya berkuat kuasa bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertukaran Ramlang ke bahagian pentadbiran dan kewangan Jakim adalah proses biasa.

Beliau berkata, Ramlang ditempatkan ke Jakim adalah buat sementara waktu sehingga selesai siasatan dalaman mengenai pembabitan beliau dalam kempen pilihan raya kecil berkenaan.

”Ramlang ditukar ke Jakim buat sementara waktu kerana kes beliau masih belum selesai dan apabila selesai nanti barulah kita akan buat keputusan untuk menempatkan beliau di mana selepas ini,” katanya.


– Imam sangat dihormati kerana menjadi sumber rujukan.

– Imam perlu bercakap benar dan ternyata Ramlang tidak tetap perkataannya dan berbelit belit.

– Imam juga perlu warak dan thiqah namun Ramlang didapati peminat Linkin Park dan tidak wajar dijadikan contoh.

– Imam perlu mengelak berceramah politik jika menjadi penjawat awam.

– Imam bayangan Nabi dan tindakan menuduh dan menfitnah orang seperti kata kata beliau terhadap pegawai khas TPM satu perbuatan tidak baik dan tidak layak bagi seorang imam.


Ramadhan Karem.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: