ISA dan isu penghinaan terhadap agama Allah, Kekasih Allah dan hamba Allah !

image001kf1js1.gif picture by nsa1211408

1. ISA adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960(Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.

Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.

Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini.

Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Dikenali sebagai “keganasan putih” (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ianya dijadikan undang-undang pada tahun 1960.

Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan.

Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Tahanan ISA lazimnya diletakkan di bawah tahanan di Pusat Tahanan Kamunting.

2. Akta ini hanya digunakan oleh kerajaan jika ada ancaman terhadap keselamatan negara yang boleh menjadikan negara kita dalam huru hara. Walaupun ada orang mempertikaikan Akta ini tetapi ia ibarat sebilah pisau.

Jika digunakan untuk mempertahankan diri dari ancaman anjing, penjahat atau sesiapa yang mengancam maka ia dikira menggunakan alat yang betul.

Namun jika diacukan bagi memeras ugut, memperolehi duit dengan tidak sah, membunuh maka ia sah salah di sisi agama.

3. Tidak ada ruang bagi mereka yang berani menghina agama dan membiarkan politik digunakan menghina agama kita seperti Teressa Kok yang mendesak diperlahankan azan di Puchong atau Raja Petra yang menyiarkan artikel atau komen menghina Islam.

Bahkan di ruang blog ini juga pernah disiarkan artikel menghalalkan homoseks yang didakwa ada dalam Islam dan DIHALALKAN serta disiarkan oleh Malaysia Today – klik sini – atau – sini -.

Juga pemberita Sin Chew yang menggunakan tulisannya mensensasikan isu ucapan ahli Umno berkaitan Cina itu adalah pendatang dan digambarkan ia satu penghinaan, maka ia juga satu penyalahgunaan kebolehan menulisnya bagi menaikkan kemarahan bangsa Cina terhadap bangsa Melayu atau parti melayu Umno. Mungkin ia menaikkan jualan akhbar Sin Chew namun adakah berbaloi ia diutamakan dari perpaduan rakyat Malaysia berbilang agama dan bangsa ini ….

4. Jika mereka ini terus dibiarkan maka kita menggadaikan keamanan dengan tukaran kehancuran dan kerosakan jangka panjang. Siapakah mampu menyembuhkan luka hasil pergaduhan antara kaum atau agama di Malaysia jika ia berlaku ?

Pepatah Arab ada menyebut juga :

الوقاية خير من العلاج

Mencegah lebih baik dari mengubati

Kaedah usul fiqh juga ada menyebut :

Mencegah kemudharatan lebih didahulukan daripada mengambil manfaatnya

Maka tindakan ISA ini adalah paling tepat dan kita percaya pihak POLIS tidak menjadi alat kepada parti BN / UMNO dan mereka sangat mengetahu tindakan sesuai diambil berdasarkan risikan dan maklumat yang MEREKA ADA, KITA TIDAK ADA. Mereka tahu dan kita tidak tahu.

Sekian, moga ISA menjadi senjata MEMPERTAHANKAN AGAMA dari MEMBUNUH TANPA BELAS KASIHAN.

Apa jua niat sekalipun, akhirat tetap menanti sesiapa menyalahguna kuasa atau sesiapa amanah dalam menjaga kebajikan orang bawahannya.

Sekian, bersama menjaga agama dari dihina !

One Response

  1. Masjid Kinrara sokong Teresa kena ISA
    Jimadie Shah Othman | Sep 15, 08 5:08pm
    Pengerusi Masjid Bandar Kinrara, yang menerima petisyen membantah penggunaan pembesar suara untuk beberapa kegiatan agama, bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas exco kanan Selangor, Teresa Kok.

    Abdul Rahman Nasir berkata, secara umumnya, perkara sensitif membabitkan agama “tidak boleh dimainkan”.

    “Perkara ini tidak boleh dimainkan. Terutama sekali di negeri Selangor ini, bukan saja (berkenaan) agama Islam, tetapi apa agama pun (tidak boleh dimainkan).”

    Penahanan Teresa dipercayai mempunyai kaitan dengan petisyen sekumpulan 189 penduduk sekitar Seksyen 5, Bandar Kinrara yang meminta pihak masjid tersebut memperlahankan penggunaan pembesar suara untuk aktiviti keagamaannya.

    Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Teresa, yang juga ahli parlimen Seputeh.

    Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Abdul Rahman bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan isu itu kerana pihaknya cuma sebagai penerima petisyen dan tidak tahu-menahu tentang perkara lain di sebalik isu itu.

    Masyarakat Islam setempat pula, menurut Abdul Rahman tidak memberikan sebarang reaksi terhadap penahanan itu dan bertindak seperti biasa.

    “Kita tidak ada apa. Sudah lama dah masjid ini dibina. Itulah, persoalannya, kenapa sekarang? Kalau tidak puas hati, pindahlah.

    “Dari dulu lagi waktu hendak beli rumah, pelannya sudah ada, sini masjid, sini taman permainan. Kenapa dulu beli di sini?” katanya.

    Selain Teresa, pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah akta kontroversi itu, Jumaat lalu.

    Tan bagaimanapun dibebaskan sehari selepas itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: